Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, August 31, 2013

“Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahim“

HANGAT! ~ Masa untuk online sepuas hati
HANGAT! ~ Peraduan untuk kaki kamera

UPDATE:
GIVEAWAY TAMAT

Rasa dah lama tak join Giveway ni, last giveaway BBL join masa
Bro Nan buat contest bulan puasa lepas.

Hari ni BBL nak join Giveaway Blogger Kacak sebab BBL nak perasan kacak kejap.
BBL tak pandai sangat nak letak dialog gambar tapi mungkin
dialog surat khabar sesuai memandang si kacak bergambar dengan si cantik.
Mestilah nak semua orang cemburu setebal 20 page entri
 bila dapat bergambar dengan Lisa Surihani!.
Lagi satu, "one picture can represent 1,000 stories".
Macam-macam caption boleh letak kan.


Giveway ini bermula semalam, 30 Ogos & akan tamat pukul 31 Ogos 
12.00 tengahmalam nanti.
Mintak-mintak tuan rummah HafizRahim terima borang peraduan BBL.

Korang pun sempat lagi rasanya kalu nak join.
Terjah kejap new tab -> Mini Giveway Blogger Kacak HafizRahim


BBL ~ September Aku Datang
[>,<]~~~~

UPDATE:
GIVEAWAY TAMAT




Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

Friday, August 30, 2013

Terima Kasih Untuk 100K

HANGAT! ~ Masa untuk online sepuas hati!
HANGAT! ~ Peraduan untuk kaki kemera
HANGAT! ~ Bosan kuota cepat habis & cuba ini



Alhamdulilah. Terima kasih korang sudi terjah blog BBL tak seberapa ini.
Penat balik kerja tadi ingat nak terus baring tidur je tapi bila buka blog
terus hilang mengantuk & tak sabar nak update entri.


Pagi tadi sebelum pergi kerja sempat lagi tengok komen terkini.
Rasanya baru dalam 99 200 macam tu. Malam ni dah jadi 100k.
Terasa macam mimpi kejap dah lebih dari 100k page view.
Bagi diri BBL sendiri, 100k nilai cukup besar. 
Lagi pun blog ni baru nak berusia 3 tahun januari tahun depan.

Terima kasih sekali lagi Kepada semua BFF yang sudi follow tanpa di paksa.
Setiap hari BBL selalu nasihat diri sendiri supaya update entri bukan
sebab nak glamour tapi nak kongsi info yang mungkin best untuk

Apa pun tanpa korang blog ni sepi sebab BBL update & baca entri sendiri.
Lepas ini semangat jari jemari nak exercise atas lappy makin bertenaga la.
Jangan risau sebab BBL akan cari entri best untuk tatapan korang.


Terima kasih semua.

BBL ~ alhamdulilah, kecil di mata orang tapi besar di mata BBL
==[0.0]==

HANGAT! ~ Bosan kuota cepat habis & cuba ini
HANGAT! ~ Masa untuk online sepuas hati!
HANGAT! ~ Peraduan untuk kaki kamera

Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

Thursday, August 29, 2013

Jualan Merdeka 50% The Body Shop

HANGAT! ~ Sokong program amal bersama Rexona Move
HANGAT! ~ Kena cuba berus gigi terbaru Darlie



Bersempena Hari Merdeka Sabtu ini, The Body Shop pun nak raikan kemerdekaan
dengan menawarkan diskaun sehingga 50%!.
Korang peminat rapat Body Shop mohon cepat cucuk duit & terjah kedai Body Shop
sebelum barang kegemaran sold out atau promosi tamat.
Merdeka Sale ini akan berakhir 3 September 2013.
Ha, gaji kan dah masuk boleh beli kan.


Nah amik bak hang, perfume BESTSELLING separuh harga. 
Mau tak marah, biasa beli harga tetap boleh pulak jual separuh harga.
Hari merdeka nanti seharum semerbak lah korang kat padang merdeka.
Ni senarai perfume separuh harga tu --> List Perfume 50%


Ni pun nak marah jugak. Koleksi Leona Lewis Cruelty-Tree pun ada diskaun 30%.
BBL pernah cuba pakai white musk perfume Leona & baju bau pun wangi. 


Tak lupa lotion, moisturiser & serum. Boleh sapu banyak-banyak kat badan ye.



BBL pun nak terjah kedai Body Shop. Perfume dah nak habis.
Asyik pinjam adik punya je. Kejam kan?
Jadi BBL target nak beli perfume ni.

APPLE BLOSSOM EDT

Harga RM49.90  RM24.95


DREAMS UNLIMITED™ EAU DE PARFUM

Harga RM85.00  RM42.50

 BBL ~ serang...serang..! 
[>.<]"



Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

Wednesday, August 28, 2013

BFF Ke 200

HANGAT!~ Cara mudah memang RM50K
HANGAT!~ Peraduan untuk kaki kamera
HANGAT!~ Hotspot! siapa artis favourite korang

Terima kasih untuk hadiah hari lahir BBL ye.
Tak perlu beri hadiah mahal-mahal sebab korang dah bagi hadiah cukup bermakna tahun ni.
Semalam BBL dah dapat BBF ke 200!


REVIEW BLOG BFF KEJAP

 adalah pemilik blog  annazarynn.blogspot.com .
Blognya berkisar pengalaman belajar di UKM Malaysia.
Lebih kepada diari online tapi kadang-kadang di selit dengan
cerita menarik & info terkini. 
Entri menarik BBL semestinya 30 Perkara Perempuan Tak Bagitau 
sebab bolehlah godek-godek rahsia perempuan kejap. 
BBL nak tergelak baca Gejala-gejala student nak final exam
dengan tips sempoi & kisah student U. Terkena atas batang hidung BBL kejap.

Terima kasih Farhana Nadiah.

BBL ~ tak sangka resepi Oreo Milkshake mencecah 250 page view semalam
[=.=]///



HANGAT!~ Peraduan untuk kaki kamera
HANGAT!~ Hotspot! siapa artis favourite korang
HANGAT!~ Cara mudah menang RM50K


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

Buat Sendiri Oreo Milkshake Crunchy

HANGAT! ~ Jadi PAPARAZI ARTIS & menang RM50K
HANGAT! ~ Berus gigi terbaru Darlie memang sedap gosok



Hari ni BBL nak kongsi lagi satu resepi mudah.
Gambar Oreo Milk Shake ni fresh lagi sebab BBL baru je buat tadi.
Bersemangat nak terus update entri ni lepas siap sambil sedut air milkshake.

BAHAN-BAHAN UTAMA
1 paket biskut Oreo
susu full cream atau fresh cap Dutch Lady (low fat kurang umph sikit)
aiskrim vanilla
ketulan ais

HIASAN
Biskut Oreo 
Whipped Cream 
Coklat rice
Corn flakes

CARA MASAK BUAT
1. Sediakan blender. Nak shake guna tangan pun boleh tapi kena gigih
2. Campakkan 6 keping biskut oreo
3. Masukan 1 1/2 atau 2 cawan susu fresh/full cream
4. Masukkan 3 ceduk aiskrim vanilla - masuk lebih tak pe. Lebih berkrim.
4. Pastikan on plug blender & blend 5 saat
5. Cuba rasa..kalu kurang krim, masukkan aiskrim.
Kalu terlebih krim, tambah sedikit ais.
6. Tuang dalam gelas
7. Hiasankan bagi nampak kacak & menyelerakan
8. Sedut dengan straw


Senang kan? Tak sampai 10 minit dah siap Oreo Milk Shake.
Boleh buat hari-hari kalu korang rajin ye.

Kos untuk milkshake untuk 3-4 orang
Biskut Oreo 137G  - RM2.90
Ais krim vanilla -     RM3.00
Susu full cream -      RM3.30
JUMLAH                 RM 9.20

Hiasan - 
rembat barang-barang buat biskut Bite Cookies raya bulan Ramadhan.

Bagi BBL dengan kos macam tu cukup murah berbanding pergi beli
kat luar yang lagi mahal & tak sesedap buat sendiri.

ok. Publish!


BBL ~ minum air milkshake sambil blogwalking
[O.0]~~


HANGAT! ~ Berus gigi terbaru Darlie memang sedap gosok


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

Monday, August 26, 2013

Lagi Hujan CPUV

HANGAT! ~ Dengan mandi pun boleh menderma
HANGAT! ~ Sila abaikan
HANGAT! ~ Khas buat pengguna Lifebouy


Awal bulan Ogos lalu BBL dah dapat bonus CPUV Nuffnang & 
hari ini ada lagi kempen terbaru Nuffnang untuk blog BBL.
Tadi buka Nuffnang terkejut bila dapat 2 CPUV untuk bulan ini.
 Ini adalah CPUV ke 8 & 9 . Seronoknya bila dapat iklan.
Hari ini bermula kempen DOVE berlegar-legar di blog bersama
 kempen The Mortal Instrument.


Dengan hujan CPUV makin lebat ni baru bersemangat BBL nak update entri baru setiap hari & tak lupa praktis tips dari Nuffnang.

TIPS DARI NUFFNANG

1. Rajin-rajin hantar tiket, tanya apa saja korang tak faham (Jangan mintak no telefon dah)
Janji Nuffnang sedar kewujudan blog korang.
2. Update Manage Blog dengan info terbaru supaya blog korang 
kena dengan iklan di siarkan. Tak timbul prob blog fesyen keluar iklan pampers.
kan pelik tu.
3. Rajin-rajinlah ping sana sini blog korang kat Facebook, Google + & Twitter.
Biar orang cakap kita gila glamor sebab dorang sebenarnya jeles.
4. Kuatkan jari klik-klik blogwalking & paling penting jangan lupa 
singgah tinggalkan komen.

Bukan susah nak tarik pengunjung baru asalkan rajin blogwalking.

BBL ~ murah rezeki bulan Ogos
[=.=]


HANGAT! ~ Dengan mandi pun boleh menderma
HANGAT! ~ Sila abaikan
HANGAT! ~ Khas buat pengguna Lifebouy



Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawa di..

Sunday, August 25, 2013

Duit Raya Besar

HANGAT! ~ Lebih besar lebih bagus
HANGAT! ~ Ubat untuk cik jerawat
HANGAT! ~ Khas untuk kaki mandi


E-mail yang BBL terima pagi tadi. 
korang baca dari atas sampai bawah ye.

- klik untuk besarkan - 

Sebagai tindakan, BBL perlu...

(A) Balas email kepada Puan Siti Sarah bertanya keadaan kesihatannya sekarang
(B)  Bagi no akaun Maybank supaya 2 Juta  sterling di transfer & buat giveway iPhone 5 untuk setiap penyertaan sebagai tanda berkongsi gembira
(C) Minta no telefon peguam Puan Siti supaya harta di tukar kepada nama BBL
(D) Minta no telefon Puan Siti & bersembang dengannya
(E) Semua di atas

Cepat pilih mana satu.
__________________________________________________

E-mail yang BBL terima pukul 2.03 pagi ni memang tak masuk akal langsung.
Jika betul Puan Siti nak bagi BBL 2 juta sterling atau RM100 juta lebih 
memang syok habis, tak payah nak kerja.
Tiap hari boleh update blog sambil goyang kaki.


Tapi itu semua hanya angan mat jenin bagi korang yang tidak tahu ini
semua adalah taktik penipuan negro yang ingin mengaut duit dari
rakyat Malaysia.

Modis operasi memang senang, email akan di hantar secara rawak &
korang yang gatal-gatal balas email tu akan memberi no telefon.
Kemudian ada pihak akan telefon korang bertanya no akaun bank,
lepas tu mulalah episode sandiwara antara pihak "bank" dengan korang.
Kononnya duit tak boleh transfer sebab masalah kastam & untuk selesai masalah ini
korang kena transfer duit untuk setelkan masalah kastam.
Bukan RM20 atau RM100 tapi mungkin RM2,000 atau lebih.

BBL pernah alami kes macam ni tapi dalam email tu cakap
nak hantar iPhone 3s (waktu tu iPhone 3s baru keluar), kasut Gucci,
jaket kulit Paul Smith & duit tunai lebih kurang RM10 ribu dalam kotak hadiah.
Mau tak seronok dapat hadiah macam tu, seminggu lepas tu ada seorang perempuan
kononnya kastam KLIA cakap hadiah dah sampai kat department kastam KLIA
tapi sangkut sebab tak bayar cukai & kalu nak tuntut hadiah tu mesti bayar RM2 ribu.
Waktu tu BBL teruja sangat & hampir nak bank in duit sebab nak sangat hadiah tu,
nasib baiklah terbaca surat khabar kes penipuan email hadiah ni.
Terus tak jadi bank in duit & "kastam KLIA" 8 kali telefon BBL suruh buat bayaran
tapi BBL tak layan dah.
Rugi bagi duit kat orang negro.

Untuk korang, sila berhati jika terima email macam ini.
Abaikan sahaja email ini atau duit korang terbang macam burung merpati.
Terima kasih.

BBL ~ Puan Siti Sarah ni mesti suka baca blog BBL sampai sanggup bagi duit banyak tu
[^.^]++


HANGAT! ~ Telefon terbesar abad ini
HANGAT! ~ Ubat untuk cik jerawat
HANGAT! ~ Mandi sambil menderma


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

Friday, August 23, 2013

Mandi Sambil Menderma

HANGAT! ~ Apa jenama sabun mandi korang?
HANGAT! ~ Hai ubat untuk cik jerawat
HANGAT! ~ Lebih besar lebih bagus


Mesti pelik dengan tajuk entri BBL hari ni, biasanya aktiviti amal jariah berkait
dengan membeli sambil menderma ke rumah kebajikan, anak yatim & bla..bla..
Sekarang ni dengan mandi pun boleh menderma kepada mereka yang susah.


Setiap kali mandi, memang tak bersih tanpa bersabun cap Lifebuoy ,
Favourite flavour mestilah warna merah sebab berbau segar lepas mandi.
Bukan setakat di bilik mandi, lepas makan nasi kandar pun BBL basuh 
dengan pencuci tangan yang 100% membebaskan tangan BBL dari bau
kari kandar & jangan lupa sapu Hand Sanitizer Lifebuoy .

Tiap kali ke Watsons memang akan gaduh dengan mak BBL sebab
BBL suka warna merah & mak BBL suka warna unggu.
Last-last BBL beli 2 botol 1.6 litter warna merah, habis cerita.
Lagi pun 1 botol 1.6 litter boleh habis tak sampai 1 bulan pun.
Kalu sorang mandi tak sah  tak berbuih lantai bilik mandi.


Kini Lifebuoy mengadakan program amal membantu keluarga yang kurang
bernasib baik dengan kerjasama Bersamamu TV3.
Korang pun yang memang guna sabun Lifebuoy eloklah menyokong program ini.
Tak salah kalu setiap kali korang mandi, ada keluarga gembira dengan bantuan
hasil dari setiap titisan sabun buih di bilik air.

Kepada mereka yang bukan pengguna Lifebuoy tunjukan sokongan
dengan like --> Program LifebuoySuci
Bukan apa, tak semua kita mampu memberi sumbangan tapi sokongan LIKE
pun cukup bermakna buat kru Program LifebuoySuci terus menyampaikan
sumbangan kepada keluarga memerlukan.
Bak kata Bersamammu, hulurkan tangan ringankan beban, tekan like & sokong kami.

Sokong mereka --> Program LifebuoySuci


BBL ~ penat beli sabun Lifebuoy kat Watsons
[U.U].. 


HANGAT! ~ Hai ubat hai ubat untuk cik jerawat
HANGAT! ~ Apa jenama sabun mandi korang
HANGAT! ~ Lebih besar lebih bagus


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

Thursday, August 22, 2013

Apabila Ulat Menjadi Super The Avengers

HANGAT! ~ Ubat untuk cik jerawat muka
HANGAT! ~ Telefon terbesar abad ini
HANGAT! ~ Yang penting #DoMoreLah


Kartun Larva adalah cerita kartun paling pelik tapi pecah perut tiap
kali tengok selepas stress tengok buku. Adik BBL sendiri tak tengok Mr.Bean kartun &
mesti tengok cerita Larva selepas balik sekolah.
Kartun Larva berkisar cerita kehidupan 2 ekor ulat bersahabat baik.
Sekarang ini dah masuk versi no 2, sebelum ini cerita mereka hanya berlatar belakang
kehidupan di dalam longkang.
Memang tak rugi tengok cerita ini dari episode ke episode.
Mohon Lescopaque buat cerita kreatif macam ni gak.




BBL ~ dah lama tak tengok wayang
[O.O]


HANGAT! ~ Yang penting #DoMoreLah
HANGAT! ~ Ubat untuk cik jerawat muka
HANGAT! ~ Telefon terbesar abad ini 


Ai..tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

Wednesday, August 21, 2013

Sukan Angry Birds Tak Berapa Nak Ekstrem

HANGAT! ~ Lebih besar lebih bagus
HANGAT! ~ Ubat terbaik untuk cik jerawat muka
HANGAT! ~ Telefon terbesar abad ini


Berapa tahun lepas  ramai yang tergila-gila main Angry Birds
sampai wujud pemandan, pensil warna,snek & air tin cap Angry Birds. 
Well tahun ni pun Minion Rush bakal menjadi fenomena
 selain kejadian rusuhan di mcd seluruh Malaysia oleh Minioners 
Kini main game dah jadi "last year" trend sebaliknya korang sendiri
jadi Angry Bird melayang macam budak-budak lastik biji getah target burung.
Game ini agak ekstrem santai & sesuai untuk mereka yang gayat
 tapi korang sanggup nak cuba?




BBL ~ argh....mak takut..
[T.T]

HANGAT! ~ Lebih besar lebih bagus'
HANGAT! ~ Ubat terbaik untk cik jerawat muka
HANGAT! ~ Telefon terbesar abad ini


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

Monday, August 19, 2013

Lebih Besar Lebih Bagus

HANGAT!  ~ Lebih besar lebih bagus
HANGAT!  ~ Tak puas dengan telefon skrin kecil
HANGAT!  ~ Mandi dengan sabun Lifebuoy sambil menderma ke tabung Bersamamu


 Hi selamat datang!


ENTER DI BAWAH



Ini adalah telefon Sony terbaru. Bukan telefon yang di besarkan gambar
semata-mata nak lawan Samsung Galaxy Mega atau Grand
Untuk info lebih lanjut --> SONY TERBARU


BBL ~ tablet ke telefon ni
[o.o]


HANGAT! ~ Lebih besar dari Samsung Galaxy Mega
HANGAT!  ~ Tak puas dengan telefon skrin kecil
HANGAT!  ~ Mandi dengan sabun Lifebuoy sambil menderma ke tabung Bersamamu


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

Sunday, August 18, 2013

Dunia Lego Semua Empat Segi

HANGAT! ~ Paling penting #DoMoreLah
HANGAT! ~ Telefon paling besar abad ini
HANGAT! ~ Mengembara melalui Facebook & Whatsapp di telefon korang



Kali terakhir BBL main Lego masa tingkatan 3 untuk projek penempatan
manusia akan datang untuk subjek Geografi. Paling sadis bila replika "negara"
kumpulan kami hilang entah ke mana lepas letak dalam bilik matematik.

Rasa cun tengok video dunia Lego ni oleh Micheal.
Seriuz memang kena gigih buat orang Lego, bangunan, kereta & paling best 
mesti ada sifat sabar paling otai untuk hasilkan video cun melecun ni.
Korang boleh subscribed di MlCHAELHlCKOXFilms untuk lebih banyak video.





Check out behind the scene video dunia Lego ni.
BBL memang suka tengok hasil kreativiti mat salleh sebab selalu outside the box.
Ingatkan guna DLSR tapi alahai kamera biasa je.




BBL ~ update blog sambil kunyah biskut raya
[-.-]

HANGAT! ~ Paling penting #DoMoreLah
HANGAT! ~ Mengembara dengan Facebook & Whatsapp di telefon korang
HANGAT! ~ Telefon paling besar abad ini



Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

Saturday, August 17, 2013

Coolkan Blog Dengan CoolBlog

HANGAT! ~ Mandi dengan sabun Lifebouy sambil menderma ke tabung Bersamamu
HANGAT! ~ Jarak jauh bukan halangan
HANGAT ~ Tolong mereka di Myanmar




Fuh penatnya baru balik dari kelas. Panas betul hari ni.
Tadi singgah kejap coolblog , dah sebulan tak pergi.
Biasanya sebelum bulan puasa memang tiap hari BBL singah beli air.
Menu yang selalu BBL rembat bawak balik mestilah  Volcano Milk Tea,
Smoothie Oreo, Blueberry, ABC & paling sedap mestilah Hong Kong Milk Tea.


Kalu bab topping wajib letak Pearl atau Dot Com.
Balik rumah je terus minum sambil duduk atas kerusi tepi beranda.

Sekarang ni CoolBlog hangat mengadakan promosi movie Dampak yang akan
di tayangkan pada 19 Sept nanti. Korang boleh menang tiket Dampak secara percuma 
dengan hanya "LIKE" fan page CoolBlog --> Fan Page CoolBlog
Senang kan?


Wot..wot tengok trailer pun dah gempak dengan pelakon Aaron Aziz,
Farid Kamil, Juliana Evans, Scha Alyahya & ramai lagi yanng BBL tak kenal sangat.
Jadi, cepat-cepat ke CoolBlog, beli satu air ok.


Beli CoolBlog sambil blogging pun seronok.
Chill ya!

BBL ~ sejuknya
[U.U]~~



HANGAT! ~  Jarak jauh bukan halangan
HANGAT! ~ Tolong mereka di Myanmar
HANGAT! ~ Mandi dengan sabun Lifebouy sambil menderma ke tabung Bersamamu


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...