Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Tuesday, September 30, 2014

Tonton Online - Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 17



 Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 17 

30 September 2014

*Tonton melalui link ini - Episode 17

*boleh juga tonton melalui link ini - episode 17 -

Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Maaf Jika Aku Tak Sempurna untuk update terkini mengenai 
drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Terjah sekali -  Anda mesti tak percaya dengan apa terjadi

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, September 29, 2014

Tonton Online - Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 16



 Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 16

29 September 2014



*Tonton episode 16 hari ini melalui link ini - link sini -

Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Maaf Jika Aku Tak Sempurna untuk update terkini mengenai 
drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Terjah sekali -  Agaknya anda mesti suka dengan berita baik ini

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Saturday, September 27, 2014

Resepi Infused Water

Assalamualaikum & hello there, 

BBL suka minum air kosong sejak amal makan collagen. Orang lelaki pun makan collagen la tapi collagen khas untuk lelaki ye. The bad news is rasa air kosong payau tu kadang-kadang buat tekak jadi loya bila tengok air. The good news is BBL dah jumpa cara nak feeling minum air buah tapi hakikatnya ia air kosong. Terima kasih infused water kerana mengubah cara BBL minum air kosong. Dah macam testimoni produk pulak. Hahaha

Apa itu infused water - macam #airtokbomoh je

Infused water adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu & dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum. Biasanya mat salleh girls guna buah seperti mango, strawberi, anggur, barries, apple kemudian di rendam bersama daun herba such like daun papermint, basil, pudina, saderi atau campur saja madu. Tapi korang boleh guna buah tempatan seperti tembikai cina (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici, jambu batu, durian ( no no no). Nak tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai, halia atau timun pun boleh.  

Bagi yang baru nak mencuba, sediakan satu botol air kosong untuk di isi dengan buah nanti. Tak perlu beli botol baru, guna sahaja botol air yang selalu korang bawak pergi kelas atau kerja tu. Kalu nak beli botol baru, beli botol air dengan mulut botol lebar atau luas supaya senang nak masuk buah & keluarkan balik buah tu.

Cara sediakan infused water :

1. Pilih resepi / campuran buah korang nak
2. Potong buah mengikut sukatan (BBL main sumbat je dalam botol)
3. Penuhkan dengan air kosong / air mineral (jangan air 100plus sudah)
4. Jangan campurkan gula (madu tak pe)
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 4 - 5 jam. Biasanya BBL buat sebelum tidur & pagi esoknya boleh terus bawak pergi kerja
6. Air infused water boleh di guna 2 kali, maksudnya jika isi air pertama dah habis minum, refill sekali lagi hingga penuh & tunggu 30 minit atau 1 jam sebelum minum. 
7. Buah-buah dalam botol korang boleh nak makan tapi sesetengah blogger cakap buang saja sebab nutrisi buah telah diserap dalam air. Bagi BBL tak kan nak buang strawberry macam tu sahaja? Membazir je kan. Baik makan kenyang.

*untuk lemon, guna 2 slides dah cukup bagi 1000 ml air, kan lebih air jadi sangat masam lemon. 

Kebaikan infused water 

1. Jadi sihat, kurus selim, perut kempis macam Nisa Kay - kenalah minum banyak air kosong
2. Awet muda, kulit cantik, muka tak berminyak persis Elia jejariruncing - tambah lagi air infused campur buah
3. Minum air kosong boleh menambah metabolism tapi seratan nutrisi buah dalam infused water menukar air menjadi METABOLISM BOOSTER ohsem
4. Bagus sebagai detoksifikasi iaitu detox dapat membantu tubuh dalam menyingkirkan racun dalam tubuh
5. Perut pun suka bila kita minum banyak air kosong, senang untuk pencernaan usus bukan telefon brand ASUS ye
6. Infused water sangat berguna bila travel sebab bila berjalan kita kurang minum air, jadi dengan infused water korang tak kan lupa minum air kosong. Bila time breakfast di hotel jangan segan silu ambik buah-buah seperti strawberry, kiwi, watermelon, apple & berries dalam restaurant untuk buat infused water. Dah jimat tak payah beli buah
7. Paling heaven boleh feeling ala mat salleh minum air infused water, tambah sekarang musim panas fuh lega anak tekak. Eh, jangan lupa post gambar minum infused water dalam facebook & instagram

Satu je masalah bila kerap minum infused water ni semesti kadar kekerapan nak ke toilet sangat tinggi. Tambah bila kerja bawah air cond dari pagi sampai petang, sabar jelah bila dah selalu masuk toilet.

Antara resepi BBL selalu buat adalah :

Cinamopple = apple + cinanom




Komen BBL :
1. Kayu manis tu ngam dengan apple hijau sebiji
2. Rasa kayu manis dah hilang bila refill kali ke 2 tapi try letak 2 batang kayu manis

Pomepple = apple + delima



Komen BBL :
1. Biji buah delima tu korang tumbuk sikit bagi keluar jus, jangan jadi macam BBL terus letak macam tu sebab tak rasa langsung delima

Gredina = anggur + pudina




Komen BBL :
1. Daun pudina letak 3 4 helai dah cukup, BBL nak makan daun pudina sebab tu letak banyak. Hahaha

Nak cuba resepi lain pun boleh, contohnya :


1. Green tea + mint + lime - Bagus untuk bakar lemak, penghadaman, sakit kepala & hilangkan bau mulut

2. Strawberry + kiwi - Elok untuk kardiovaskular, pelindungan usus, kitaran gula darah

3. Cucumber + lime + lemon - Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung & maintain slim kurus

4. Lemon + lime + orange - Terbaik supply vitamin C, pedih ulu hati (minum pada suhu bilik & jangan sejukkan)

Tapi tak lah BBL bawa jag comel-comel dalam gambar tu (jag tu khas untuk entri ni je) pergi kerja tapi biasa guna botol air biru ni. Lagi senang nak minum air banyak-banyak & refill balik air tu. 


BBL akan update lagi resepi lain nanti ya. Eh, cuba la buat satu.

BBL ~ caption #airtokbomoh of the day
o( ̄ρ ̄)o


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, September 25, 2014

Review Proton Iriz 2014 Terbaru



Assalamualaikum & hello there,

Buka email semalam keluar caption, anda di jemput untuk sesi test-drive Proton Iriz pada 25 Sept 2014. Yes, hari ini merupakan tarikh pelancaran buah tangan Perusahaan Outomobil Nasional terbaru,         Proton Iriz atau nama saintifiknya P2-30A. Peluang tengok kereta compact pertama Proton dengan mata sendiri sangat ohsem cuma tak sempat nak test-drive je.

Proton Iriz dilengkapi dua varian enjin yang dibangunkan sendiri oleh Proton, bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter. Enjin yang menggunakan teknologi VVT itu dipadankan transmisi manual lima kelajuan & automatik CVT. Enjin empat silinder bagi unit 1.3 liter menghasilkan kuasa 94hp @ 5,500rpm dengan tork maksimum 120Nm @ 4,000rpm, manakala enjin 1.6 liter menghasilkan kuasa setinggi 105hp @ 5,750rpm dengan tork maksimum 150Nm @ 3,750rpm (Paultan.org). 


Stereng Proton Iriz adalah Eectric Power Steering(EPS) yang di cas dengan bateri. Uniknya bateri Proton Iriz akan cas sediri bila bateri low. Cara cas tu tak sempat nak tanya tadi. 

Untuk pengetahuan semua, Proton Iriz hadir dengan pilihan 7 warna termasuk 2 warna baru Lime Green & Moon Dust Silver. 



Gambar luaran Proton Iriz. (Model basic 1.3 Standard MT)



Menariknya korang tak perasan pun mana ekzos sebab terlindung bawah skirt Proton Iriz.

Gambar ruang dalaman Proton Iriz (Model basic 1.3 Standard MT)



Cuma depan driver seat nampak sempit sikit. Yang lain tip-top, ini model paling basic tapi spec cukup lengkap seperti radio, air-cond lebih besar, alloy rim, tempat letak air selain door controler di bahagian driver. Untuk 1.6 Premium, spec lebih lengkap dengan Rear view camera untuk reverse, touch screen navigation, keyless start button, Daytime Running Lights (DRL) & banyak lagi ciri-ciri keselamatan di iktiraf oleh ASEAN NCAP safety.

Berikut harga Proton Iriz 1.3 & 1.6



Menurut Salesman, Proton Iriz akan diserahkan kepada pembeli seawal Oktober ini. Jadi sempatlah nak make-up sebelum tahun baru 2015 nanti. Berminat boleh terus apply loan kereta Proton baru ni. Tepuk dada tanyalah poket.


* komen BBL 
1. Sangat comel Proton Iriz warna Green Lime tapi lagi macho warna putih.
2. Tak sempit pun & sangat sesuai untuk orang bujang/gadis masih belajar/baru kerja.
3. Sekali imbas macam Ford Fiesta, bonet tak besar/kecik lebih sedang size.
4. Kereta paling basic pun dah macam full spec tapi boleh makeup sendiri kan
5. Harga pun boleh tahan dengan 0 downpayment. Dalam RM500 lebih seperti Pesona.
6. Alah kalu berkenan beli sahaja & guna sebaik mungkin. Okay bai.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pusat pameran Proton berhampiran atau LIKE fanpage Proton Malaysia - https://www.facebook.com/ProtonCars

BBL ~ tunggu version Proton Iriz Sporty
(◣_◢)


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online - Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 15



 Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 15 

25 September 2014



*tonton episode 15 di sini - Episode 15

Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Maaf Jika Aku Tak Sempurna untuk update terkini mengenai 
drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Terjah sekali -  Yang ini khas untuk wanita sahaja

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Wednesday, September 24, 2014

Tonton Online - Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 14



 Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 14 

24 September 2014



*Tonton episode 14 di link ini - Episode 14

Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Maaf Jika Aku Tak Sempurna untuk update terkini mengenai 
drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Terjah sekali -  Untunglah perempuan yang suka selfie

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, September 23, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #39 - Kena Tahu


Assalamualaikum & hello there,


BBL ~ entri akan datang
(੭*^.^)੭* ̀


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online - Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 13



 Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 13 

23 September 2014

*Tonton melalui link ini - Episode 13 



Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Maaf Jika Aku Tak Sempurna untuk update terkini mengenai 
drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Terjah sekali -  Khas untuk anda yang selalu isi minyak waktu pagi sebelum masuk kerja

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Sunday, September 21, 2014

Tonton Online - Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 12



 Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode  12

22  September 2014



*Tonton episode 12 melalui link ini - Episode 12 MJATS

Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Maaf Jika Aku Tak Sempurna untuk update terkini mengenai 
drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Terjah sekali -  Ingat lagi kenangan sms dengan nokia 3310?

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....


Saturday, September 20, 2014

Bila Housemate Terbang Ke Udara


  
Assalamualaikum & hello there,

Sambungan kisah WORDLESS WEDNESDAY #38 rabu lepas.

Ingat lagi November tahun lepas waktu mula-mula BBL masuk dalam rumah sewa baru, housemate a.ka. agent tuan rumah tanya 'ko kerja apa?', mengigil jugak 'saya student lagi bang & mohon jangan buli sudah'. Terus gelak si housemate, BBL balas tanya, 'kerja apa'. Kemudian dia jawab 'kerja berjalan-jalan' eh dalam kepala seronoknya kerja berjalan je. Masa tu tak amik port sangat penat baru sampai bilik sewa baru, tambah berkotak-kotak barang kena angkat.

Kini dah hampir setahun sewa bilik serumah dengan kaki berjalan-jalan ni. Kitaorang jarang berjumpa di sebabkan tabiat housemate ni memang jarang ada di rumah. Actually rumah tu ada 4 orang penghuni termasuk BBL, seorang satu bilik. Housemate no 2 & 3 kerja bank & manager AEON Big, itu pun keluar pagi-pagi & balik pun tengah malam. Kadang-kadang nak jumpa pun waktu hari public holiday saja. Soal housemate suka berjalan-jalan ni akhirnya terbongkar pekerjaan dia, rupanya dia pramugara Malaysia Airline. Terkejut jugak bukan calang-calang housemate rumah. Sejak dari tu, BBL banyak tanya soal experience berjalan negara orang, ada yang seronok ada yang tak best langsung. Paling lawak selisih waktu pagi bersiap pergi kerja & malamnya selisih lagi, BBL tanya dia pergi mana? dia balas 'baru balik dari Indo', mak ai dalam hati pergi Indo balik hari je. Betapa kecik dunia buat dia sampai boleh pergi jejak negara seberang pastu balik Malaysia. 

Paling cuak bila terjadi tragedi kehilangan pesawat MH370, merengang bulu roma viral status facebook pasal MH370 hilang dari radar. Terus laju-laju whatsapp tanya si housemate tu kat mana. Syukur alhamdulilah dia baru landing di Bangkok & tak terlibat dengan insiden MH370. Bila dia balik rumah terus kami peluk dia, siapa tak sayang housemate rumah kan, hilang kasut pun boleh teringat-ringat ni pulak hilang housmate tersayang. Apa-apa masalah dia selalu roger tanya, paling best mesti ada buah tangan tiap kali balik dari oversea. 

Saat sekali lagi terjadi viral terhempas MH17 itu pun sangat sangat menakutkan bagi BBL. Waktu tu BBL ada kat kampung, balik dari lepak dengan member terus buka lappy nak update story baru tapi ternampak news CNN pasal insiden MH17. Call si stewed tu tak angkat, ish dalam hati berdoa jangan housemate aku terlibat. Syukur dia hanya domestic transit Malaysia. Nasib baik dia bercuti time raya aidil fitri, dengar cerita ramai jugak sedara mara datang rumah peluk tanya khabar dia.



Sejak dari tu, setiap kali si housemate balik dari offduty, kami geng rumah selalu hang-out sama-sama. Terbaru minggu lepas kami tengok wayang The Maze Runner di Pavilion, lucky dia belanja makan & tiket movie sebelum terbang ke Nepal hari Jumaat lepas. Sekarang ni tak tahu kenapa tiap kali dia nak pergi kerja mesti hati mintak dia balik cepat-cepat rumah, Terbaru pesawat MAS MH198 ke Hyderabad India terpaksa berpatah balik selepas mengesan masalah teknikal. Itu pun cuak jugak sebab dia biasa bertugas flight ke India, Thailand, Indonesia, Australia & negara ASEAN termasuk domestic dalam negara. 



Satu masalah baru mungkin bermain dalam fikiran housemate BBL agaknya berita pengurangan 20k  pekerja oleh Khazanah Nasional. Bukan 200 orang tapi 20 ribu. Angka yang cukup ramai pekerja akan di tranfer ke NewCo, Syarikat penerbangan baru pada Julai 2015. Yelah siapa tak pening nak bayar komitment bila kena transfer nanti. Harap-harap semua berjalan baik jelah. 

Hari ini housemate BBL akan bertugas dalam penerbangan ke Perth Australia sebelum kembali ke Malaysia minggu depan. Semoga Allah melindungi perjalanan pergi & balik tempat kerja. Amin.



BBL ~ Semoga Allah melindungi hamba-Nya
..


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

GIVEAWAY: 2014 Mialiana.com


Assalamualaikum & hello there,


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

BBL ~ gud luck semua peserta
[^.^]


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...