Drama Dia Isteri Luar Biasa Ganti Drama Hati Perempuan

6:45 AM

Assalamualaikum & hello there,

Semalam Khamis 14 Mei tamatlah drama slot Akasia Hati Perempuan. Bermula 18 Mei ini drama Dia Isteri Luar Biasa akan ke udara sebagai drama terbaru di slot Akasia. Paling best Keith Foo akan turut berlakon sebagai watak Cikkem & artis cantik Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra. Bagi peminat novel Dia Isteri Luar Biasa karangan Umie Nadzimah mesrti tak sabar nak tonton episode pertama Isnin depan. 


Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa 

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
   
Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya? Kena tonton sendiri Isnin ini ya.

WATAK PELAKON

Shukri Yahaya sebagai RadenAmzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
Keith Foo sebagai CikKem
Nonny Nadirah ebagai Eda
Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
Ardell Aryana sebagai Nora
Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah
Azza Elite sebagai Adawiyah

LAGU TEMA / OST

Tajuk Lagu: Potret
Artis : Akim And TheMagistrate
Link : http://goo.gl/meRgvS

Jangan lupa untuk LIKE fan page drama Dia Isteri Luar Biasa untuk perkembangan drama Dia Isteri Luar Biasa. 


Seperti biasa jika korang terlepas episode drama Dia Isteri Luar Biasa jangan lupa tonton di blog BBL untuk semua episode penuh. Biodata pelakon utama akan BBL update kemudian.


BBL ~ Fuh drama baru lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Permanent Doctor Diperlukan (Urgent!)

    Greetings !

    Kami mempunyai sebuah klinik di Pusat Komersil Bandar Sungai Long Kajang & dalam proses untuk membuka sebuah lagi cawangan klinik di Ampang. Kami sedang mencari Potential Doctors yang berminat untuk menyertai kami. Details seperti berikut : 

    Vacancy - 1 Permanent Doctor (Denai Alam) - offering RM7000/month 

    Requirement 
    - preferably doctor wanita yang peramah kerana kami ramai patient wanita & kanak-kanak 
    - doctor with valid APC 
    - flexible (boleh adapt dengan perubahan jadual klinik) 
    - high tolerance level 
    - High discipline level 

    Yang berminat boleh menghubungi Ir. Aznial Rahmat di no 012-3129264 atau email CV ke aznial@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL