Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Friday, September 27, 2013

7 Hari Seminggu 5 Jenis Baju

HANGAT!Teman BBL join Kempen I Want Plant A Tree Bersama SenHeng
HANGAT! ~  Kalau aku kaya, apa nak buat
HANGAT! Minuman wajib malam esok nak exam



Selamat pagi! Hari ni bangun awal lagi.
Alhamdulilah, dah masuk 3 minggu BBL berpraktikal dalam industri perhotelan.
Minggu pertama BBL kekok sikit nak pusing-pusing 1 hotel hantar draf event order.
Memandangkan BBL study Degree in Marketing, department marketing
menjadi tempat BBL bersarang dengan task mencurah macam air hujan.

Department marketing adalah saluran nafas paling penting dalam organisasi hotel.
Boleh kata, setiap hari ada saja event order terbaru masuk dalam giliran.
Tugas BBL dalam masa sebulan ini cukup mudah.

1. Pukul 8.00 pagi masuk office on komputer & air-cond
2. Lihat senarai event pada setiap hari.
3. Jawab panggilan & terima event order.
4. Pusing 1 hotel hantar event order.
5. Part paling seronok dapat makan free waktu pusing 1 hotel,
mana taknya, pergi department pastry dapat makan cupcake,
terjah department coffee kitchen, chef hulur sup mushroom.
6. Pukul 5 cepat-cepat push card balik rumah. Haha..

Oleh kerana BBL sentiasa berjumpa dengan pelanggan hotel,
maka bos department siap pesan awal-awal supaya
pakai baju bersih setiap hari & jangan nampak selekeh.
Katanya, BBL adalah duta kecil hotel, buatlah seolah-olah hotel ini BBL punya.
Terkejut jugak dengar pesanan dari penaja.

Paling BBL pening kepala setiap pagi mestilah soalan baju apa nak pakai
sampai BBL terpaksa pusing pakai baju sama tapi tak nampak sama.
Susahkan. Sebab itu eksesori penting untuk mengaburkan 
mata staff supaya tak timbul soalan cepu mas,
"pakai baju minggu lepas ke?"
Hurm.

Ini fesyen BBL untuk minggu ini.

HARI AHAD



Untuk hari Ahad  BBL lebih kasual sebab Ahad kebiasanya
pelanggan ramai datang ke office untuk booking event & dewan.
Warna hijau limau agak terang tapi menarik perhatian pelanggan 
untuk lebih berinteraksi dengan BBL.
Biar terpukau dengan hijau.

HARI ISNIN



Mencuri idea imej pekerja Isetan KLCC seperti Men In Black.
BBL timbulkan seri dengan suspenders berwarna merah.
Paling kelakar, ada saja staff sibuk nak tarik pastu lepas suspenders.

HARI SELASA



Warna ungu menjadi pilihan untuk tampil lebih santai.
Ungu gelap sangat sesuai memberi semangat bekerja sampai ke petang.

HARI RABU & KHAMIS

Setiap Rabu & Khamis BBL offday.

HARI JUMAAT



Kembali klasik menjadi ilham buat BBL bekerja pada hari Jumaat.
Lengkap dengan songkok senang nak pergi solat Jumaat.
Rona corak vintage bagi BBL cukup menarik seolah-olah
sekali pandang mesti ingat baju batik

HARI SABTU


Memandangkan Sabtu penghujung hari dalam seminggu
BBL pilih motif bunga ros supaya rasa segar macam kat taman ros.
Paling cuak bila ada pelanggan minta tolong jadi pengacara majlis
tapi BBL tolak sebab tak sanggup jadi perhatian nanti dengan baju ros ni.
Biarlah BBL berbunga-bunga dalam office sahaja.

Berikut adalah baju pilihan minggu lepas.


Sekian untuk minggu ini.
Masih pening untuk minggu depan. 


BBL ~ baju batik bila nak pakai?
[0.o]


HANGAT!Teman BBL join Kempen I Want Plant A Tree Bersama SenHeng
HANGAT!Minuman wajib malam esok nak exam
HANGAT! Kalu aku kaya, apa nak buat



Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

Ajaib Tiket Soalan Nuffnang

HANGAT! ~ BBL nak ikut kempen I Want Plant A Tree Bersama SenHeng
HANGAT! ~ Minuman wajib malam esok nak exam
HANGAT! ~ SIA tu apa

Hari Rabu lepas BBL update blogger profile & survay akaun Nuffnang,
kemudian mata terpandang bintang tak berkelip macam lampu lip lap ni.


Tertanya jugak dalam hati, kenapa jadi low class sangat 
padahal BBL nak ping widget iklan Nuffnang kat tempat betul.
Maka, BBL dengan penuh perasaan kacak hantar surat cinta kepada team Nuffang.


Esok petangnya BBL terima email mengatakan Nuffnang ada membalas tiket soalan BBl.
Ini jawapan untuk soalan budak sekolah macam BBL


Dalam hati, "ooooo....macam tu". 
Jadi rumusan 12 patah perkataan untuk masalah BBL ialah
iklan BBL kurang mendapat klik walaupun widget telah dipasang secara strategik
 tepi highway blog sendiri.

Agaknya rezeki hantar tiket, BBL dapat 2 kempen CPUV bermula 25 Sept & 
terbaru 27 Sept bermula hari ini. Alhamdulilah bulan September BBL dapat 5 CPUV
dengan 1 dah kreadit & 4 kempen masih aktif berlari-lari.


Biarlah sikit sebab lama-lama jadi banyak.
Terima kasih ye Nuffnang.

Pesan BBL ~ ha, cepat update profile & survey korang.


BBL ~ Alhamdulilah
[=.=]


HANGAT! ~ BBL nak ikut kempen I Want Plant A Tree Bersama SenHeng
HANGAT! ~ Minuman wajib malam esok nak exam
HANGAT! ~ SIA tu apa


Ai takan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

Tuesday, September 24, 2013

wow #Terrernya Tin Coke

HANGAT!Hadiah hari jadi paling epik sejarah
HANGAT!SIA itu apa ye
HANGAT!Jangan lupa minum bila bersarapan sebelum pergi kerja



Mungkin BBL dah ketinggalan sejauh 20km tentang promosi terhad tin Coke ni.
Semalam pergi 7eleven, terpandang kenapa ada tulisan pelik kat tin coke.
Bila tengok poster promosi coke baru perasan kewujudan tin coke pelik 
lagi edisi terhad ni. Terus beli 1 walaupun BBL dah insaf minum air gas
sebab tak nak bercampur dengan ubat.

Balik rumah terus godek buku Google cari promosi tin terhad ni.
Rupanya ada 7 tin dengan tulisan #bestgiler #fuyoh #syoknya #lenglui 
#macha #terrernya & #beb.


Bila benda limited edition ni rugi kalu tak kumpul & simpan.
BBL baru ada 1 edisi #terrernya jadi sekarang tengah 
terjah 7eleven nak cari complete set.
Cadangnya BBL nak kumpul 2 set dengan 7 tin.

Selain tu, Coke sekarang hangat mengumpul gambar dengan
hashtag #shareMYcokelah & kesemua gambar akan di upload
terpampang pada bilboard sebesar alam terpilih seperti

1. Bangunan KWSP, Kuala Terengganu
2. Maju Junction, Kuala Lumpur
3. Jusco Bukit Tinggi, Klang
4. Komtar, P.Pinang
5. Jusco Kinta City, Johor
6. Mahkota Parade, Melaka
7. JB City Square, Johor Bharu
8. Cross junction Jalan Teluk Sisek/Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan

Cara nak upload gambar pun senang, follow step di bawah


Ini tin pertama BBL, kena cari lagi adik beradik #terrernya yang lain.
Biar dorang jejak kasih. Yeah



Nanti carilah gambar korang kat papan bilboard tu.
Untuk maklumat lanjut, boleh terjah Facebook Coca-Cola

BBL ~ kumpul & jual di mudah.my
[^.^]


HANGAT!Hadiah hari jadi paling epik sejarah
HANGAT!Jangan lupa minum waktu bersarapan sebelum pergi kerja
HANGAT!SIA tu apa ye

Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 7

HANGAT! ~ Tolong jawab servey kejap boleh
HANGAT! ~ Hadiah misteri untuk hari jadi
HANGAT! ~ SIA tu apa? 

Update untuk minggu ini dengan Episode 7.
Jangan gelak sudah.






 




BBL ~ alahai Malaysia
[-.-]

HANGAT! ~ Tolong isi borang servey kejap boleh
HANGAT! ~ SIA tu apa?
HANGAT! ~ Hadiah misteri untuk hari jadi

Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

Friday, September 20, 2013

Surat-Surat Cinta Nestle

HANGAT! ~ Fesyen buah Manggo dengan Miranda
HANGAT! ~ Minuman wajib setiap kali esok nak exam



Adoi, orang lain dah tak main la pos surat-surat cinta ni tapi BBL buat apa
dengan surat botingkek macam lagu Waris ft Juzzthin.
Jangan salah faham ingat BBL dah tak de kerja chating melalui pos ni.

Sebenarnya BBL nak masuk peraduan Bonanza Hari Keluarga Nestle
Saja nak rajinkan diri kumpul barang Nestle, masuk dalam sampul surat,
tulis alamat, tempek setem kat surat & exercise kan kaki ke pejabat Pos Malaysia.

Dulu zaman sekolah menengah, BBL selalu masuk peraduan sana sini
 tapi sepuluh satu pun tak pernah menang. Sedih kebenor sambil buat muka duck face.
Biasalah adat masuk peraduan, bukan semua menang.

Kali ini di sebabkan keluarga BBL penguna tegar barang Nestle dari pagi bermula
dengan sarapan Koko Krunch bersama Susu Every Day, tengahari mak BBL masak menggunakan Cukup Rasa, petangnya kami makan biskut kulit popia bersalut Nestum
& sebelum tidur mesti pekana Milo suam baru boleh tidur.
Memang senang nak masuk peraduan sebab bukti peraduan banyak.


Peraduan ini akan berakhir hujung September 2013.
Syarat penyertaan cukup senang, beli mana-mana produk Nestle & jawab 3 soalan mudah,
lepas tu pos ke Nestle. Jangan pos ke alamat lain sudah.
Kalu ada rezeki, korang boleh memang barang elektrik seperti tab, telefon Samsung Grand,
kamera Samsung atau TV Panasonic 32 inci.

Penat betul nak susun satu satu masuk dalam sampul surat.
Paling leceh bila nak tampal setem, dah lupa macam ne nak letak setem.
Kompius kiri ke kanan surat. Argh..malu betul BBL ni.


Tak sangka boleh siap dalam 1 hari je. Hebat.
Selepas tu terus pergi pejabat pos. Malu jugak nak masukan surat dalam peti surat
sebab orang lalu lalang tengok BBL bawak beg Ikea penuh surat.
Mesti orang sangka pergh jiwang & klasik mamat ni main surat cinta.


Tak harap sangat memang cuma perasaan dapat masuk peraduan tu best.
Semangat tu penting.

Publish.

BBL ~ Bismillah
[=.=]



Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

Thursday, September 19, 2013

Baju Kuning Minion Akhirnya Sampai

HANGAT! ~ Dengan rambut dah boleh nampak kacak
HANGAT! ~ Minuman wajib sewaktu malam exam
HANGAT! ~ Jakun bila naik kapal terbang


Ingat lagi entri tempah baju Minion limited Edition tempoh hari
selepas tersebar video Hilter marah patung Minion sold out.
Hari ni akhirnya baju tersebut sampai depan pintu rumah.
Soal lambat sampai bukan apa, sebab BBL selalu lupa nak bayar
balance harga baju. Asyik tunda jadi macam ni lah.

Cuma nak cerita BBL unboxing postage. 
Baju minion sangat kuning kalah kuning spongebob.
Ni kalu pakai tengah padang, memang BBL sorang menyerlah. Haha
Cuma baju ni kena orter sikit bahagian bawah sebab labuh bawah pinggang.
 Check out ya.


 Terima kasih yyukinos Art And Craft

BBL ~ kuning lampu isyarat
[-'-]



HANGAT! ~ Dengan rambut dah boleh nampak kacak
HANGAT! ~ Minuman wajib malam exam
HANGAT! ~ Seronok sangat dapat naik kapal terbang



Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di..

Wednesday, September 18, 2013

Putihnya Cafe Sukan Cakna

HANGAT! ~ Terbang seperti burung ye
HANGAT! ~ Minuman wajib ada setiap hujung semester
HANGAT! ~ Syampu rambut cap Ronaldo


BBL baru je balik dari makan malam. Kali ini BBL &  Iskandar terjah port makan terbaru.
Iskandar ni kalu korang nak tahu memang suka buat 
Jalan-jalan cari makan versi diri sendiri.
Dah banyak tempat makan kami terjah, ada sedap, sakit hati, services terbaik,
siap bagi cadangan kepada tuan kedai supaya upgrade services masakan.

Untuk malam ini kami singgah ke cafe berkonsep kafe sukan.
Nama cafe ini Cafe Cakna. 
Cakna mengikut buku loghat Teganu bermaksud ambil berat atau prihatin.
First time BBL makan di kedai kafe sukan. Temanya cukup macho untuk
kaki sport seperti bola sepak & peminat setia jenama barangan sukan
Adidas, Nike & seangkatan di padang. 


Menu makanan cukup simple & lebih western tapi kadang-kadang
ada menu kampung bergantung pada permintaan pelanggan.
Memang BBL dah lama tak makan Chicken Cops. Dari raya hari tu duk mengidam.
Hari ini baru dapat, fuh alhamdulilah kenyang.
BBL pilih Chicken Cop & Iskandar pilih Lamb Cop untuk kami serang sampai licin.

KONSEP KEDAI
Rasa nya tuan kedai ni suka warna putih kot. Sampai hampir semua perabot,
kerusi, meja & dinding warna putih. Nasib baik cik akak waiter tak pakai baju putih.
Silap hari bulan BBL terasa macam kena culik alien.
Untuk pasangan kapel atau mereka yang nak rasa makan di rumah tapi berbayar,
Cafe Cakna memang tempat terbaik.
Di sudut sebelah cashier ada ruang tamu, memang terasa 
eh, BBL kat rumah ke tapi kena nak kena bayar?.
Tapi di pintu masuk kedai, korang mesti keliru, ni kedai barang sukan atau cafe?
Soal layanan jangan pertikaikan sebab awek cun datang amik order.
BBL buat-buat macam nak kenal menu tapi waiter terang macam
cikgu sekolah ajar budak darjah 2, lengkap siap cara nak masak lagi. 
Hebat betul waiter macam ni.


SENARAI MENU


Seperti BBL cerita tadi, menu di sini sesuai dengan selera pelanggan.
Untuk keluarga, jangan lupa mencuba Nasi Goreng Cakna.
Nama nasi goreng pun agak mengancam mulut nak mencuba,
bagi student yang nak enjoy waktu makan bersama kawan sekelas,
cubalah Black Paper Steaks atau Black Paper Chicken.
Di jamin kawan Facebook naik jelesy bila korang upload gambar tengah makan nanti.
Selain menu di atas, ada lagi menu lain untuk korang cuba.

HARGA
Bermula serendah RM3.00 & ke atas, BBL rasa semua orang mampu
untuk makan di cafe ini. Sekali mencuba makan di kedai baru tak salah,
kalu sedap datang lagi, kalu tak sedap, beritahu tuan kedai supaya lain kali
tolong masak sedap sikit.

SEDAP & NAK LAGI
Bila makanan dah sampai atas meja, baca dulu doa makan supaya lebih berkat & kenyang.
Iskandar memang tak sabar nak cuba, memang tabiat dia.
Pertama cuba rasa sos Lamb Cop & ternyata sos tu sesedap selera dia.
Kemudian giliran BBL cuba sos Chicken Cop, 
kejap BBL rasa coleslaw sebab nampak macam  mengancam je.
OK, sedap sebab banyak mayonis & sayur segar. Baru buat petang tadi kot.
Isi ayam Chicken Cop memang rangup dengan isi ayam sebati dengan sos chicken cop.
Iskandar kata Lamb Cop guna resepi baru ke, rasa lain dari kebiasaan.
Bukan rasa tak sedap tapi sedap. Memang dia suka menu lain dari orang lain.
BBL sempat menyampuk, lain kedai lain chef, mesti rasa berbeza.

Lamb Stick


Chicken Cop


LAIN & UNIK
Dengan konsep cafe sukan, terasa cukup esklusif dengan suasana tempat makan
ala-ala macam dalam fantasi seperti iklan Nina Ricci.
Memang best kalu dapat sambut hari jadi atau bergambar bersama kawan sekelas.
Terasa macam dalam studio. Kalu nak cuba, kena datang sendiri.


LOKASI
Bagi orang Dungun atau student UiTM & Politeknik,
singgahlah cafe Cakna di hadapan ibu sawat Telekom & 
bersebelahan dengan Pos Laju Pak Sabah
Cafe ini baru beroperasi 2 bulan lalu. Ramai lagi belum tahu kewujudan cafe ini
di kawasan Dungun.


Sementara tunggu makanan sampai, 



Publish

BBL ~ alhamdulilah
[^.^]


HANGAT! ~ Minuman wajib ada setiap kali hujung semester
HANGAT! ~ Terbang seperti burung ye
HANGAT! ~ Syampu rambut cap Ronaldo


Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...