Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Friday, May 27, 2011

Nak Beli Ke Tidak - Samsung S5570

semalam mom BBL nak beri satu hadiah.
katanya hadiah telefon bimbit tapi 
BBL boleh pilih nak telefon mana.
terus BBL cakap nak iPhone 4,
tapi mom cakap telefon samsung je.
jadi BBL ada buat review 
semua model samsung, hanya satu
yang menarik hati BBL.

_________________________________________________

APA YANG BEST
1. Saiz Comel 
ini ukurannya
ukurannya agak comel, senang nak
masuk poket & beg


2. Macam2 Applikasi


seperti telefon andriod yang lain, 
BBL boleh download 100, 000 applikasi
dari Andriod Market macam Gmail, Gtalk,
Google maps & banyak lagi.
wow..mesti best kalu dalam kelas
boleh je main game. hahaha

3. Sentiasa Di Sisi Mu


BBL juga tak payah risau
bawak telefon ni dah boleh online kat mana2
sebab telefon ni dilengkapi dengan wifi.
jadi, BBL boleh tweet & update status bila-bila masa.
yeay! [-__-]

4. Kamera 3MP


BBL tak kisah sangat dengan kamera
berapa MP pun sebab BBL ada kamera sony
tapi kalu jumpa budak-budak yang cute,
why not snap gambar diaorang kan?

5. Kaki SMS


wow..BBL paling suka.
taip mesej main tolak-tolak je.
kalu telefon lain kena tekan satu-satu
abjab kan. 

_________________________________________________

tu je review BBL buat setakat ini.
korang rasa telefon ni ok ke tidak?
tapi kalu korang nak
secara percuma!
senang sahaja, hanya main game
kat SINI @ SINI
cubalah! BBL doakan korang menang!!


BBL ~ uncle, kasi SAMSUNG GALXY MINI satu..
[n.n]


seronok baca? apa kata kalu share dengan kawan-kawan..

Wednesday, May 25, 2011

Pelihara Anjing Bernilai RM39.83 Juta

"JUTAWAN MALAYSIA PELIHARA
30 EKOR ANJING RM39.83 JUTA"

[ Kenny dengan anjingnya ]
ini adalah hobi seorang jutawan Malaysia,
Kenny Lai yang obses pelihara 
anjing baka Mastiff Tibet. 
beliau telah mempunyai 30 ekor 
anjing & BBL rasa beliau akan
menambah bilangan koleksinya
memandangkan Kenny sanggup
menjelajah seluruh pelusuk dunia
untuk mencari anjing 100% asli
dari baka Mastiff Tibet.

yang bestnya ialah tempat "tinggal"
anjing ini di sebuah penthouse,
ada air-cond, pasukan penjaga,
jurulatih & doktor haiwan peribadi.
pada mulanya, Kenny beli 9 ekor anjing
dengan harga RM15.95 juta & minatnya
untuk mengumpul anjing bermula selepas itu.




untuk pengetahuan korang, di Unite Kingdom,
anjing jenis baka Mastiff Tibet jual bermula
pada harga  £850 (RM4, 328)
setiap ekor.


ini pulak fb Kenny Lai





BBL ~ bertuah anjing-anjing dapat tuan macam Kenny Lai
[U.U] ~~





seronok baca? apa kata kalu share dengan kengkawan..

Diari Cuti Semester

Assalamualaikum.
lama betol BBL tak update entri,
maklumlah semenjak masuk 
cuti semester, BBL pun turut sama bercuti.
korang nak tahu apa diari BBL 
semasa cuti semester?
alah, ala-ala diari af9 je.
hahaha

- CUTI SEMESTER -

6.00 pagi
 - bangun tidur


7.00 pagi 
- hantar adik-adik pergi sekolah
sejauh 200 meter dari rumah


8.00 - 9.00 pagi
- baca surat khabar sambil 
dengar lagu


9.30 - 11.30 pagi
- kemas satu rumah bermula
ruang tamu sampai stor


12.30 tengahari
- pick up adik-adik kat sekolah


1.30 tengahari
- hantar adik pergi mengaji
( teringat zaman kecik2 pergi mengaji )


2.30 - 5.30 petang
- berkumpul kat ruang tamu layan citer 
kartun kat tv9 sampai lebam
( sejak balik rumah, BBL minat kebenor 
tengok citer Kit vs Kat )


5.45 - 7.00 petang
- bawak adik-adik pergi playground


7.15 petang
- mandikan adik-adik

8.00 malam
- siapkan makanan makan malam
& makan malam


9.00 - 10.30 malam
- jadi "cikgu" mengajar adik-adik
buat kerja sekolah 
( kadang2 BBL buatkan kerja sekolah,
alasan tak ingat apa belajar kat kelas tadi )



11.00 malam
- dodoikan adik dengan baca buku.
buku paling BBL benci nak baca,
Aiman & Pari-Pari sebab BBL kena 
berlakon jadi si ikan dugong.
hahaha



12.00 - 1.00 pagi 
- layan citer korea untuk kali
ke-8, Boys Before Flowers



1.15  - 6.00 pagi
masa untuk bermimpi ~





begitulah aktiviti BBL tiap-hari sampai
BBL start masuk belajar nanti.
BBL belajar bukan senang nak jadi
seorang BIBIK untuk budak-budak ni.
silap haribulan hari tu BBL tak ambil 
diploma pendidikan  kanak-kanak
a.k.a diploma bibik.
hahahaha


BBL ~ terima kasih mak sebab jaga
saya dari kecik sampai besar
[^.^] ~~





seronok baca? apa kata kalu share dengan kawan-kawan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...