Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Thursday, May 28, 2015

Cara Letak Kotak Code HTML Giveaway Dalam Entri

Assalamualaikum & hello there,


BBL nak share tutorial giveaway ni terutama korang yang nak buat giveaway guna code HTML dalam entri. Kipas-kipas BBL cari tutorial dalam Google tapi tak faham. 


Caranya :

1. Buka new entry post korang

2. Next, tekan HTML (sebelah button Compose). Paste code bawah ni dalam ruang HTML


<center>
<div style="background-image: url(&quot;https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQcjHmqNSEXYkQZumugT_hamp1tcppTY0kt6-47HHnyg5VPWGWC&quot;); border: 2px dotted #FF3399; height: 150px; overflow: auto; width: 400px;"> LETAK CODE/AYAT KORANG DEKAT SINI!
</div>

Cara nak paste code rujuk gambar dibawah





3.   Pastu tekan balik button Compase & jadi macam gambar bawah




4. Dalam kotak tu, korang taip / paste code HTML giveaway / tutorial sendiri

5. Untuk ubah size kotak, tukar je size weight & height dalam ruang HTML


<center>
<div style="background-image: url(&quot;https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQcjHmqNSEXYkQZumugT_hamp1tcppTY0kt6-47HHnyg5VPWGWC&quot;); border: 2px dotted #FF3399; height: 150px; overflow: auto; width: 400px;"> LETAK CODE/AYAT KORANG DEKAT SINI!
</div>


Korang kena pandai-pandai la ubah size mengikut kesesuaian, kalu terlajak lebar, ubah balik sampai la puas hati dengan size kotak.

6. Dah siap semua, Preview dulu entri. Kemudian Publish!




Lepas ni kalu korang nak buat giveaway pun senang. Tak jadi masalah nak suruh peserta copy code HTML. Senang kan? Kalu tak faham / ada masalah, sila tinggalkan komen di bawah ye


Rujukan :

BBL ~ selamat memcuba
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Akan Datang Giveaway Ole-Ole Langkawi by BBL


Assalamualaikum & hello there,

Preview dulu sikit upcoming giveaway nanti. Insyallah 8 Jun akan start giveaway BBL ni. Haha nervous pun ada sikit. 

Oh lupa terkantoi pergi bercuti kat entri. Nak tahu kisah penuh travelog Jom Jalan-Jalan bersama BBL kena tunggu entri penuh minggu depan ye. 

BBL ~ kasi preview dulu
◦°˚\☺/˚°◦

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Wednesday, May 27, 2015

D.I.Y : Photobooth Frame


Assalamualaikum & hello there,

Kalau pergi event atau majlis kahwin mesti ada photobooth. Macam biasa mesti bawak balik berkeping-keping gambar photobooth. Letak gambar dah buku album dah terlalu mainstream tapi kalu boleh BBL nak letak kat tempat yang senang tengok hari-hari. Yang jadi masalah bila gerudi dah hilang, susah nak tebuk lubang skru. So solutionnya BB buat frame dari kotak. Habis cerita. Haha

Bahan-Bahan :



◕ 2 kotak besar (kotak tv pun boleh)
◕ Pembalut hadiah
◕ Gam
◕ Double tape
◕ Gunting
◕ Tali
◕ Penyepit baju kecil
◕ Gambar photobooth korang :)

Cara nak buat


Langkah 1 : BBL guna 2 kotak so kena tampal tape kat kotak
Langkah 2 : Kat depan kotak buat frame 5cm kiri & kanan. Kemudian buat garisan 
Langkah 3 : Potong garisan tadi dengan pisau. Opss BBL guna pisau kat dapur je


Langkah 4 : Selepas potong ikut garisan, kotak akan menjadi seperti gambar 4
Langkah 5 : Potong kertas hadiah lebar 5cm mengikut ukuran frame Langkah 2 tadi


Langkah 6 : Tampal tape / gam pada kertas & lekatkan di kotak
Langkah 7 : Hasil selepas siap tampal kertas hadiah pada frame kotak


Langkah 8 : Gunakan penebuk lubang untuk buat lubang pada frame kotak
Langkah 9 : Masukkan tali & ikatkan kemas


Dan masa untuk sepit semua gambar kat tali. Jangan guna penyepit baju sudah. Kan mak marah tak tahu..

 Yeay dah siap photobooth frame!
Boleh gantung kat dinding bilik.



BBL ~ Yes akhirnya siap jugak
ೖ(⑅σ̑ᴗσ̑)ೖ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, May 25, 2015

Tonton Online Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 5 / 6 / 7 / 8


Tonton Online Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 8

 28 Mei 2015

Tolong klik jugak - Psst..kaum perempuan tolong jangan berithu pada kaum adam ye



kredit to menumelayu
-----------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 7

 27 Mei 2015

Tolong klik jugak - Jom balik kampung PERCUMA raya ini


kredit to mehkongsi
-----------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 6

 26 Mei 2015

Tolong klik jugak - Oh berita hebat ni



kredit to mmftube
---------------------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 5

 25 Mei 2015

Tolong klik jugak - Cara baru nak tonton TV dah tiba di Malaysia



kredit to mmftube
BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Saturday, May 23, 2015

Tutorial Buat Email Signature Sendiri

Assalamualaikum & hello there,


Wahai blogger sekalian alam, nak tak signature begini dalam email korang? 



Apa! nak jugak? Meh sini baca sampai habis tutorial senang macam makan Mamiee monster. Biasanya company besar-besar mesti ada email khas untuk setiap pekerja kan? Dalam personal workers email mesti dah siap lengkap dengan nama, position, no telefon, no fax & semua info bagai. Nanti clients atau customer dapat email terus boleh tahu dengan siapa mereka nak contact so on. Tapi blogger cepisan macam BBL perlu ke buat email signature bagai nak rak?

Jawapan: PERLU

Sebabnya dalam email signature tu dah complete info pasal diri sendiri termasuk link sosial media Facebook, Twitter, Instagram, Google Plus termasuk korang yang ada channel YouTube. So, client tak payah send email 2 3 kali nak tanya link sosial media korang tu. Paling penting nampak sangat professional walaupun sekadar blogger suam milo kosong. 

Even walaupun korang bukan blogger, mana tahu kotnya ada instashop & berniaga dalam Facebook nanti nak email kepada customers nampak gah sikit walaupun meniaga kecil-kecilan. Tak begitu?

Okay. Proceed to tutorial

Langkah 1: Buka laman web https://webapp.wisestamp.com/ 

Langkah 2 : Boleh pilih nak daftar akaun atau connect dengan account Facebook. BBL connect dengan FB je. Senang cerita.


Langkah 3 : Pilih email mana korang nak link signature ni. BBL guna Yahoo Mail sebagai offcial email.


Langkah 4 : Isi semua maklumat korang nak letak


Langkah 5 : Masukkan gambar sendiri. Pastikan jelas ye



Langkah 6 : Letak semua link sosial media


Langkah 7 : Preview dulu. Check ejaan betul-betul.


Langkah 8 : BBL pakai Google Crome so kena add on widget Wisestamp (auto add-on)

Langkah 9 : Refresh balik email korang & make sure time compase new email keluar signature terbaru ni.

Langkah 10 : Cuba send email kepada kawan. Try test la. Jika bawah email terpampang signature korang buat tu maka berjayalah.



Ingat ye. Ini trail edition sahaja. Korang boleh buat sekali sahaja atau kena bayar untuk next signature atau register dengan akaun lain. BBL gunakan Yahoo Mail untuk email dengan client (client la sangat adoi) so berbaloi la nak guna signature ni. Jika korang campur aduk email tu untuk blogger, email kepada lecture ke apa, mungkin susah sikit sebab setiap email korang hantar akan beserta signature tadi. 

Nak edit balik atau tambah maklumat lain, boleh edit balik di Wisestamp tu. Senang.

*Ini adalah tutorial sahaja. Apa-apa kesilapan BBL tidak bertanggungjawab keatas sebarang perubahan email korang. Sila baca & fahami setiap step korang buat dengan berhati-hati. Beware dengan sebarang installing software kerana Wisestamp hanya perlu add-on widget sahaja. 

Terima kasih.

BBL ~ Baru seronok nak email Nuffnang
ヘ(◕。◕ヘ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, May 21, 2015

Rindu Samsung Mega 6.3

Assalamualaikum & hello there,


Oh BBL tak share kes Samsung Mega 6.3 jatuh sehari sebelum event Pharmaton 2015. Lepas telefon jatuh tak perasan lagi ada crash tapi bila kat rumah baru ternampak ada crash hujung telefon. Aduh tak tahu nak buat apa time tu. Turn on off pun tak jadi apa sebab crash dah terbelah 2 atas skrin telefon. Sebelah kanan kalu touch masih ada respon cuma skrin kiri je kalu tekan macam nothing.


20 minit lepas bersedih, BBL cari kedai yang boleh repair skrin tapi kos tukar skrin agak mahal. Dalam lingkungan RM300 untuk skrin klon & RM400-RM500 untuk original skrin Samsung. Itu pun kena order dulu dari KL. Seminggu baru siap. Matilah seminggu tak pegang telefon.

Nekad time tu pergi beli telefon baru. Hahaha setel problem tapi hati masih sayang Mega 6.3 ni sebab size skrin besar gedabak. Senang nak tengok YouTube & blogwalking tapi apa nasib dah terjatuh kan. Dah 2 tahun pakai Mega siap entri review Samsung Mega 6.3 dah 2k page view.

Entri :

Sekarang ni BBL dah biasakan diri dengan Sony T2. Not bad la telefon ni walaupun 6 inci size skrin. 

BBL ~ Bila lagi Samsung nak keluar telefon besar?
˓(ᑊᘩᑊ⁎)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, May 19, 2015

#CubaMakan : Cafe Simlyd NU Sentral

3

Assalamualaikum & hello there,


Baru-baru ni BBL ada singgah makan di cafe Simplyd NU Sentral. Tak silap rasanya pernah sebelum ni BBL pernah makan jugak tapi outlet Avenue K. Tu yang terasa singgah lagi cafe comel ni.


Jika korang kebetulan berada di NU Sentral atau KL Sentral, jangan segan cuba makan di Simplyd aras ground floor. Kalu dari aras lalu pejalan kaki dari KL Sentral korang hanya perlu turun aras bawah dari Victoria Secret, jalan terus ke Starbuck & belok kiri. Cafe Simplyd terletak hujung sekali.

Menu simple untuk lunch hour

Pasta, sandwish & burger ialah main menu kat sini. Sekali-sekala kalu lunch makan spagheti tak salah kan. Lagi pun semua menu sedap mata memandang. Sesuai sangat untuk para perempuan yang nak lunch simple dalam mood diet. 

*klik untuk besarkan


Hahaha. Kalu korang datang lunch kat sini waktu peak hour harap bersabar kalu kena que panjang sebab seat & table sangat limited. Tambah lagi kalu customer kunyah slow & leka borak. Nasib baik BBL pergi weekend, customer pun kurang so boleh makan dengan senang hati. Wink..wink..


Kali ni BBL makan Chicken Avacado & Pine Nut. High recommend untuk korang cuba. Rasa pun sedap. Tambah ada sos cili..fuh kunyah sampai habis. 

*Chicken Avacado & Pine Nut RM 13.50


Jangan lupa untuk add-on All Day Set cuma RM5.50 untuk pilihan 1 skewer Honey Soy & Garlic Chicken + 1 Classic Lemon Blast Ice Tea atau Lemonade. Pilihan air pun banyak termasuk kopi, teh, shakes & ice tea tapi paing favorite mestilah classic lemon blast. 

*Peach & Mandarin RM6.50 &  Classic Lemon Blast RM5.90


Tak sempat nak keluar office tapi nak makan makanan Simplyd? Jangan risau kerana Simplyd ada menyediakan khidmat penghantaran & pick up di outlet. 

*klik untuk besarkan


Korang boleh pergi cafe Simplyd di outlet The Curve, Avanue K atau NU Sentral. Boleh date kat sini pulak ye. 

Maklumat lanjut boleh layari

- Website - 

- Facebook -

- Instagram -

BBL ~ oh sedap yum yum
(⁎⚈᷀᷁⚈᷀᷁)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, May 18, 2015

Keriangan Berganda Bloggers Pool Side BBQ Party


Assalamualaikum & hello there,

Semalam ada Bloggers Pool Side BBQ Party di Opal Damansara anjuran blogger Sidney Kan. Fuh meriah petang semalam dengan ramai blogger siap bawak suami, isteri plus anak-anak. Dah jadi family gathering pulak. Antara selebriti blogger hadir termasuklah Fatin Bella, Kifly, Tatie, Mahamahu termasuk BBL yang malu-malu kucing parsi. Waktu BBL sampai pukul 2 petang cuaca elok lagi tapi sejam lepas tu awan mendung dah datang. Sekali bergema lagu sudirman..

"Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang"

Nasib baik hujan kejap je & barulah bermula episode keriangan kami BBQ sambil santai tepi kolam Opal Damansara. Kecoh satu area pool dengan suara budak-budak berlari terjun dalam kolam. Suara blogger bersembang tak payah cerita la, nasib baik residence kat atas tak jerit bising.

Keriangan Makanan

Majlis petang tu di sponser oleh Bakarlah BBQ. Amik hang, semua menu BBQ ada, ayam, daging, udang, ikan besar & kecik. Tak cukup krew Bakarlah duk bakar makanan, sekali blogger masuk jadi tukang bakar. Yelah siapa tak tahan bau ayam bakar menusuk kalbu. Siapa boleh tahan kan. Thumbs up daging BBQ yang lembut super sedap. Maaflah kalu muka kami je asyik beratur ambil makanan. Hahaha


*Bos besar Bakarlah BBQ tengah bakar daging. Wallah!


Bekalan seafood dari GST Group sangat banyak sampai penat mulut nak habiskan semua. Mulanya BBL pun pelik kenapa ada GST Group jadi tukang sponser. Hebat betul Sidney mintak sponser dengan kerajaan. Rupanya GST ialah nama komersial bagi Goh Siong Tee Marine Sdn Bhd. Haha maklumlah GST kan dengan famous sekarang.

 

Eastin Hotel ada sponser 3 biji kek. Semua sedap tapi sayang tak sempat nak rasa. Nasib baik sempat snap gambar. Adoi sedihnya.

 
  

Keringan Face painting & Kids Jewellery

Face Painting by Fannie pun ada sampai panjang que budak-budak beratur nak buat painting muka. Pre-tester mesti mak blogger dulu painting muka. Meriah muka nak selfie nanti. Make-up dah terlalu mainstream kan. 

  

Booth ELS & Kelvin Gems meriah dengan kids jewellery. Masing-masing berebut nak pilih pearls, diamonds & aksesori untuk buat rantai leher & gelang tangan. On the spot boleh pakai terus. Bergaya betul anak blogger mandi kolam dengan pearls kat leher. 

 

Keriangan Berganda Sesi Photoshot

Yeah ini part paling havoc sepanjang party BBQ semalam. Kami sangat bertuah kerana Zung the Ninja Photographer sudi menjadi gold sponser merakam detik kami mencekik   seafood BBQ. Zung ni sangat terkenal dengan seni photo twilight & black white. Dah banyak orang kenamaan & selebriti mengabdikan gambar dengan khidmat Zung termasuk Donald Trump, Dalai Lama, Andrea Bocelli, Michelle Yeoh, Tun Abdullah (bekas perdana menteri ke 5 Malaysia), Yang Di Pertuan Agong ke 9 Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Richard Branson atau baca sini - Zung The Ninja Photographer. Terbaru Zung muncul dalam iklan terbaru Samsung S6 Edge mengenai mutu kamera & hasil gambar dengan S6. Cayalah!


*que panjang benor nak Zung ambil gambar Twilight..


Semalam ada 2 sesi iaitu twilight potret & black white. Part gambar black white kena tunggu minggu depan baru boleh tengok hasil gambar. Yes! tak sabarnya.


*Sumpah terus jadi kayu depan kamera!


Hehe tak sangka muka BBL terpilih sebagai sample Twilight photo semalam. Amik hang, ada iras-iras Kyle XY. Hahaha perasaan betul.

Hasilnya 

 

Terima kasih, terima kasih & terima kasih..

Tuan rumah :
Sidney Kan 

Katering BBQ :
Bakarlah BBQ & Rental

Seafood :
GST Group

Face Painting:
Face Art by Fannie

Jewellery Studio :
EJS & Kelvin Gems

Belon-belon :
Ballon Buzz USJ Taipan 

Hadiah Guidebag :
Shills & NY Streakshack

BBL ~ perut kenyang hati pun senang
(。◕‿◕。)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...