Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Sunday, August 31, 2014

Video Rumah Terbuka #NNRaya Nuffnang 2014


Assalamualaikum & hello there,

Masih ingat pengalaman BBL ke rumah terbuka raya #NNRaya Nuffnang khamis lepas? Boleh terjah entri ini. Mesti tertanya apa lagi terjadi sepanjang hari rumah terbuka tu. Tak akviti makan je kan. Nah sila tonton video offcial rumah terbuka raya #NNRaya 2014. 



Paling syok mestilah Umi Syafiera menang giveaway Samsung S5 dari Umobile. Bertuah kaki kanan pergi rumah terbuka Nuffnang tapi BBL bawak balik banyak kenangan best beraya bersama Nuffies & Nuffnangers!


Insyallah ada rezeki korang yang tak berkesempatan pergi #NNRaya 2014 jangan risau kita jumpa raya tahun depan ye. Say cheesse..

BBL ~ mengenang MH17
(~.~)/***


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Friday, August 29, 2014

Update Header Merdeka 57





Assalamualaikum & hello there,

Ahad ini kita sebagai rakyat Malaysia akan meraikan ulang tahun kemerdekaan ke 57 negara. Serentak dengan itu, bermula hari ni sehingga 16 September BBL akan mengunakan header khas merdeka & hari Malaysia. Untuk header hari Malaysia, kenalah stay tune. Baru surprise nanti. 

Untuk tahun ini BBL pilih geometri sebagai latar melambangkan liku-liku tahun ni dalam mencapai usia merdeka 57 seperti peristiwa kehilangan MH370 & MH17 terhempas yang menyatukan hati warganegara  selain logo rasmi sambutan kemerdekaan 57 : Di sini lahirnya sebuah cinta.

Macam biasa, fan page BBL, Google Plus & Twitter BBL akan mengunakan header ini sebagai latar untuk cover page. Tak sabarnya nak sambut merdeka hujung minggu ni. Korang pun ada header special sempena merdeka ni? 




BBL ~ mengenang MH17
(~.~)/***

HANGAT! Ini baru #HAVOC

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Food Test : Pan Pizza Terbaru Pizza Hut




Assalamualaikum & hello there,

Hari ni BBL nak buat food test pizza terbaru dari Pizza Hut Malaysia. Baru-baru ni Pizza Hut memperkenalkan Pan Pizza terbaru dengan jaminan sedap teramat. Jadi why not review sikit pizza ni.

Untuk testing, BBL pilih Hut Delight pilihan sama ada pizza atau pasta. BBL pilih pan pizza Super Supreme bersama Fizzy Berry & si kawan pilih Pesto Chicken Spaghetti. Semua ini hanya RM15.90 fuh jimat RM2.90. Set Hut Delight termasuk air soft drink (boleh tukar) & mushroom soup. 


Tu dia pan pizza super supreme, nampak nyum nyum tapi kena cuba rasa dulu. Komen BBL, kerak pizza lebih ngam, taste pun lebih padat dengan gandum, tak berkerak sangat, topping pun banyak & lebih sedap compare pan pizza sebelum ni. 


Fuh licin itu dah terlajak kenyang tapi bayangkan sedapnya kunyah roti pizza tu tak terfikir dah habis rupanya. Jangan lupa cuba Fizzi Berry cukup ummph bersama pizza atau pasta. Combinasi air 7Up, wildbery bersama lemon terasa masam manis. 


Korang kena cuba sendiri sedapnya pan pizza baru n. Memang berbaloi dengan payment bayar nanti. Kalu tak puas hati, Pizza Hut akan tukar pizza korang dengan pilihan pizza lain. Tal rugi boleh cuba banyak pizza. Jangan risau korang boleh take-away pan pizza serendah RM15 dengan kopun di bawah. Save dalam smartphone & tunjuk di kaunter sahaja, tak payah gunting/print kopun ni. Go green okay.


Dengan setiap pembelian pan pizza RM30 keatas dalam satu resit korang boleh masuk peraduan Eat&Win wang tunai RM1 000 setiap hari atau RM 10 000 untuk pemenang utama. Tuah ayam nampak di kaki, kot-kot korang boleh menang RM 1000 dah cun kan? 



Untuk maklumat lanjut boleh terjah laju-laju
Facebook Pizza Hut : www.facebook.com/pizzahutmalaysia
Laman web Pizza Hut : www.pizzahut.com.my

BBL ~ terasa nak makan lagi
o( ̄ρ ̄)o

HANGAT! Ini baru #HAVOC

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, August 28, 2014

5 Sebab Rumah Terbuka Raya Nuffnang #NNRaya 2014 Super Ohsem!




Assalamualaikum & hello there!

Sabtu lepas BBL telah dijemput ke rumah terbuka Nuffnang Raya 2014 bertempat di Wanaka the Bungalow, Damansara Heights. Excited punya pasal BBL study jalan nak pergi Wanaka, itu pun sesat kejap sebab cari main entrance rumah ni. Ini kali pertama Nufnang mengadakan rumah terbuka raya #NNRaya tapi tetap awesome 5 bintang! Nak tahu kenapa? Baca sampai habis.

1. Nuffies + Nuffnangers = kosong-kosong

#NNRaya 2014 dihadiri oleh ramai blogger termasuk senior-senior Nuffies. Bertema hari raya semua tetamu kacak & cantik dengan baju raya masing-masing. Siapa tak excited nak selpie together gether dengan selebriti blogger & newbie blogger sambil memohon maaf. Antara blogger BBL jumpa ialah : 


Dari kiri Mommyeiman, sayaaiday, redmummydotcom, cik ayu, BBL & suami kak red


Okay ready smile bersama Farahwahyda, Helmyunus, ikhramanilwanina


Paling mencuri tumpuan mestilah si comel, Yuyu Zulaikha yang sarat mengandung 8 bulan. First time BBL jumpa Yuyu alahai kecik tomel tuannya bersama suami. Selamat menjadi ibu Yuyu bulan depan. Bila dah jumpa geng, kami berpesta selfie maklumlah biasa tengok muka dorang dalam entry blog je.


Spotted si cilik comel Fightertiah anak Audrey aka Fourfeetnine & Adam, anak Namee Roslan bersama papanya. Tetamu selebriti blogger lain termasuklah MelastikbintangNamee Roslan, Abang Nara, Cik Epal, SyedGraphix, Jaehashim, mahamahu, ayuejean, byrawlins, syafiera lewis & ramai lagi tak cukup 1 enty nak list. Bak kata orang 1 Malaysia kan, semua kaum ada datang memeriahkan rumah terbuka #NNRaya ni. God jobs Nuffnang!

2. Berbakul-bakul hadiah

Majlis #NNRaya 2014 telah dihoskan oleh Andrian (kacak berbaju melayu pink tu) turut disponser oleh Umobile, Ambi Pur , WOWPhotobooth & CaramabyCastrol. Banyak sangat game BBL join seperti Call to Win & Showdown by Ambi Pur. Fuh bergadingan bersama Aiday paling seronok, yang penting Ayu pegang watak ibu dalam drama Mak Nak Raya bersama Ambi Pur. Seriuz lawak bila teringat balik. Rezeki kami bertuah menang tempat ketiga. Yahoo dapat goodie-goodie dari Ambi Pur. 


Oh lupa, semasa pendaftaran kami diberi sekeping kad mini game seperti main congkak & batu seremban, oh terasa raya kat kampung. Penat BBL turun naik tangga rumah Wanaka 2 tingkat untuk selesaikan semua game tu, paling hapening selpie tu wajib bila selisih dengan blogger. Bukan senang nak jumpa lagi kan.


Tetamu VIP petang itu ialah the CMO Umobile, Jasmine yang berbesar hati menjadi co-sponser #NNRaya. Banyak game & hadiah istimewa dari Umobile BBL dapat. Of course kenangan paling havoc bila BBL dapat buat panggilan hangit kepada classmate dengan  Umobile secara percuma selama 2. Cara nak dapat free call pun senang, just update tweet nak free call je. Lepas tu bermula modus operasi telefon kawan, cuak dia bila no tak kenal masuk,nasib baik angkat jawab. Kesian dia kena kelentong. 


Kalu korang nak tahu, Umobile turut menyediakan wifi hotspot secara percuma sepanjang majlis berlangsung, seriuz laju & pantas je upload gambar event ke instagram serta Facebook. Umobile terbaik! TheBestFree! . Setiap blogger yang membuat free call perlu menulis nama untuk luckydraw & guest what BBL menang topup Umobile bernilai RM50. Boleh call orang tersayang puas-puas. 


Untuk grand lucky draw ialah Samsung Galaxy S5 yang telah dimenangi oleh beuty blogger Umie Syafiera. Untung dapat makan free bawak balik S5. Tahniah tahniah bravo. 


Semua blogger tak pulang dengan tangan kosong je sebab Umobile dah sediakan buah tangan istimewa untuk setiap tetamu #NNRaya 2014. Dah macam benteng clash of clan 'buah tangan' tu.


Walaupun rumah Wanaka sesak dengan tetamu, tambah lagi asap kambing golek & live cooking, semuanya tak meninggalkan kesan bau kurang menyenangkan dengan adanya Ambi Pur #JomRefresh menwangikan #NNRaya. Harum semerbak satu rumah dek sembur dengan Ambi Pur & Febreze. Sampai kawan BBL spray kat baju sendiri tau. 


Memandangkan geng kami asyik snap gambar je dari petang sampai ke malam, rasanya tak lengkap tanpa group photo di #WOWPhotobooth & print on the spot #wowgram melalui hastag #NNRaya instagram. Menyesal tak print banyak-banyak. Terima kasih Wowphotobooth merakam aksi comel kami. 


3. Hapening sampai ke malam

Acara special petang tu adalah sesi live cooking bersama Kak Pilla. Mestilah sedap segoti Lontong sambal ikan bilis Kak Pilla, hanya di #NNRaya sahaja. Sayang betul BBL tak sempat nak rasa. Menurut tukang rasa, Lontong tu sedap siap ada mintak extra kuah. 


Sementara tunggu aktiviti seterusnya, sempat jugak BBL snap suasana sekitar rumah Wanaka. Kawasan rumah pun redup maklumlah rumah atas bukit kan.


4. Makanan sedap semuanya

Soal makanan jangan di pertikaikan, lengkap dengan seekor kambing golek bak hang. Yang pelik kambing tak rasa macam daging kambing. Inilah dia kambing dari Lubuk KambingAiday yang tak pernah makan kambing pun boleh makan siap tambah lagi. Even BBL rotate 2 kali sebab dapat part daging lembut so tak payah nak kunyah lama-lama. Menu lain seperti kek  Humble Beginnings Mille Crepe ,kuih muih, biskut raya, mee soup, lontong, & bermacam lagi terhidang untuk kami serang. Memang tak rugi datang rumah terbuka Nuffnang.



5. Senyum sampai ke pipi

Dari jam 3 petang sampai 8 malam, BBL tak putus senyum gembira kerana inilah masa dapat berjumpa dengan blogger &  Nuffies dalam suasana gembira meraikan Syawal. Okay, mengaku ada jugak malu-malu kucing nak tegur tapi bila dah berborak fuh habis satu rumah kami gegar dengan gelak ketawa. Tak tahan masing-masing tak nak kalah main game berebut hadiah dari Umobile, Ambi Pur & CaramabyCastrol. Biar pun penat mulut asyik makan & tangan asyik amik hadiah itu semua adalah memori terindah syawal ini. Terima kasih Nuffnang untuk jemputan ke rumah terbuka raya #NNRaya 2014. Jumpa lagi tahun depan!. 



Jangan lupa like fan page di bawah untuk promosi terkini :-

UMobile : www.facebook.com/umobile
Ambi Pur : www.facebook.com/AmbiPurMY
WOWPhotobooth : www.facebook.com/wowphotoboothmalaysia
CaramabyCastrol : www.facebook.com/CaramaCastrol

BBL ~ bateri telefon dah habis
o( ̄ρ ̄)o


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...