Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, November 29, 2014

Penguins of Madagascar Movie - Hanya Untuk Budak-Budak

Assalamualaikum & hello there,

BBL memang suka movie genre kartun..nak-nak hasil kerja DreamWoks Animation cuma Penguins of Madagascar kali ni kurang umph. Itu pandangan BBL ye.



Trailer Penguins of Madagascar Movie 



Sinopsis Penguins of Madagascar Movie


Mengisahkan 3 ekor penguin, Skipper, Kowalski, & Rico. Mereka ni dah bosan asyik hidup mengikut kitaran alam semula jadi hinggalah terjumpa sebiji telur penguin kebetulan lalu tepi sekumpulan penguin. Di situ Skipper (ketua kumpulan) mula memberi arahan menyelamatkan telur tu secara tidak sengaja lahirlah Private (si telur tu) & terus menjadi ahli anggota mereka. Sebelum tamat cerita Madagascar 3 : Europe's Most Wanted, si penguin berempat ni decide terbang dari sarkas tu untuk celebrate birthday Private di Fort Knox dengan menghadiahkan Private jajan Cheesy Dibbles. Malangnya mereka berempat diculik oleh Dave, seekor sotong kurita menyamar sebagai Dr. Octavius Brine.


Di sini The Penguins baru tahu bahawa si Dave ni nak balas dendam kes jelly bean (jealous). Sebelum ni si Dave sangat famous amous dalam Central Park Zoo sebelum The Penguins datang merampas semua peminat setia si Dave. Maka bermula niat jahat si Dave menukar kecomelan penguin-penguin ala zombie minion (yang warna purple) dengan serum squid henchmen. 


Bertuah nasib badan, mereka berempat diselamatkan oleh North Wind - sekumpulan ejen rahsia elit bertindak menyelamat binatang yang lemah. Ahli North Wind terdiri seekor serigala bernama Classified, anjing laut bernama Short Fuse, beruang kutub utara bernama Corporal & seekor burung hantu bermata cantik bernama Eva. Si penguins di bawak ke pangkalan rahsia North Wind & titiba si Dave video call dengan mereka untuk memberi amaran akan menculik semua spesis penguin di dalam zoo seluruh dunia dalam misi membalas dendam. Waktu ni team North Wind & The Penguins bergaduh nak show off siapa agen rahsia paling hebat menghalang si Dave dari meneruskan misi jahat membalas dendam & menculik semua penguin dalam zoo. 

End of story tu.... eh kena tengok sendiri okay kat cinema.

--------------------------------------------------------------------------------------
Komen BBL

Mungkin kepala BBL masih di hantui movie Big Hero 6 minggu lepas. Expectation BBL movie The Penguins lebih hebat dari Big Hero 6 ternyata salah. Seriuz semalam tengok movie dalam TGV mostly semua seat adalah kanak-kanak. Orang dewasa pun mak ayah, abang atau kakak teman budak-budak nak tengok cerita penguin ni. Lagi pun movie penguin The Feet lebih ohsem dari Penguin of Madagascar. Oh tidak, hilang mood nak gelak sakan. Ada beberapa scene kelakar tapi banyak juga tak menepati standard biasa movie kartun. Mungkin target DreamWork Animation kanak-kanak bawah 12 tahun yang tak tahu apa. Ha, semalam pun tengok movie pun bising suara budak-budak jerit alahai kesian dia sampai satu hall gelak dek suara cute penonton cilik tu.

Untuk sapa-sapa nak bawak anak atau adik sila suruh dorang tonton movie Penguin of Madagascar ni. Sure melompat lompat atas seat cinema tu. 

Rating : 3.5 bintang

BBL ~ tunggu Spongebob the movie la
(¬、¬)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, November 27, 2014

Magnum Cafe Di Rumah

Assalamualaikum & hello there,

Well, sejak dari 1st day opening Jumaat 2 minggu lepas, que tetap panjang beratur beli Aiskrim Magnum di Magnum Cafe Malaysia aras 3 Mid Velly Megamall. Bikin stress tengok orang upload gambar selfie depan Magnum Cafe dalam Ig, Twitter & what so ever social networking. Argh nak je pergi Mid Velly tapi since BBL bukan jenis suka memeriahkan diri beratur panjang-panjang ni maka tercipta idea ini.

Magnum Cafe 100% homemade - no que!


Tada dah siap. Selamat mencuba

BBL ~ sedapnya makan aiskrim ni 
[=.=]....

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online - Bila Hati Berbicara Episode 19


Bila Hati Berbicara Episode 19

27 November 2014



 Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Bila Hati Berbicara untuk update terkini mengenai 
drama Bila Hati Berbicara

Terjah sekali -  Apa ke benda ni.. pelik la

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Wednesday, November 26, 2014

Tutorial Buat Video Blogbuster Nuffnang

Assalamualaikum & hello there,

*Ini adalah contoh tutorial berdasarkan pengalaman BBL. Harap dapat membantu korang.



Dah ready untuk tutorial buat video blogbuster Nuffnang? Okay, first kita baca dulu kehendak advertiser (Maybank) dalam kempen blogbuster ni. Sila rujuk email korang (guna google translate sudah).


- LANGKAH 1 - 

Background kempen:
Maybank2u sebagai platform yang membolehkan pelanggan mendapatkan ganjaran  dengan melakukan urus niaga, transaksi, beli top-up, bayar bill & banyak lagi. Kini customers boleh mempunyai banyak peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik hanya dengan melakukan transaksi Maybank2u online atau app.

Produk dan perkhidmatan Maybank2u:
Pengeluaran Cardless - Pengeluaran wang tanpa kad ATM
Pemindahan Wang IBG - Pemindahan Antara Bank
Prepaid Top-up - top-up kredit telefon bila-bila masa, di mana sahaja
Pembayaran bil - Bayar pelbagai bil dalam talian

Ringkasan:
Rakam diri korang / rakan-rakan menyebut atau menunjukkan satu daripada empat perkhidmatan utama yang melayakkan penyertaan pelanggan dalam Transact dan Menang:

a. Pengeluaran Cardless
b. Pemindahan Wang IBG
c. Pelbagai Pembayaran Bill
d. Prepaid Top-up

Dengan penyertaan ini, terdapat hadiah untuk dimenangi!
a. Harian - 56x hadiah harian (2 tiket wayang sebulan selama setahun)
b. Mingguan - 24x hadiah mingguan (RM500 Cash)
c. Hadiah Utama - 10x Samsung Galaxy Nota 4 atau iPhone 6


 PENTING 
MESTI memasukan suara atau teks:

Maybank2u, Suuuper great, Suuuper convenient, gives me all kinds of awesome, just by making transactions with Maybank2u! Find out more at www.maybank.com.my today!
*So, korang kena mention SEMUA ayat di atas dalam video nanti


- LANGKAH 2 - 

Rangka dulu step video korang. Sangat penting supaya jalan cerita video nanti tidak tertinggal info penting yang di require oleh Maybank.



Contoh situasi :

Di sebuah cafe atau dalam LRT, seorang pelajar sedang menggunakan aplikasi Maybank2u. Tetiba ada tangan menghulur basket pop-corn dengan banyak tiket wayang & dia ambil. Kemudian dia buka balik Maybank2u app, ada lagi tangan hulur  RM500 wang tunai. Wow dengan muka excited dia buka lagi sekali Maybank2u, ada tangan hulur iPhone 6 atau Samsung Galaxy Note 4. Waktu tu dia menjerit gembira.

INGAT : kena mention Maybank2u, Suuuper great, Suuuper convenient, gives me all kinds of awesome, just by making transactions with Maybank2u! Find out more at www.maybank.com.my today! dalam video korang.

Lagi contoh :

Ada 3 orang kawan masuk contest - setiap hari dorang ni bersaing siapa paling banyak buat transaksi menggunakan Maybank2U. Sampai satu tahap, dorang pergi jumpa kawan-kawan, ahli keluarga, lecture, mak cik cleaner & orang awam dalam LRT untuk offer diri bayar bill, buat transaksi & beli top-up  supaya boleh menang banyak hadiah.

INGAT : kena mention Maybank2u, Suuuper great, Suuuper convenient, gives me all kinds of awesome, just by making transactions with Maybank2u! Find out more at www.maybank.com.my today! dalam video korang.

Kemudian, shooting time! 


Shoot! Action! Cut! Cancel-cancel... buat balik.. Action!...

ni lah masa tunjuk aksi macam pengarah filem.. hehe

Done? Buka laptop.

BBL edit video guna Window Movie Live Maker. Senang je sebab dah tersedia dalam Window lappy.

Tak jumpa Window Movie Live Maker?

Tekan buton Start > taip Window Movie Live Maker pada Search Program and Files > klik software tu untuk Open. 
- LANGKAH 3 - 

Upload video shooting tadi dalam satu folder khas untuk nuffnang blogbuster ni (nanti tak serabut dengan file lain). Kemudian tonton video tutorial ni. BBL buat video lebih kurang macam tu. Cut, edit & sambungkan video tu.



Make sure panjang video korang tak lebih dari 15 Saat ye. Trimlah sampai cukup 15 saat atau kurang. 

Lepas siap edit video, save Movie dalam bentuk For Computer. Dah siap tapi sebelum upload dalam akaun Nuffnang, korang kena tukar format video WMV ke format MOV, MPG MP4, 3GP, FLV atau M4V. 

Convert video tu secara online melalui link ini --> www.online-convert.com/ 

Lepas tu Save seperti biasa tapi make sure korang dah buat 1 backup video dulu sebelum convert. At least kalu jadi apa-apa pada video nak convert tu, korang ada video asal (video yang dah siap edit).


- LANGKAH 4 -

Upload file video (yang dah di convert) dalam tab Blogbuster Campaign. Pilih unit - Large Rect & tekan buton Upload



Sekarang korang dah upload 1 video. Lega? opss tidak..tidak.. korang kena buat lagi 1 atau 2 video sebagai backup jika video pertama tu kena REJECT oleh Nuffnang. Maksimun video korang boleh upload adalah  5 video. BBL cadangkan korang buat & upload 2 video. Lebih pun tak pe. 

Dah jumpa ilham & idea? Cepat buat hari ini. Good luck bloggers.

BBL ~ harap2 jangan kena reject
[^.^]/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online - Bila Hati Berbicara Episode 18


Bila Hati Berbicara Episode 18

26 November 2014

*Tonton melalui link ini - Epiosde 18 



 Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Bila Hati Berbicara untuk update terkini mengenai 
drama Bila Hati Berbicara

Tolong klik sekali -  SALE SALE kenapa mesti suka SALE?

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, November 25, 2014

Cabaran Kempen Blogbuster Nuffnang

Assalamualaikum & hello there,

Rasa ramai blogger terima email kempen Blogbuster dari Nuffnang semalam kan. Well BBL tahu apa bermain dalam kepala minda brilliant korang tu. Korang nak 1 je jawapan sama ada terima atau abaikan.



Apa tu kempen Blogbuster?

Terpilih dalam kempen Blogbuster adalah task paling super ohsem dari Nuffnang. Korang kena buat video iklan berdasarkan produk akan diiklankan. Video boleh dibuat melalui rakaman kita sendiri ( korang jadi pelakon/orang lain), video tulisan atau rekaan animasi. Ini soalan BBL tanya ketika Nuffnang Lovin @ Aloft Kl. Nuffies Micheal cakap rugi sangat-sangat power of 3 bila dapat tawaran kempen Blogbuster tapi tak join, apa-apa pun ia tak effect earning CPUV & CPC korang. 

Persoalan : Jika korang terima task kempen Blogbuster

Well good jobs guys sebab beratus-ratus ringgit akan masuk dalam akaun Nuffnang tapi timbul masalah, video macam mana? Sekarang tarik nafas, baca instruction task & pergi keluar berjalan-jalan. Nanti korang akan dapat ilham. Trust me. 

Bukti : RM1714.50 Earning Kempen Blogbuster Nuffnang - Yumida
Bukti : RM 295.50 - Earning Kempen Blogbuster Maybank 2014 - BBL

Jika korang abaikan task kempen Blogbuster

Well good jobs guys tapi korang ibarat macam tolak duit beratus-ratus ringgit dari Nuffnang. Dah la kempen CPUV susah nak dapat, Kempen CPC pun susah nak viewrs click. Oh korang malu? Buntu tak tahu nak buat? Well.. sia-sia pak cik Gooogle hidup atas bumi ni.


Kempen Blogbuster Nuffnang 2014 - Maybank Transact & Win


Cabaran task blogbuster Nuffnang mengenai contest Maybank Transact & Win. Sekarang ni Maybank tengah running contest tu so kita sebagai blogger kena fikir cara nak mengalakkan pengguna Maybank join contets ni. Caranya, blogger kena buat video selama 10 saat menceritakan contest Maybank Transact & Win. Senang kan? 

Next entry BBL akan ajar cara buat video blogbuster Nuffnang ni. Sekarang masa mencari idea ya. Buka youtube cari ilham cepat-cepat.

Terjah baca jugak

Tutorial Buat Video Blogbuster Nuffnang 
Rahsia Terbongkar Buffered Earning CPUV, CPC & Blogbuster Nuffnang

BBL ~ oh mana kau idea
| (• ◡•)|

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online - Bila Hati Berbicara Episode 17


Bila Hati Berbicara Episode 17

25 November 2014



 Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Bila Hati Berbicara untuk update terkini mengenai 
drama Bila Hati Berbicara

Tolong klik sekali -  Khas untuk anda suka selfie walaupuan diam-diam

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, November 24, 2014

Tonton Online - Bila Hati Berbicara Episode 16


Bila Hati Berbicara Episode 16

24 November 2014



 Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Bila Hati Berbicara untuk update terkini mengenai 
drama Bila Hati Berbicara

Tolong klik sekali -  Kenapa tak sama dengan gambar kat paket?

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Sunday, November 23, 2014

Menangis Tengok Big Hero 6

Assalamualaikum & hello there,



Siapa dah tengok movie Big Hero 6? Sila jangan angkat tangan. Hahaha semalam baru BBL sempat tengok Big Hero 6 walaupun lambat sikit dari korang. Wishlist akhir tertunai jugak nak tengok movie percuma. Terima kasih Maxis untuk hadiah free TGV movie ticket. 


Sedikit sinopsis Big Hero 6

Movie ini menceritakan kisah seorang remaja super pintar, Hiro Hamada yang sering melibatkan diri dalam permainan robot haram di bandar San Fransokyo (inspirasi oleh San Francisco & Tokyo). Abangnya, Tadashi sangat risau perangai adiknya lalu mengajak Hiro ke makmal robotik & bertemu dengan kawan-kawan Tadashi yang super genius. Bila dah tengok Fred, Wasabi, Honey & Go Go Tomago bersama ciptaan luar biasa termasuk robot ciptaan abangnya, Baymax - robot nurse peribadi. Si Hiro menjadi sangat teruja nak belajar di universiti robotik. 

Ciptaan mikrobot oleh Hiro telah menarik minat Professor Callaghan & Krier. Akhirnya Hiro berjaya melayakkan diri ke sekolah tersebut. Namun tidak disangka abangnya telah mati dalam kebakaran apabila Tadashi cuba untuk menyelamatkan Professor Callaghan yang terperangkap dalam kebakaran. Hiro berasa amat tertekan dan sedih dengan kematian abangnya. Tidak disangka abangnya telah meninggalkan ciptaan robotnya yang bernama 'Baymax'. - ini part paling sedih & kelakar.

Hiro berasa hairan microbot ciptaan cuba untuk menunjukkan sesuatu yang pelik dan dia bersama Baymax telah pergi ke suatu tempat. Ditempat itulah Hiro telah menemukan ada orang lain yang telah mengklon microbot ciptaannya. Barulah Hiro sedar kematian abangnya bukan satu kemalangan tetapi pembunuhan. 

Bersama-sama rakan abangnya Fred, Wasabi, Honey dan Go Go Tomago, Hiro telah menubuhkan kumpulan Wira berteknologi iaitu Big Hero 6. Hiro telah mencipta baju dan alatan khas termasuk Baymax yang mampu untuk terbang untuk mencari pembunuh tersebut. Tetiba jadi cerita superhero nak melawan penjahat. 

End of story ialah...eh mana boleh cerita. Tu kena tengok sendiri. Korang dah tengok Big Hero 6 sila diam, shhy... jangan bagitau.


Kejap gelak ketawa & kejap menagis

Ada 2 part BBL menagis mengalahkan tengok drama korea. First waktu Hiro mengamuk nak bunuh Professor Callaghan tapi Baymax berjaya tenangkan Hiro dengan video rakaman abangnya mencipta Baymax. Second last part waktu Baymax nak let go Hiro & anak Professor Callaghan (dah lupa nama la) dalam mesin merentas masa ala black hole gitu. Weh, tersentuh hati kejap. Pandai betul pengarah main feeling penonton. 

Kenapa korang patut tengok Big Hero Six?

Memandangkan cuti sekolah dah bermula, so its the best time bawa adik-adik hangout tonton movie dari pengarah most viral movie 2014, Frozen, Tangled & Wreck-it Ralph. Seriuz tak rugi tonton movie ni. Latar belakang movie inpirasi Jepun sebagai negara aktif dengan robot kiut miut. 

Rating BBL - 4 bintang


BBL ~ aduhai si belon Baymax
(^,^)/O

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, November 20, 2014

Hentian Bas Putra Akan Di Tutup

Assalamualaikum & hello there,

BBL selalu ke kl sejak study diploma sampailah sekarang. Masalah paling leceh bila sampai kl semestinya Hentian Bas Putra yang dah uzur & tak selasa. Siapa pernah naik bas di Hentian Putra tahu betapa meriahnya 'bersauna' dalam hentian ni. Dulu BBL selalu duduk di The Mall tapi sejak Sunway Holdings 'make-over' bangunan The Mall terpaksa BBL lepak di KFC Chow Kit walaupun bimbang keselamatan diri. Nak heaven sikit BBL stay kat lobi Hotel Seri Pacific & selalu guna tandas hotel compare toilet Hentian Bus. Oh BBL tak pernah guna toilet Hentian Putra since kawan BBL cakap ketinggian penghadang toilet boleh jenguk tanya khbar orang sebelah Katakan tidak!

Hentian Putra Bakal Di Tutup

Sejak lepas raya hari tu semua bus drop off & take off penumpang di tepi jalan depan PWTC. Laluan bus masuk ke hentian putra telah ditutup. Tak silap sepatutnya 31 Oktober lalu semua operasi hentian putra akan di transfer ke Stadium Shah Alam tapi tak jadi atas faktor jauh kot. Kini semua syarikat bas ke destinasi pantai timur akan beroperasi di Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan. Mungkin gov nak renovate hentian putra.


Cara ke Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan

Ada banyak cara nak ke TBS selain pandu sendiri kereta. Untuk Bas Rapid KL BBL tak sure. 

1. Light Rail Transit (LRT)

- Naik LRT ke Bandar Tasik Selatan. LRT beropeasi bermula jam 6 am hingga 11.45 pm setiap hari. 


2.  KTM Komuter 

- Naik KTM Komuter ke Bandar Tasik Selatan. KTM Komuter beroperasi bermula jam 5.48 am hingga     12 tengahmalam setiap hari. 


3. KLIA Transit

- Naik KLIA Transit dari KLSentral & akan berhenti di stesen berikut

  • Bandar Tasik Selatan
  • Putrajaya & Cyberjaya
  • Salak Selatan
*Penumpang dari Putrajaya, Cyberjaya, KLIA & KLIA 2 boleh guna KLIA Transit. 

4. Teksi

Macam biasa naik teksi je nak ke BTS tapi waspada harga teksi. Untuk keselamatan & harga tetap sila download app MYTeksi bagi memudahkan perjalanan & bajet teski korang. 

So, be alert kepada semua orang pantai timur. Nak balik kampung sila naik bus di TBS bukan di Hentian Putra lagi. Untuk korang bercadang nak holiday ke pulau-pulau Terengganu tahun depan sila naik bus di TBS ye. 

Oh tak lupa ni last gambar hentian putra sebelum kena tutup. Ada 2 3 keping lagi gambar tapi tak tahu letak mana. Mesti rare bergambar dalam Hentian Putra. Semua dah tinggal kenangan. 


Untuk maklumat lanjut sila layari www.tbsbts.com.my/

BBL ~ hujung bulan ke KL lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Borang Permohonan BR1M 2015 Online

Assalamualaikum & hello there,

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 kini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan ini. Permohonan baru BR1M 2015 dibuka bermula  1 Disember 2014 - 31 Disember 2014. Hanya untuk sebulan sahaja. Sila pastikan permohonan dibuat awal untuk mengelak kesesakan di laman rasmi BR1M 2015. Untuk itu di syorkan anda mengisi borang pada waktu bukan puncak seperti :

  • awal pagi sekitar jam 2 pagi hingga 5 pagi
  • lewat petang sekitar jam 5 petang hingga 7 malam



Permohonan BR1M 2015

Ada 2 cara memohon BR1M 4.0 :

1) Online. Permohonan boleh di isi bermula tarikh 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melaui link ini -Website Rasmi BR1M 2015
2) Manual. Untuk mereka ingin mengisi borang secara manual & ingin menerima duit BR1M secara tunai boleh mendapatkan borang di pejabat berikut :
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Jumlah bantuan BR1M 2014


Bagaimana dengan perima BR1M sebelum ini

Perima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M 1.0, 2.0. 3.0 tidak perlu mendaftar lagi untuk BR1M terbaru ini. Cuma perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluar & akaun bank jika terdapat perubahan semasa melengkapkan permohonan terdalulu. Jika tidak berubah, anda boleh menyemak semua butiran bagi memastikan semua maklumat adalah lengkap. 

Biasanya kemaskini dibuat jika terdapat perubahan seperti :

1. Ingin memberikan maklumat akaun bank jika sebelum ini tidak disertakan
2. Alamat baru - jika berpindah ke alamat baru
3. Maklumat pasangan atau tanggunan

icon baru Penerima BR1M kategori Isi Rumah & Warga Emas, diminta untuk megemukakan maklumay waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian.

Sebarang pertanyaan atau aduan sila hubungi 

TALIAN HOTLINE BR1M : 1-800-88-2716 / 03-88824655 / 0388824656

BBL ~ isi awal-awal borang BR1M 4.0
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online - Bila Hati Berbicara Episode 15


Bila Hati Berbicara Episode 15

20 November 2014

*Tonton melalui link ini - Episode 15


 Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Bila Hati Berbicara untuk update terkini mengenai 
drama Bila Hati Berbicara

Terjah sekali -  Ada voucher percuma untuk setiap orang

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, November 18, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #45 - Kena Tahu

Assalamualaikum & hello there,

Eh hari ni dah Rabu la, 



BBL ~ aircond semulajadi dah bermula
ヘ(◕。◕ヘ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online - Bila Hati Berbicara Episode 14


Bila Hati Berbicara Episode 14

19 November 2014



  Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Bila Hati Berbicara untuk update terkini mengenai 
drama Bila Hati Berbicara

Tolong klik sekali -  Orang pakai celcom mesti suka ni

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online - Bila Hati Berbicara Episode 13


Bila Hati Berbicara Episode 13

18 November 2014



 Episode Penuh Di Sini


LIKE Fan Page Bila Hati Berbicara untuk update terkini mengenai 
drama Bila Hati Berbicara

Terjah sekali -  Apa nak jadi dengan pengguna telefon zaman sekarang?

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Sunday, November 16, 2014

1st Time Shopping Di ZALORA

Assalamualaikum & hello there,

Sebut nama ZALORA je semua dari utara sampai selatan pakat angkat tangan kenal. Oh lupa BBL baru nak shopping dalam ZALORA walaupun dah jutaan tahun bertahun famous. Jadi al-kisahnya semalam BBL cuba gelodah apa ada dalam ZALORA.  2 hari lepas ZALORA ada buat sale cleaning stok maka banyak item seperti baju, seluar, kasut, jam & bermacam-macam lagi dijual serendah RM11. Hehehe BBL dapat vaucher RM150 sebab tu godek ZALORA sampai naik hang laptop. Banyak barang berkenan oleh si hati tapi poket cakap NO NO NO. Kejam kau dopet..

Daftar akaun ZALORA

Bagi korang first time, eloknya daftar dulu akaun ZALORA dahulu kemudian baru survey. Kalu nak tahu, boleh cakap setiap minggu ada saja SALE untuk semua barang lelaki & perempuan. Dah daftar jangan lupa subscribe promosi email terbaru SALE ZALORA & Marketplace. Lepas daftar je korang akan dapat Voucher diskaun 20% & rebate cash voucher RM20. 

3 Department dalam 1 website
ZALORA 


Bahagian ZALORA ialah rebranding produk di bawah jenama ZALORA & produk jenama sedia ada seperti BATA, MANGO MAN, Levi's, Dr. Mantens, Rizalman for ZALORA, DKNY & lain-lain.

MARKETPLACE


Bahagian MARKETPLACE ialah tempat butik bebas. Maksudnya jika korang ada baju jenama sendiri, jemputlah join Marketplace ZALORA. Ibaratnya marketplace tempat outsider shop tapi di bawah kelolaan ZALORA. Makin masyuk la jual baju dalam web ZALORA beriban-riban lemon pageview setiap hari. 


OUTLET  


OUTLET ialah 100% semua produk dari original brand seperti MANGO, Keri&Kori, LASH, Amir Luqman for ZALORA, Jovian & lain-lain. Cuma di mudahkan shopping dalam satu laman web. 

Cara guna voucher ZALORA

Bila dapat voucher mesti excited habis nak shopping, kalu boleh nak borong semua baju & kasut tapi MESTI INGAT voucher ZALORA hanya untuk NON-SALES ITEMS (barang bukan tengah sale) macam gambar bawah. BBL punya excited sema barang tengah sale bawa masuk cart & last-last sangkut kat payment sebab vaucher hanya terima barang harga asal (bukan sales, no-discount). Jadi kena pilih baju yang dijual dengan harga asal. Sah-sah agak mahal kan.



Ini antara barang BBL pilih dari ZALORA. Harga pun boleh tahan tapi tak tahan tengok harga murah waktu sale & ada discount. Murah sangat-sangat compare harga kedai.



Apa pun pengalaman beli barang di ZALORA sangat memuaskan walaupun barang tak sampai lagi. Jika korang ada masalah sewaktu pilih barang, jangan segan silu ganggu staff  ZALORA dengan soalan-soalan mintak bantuan, dorang friendly nak tolong buyer. Perkhidmatan live chat @ email aduan/masalah pun boleh. Nak cepat solve masalah baik guna livechat.

BBL ~ tunggu barang sampai
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online - Bila Hati Berbicara Episode 12


Bila Hati Berbicara Episode 12

17 November 2014



 Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Bila Hati Berbicara untuk update terkini mengenai 
drama Bila Hati Berbicara

Terjah sekali -  Orang perempuan mesti suka berita ni

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, November 13, 2014

Tonton Online - Bila Hati Berbicara Episode 11


Bila Hati Berbicara Episode 11

13 November 2014

*Tonton melalui link ini - Episode 11



 Episode Penuh Di Sini

LIKE Fan Page Bila Hati Berbicara untuk update terkini mengenai 
drama Bila Hati Berbicara

Tolong klik sekali -  5 Cara terbaik untuk berjimat cermat ketika harga minyak naik

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...