Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, February 16, 2013

Konsert Anuar Zain 3 Dekad : Muzik, Cinta & Sanubari

Semalam telah berlangsungnya konsert Anuar Zain 3 Dekad 
di Stadium Melawati, Shah Alam. Walupun hujan di sebelah petang bukan penghalang
untuk lebih 6 ribu peminat setia untuk datang awal ke stadium.
Anuar Zain menyanyikan lagu I'm The Lucky One sebagai pembuka tirai pada jam 9 malam
di iringi 26 pemuzik bersama 4 penyanyi latar. 
Seterusnya, lagu Bila Resah menjadi lagu ke 2 di turuti lagu rancak, 
Selamat Pagi Sang Suria dengan paparan visual berwarna-warni & 
limpahan cahaya lampu menaikan mood penonton setia untuk 
terus menanti kejutan dari Anuar Zain.

Konsert terus hangat dengan dendangan lagu popular
 Jangan Bersedih LagiAjari Aku bersama nyanyian dari peminat.
Seperti mana klip video Ajari Aku, Nora Danish turut muncul
bagi menaikkan seri lagu ini.
Sebelum beralih ke set 2, Anuar secara rasminya menayangkan 
video klip terbaru, Sempurnakan Aku di hadapan penonton.
Di set ke 2, Anuar muncul dengan sut rona velvet sambil menawan hati
penonton dengan lagu Keabadian Cinta & Kau Bunga Cintaku.

Selain itu, lagu yang turut didendangkan termasuklah Perpisahan, Ku Hanya Milikmu &
Ketulusan Hati. Konsert ini semakin romantik apabila Anuar melemparkan 
kuntum-kuntum bunga ros merah kepada peminat.
Paling menarik perhatian stadium sewaktu Anuar menyanyikan lagu 
Cinta Tidak Harus Memiliki dengan menampilkan 3 artis jemputan wanita,
 Adibah Noor, Dina Nadzir & Elvira sebagai penyanyi iringan.

Di set ke 3, Anuar bangkit dengan lagu Secuci Cintamu dengan gubahan baru.
Turut di alungkan lagu Bidadari, Semua Untukmu, lagu kanak-kanak Kain Pelikat
Teman Terulung & Lelaki Ini. Sebagai penutup konsert 2 jam itu
dengan lagu teman Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih.

Ternyata walaupun konsert ini terbahagi kepada 3 segmen lengkap dengan aspek
susunan lagu, vokal, rekaan pentas & penataan cahaya masih belum cukup memuaskan
hati peminat setia Anuar Zain yang telah lama menanti konsert dari beliau.
Rata-rata komen dari Instagramer yang menonton konsert ini
mengakui terpukau dengan konsert Anuar &
 setaraf dengan konsert antarabangsa lain.

Snap-snap oleh peminat semasa konsert berlangsung.












# kredit kepada Instagram

Apa-apa pun ucapan syabas BBL untuk Anuar Zain kena telah berada selama 
3 dekad di dalam industri seni Malaysia.

BBL akan cuba dapatkan video konsert Anuar Zain 3 Dekad :Muzik, Cinta & Sanubari.

BBL ~ lelaki ini....
[^.^]~~~


suka entri ini? jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan di..

Le Tour de Langkawi Edisi 2013

Assalamualaikum & BBL sangat teruja nak menulis entri ini,
apa tidak siri jelajah Le Tour de Langkawi telah kembali untuk edisi tahun 2013.
Paling seronok bila salah satu stage jelajah ni akan berakhir di Dungun, Terengganu.
Seingat BBL, dah lama program ni tak singgah Dungun,
tahun lepas pun setakat lalu Dungun untuk ke check point di Kuala Terengganu.



LTDL 2013 bermula secara rasmi pada 21 Febuari 2013 di Kangar, Perlis
 untuk peringkat pertama dan berakhir di Tasik Kenyir, Terengganu pada 2 Mac 2013.
Tahun ini terdapat 10 stage melibatkan 7 negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, 
Selangor, Pahang, Terengganu & Kelantan.
Jelajah ini akan berlangsung selama 10 hari dengan 
jumlah jarak 1, 469.7 km trek perlumbaan.

# peta trek perlumbaan


#jadual perjalanan ltdn 2013


# ini trek LTDN dari Kuantan ke Dungun




# peta lokasi garisan penamat di Dungun.


 Korang boleh ikuti perkembangan terbaru LTDN menerusi 
twitter = twitter.com/myltdl


Untuk maklumat lanjut, korang boleh google kat sini -> laman web rasmi ltdn 2013

BBL ~ siap sedia kamera nak snap gambar! 
[^.^]


jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan di...

Wednesday, February 13, 2013

Tutorial Menjadi Popular Di Instagram

Hai & bertemu kembali!
Bagi korang yang tak puas hati dengan satistik di statigr.am 
atau nak jadi artis Instagram jangan risau,
BBL akan kongsi cara untuk mencapai apa korang idamkan.


1. 'Upload' gambar terbaik
- kurangkan 'upload' gambar kabur a.k.a blur, gelap tak nampak apa,
termasuk diri sendiri di depan cermin.
Tak kan gambar baru bangun tidur, snap depan cermin pun nak upload dalam Instagram.

2. Hashtags
- Paling penting letakkan Hastags pada gambar,
nanti senang orang cari gambar berdasarkan Hastags.
Korang boleh letak maksimum 30 hastags setiap gambar & 
BBL cadangkan supaya letak hastags sebanyak mungkin.
Contohnya jika gambar telefon Samsung,
mungkin Hastags yang boleh merujuk kepada telefon.


3. Geotag
- Jangan lupa sertakan nama tempat gambar di ambil.
Mungkin ada Instagramer lain akan mencari gambar berdasarkan
geotag atau nama tempat.
Contohnya.


4. Interact
- Rajinkan diri untuk 'Follow' 'Like' & komen
akaun Instagram 'Following' atau 'Follower'.
Makin aktif korang like & komen akan membuatkan orang lain teruja
untuk like & follow akaun profile anda.


5. Link dengan Laman Sosial
- Pastikan korang link akaun Instagram dengan laman sosial lain
seperti Facebook, Twitter, Foursquare.
Pada masa sama kawan-kawan di laman sosial mengetahui gambar terbaru 
akaun Instagram korang & menarik 'Follower' baru.


korang juga boleh mencari App Instagram Hastag di PlayStore atau Appstore
atau cara paling ringkas mungkin ada dalam video dibawah.


Hasilnya tidaklah mengecewakan...


Jangan lupa mencuba!


BBL~ Instagram = album ke 2 selepas memeory kad.
[-.-]"


suka entri ini? jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan di..

Tuesday, February 12, 2013

Jadi Artis Instagram!

Assalamualaikum & apa khabar?
dah bersarang blog BBL dek lama tak di jenguk.
Kini BBL kembali untuk beraksi!

Berbalik cerita Instagram, rasanya tak perlu BBL terangkan apa itu Instagram.
Korang sendiri dah lebih well-know dari BBL.
Bagi yang mempunyai akaun Instagram kebiasaanya korang 
akan surf melalui Insta App di telefon atau tablet,
tapi kini sejak di ambil alih oleh Facebook, korang boleh surf
akaun Instagram melalui laman web instagram.com.
Melalui laman web Instagram, korang boleh 'Like' atau 'Love' gambar, 
komen gambar, view profile, & edit profile
cuma tak boleh upload gambar terus dari komputer atau lappy.
Tapi mungkin akan datang korang boleh terus upload gambar ke 
laman Instagram seperti Insta App di telefon & tablet.


#home page laman social Instagram


sekali imbas macam Facebook pun ada.

Asyik 'Love' gambar di Instagram pernah terpikir nak tahu
 berapa jumlah 'love' terkumpul dari semua gambar dalam akaun Instagram korang?
Dengan statigr.com korang boleh lihat prestasi Instagram bermula dari
gambar pertama yang di upload sehingga jumlah "Follower"

Ini statistik akaun BBL.


#13 Feb 2013


#1 Jan 2013 


#semasa BBL pertama kali di Instagram



Statistik ini akan di update setiap 16jam seterusnya.
Setakat ini BBL sentiasa upload gambar terbaru di Instagram
& setiap hari ada saja 'Follower' baru. 

Nantikan entri seterusnya, BBL akan kongsi tips cara untuk
mendapat banyak "Love" dari Instagramers!


BBL ~ hidupkan kembali Blog!
=,=






suka entri ini? apa kata kongsi dengan kawan-kawan di...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...