Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Sunday, July 31, 2011

Pengalaman Puasa Zaman Kanak-Kanak



Bila nak masuk bulan Ramadhan ni 
teringat bila berpuasa zaman kecik-kecik dulu.
Kadang-kadang kalu teringat balik, rasa nak tergelak pun ada.
Itu semua adalah pengalaman bagaimana kita 
diasuh oleh ibu bapa untuk menunaikan rukun Islam ke 3.

BBL mula puasa ketika umur 7 tahun.
Itu pun separuh hari. Alasan BBL kasi 
"tak larat, rasa nak mati". Hehehe.
BBL tanya tok ( panggilan nenek )
"kalu kita puasa separuh hari, bila boleh buka puasa tok?"
tok cakap, " ha, dengar azan Zohor, bolehlah buka puasa"
BBL balas "tapi tok, lepas buka puasa boleh sambung lagi puasa?"
tok pun cakap " ai, tadi kan dah buka puasa, dah habis puasa BBL"
"ooo..ingatkan boleh terus lagi puasa.." jawab BBL..
Tapi kalu nak tahu, bila waktu berbuka puasa, 
BBL paling sibuk sekali, sediakan 2 3 gelas isi air &
pinggan penuh dengan lauk.
Ayah selalu cakap"ni puasa sehari ke puasa sebulan?"
BBL balas " orang puasa setengah hari ayah"
Hahahaha... pastu kena pukul dengan ayah.
Kesian BBL..

Ini cerita puasa umur 8 tahun pulak.
Bila dah masuk darjah 2 ni, ayah pesan puasa biar penuh & 
janji nak beri duit raya banyak-banyak.
Dengar duit raya banyak, dengan penuh bersungguh
cakap " yess, tahun ni nak puasa penuh"
Bukan main bangga ayah dengar.
Dalam nak capai target puasa penuh, ada juga yang tertinggal.
Nak tahu macam mana BBL makan curi-curi?
BBL ambil karipap satu tapi terkantoi dengan mak,
tapi BBL beri sebab "bukan salah kita nak makan karipap tu,
tapi karipap tu sruh kita makan dia sebab dia bosan duduk dalam bekas je"
sambil kunyah karipap.
Lepas kejadian tu, mak BBL simpan makanan kat rak paling atas.
Kesian perut BBL. Tak boleh nak makan.
[T-T]



Itu kisah waktu siang, waktu malam ketika ibu  ayah
BBL pergi ke masjid, BBL & kawan-kawan keluar bermain.
Kalu bulan-bulan biasa BBL selalu dengar cerita
penduduk kampung jumpa hantu tapi tidak di bulan
Ramadhan sebab tok cakap semua hantu & iblis dirantai
didalam neraka. Jadi rasa selamat sikit kalu nak keluar malam-malam.
Aktiviti yang biasa BBL & geng-geng main mestilah
game sorok-sorok ( tapi geng BBL biasa panggil tang nusut)
Seronok main game ni sebab sembunyi dalam gelap,
susahlah nak cari. Hahahaha



Selain itu, aktiviti pasang pelita paling seronok.
Dulu sempat BBL guna pelita dari buluh.
 Cantik je pagar rumah susun dengan pelita buluh tapi
sekarang dah susah nak jumpa minyak tanah.
Pernah sekali guna minyak petrol, nyaris nak terbakar
baju sebab tak biasa guna minyak petrol.
Hahaha




Tahun ni BBL plan nak guna lilin je.
Susun kat atas pagar. Jimat duit tak payah nak beli minyak tanah.


Apa-apa pun hayatilah bulan puasa ni dengan
penuhi amalan sunat supaya lebih diberkati.
Amin...




BBL ~ rindu nak solat terawih kat masjid kampung dulu
[>__<]





Jom Jana Pendapatan Sambil Online Facebook, Twitter & Blog. Daftar Segera & Ia Percuma!!!








seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan..


Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 1432H/2011

Assalamualaikum semua..
Sungguh cepat masa berlalu, sama ada sedar
atau pun tidak, besok 1 Ogos 2011 seluruh umat Islam
akan menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan,
bulan Ramdhan al-Mubarak.

BBL ingin mengucapkan 
Selamat Berpuasa & Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan.




ha! korang jangan ponteng & cuba makan curi-curi pulak.
Allah nampak tau..
hehehe



BBL ~ tengah fikir nak makan apa untuk bersahur..
[>__<]





seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan....


Wednesday, July 27, 2011

OMG! Kedai Apple Palsu Di China

Assalamualaikum..
Dah lama BBL tak update entri terbaru untuk belog ni.
Kesian blog BBL dah sunyi dari pembaca & pengkritik tetap.
Sedih :(

Abaikan soal sedih sekejap & jangan terkejut
baca tajuk di atas. Umum kita ketahui China adalah
negara sangat suka tiru produk lain.
Biasanya "ciplak" barang-barang sahaja
tapi kini cukup lengkap satu kedai "ciplak".
Kesian Apple Store.

Kes kebongkaran ini telah di buat oleh Jessica 
melalui blognya, birdabroad.wordpress.com
yang telah menjumpai Apple Store palsu di Kunming, China.




Melalui gambar, ejaan Store ditukar menjadi “stoer”.
 Pada pintu hadapan kedai tersebut juga 
terdapat logo Apple & perkataan Apple Stoer. 
Kedai Apple yang asli hanya mempunyai logo Apple dihadapan.





dan ini iPad China


hahaha.
Sangat pelik kan?


BBL ~ selamat hari jadi buat Gebu &
tahniah dapat hadiah ipad 2.







seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan...

WORDLESS WEDNESDAY #7




WW ni satu trend utk semua bloggers di alam Maya.
Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post 
tanpa apa2 caption/penerangan/cerita dan sebagainya. 
Gambar mempunyai seribu maksud tak gitu? 
Biar gambar yang menceritakan segala2nya.

untuk maklumat lanjut --> malaysianww.blogspot.com


BBL ~ dah lama tak baca buku







seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan...

Wednesday, July 20, 2011

Henry Balik Kampung!


Assalamualaikum.
Teruja benor BBL nak taip entri ni.
Buat para gadis yang sedang baca entri ini,
korang kenal tak Henry Golding?
Atau korang kenal siapa dalam gambar dibawah?


HENRY GOLDING

Apa yang BBL tahu tentang Henry ialah beliau lahir di Sawarak
& kemudian berpindah ke Surrey, England
tapi satu berita menarik iaitu sebelum Henry berpindah ke England.
Henry pernah tinggal di Tanjong Jara Dungun , Terengganu.
I love Tanjong Jara sebab ia tempat paling menarik di Dungun 
& dekat rumah nenek BBL.

Kalu korang nak tengok wajah tampan pan asia ni,
jangan lupa tonton Without Boundaries 
setiap hari Rabu, 9.30 malam di 8tv.

Apa yang best tentang Without Boundaries ni,
korang akan dibawa ke destinasi terbaik di Malaysia
iaitu Pulau Tioman & Pantai Cherating (Pahang), Pulau perhentian,
Pulau Lang Tengah, Pulau Redang, Pulau Tenggol (Terengganu), 
Pulau Langkawi (Kedah), Pulau Pangkor (Perak )
 & Pulau Rawa ( Johor).
Wow..seronoknya!

Tak sabar nak tengok episode pertama pada
20 Julai 2011 jam 9.30 malam.














BBL ~ dah jumpa kembar Henry kat UiTM...
[U.U]







seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan....

Tuesday, July 19, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #6

WW ni satu trend utk semua bloggers di alam Maya. 
Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa 
apa2 caption/penerangan/cerita dan sebagainya. 
Gambar mempunyai seribu maksud tak gitu?
 Biar gambar yang menceritakan segala2nya. 


untuk maklumat lanjut ----> malaysianww.blogspot.com



BBL ~ bercuti di rumah 
[0.0]







seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan..

Wednesday, July 13, 2011

Tiada Apa-Apa

Assalamulaikum..
 
 
 
 
Tiada entri baru akan di update.






BBL ~ rindu kat  rumah
[*.*]

Tuesday, July 12, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #5

yeay! hari Rabu dah datang!
Untuk kali ini, cuba korang tafsir gambar ni.


WW ni satu trend utk semua bloggers di alam Maya. 
Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa 
apa2 caption/penerangan/cerita dan sebagainya. 
Gambar mempunyai seribu maksud tak gitu?
 Biar gambar yang menceritakan segala2nya. 

untuk maklumat lanjut ----> http://malaysianww.blogspot.com

BBL ~ twins couple?






seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan...

Pepsi Vs Coca Cola

korang tengok & nilai sendiri..



BBL ~ banyakkan minum air kosong.
[=__=]








seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan...

Mungkin Ini Bentuk iPhone 5?

Assalamualaikum.


tak sabar nak tunggu iPhone 5 dijual tak lama lagi.
Bermacam khabar angin tentang iPhone 5 ni.
Ada sumber mengatakan iPhone 5 dilancarkan
pada bulan Julai seperti iPhone sebelum ini &
ada jugak rumus mengatakan pelancaran iPhone 5
pada bulan September.
Walallahualam lah kalu macam tu.
Hanya Steven Jobs tahu tarikh sebenar pelancaran
iPhone 5.

Ini mungkin gambaran awal iPhone 5.







erm..lebih kurang macam iPhone 4 je kan?
tapi ini adalah rumus-rumus khabar angin je
hehehe


BBL ~ senior BBL pernah hilang iPhone 3..
[T__T]





seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan....

Sunday, July 10, 2011

Transformasi Laman Sosial

Assalamualaikum..
korang suka tak online? tipu..kalu tak suka online.
Samalah dengan BBL, suka online bila line beruk-band 
sepantas macam online kat McD.
Tapi laman sosial pe korang ada?
Sama tak dengan BBL punya?


2008
- Friendster.com -


Sebab join : satu kelas asyik bercerita pasal Friendster setiap pagi.
Friendster mungkin laman sosial yang pertama BBL kenal &
mungkin sama dengan kawan-kawan BBL dalam kelas.
Yang pasti ayat famous ialah "kau dah add aku?" & 
gambar-gambar diorang upload.
Memang meriah dalam kelas duk cerita pasal Friendster.
Tapi BBL buka Friendster.com semalam, terkejut sebab
dah berwajah baru walaupun nampak 
macam pelik online Friendster..

2007
- Myspace.com -


Sebab join : BBL daftar akaun Myspace pada  bulan Febuari 2007
sebab satu sekolah kena deman Myspace.
Sampai hari ni, rindu pulak nak buka myspace.
Korang ingat tak lagi apps bela "pets"? 
BBL sempat bela seekor "pets" panda.
Nak tahu nama apa? Fahmi Bubu. 
Nama itu ilham dari kawan lama kat tadika.
Sayang sekali Fahmi Bubu mati sebab BBL malas
nak jaga, nak mandi & beri makan.
Hahaha

 2008
- Hi5.com -


Sebab join : tak silap, kawan BBL yang kenalkan Hi5.
Jumlah "friends" kat Hi5 paling ramai, 4 789 orang.
Ramaikan? tapi sayang tak ingat pasword Hi5.
Ni kes format lappy tahun 2010.

penghujung 2008
- Tagged.com -


sebab join : boleh bagi "love"
BBL paling suka online Tagged sebab boleh beri "love"
kat user lain. Lebih kurang macam kasi love kat user lah.
Selain itu, setiap user dalam Tagged adalah "pets" &
boleh beli satu sama lain. Contohnya BBL dah berharga
$24, 828,  568, 371 @ lebih kurang $24 billion.
Banyak tu.. hehehe

2009
- Facebook.com -


sebab join : suka tag gambar & main game.
Inilah laman sosial paling famous atas muka bumi buat masa sekarang.
Dulu BBL suka sangat tag kawan-kawan dalam satu gambar 
walaupun tak de kaitan dengan kawan BBL tu.
Saja je tak de kerja. hahaha Facebook jugak tempat BBL &
kawan-kawan "fight" main game. Orang lain bercucuk tanam 
kat Farmvill tapi BBL main CafeWorld. 
Berangan nak buka restoren sendiri kan.
Sampai hari ni kadang-kadang rasa tak bersemangat
nak online Facebook sebab orang tu..
Dia jahat sangat...

2010
- Twitter.com -


sebab join : nak follow Lady Gaga.
Korang patut tahu BBL adalah BABY MONSTER PALING CUTE!
hahaha berangan kejap!.
Memang seronok "tweet" kat Twitter ni sebab boleh
tweet dengan artis kesayangan korang. 
Contoh macam BBL, rajin sangat tweet dengan Lisa Surihani
tapi Lisa tak pernah balas tweet BBL.
Mungkin sebab fans Lisa ramai sangat sebab tu
Lisa tak nampak tweet BBL.
Korang ada Twitter, jangan lupa follow BBL!
@luvetarmizi

2011
-Foursquare.com -


sebab join : senang nak cari member.
Maksudnya korang tak payah nak membazir kredit
nak tepon/mesej member korang walhal
boleh cari diorang dengan percuma tapi syaratnya
ada kawan korang ada akaun dengan Foursquare.
Kalu tak nak cari celah mana? hahaha
Foursquare ni lebih kurang macam Maxis Friends Finder.
Cuma setiap lokasi korang update akan di rujuk
melalui Google Map.
Korang update lah kat ceruk mana korang berada asalkan
Google Earth dapat jumpa lokasi tersebut termasuklah 
dalam toilet awan.

- Tumblr -


sebab join : erm..tak ingat dah. Terjadi sendiri kot?
Baru je daftar 3 minggu lepas. Tak reti sangat nak guna macam mana.


BBL ~ agaknya apa lagi laman sosial lepas ini
[=_=]






seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan...

Thursday, July 7, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4



WW ni satu trend untuk semua bloggers di alam Maya. 
Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post
tanpa apa2 caption/penerangan/cerita dan sebagainya.
Gambar mempunyai seribu maksud tak gitu? 
Biar gambar yang menceritakan segala2nya.

untuk maklumat lanjut ---> malaysianww.blogspot.com

BBL ~ kitakan 1 Malaysia.
[=_=]





seronok baca? apa kata share dengan kawanp-kawan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...