Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Thursday, April 30, 2015

UPDATE : Senarai Bloglist Mei, Jun & Julai

Assalamualaikum & hello there,


Mintak maaf, mintak ampun & selamat hari raya (tetiba). Okay, BBL nak mintak maaf lambat update keputusan senarai Pencarian Bloglist April, Mei & Jun 2015. Banyak sangat dugaan bulan April lepas selepas laptop terkena tumpahan air. Jadi hari ni BBL akan update senarai MY Bloglist bermula bulan Mei, Jun & Julai.

Oleh kerana jumlah peserta kurang dari 20 blogger maka semua peserta pencarian bloglist secara automatik termasuk dalm MYBloglist. Kiranya semua blogger berjaya. Yeay! Tepuk sikit. 

Ini senarai baru blog dalam MYBloglist



1. Mass Yana
5. Hani Fadhlina Abdul Rahman 
http://jombercontest.blogspot.com/2015/03/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html
6. NURUL AQIDAH AZAHAR 
http://mummysupplementshop.blogspot.com/2015/03/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html
7. yang baik 
http://yangbaik.blogspot.com/2015/03/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html
8. Noor Akma 
http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/04/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html
9. Nurul Syahirah
http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/04/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html
10. RafzanTomoni
http://www.rafzantomomi.com/2015/04/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html
11. Aimi Syahirah
http://www.aimisyahirah.com/2015/04/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html
12. Nieyl
http://seindahcerita.blogspot.com/2015/04/pencarian-bloglist-bbl-2015-april-mei.html
13. Puteri Wanita
http://ohresepiku.blogspot.com/2015/04/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html
14. ZueZulaikha
http://melaedah.blogspot.com/2015/04/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html
15. mdm Nisa
http://wanhanisahwanmat.blogspot.com/2015/04/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html
16. Mohd Noor Syawal
http://hanwoohwan.blogspot.com/2015/04/pencarian-bloglist-2015-by-bbl-april.html 

BBL akan blogwalking blog korang macam biasa untuk baca entri terbaru & menabung Nuffnang. Jangan lupa update entri terkini ya.

BBL ~ Mintak maaf lambat update
(๑╹ڡ╹)╭ 

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Wednesday, April 29, 2015

Hari Interview Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

Assalamualaikum & hello there,

Minggu lepas BBL dah update entri panggilan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17. Agak nervous jugak nak study apa. Nasib baik dah google blogger yang dah pergi interview PT Kewangan sebelum ni. Ada jugak tips BBL buat waktu interview ni. 

Dalam email ada maklum waktu interview pukul 9.57 pagi. Dalam hati cakap, kenapalah tak letak pukul 10.00 pagi kan senang. Lagi 3 minit nak pukul 10 kan. Adoi..




Hari Interview

6.30 pagi : Bertolak dari rumah. Awal benor padahal just ambil masa 1 jam 13 minit dari rumah nak ke tempat interview (tu pun rujuk Google Map :D)
7.47 pagi : Dah sampai. Yeay tapi tak ramai mana calon BBL nampak. Mungkin waktu interview dorang jam 9.00 pagi ke atas.
8.05 pagi : Bersiap kejap dalam toilet. Betulkan rambut, sembur perfume, tarik nafas, bertenang & baru keluar dari toilet. Nasib baik Institut Latihan Industri baru dibuka so toilet sangat bersih.


8.10 pagi : Masuk tempat interview (perpustakaan). Jika korang sampai awal, jangan buang masa terus masuk tempat interview. Dalam library ni ada 3 orang urusetia SPA akan check susunan sijil korang & tentukan bilik interview. Cara menyusun file adalah seperti diberitahu dalam email. Kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, transkrip Diploma/Degree/Master, sijil berhenti sekolah/tamat sekolah & barulah sijil-sijil dari zaman study degree/diploma/spm. Sijil zaman sekolah rendah tu tak payah masukkan sebab nanti urusetia mesti mintak jangan letak. 
8.20 pagi : Dah siap susun file & sijil baru urusetia beritahu bilik untuk sesi interview. Argh nervous.



8.30 pagi : Duduk diluar bilik interview. Ada sorang calon di sebelah (perempuan umur 28 macam tu). Dalam bilik interview ada seorang calon sedang ditemuduga. Fuh siap bergelak sakan dengan panel interview. Lagi bertambah 2 kilogram nervous.
8.40 pagi : Turn akak sebelah masuk bilik. Dalam masa 15 minit dah siap interview. Oh NO!
8.45 pagi : Turn BBL masuk bilik interview. Ketuk pintu 3x, ucapkan salam. Hulurkan resume & sijil sambil ucapkan selamat pagi tuan/puan. Apa khabar..dah makan pagi?.. agak berketar-ketar.


Bilik interview : 2 orang panel, sorang lelaki & wanita

BBL : Boleh saya duduk?
Panel Lelaki : Boleh.. Sila perkenalkan diri anda.
BBL : Oh boleh. Bissmillah..nama penuh saya..bla..bla.. tarikh lahir..anak keberapa..ayah kerja...mak kerja..saya baru habis belajar di...bla..bla..saya mendapat keputusan bla..bla dalam SPM..result PMR..Saya ada beberapa pengalaman bekerja iaitu selepas habis SPM saya bekerja di..bla..bla..kemudian bekerja di bla..bla.. Dalam masa 6 minit macam tu cerita pasal diri sendiri.
Panel Lelaki : Awak graduan UiTM kan? Pernah belajar akaun? Awak tahukan sesi interview hari ini untuk mengisi kekosongan kewangan di pelbagai kementerian kan. 
BBL : Ya saya tahu (serius BBL cakap guna bahasa bangku sangat)
Panel Lelaki: Apa yang ada dibawah akaun untung rugi
BBL : Dari apa yang saya belajar, perkara yang termasuk dalam akaun untung rugi ialah...bla..bla..bla... 
Panel Perempuan: Sekarang ini tengah hangat isu GST. Jadi apa pandangan awak mengenai GST, apa yang awak faham tentang GST?
BBL : Fuh nasib baik dah study pasal GST ni. So, teranglah maksud GST ni. Kesan GST ni.
Panel Perempuan : Adakah awak menyokong pelaksanaan GST?
BBL : Saya sokong 100%! sebabnya harga barang jadi murah, saya tahu apa saya bayar jika membeli barang/menggunakan servis - weh isu GST sangat sensetif.Jika korang nak cakap saya tidak sokong GST pun boleh tapi pastikan korang bagitahu alasan kenapa tak sokong GST. Panel just nak tengok cara korang menilai pelaksaan GST je. 
Panel Perempuan : Awak ada pengalaman bekerja di rangkaian fast food sebagai juruwang. Apa tindakan awak sebagai cashier nak memaklumkan tentang GST terhadap produk dijual.
- panel perempuan ni tanya soalan berdasar pengalaman kerja sebelum ni nak related dengan isu GST.
BBL : Oh, sebelum ni saya dah pergi sesi pengenalan GST oleh syarikat maka saya mempraktikan apa dipelajari..bla..bla..bla...
Pane  lelaki : Awak sanggup di hantar berkhidmat di Putrajaya?
BBL : Bagi saya tiada masalah untuk bekerja di luar kawasan Terengganu. - Saja nak test la
Panel : Skop kerja kewangan ni memerlukan awak bersedia mental fizikal, kerja lebih masa & menerima pelbagai tugasan. Awak sanggup?
BBL : Jika itu skop pekerjaan saya, rasanya tiada masalah untuk menyiapkan mengikut tempoh diberi. Saya juga sudah terbiasa kerja lebih masa & menerima lebih dari 1 kerja dalam 1 masa.
Panel perempuan : Ada soalan untuk ditanya?
BBL : Ada, apa kriteria pihak SPA cari untuk mengambil kakitangan baru di antara calon berpengalam kerja & calon baru tamat pengajian (fresh graduate)?
Panel lelaki: Biasanya untuk calon berpengalaman, kami akan menilai dari segi skop kerja sebelum ini atau sekarang (sedang bekerja). Contohnya kewangan, mungkin calon yang ada pengalaman bekerja berkaitan dengan kewangan dinilai sama ada layak untuk menjadi kakitangan baru bagi jawatan PT Kewangan. Manakala calon baru tamat pengajian (fresh graduate) kami akan bertanya mengenai subjek yang pernah diajar sewaktu pengajian seperti mana encik tadi. Saya bertanya soalan berkaitan akaun kerana posisi kewangan memerlukan staff yang mahir & tahu apa kerja yang bakal dia lakukan nanti. Pendek kata, tak blur waktu ditempatkan di bahagian kewangan. Yang lain, terserah pada Allah untuk menentukan rezeki calon.
BBL : Terima kasih tuan untuk penerangan tu
Panel lelaki : Ada soalan lagi?
BBL : Rasanya tiada cuma saya nak ucapkan terima kasih untuk pengalaman sesi interview hari ni. Saya hargai masa berharga tuan/puan interview saya. Apa kekurangan saya akan diperbaiki untuk peluang interview masa hadapan.
Panel : Sama-sama. Ada rezeki nanti bolehlah jumpa kami di Putrajaya.
BBL : Amin amin. Sambil bersalam dengan panel lelaki

Keluar je dari bilik interview rasa nak menjerit je sebab ada 2 3 soalan BBL jawab tak berapa nak confident jawapannya. Bila dah keluar dari library terserempak dengan akak yang duduk sebelah tadi.

Akak tu ada cerita panel tadi just tanya soalan berkaitan dengan kerja sebelum ni. Akak ni pernah kerja di bahagian setiausaha kerajaan negeri, so panel banyak tanya pasal apa yang ada dalam minit mesyuarat, siapa urus kewangan, cara nak buat bajet department & a few soalan tentang tugas jadi kewangan. Sempat jugak BBL tegur calon lain nak tahu apa soalan panel tanya. Fuh setiap panel tanya soalan berbeza-beza. Infact pengasingan bilik tu ada sebabnya, ada bilik interview khas untuk calon yang ada pengalaman kerja, calon fresgraduate & calon berkali-kali datang interview SPA. Paling tak sangka panel tanya soalan nama perdana menteri dari zaman kemerdekaan hingga sekarang. Memang tak boleh nak expect apa soalan panel akan tanya. Just get ready je.

Result akan keluar sekitar bulan 6 nanti. Apa pun good luck semua untuk calon PT Kewangan ya.
BBL ~ nervous dah hilang ke laut
( ・∀・)っ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, April 28, 2015

P1 ToGo MiFi - Percuma 1 Bulan Internet!

Assalamualaikum & hello there,


Budaya Belia dan Urbanisasi Pemacu Pelan Internet Tanpa Had

8 April, Petaling Jaya – Packet One Networks Sdn Bhd (P1) hari ini mengumumkan promosi terbaru Kempen P1 ToGo, yang menawarkan langganan percuma satu (1) bulan bagi mereka yang melanggan di atas talian. Kempen P1 ToGo ini diadakan bertujuan untuk membolehkan para pelanggan terutamanya warga belia yang berusia dari 20 – 34 tahun, untuk terus berhubung dengan mudah dan tanpa risau tentang penggunaan data yang terhad. Segmen pelanggan ini mewakili 36% para pengguna tegar Internet, yang secara majoriti terdiri daripada warga kota.

Terkini, didapati trend untuk menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak semakin meningkat di kalangan pengguna, terutamanya golongan warga belia. Di samping itu, pembelian kandungan definisi tinggi (HD) dan penggunaan peranti skrin besar secara meluas telah dikenal pasti sebagai punca utama kehabisan had data pengguna sebelum tempoh bil berakhir. Menyedari trend tersebut, Kempen P1 ToGo telah menawarkan lebih nilai kepada pengguna dengan memberikan data tanpa had dengan kelajuan sehingga 1Mbps, pada harga RM115.53 sebulan.

“Kami sangat teruja melihat trend aktiviti digital yang semakin meningkat di kalangan pengguna dari semua peringkat umur, terutamanya generasi milenium," kata Lai Shu Wei, Ketua Pegawai Pemasaran P1. “Dengan penglibatan tinggi di kalangan pengguna di rangkaian sosial serta atas talian, keperluan untuk berhubung pada setiap masa, di mana sahaja, melalui pelbagai peranti, adalah tinggi. Di P1, kami bersedia untuk memenuhi keperluan ini untuk membolehkan pelanggan menggunakan Internet secara maksimum.”

“Ramai golongan belia berhijrah ke kawasan bandar untuk peluang kerjaya yang lebih baik. Majoriti daripada mereka memiliki pelbagai peranti dan bergantung sepenuhnya kepada Internet untuk mencari pekerjaan serta berhubung dengan keluarga," tambah Shu Wei. “Modem MX230 yang ditawarkan dalam pakej P1ToGo ini dapat membantu memenuhi keperluan tersebut dengan keupayaan menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak, sama ada ketika berada di dalam atau di luar bangunan, pada bila-bila masa. Dengan modem MiFi ini, pengguna dapat menyambung dan berkongsi pelbagai peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, serta tablet, ke Internet; di mana-mana sahaja mereka berada,” kata Shu Wei. “Dan berita baik ialah, pengguna yang melanggan di sepanjang tempoh kempen ini akan diberikan langganan secara percuma untuk bulan pertama sekiranya mereka membuat langganan pakej di atas talian!”

Tempoh kempen bermula dari 6 April sehingga 13 Mei 2015. Maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di http://www.p1.com.my/mifi/

Setiap hari mesti kita buka telefon atau tablet untuk surfing internet kan. Masalah kelajuan internet slow & kadang-kadang terputus line buat hati rasa sakit. Itu belum lagi waktu nak update apps. Mau berasap panas tangan nak tunggu 1 app update. Tambah lagi blogger seperti BBL. Mesti nak line internet stabil & berkelajuan tinggi untuk update entri terbaru atau submit draft kepada client. 


Yeay dengan adanya plan terbaru P1 ni rasa macam lega pulak. Hanya RM 115.54 sebulan (termasuk GST) dengan kelajuan 1 Mbps rasanya tak jadi masalah nak bayar. Nak jimat boleh share dengan housemate rumah. Paling penting unlimited quota ya. Itu paling nak sangat. Baru tenang hati nak tonton running man secara online. Hahaha


Setiap pendaftaran, korang akan mendapat MiFi moden secara PERCUMA & 1 bulan Internet PERCUMA. 


Nikmati kebebaskan untuk berinternet tanpa limit dengan semua jenis gadjet korang ada seperti telefon, tablet atau laptop. Tiada lagi beban wifi. Dengan pendaftaran secara ONLINE, korang akan mendapat 1 BULAN PERCUMA internet berkelajuan tinggi.

Cara pembelian :

Online 
Pilih plan sama ada RM 168.54 / RM 115.54 / RM 62.54
◕ Isi nama penuh, no telefon & email
◕ Nanti pihak P1 akan call korang untuk tujuan melengkapkan pembelian

Senang bukan? Promosi ini akan tamat pada 13 Mei 2015. Cepat rembat sebelum rasa rugi datang.


BBL ~ baru seronok nak surfing internet laju
[^_^]ノ彡

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online Hati Perempuan Episode 17 / 18 / 19


Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 19

 25 April 2015

Tolong klik jugak - 11 kredit card lain dari yang biasa dalam wallet. Ada tak?




kredit to layantubepw

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 18

 24 April 2015

Tolong klik jugak - 11 kredit card lain dari yang biasa dalam wallet. Ada tak?



kredit to bsyok69
 ________________________________________________

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 17

 23 April 2015

Tolong klik jugak - Alasan terbaik kenapa rakyat Malaysia suka beli kereta luar negara



kredit to layantubepw
_____________________________________________

Tonton Drama Hati Perempuan Episode Penuh Disini

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, April 23, 2015

Panggilan Temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

Assalamualaikum & hello there,

Alhamdulilah BBL dapat lagi panggilan temuduga pembantu tadbir (kewangan) gred 17 pada 28 April ni. Fuh nervous datang bergolek lagi. Walaupun ada basic akaun tapi risau jugak jika panel tanya soalan berkait dengan akaun debit kredit.



Apa pun bagi korang dapat panggilan interview pembantu tadbir kewangan macam BBL ni seeloknya study banyak-banyak tentang kewangan seperti :
  • Maksud jurnal am
  • Maksud panjar wang runcit
  • Menteri kewangan
  • Isu semasa (GST / KWSP - caruman 60tahun
  • Intergreti - soalan wajib


Dari apa BBL google blog yang pergi interview PT kewangan, soalan wajib panel tanya mesti pasal intergreti. Mungkin sebab akan berkerja dengan duit, so kerajaan nak bakal pekerja yang amanah & jujur kan. 
BBL ~ siapa dah pergi interview TP kewangan?
ლ(╹◡╹ლ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, April 20, 2015

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 13 / 14 / 15 / 16



Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 16

 23 April 2015

Tolong klik jugak - 6 Ciri Superhero Yang Ideal Untuk Dijadikan Suami Atau Boyfriend



kredit to mmftube
 ________________________________________________

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 15

 22 April 2015

Tolong klik jugak - Peminat-peminat mendiang Paul Walker, Vin Diesel & The Rock! Ini peluang terakhir anda untuk menonton FF7



kredit to mmftube
________________________________________________

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 14

 21 April 2015

Tolong klik jugak - Khas untuk mereka suka online, boleh buat side income



kredit to mmftube ____________________________________________________

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 13

 20 April 2015

Tolong klik jugak - Ada sesuatu untuk rakyat Malaysia yang pergi Mid Valley bulan ini



kredit to admin407

Tonton Drama Hati Perempuan Episode Penuh Disini

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, April 14, 2015

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 9 / 10 / 11


Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 11

 15 April 2015

Tolong klik jugak - Kenapa Guna Yang Fake Kalau Boleh Dapat Yang Original?



 kredit to mehkongsi ___________________________________________________________________________


Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 9

 13 April 2015

Tolong klik jugak - 50% OFF The Body Diskaun 50% The Body Shop White Musk Libertine KHAS untuk pengguna Samsung!



 kredit to makciksebelahrumah
___________________________________________________________________________

 Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 10

 14 April 2015

Tolong klik jugak - 12 Perkara Istimewa Menyebabkan Anda Tak Perlu Risau Tinggal Di Malaysia



kredit to mehkongsi 


Tonton Drama Hati Perempuan Episode Penuh Disini

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Sunday, April 5, 2015

Resepi Mudah Perkasam Laptop Acer

Assalamualaikum & hello there,

IKAN PEKASAM
  • Pekasam adalah makanan tradisional turun temurun yang pada awalnya dihasilkan secara sampingan daripada lebihan ikan hasil tangkapan dari sungai,tali air dan sawah padi.
  • Pekasam juga adalah makanan peraman tradisional  yang terkenal dari utara Semenanjung.
  • Biasanya pekasam dihasilkan dari ikan air tawar jenis sepat,talapia,lampam,puyu,loma haruan dan lain-lain.Begitupun,ikan sepat paling digemari kerana rasanya yang enak dan aroma yang mengamit selera apabila dimasak dengan pelbagai cara dan resepi  masyarakat setempat.
  • Analisis yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan  dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI) membuktikan yang ikan pekasam mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kandungan garam lebih rendah berbanding hasil ikan awet lain.
  • mengikut kaedah tradisional,tempoh perapan mengambil masa agak lama iaitu sekitar empat hingga lapan minggu.Penyelidikan moden menemui satu kaedah ikan baru untuk menghasilkan ikan pekasam  yang boleh diperap sekitar satu hingga dua minggu.

Sekarang musim panas elok jugak kalu masak perkasam sebagai menu makan tengahari. Hari ini BBL nak share 1 resepi paling mudah blogger boleh buat tutup mata je iaitu perkasam laptop.


Caranya :
  1. Basahkan laptop kesayangan (tak kisah jenama apa pun, brand Apple paling sodap)
  2. Masukkan ke dalam tong / bekas besar berisi beras
  3. Biarkan 2 3 hari (jangan usik)
  4. Pergi ATM machine, keluarkan duit & cari kedai komputer
  5. Pilih laptop yang berkenan di hati & beli.
  6. Tada..anda dah ada laptop baru. Wink wink
Macam mana? Mudahkan.. 

*Loptop BBL masuk air. Jangan di tanya kenapa blog ini tidak di update berhari-hari.

BBL ~ adoi..bencana alam betul
[T,T]

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 5 / 6 / 7 / 8




Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 5

6 April 2015

Tolong klik jugak - Kaum perempuan mesti suka tengok berita ni



kredit to admin407
________________________________________________________________________

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 6

April 2015

Tolong klik jugak - Dah tahu pasal berita ni?



 kredit to mmftube 
________________________________________________________________________


Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 7

April 2015

________________________________________________________________________


Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode 8

April 2015



 kredit to layantubepw

Tonton Drama Hati Perempuan Episode Penuh Disini

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Biodata Syarul Ridzwan Hero Drama Hati Perempuan



Biodata Syarul Ridzwan
Pelakon Drama Hati Perempuan

Nama Penuh: Syarul Ridzwan Bin Hashim
Nama PopularSyarul Ridzwan
Umur: 25 Tahun (2014)
Tempat lahir : Hospital Besar Kuantan
Pendidikan: Mahasiswa Ijazah Perniagaan Antarabangsa 
Status: Pelajar Sepenuh Masa
Pekerjaan : Model dan Pelakon
Hobi : Bermain dengan kucing peliharaan bernama Tiger & Putih
Profil Rasmi Facebookhttps://www.facebook.com/srtigers
Profil Rasmi Intsgramhttp://instagram.com/syarulridzwan
Profil Rasmi Twitterhttps://twitter.com/syahrulridzwan1
Masakan kegemaran : Masak lemak tempoyak ikan patin,
sphagetti carbonara & Nasi kerabu
Pencapaian : Tempat ketiga bagi Hero Remaja 2012

Lagi gambar  Syarul Ridzwan 




 BBL ~ Fattah Amin pun jadi hero PISA, Syarul pun jadi hero
memang sangat Hero Remaja!
[=.=]~~

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online Drama Hati Perempuan Episode Penuh


Like Fan page Hati Perempuan untuk perkembangan terkini 
mengenai drama Hati Perempuan

- Drama Hati Perempuan Episode Penuh -

Episode 1 | Episode 2 | Episode 3 Episode 4 |

Episode 5 | Episode 6 | Episode 7 | Episode 8 | 

Episode 9 | Episode 10 | Episode 11 | Episode 12 | 

Episode 13 | Episode 14 | Episode 15 | Episode 16 | 

Episode 17 | Episode 18 | Episode 19| Episode 20 | 

Episode 21 | Episode 22 | Episode 23 | Episode 24 | 

Episode 25 | Episode 26 | Episode 27 | 

Episode 28 (episode akhir)

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...