Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Wednesday, September 30, 2015

Warna Warni Electric Run MY Di Lindungi Tune Protect


Assalamualaikum & hello there,


Pada 12 September 2015 yang lepas Tune Protect menjemput Nuffnangers termasuk BBL  untuk menyertai Electric Run buat pertama kali diadakan dalam Malaysia bertempat di Selangor Turf Club. Tepuk tangan sikit untuk Tune Protect!. Siapa tak excited nak berlari dengan lampu neon sana sini & lagu hits sepanjang 5KM ni. Banyak lokasi terkenal lain seperti Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat, Jerman, Itali & 14 negara lain menjadi lokasi persingahan Electric Run. Kini tiba giliran Malaysia merasaikan keunikan Electric Run khas untuk tahun 2015 ini.




Tune Protect merupakan Penaja Insuran Rasmi Electric Run MY. Jika korang nak tahu, Tune Insurance telah dijenamakan semula kepada Tune Protect. Yang paling penting, dengan Tune Protect menjadikan Insurance Made Easy dengan mudah secara atas talian (pembelian online) tak kira korang nak travel ke Europe, Afrika, mahupun Middle East, dalam negara-negara Asia. Dengan perlindungan Tune Protect pastinya percutian korang berseorangan atau bersama keluarga lebih relax & seronok kerana produk Tune TrIP Travel Insurance  di bawah Tune Protect dibantu oleh rakan strategik lain meliputi kos kecemasan perubatan semasa bercuti, pembatalan perjalanan, hilang bagasi, & banyak lain faedah lain membolehkan korang menikmati sepenuhnya setiap saat percutian termasuk Annual Travel Insurance with unlimited travel. Beli insurance online je sebelum bercuti. Senang je kan.


Pukul 6 petang BBL sampai ke Selangor Turf Club, itu pun dah ramai peserta Electric Run dah sampai. Cepat-cepat tukar baju merah I AM PROTECT by TUNE PROTECT. Nasib baik dalam race kit ada segalanya untuk Electric Run. Lampu, gelang berkelip, glow in the dark ink & kipas Tune Protect. Baru bersemangat nak berlari nanti. Sebelum tu, BBL singah ke Tune Protect Booth untuk sesi bergambar dengan blogger lain.


Inilah baju I AM PROTECT by TUNE PROTECT. Tambah lagi lampu glow in dark, lampu lip lap, & ring lamp. Meriah macam nak raya.



Ada 8 courselands menarik & berwarna warni sepanjang trek 5KM ni bermula point Start Line, Neffmau5 Land, Electro Rainforest, Pillar Party, Rainbow Road, Candy Line, Under The Sea & The Power House. Penat nak redah semua courselands ni tapi semua tak terasa bila beramai-ramai jogging sambil selfie bergambar. Itu wajib buat dengan official hastag #ElectricRunMy #TuneProtect dalam Instagram.


Lebih kurang jam 8 malam, kami berkumpul beramai-ramai di Start Line sambil warm up badan dengan iringan muzik sebelum mula berlari. Kami dilepas group by group memandangkan ada lebih 12,000 peserta Electric Run 2015. Bayangkan betapa meriah & seronok berada di sini.



Jadi, lets start! berlari semua! 


Courseland pertama melalui ialah Neffmau5 Land penuh berwarna warni dengan tanglung tergantung dari kiri ke kanan pada pokok. Terasa berada dalam dunia fantasi.


Kemudian  Electro Rainfores tcourselands. Sepanjang 500m trek ini penuh dengan lampu sport bertukar warna & kiri kanan speaker muzik. Sungguh excited nak berlari sampai ke hujung tapi semua berhenti ambil gambar selfie dulu.


Sepanjang trek ke garisan penamat memang sangat happening, penuh warna ceria & muzik hits terkini yang membuatkan BBL tak merasa penat selain excited nak ke courseland seterusnya. Yelah siapa tak sabar nak ke next point untuk bergambar.

Rainbow Courselands


Under the Sea Courselands


Candy Line Courselands


Finally BBL berjaya habiskan larian 5KM! Penat kaki berlari sambil selfie, dengar muzik, follow warna neon &  Yahooo! Gembira amat sangat boleh sampai ke


garisan penamat dengan selamat & jayanya. Tepuk tangan sikit


Walaupun lambat nan hado sampai, semua 12, 000 peserta mendapat medal Electric Run masing-masing sebagai tanda penghargaan menyertai Electric Run buat pertama kali di Malaysia.


Muka excited semua geng Tune Protect dengan medal Electric Run Malaysia. Cayalah


BBL memang rasa Tune TrIP Travel Insurance ni berbaloi dan menyenangkan para pengguna sebab dalam satu polisi yang kita beli tu semua dirangkaikan. Memang senang dan simple; malah lebih senang daripada challenge yang dihadapi peserta di dalam iklan ni:



So, korang ada planning nak terbang, travel atau bercuti minggu depan, 2 minggu lagi, bulan depan, tahun depan & boleh jugak tengah planning holiday jangan lupa untuk ambil Tune TrIP Travel Insurance bersama Tune Protect. Pastikan percutian korang indah tanpa perlu risau. Just enjoy okay. 

Check out more pictures:

Nak lebih infomasi tentang Tune Protect, check out channel dibawah & jangan lupa follow Tune Protect

LAMAN WEB | FACEBOOK | INSTAGRAM

- 48 hours sponsored post -

BBL ~ nak lari lagi la
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online Drama Hello Mr.Perfect Episode 1 / 2


Drama Hello Mr.Perfect PENUH <


Tonton Online Drama Hello Mr.Perfect Episode 2

1 Oktober 2015

Baca juga ini  - 15 perkara paling syoik boleh buat di Genting


kredit to moviesinfobsyokv2.net
------------------------------------------------

Tonton Online Drama Hello Mr.Perfect Episode 1

30 September 2015

Baca juga ini  - Promosi khas sempena jerebu ni.. meh cepat


kredit to moviesinfobsyokv2.net
------------------------------------------------

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online Hello Mr.Perfect Episode Penuh


LIKE fan page Hello Mr.Perfect untuk perkembangan terkini
mengenai drama Mencintaimu

Lagu OST Hello Mr.Perfecr

Normad - Sorry sorry sayangku

- Drama Hello Mr.Perfect Penuh -

Episode 1 | Episode 2 | Episode 3 | Episode 4 |

Episode 5 | Episode 6 | Episode 7 | Episode 8 

Episode 9 | Episode 10 | Episode 11 | Episode 12 | 

Episode 13 | Episode 14 | Episode 15 | Episode 16 | 

Episode 17 | Episode 18 | Episode 19Episode 20 | 

Episode 21 | Episode 22 | Episode 23 |Episode 24 | 

Episode 25 | Episode 26 |Episode 27 |

Episode 28 (episode akhir)

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....


Tuesday, September 29, 2015

#MovieReview : Polis Evo Memang Terbaik


Assalamualaikum & hello there,

Dah lama rasanya tak tengok movie melayu selepas Ombak Rindu hari tu. Walupun orang lain dah tengok sejak 17 Sept lalu, baru sempat tengok. Itu pun kawan ajak selepas 4 5 kali datang tiket sold out. BBL ada je TGV Movie Club tapi saja malas nak amik port sangat movie Polis Evo. Jadi semalam kami 8 orang dapat akhirnya tengok cerita one and three, one two jaga. Itu pun dapat seat belakang, well BBL tak tahu kenapa orang Terengganu suka tengok movie bahagian depan. 

Trailler Polis Evo



Sinopsis Polis Evo

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Bekerjasama itu paling penting untuk misi menumpaskan geng syabu naga.
Atas dasar sayang keluarga, Inspektor Sani sangup pengadai nyawa demi menyelamatkan adiknya, Anis yang diculik oleh kumpulan geng syabu naga.
Selepas tertarung peluru dengan ahli geng syabu naga, akhirnya pasukan polis berjaya nemawan kembali Anis & sindiket syabu naga tumpas.

- Tamat -


Komen BBL

1. Aksi sebenar oleh Shaheizy Sam

Oh maafkan BBL sebab dah lama sangat sangat sangat tak tonton movie melayu. Dalam movie Polis Evo ini lakonan Shaheizy Sam membawa watak inspektor polis sangat hidup. Bermula aksi bertarung dengan ahli gengster sampailah geng syabu naga merah agak menarik. Paling win, aksi kejar mengejar, langgar kereta & letupan super bagus. Mungkin bajet lebih sebab tu mampu terbalikkan Proton Preve semata untuk scene langgar kereta. Ofcourse terkejut jugak bila van terbalik & meletup. Overall BBL sangat teruja nak tengok sampai habis Polis Evo


2. Aksi + komedi + loghat Terengganu

Gadingan Shaheizy Sam & Zizan terlalu ngam. Ada saja lawak Zizan walaupun agak santai. Memang tak kering gusi BBL gelak bila Nora Danish cakap loghat Terengganu. Mostly Polis Evo menggunakan loghat kl, terengganu & kelantan sebagai platform pertuturan. Bahasa thai ada tapi hujung cerita la. Tak hairan la setiap hari slot Polis Evo sold out sampai kutipan setakat 11 hari dah RM8 juta. 


Rating BBL



Apa pun ini cerita Melayu paling havco untuk tahun 2015. Korang yang dah tengok Polis Evo tu, apa kata suggest kat kawan yang belum tengok pi tengok cepat before sold out lagi. 




BBL ~ Bakpe dop tahu
(◣_◢)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, September 28, 2015

Tonton Online Drama Mencintaimu Episode 23 / 24


Drama Syurga Mencintaimu PENUH <



Tonton Online Drama  Mencintaimu Episode 24

30 September 2015

Baca juga ini  - Tips nak remove sticker road tax tanpa sakit kepala

LINK EPISODE 24

kredit to moviesinfobsyokv2.net
------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Mencintaimu Episode 23

29 September 2015

Baca juga ini 5 perkara biasa orang Malaysia buat bila jerebu datang


kredit to moviesinfobsyokv2.net
------------------------------------------------

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Saturday, September 26, 2015

#MovieReview : Hotel Transylvania 2 Terbaik


Assalamualaikum & hello there,

Yeay BBL baru je balik tengok movie Hotel Transylvania 2. Berbaloi sangat cuti sekolah + cuti raya Aidil Adha ni bawa anak-anak pergi tengok movie lepas beraya rumah nenek. Memang full house sampai seat depan penonton. Nasib baik BBL booking online awal-awal. Kalu tak merasa donggak kepala nak tengok.

Trailler Hotel Transylvania 2



Sinopsis Hotel Transylvania 2

Sambungan dari Hotel Transylvania tahun 2012, Johnny & Malvis akhirnya berkahwin atas dasar cinta pandang pertama. Kemudiaan lahir anak campuran, manusia + vampire = Dennis yang super comel. Dracula dengan bangganya dapat menjadi atuk kepada anak Malvis. Hari demi hari Dennis membesar dalam Hotel Transylvania tapi Malvis tidak mahu Dennis mengalami perkara sama seperti mana ibunya membesar dengan zombie, monsters & makanan pelik. Perkara ini sangat membimbangkan Dracula kerana Malvis mahu membesarkan Dennis di California. Satu hari, Dracula berpakat dengan Johnny membawa Malvis berjumpa dengan kedua ibubapanya. Maka tinggallah Dennis bersama atuknya serta kawan hantu yang lain. Dalam masa sama, Dracula ada plan untuk mengajar Dennis cara menjadi dracula sebenar. Dengan bantuan, Frankenstein, Wayne, Griffin, Murray & Blobby maka bermulalah pengembaraan mereka semua dalam proses mengajar Dennis yang cute muit menjadi dracula paling ditakuti. Akhirnya Malvis tidak tahan dengan perangai ayahnya yang mahu Dennis menjadi dracula. Pada ulangtahun ke 5 Dennis, Malvis menjemput semua ahli keluarga Johnny datang ke Hotel Transylvania termasuk ayah kandung Dracula yang menyebabkan Dracula terasa amat takut kerana ayahnya anti manusia termasuk pengikutnya. 
Di sinilah Dennis akhirnya bertukar menjadi dracula seperti ibunya - boleh terbang macam kelawar & menjadi manusia. What next?
Dennis fight dengan semua pengikut ayah Dracula dengan jayanya.
End of story, Dennis kekal tinggal di Hotel Transylvania bersama atuk kegemaranya serta ibubapa.

- Tamat -


Komen BBL

1. Tak kering gusi la!

Dari start movie sampai habis citer tak habis-habis BBL tersongeh tengok gelagat Dracula mengajar cucunya, Dennis menjadi dracula walaupun dia tahu anaknya melahirkan baby campuran manusia & dracula. Tambah lagi lawak Murray tak habis dengan tarian ribut. Oh ya Blubby pun paling menarik hati dengan aksi hijau tu


2. Seronok!

Siapa tak seronok dapat cucu sulung kan? Ayah Draculla berebut nak jaga cucu, Malvis bersungguh nak menjauhkan Dennis dari dunia monster Hotel Transylvania. End of movie ayah Draculla datang nak tengok cicitnya jugak. Lagi huru hara ibu ayah Johnnya terpaksa terima keluarga menantu yang pelik


3. Seat back & chills!

Boleh cakap ini movie terbaik dari Inside Out lepas. Penuh unsur keluarga, kasih sayang & lawak. Ada scene Malvis mengamuk nak bawa Dennis keluar dari Hotel Transylvania sampai ayahnya terkejut. Agak sedih la di situ. Movie ini agak santai tapi padat sangat. Double serius sila bawa budak-budak tengok movie ini atau ajak kawan teman tengok. Confirm mesti nak tengok lagi.



Rating BBL



Oleh kerana BBL tonton di TGV, macam biasalah bertambah artifak bukan-bukan lagi. Tumbler ini agak kecik berbanding tumbler air sebelum ini tapi sebab limited edition beli jelah. Hahaha


BBL ~ blah..blah..blah...
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Friday, September 25, 2015

Harga iPhone 6s & iPhone 6s Plus RM8300 Dalam Lazada.my


Assalamualaikum & hello there,

Pada hari ini Apple mula menjual iPhone 6s & iPhone 6s Plus di beberapa negara termasuk Singapura. Bagi pengguna Apple tegar, terbang ke Singapura semalam adalah perkara tahunan untuk menjadi orang Malaysia pertama pakai iPhone 6s. Namun jangan patah hati tak dapat beli di Singapura kerana Lazada.my kini mula menjual peranti idaman ramai bermula siang tadi.

Harga iPhone 6s & iPhone 6s Plus

Berikut mengikut harga jualan dalam Lazada.my selepas 'diskaun'

iPhone 6s - Grey - 16gb - RM 4, 180 RM 4,999
iPhone 6s - Silver - 128gb - RM 4, 6490 RM 7,999
iPhone 6s - Rose Gold - 64gb - RM 4, 599 RM 6,999

iPhone 6s plus - Silver - 16gb - RM 5, 088 RM 5,999
iPhone 6s plus - Rose Gold - 64gb - RM 6, 288 RM 7,690
iPhone 6s plus - Gold - 16gb - RM 6, 080 RM 6,499
iPhone 6s plus  - Rose Gold - 128gb - RM 7, 288 RM 8,838

Boleh beli secara online di Lazada.my melalui link ini - http://www.lazada.com.my/iphone-6s-6s-plus/    


Terkejut dengan harga tu? Memang la super double markup harga barang tengah hot sekarang. Ramai jugak tertarik dengan features terbaru Apple termasuk Force Touch - hanya tekan skrin & keluar pop up tanpa klik app tersebut. Lagi pun bukan Lazada.my yang jual tapi orang luar sebabnya ini


Mau kena tipu tak naya kan berabis RM7k macam tu je atau pun dapat iPhone klon. Lagi bagus dari dapat batu bata dalam kotak kan. Hahaha

Jika korang memang planing nak beli iPhone 6 ini masa terbaik kerana selepas iPhone 6s dibawa masuk secara rasmi nanti, harganya mungkin ada 'murah' sikit dari harga hari ini atau simpan saja dulu duit tu & beli terus iPhone 6s nanti. Baru best pakai gadget terbaru kan.

Tonton video rakyat Singapura yang menjadi iPhone 6s user. #jelleybean kejap



BBL ~ cekik darah
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Akaun Nuffnang Bikin Panas Hati

Assalamualaikum & hello there,

Salam Jumaat & selamat hari raya haji ke 2 korang. 

Memang tiap pagi Jumaat BBL akan buka akaun Nuffnang nak check CPUV terbaru sebab biasanya kempen CPUV latest akan start hari Jumaat. So dengan hati girang sambil kunyah almond london terkedut kejap bila keluar result macam ni.


Eh kau dah kenapa Nuffnang? 

SEBAB : BBL selalu guna Google Crome untuk online termasuk akaun Nuffnang, rupanya cookies dari Nuffnang terlalu banyak & menyebabkan crome tak boleh nak load

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa tu Cookies? - bukan biskut!

Jika korang jenis suka online seperti FB, Twitter, Zalora, Gmail, YahooMail atau apa saja portal mesti ada keluar pop-up remember the password kan? Itulah cookies, benda alah cookies ini akan ingat password, history sepanjang korang online. Sebab tu bila korang serach sesuatu seperti kamera digital dalam Mudah.my tetiba 5 minit kemudian bila buka Youtube keluar ads iklan kamera dari Lazada.my di site tepi kan. Cookies ibaratnya macam otak yang menyimpan semua maklumat korang secara personal. 

Kewujudan cookies ini untuk mengesan individu secara personal & mencadangkan apa saja berkaitan dengan individu tersebut. Contoh, jika korang tengah cari video mengenai kapal terbang dalam youtube secara automatik cookies akan search video berkaitan kapal terbang seperti iklan komersial kapal terbang, crush plane, experience naik kapal terbang termasuk iklan promosi Air Asia kat ruang iklan Youtube. Ini sebab web server tak ada memory nak simpan berjuta infomasi pengguna yang datang, so cookies akan tolong remind semua password, nickname, infomasi tentang korang. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tutorial nak selesaikan masalah 400 bad request/this webpage is not available

1, Jika korang pengguna Google Crome, follow je step ini ya. Untuk FireFox atau Opera, maafkan BBL. Kena google lagi la.

Tekan 'Setting' pada bahagian atas sebelah kiri browser crome

2. Scrool bawah sikit, tekan 'Show advanced settings...'


3. Pada bahagian 'Privacy' tu, pilih 'Content Settings..'


4. Klik 'All Cookies and site date' tu



5. Taip 'nuffnang' pada kotak & tekan REMOVE ALL 


6. Kemudian klik 'Done' kat bawah sekali tu

7. Refresh balik Nuffnang & dah setel!

Lega dapat balik akaun Nuffnang, ingatkan dah kena hack bagai. BBL dah berpuluh kali buka akaun Nuffnang & keluar result bad request. Jika korang pun hadapi masalah sama esok lusa, minggu depan atau 2 bulan lagi. Sila proceed solution sama macam BBL ajar kat atas tadi.


BBL ~ alhamdulilah, kempen baru CPUV
ლ(╹◡╹ლ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Wednesday, September 23, 2015

Selamat Menyambut Hari Raya Haji!

Assalamualaikum & hello there,

Selamat pagi & selamat Hari Raya Aidil Fitri semua. Cantik baju pagi raya ni. Ketupat, rendang, lontong tak lupa. Di kawasan pantai timur seperti kampung BBL, suasana raya Haji sama meriah macam hari raya puasa. Kat umah BBL sendiri ada biskut raya siap ada rendang ayam & nasi minyak. Raya katakan. Mungkin agak berbeza sikit area korang, ada meriah, ada seronok dengan lembu terlepas.

Pagi raya macam biasa pergi solat sunat raya & ziarah kubur arwah nenek. Kemudian baru serang rumah mak cik sedara untuk breakfast menu rare. Untung nasib boleh makan sate kuah kacang. Yummy tu.

Apa pun BBL nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Korang yang kerja hari ini atau tak balik kampung sebab tiket bas dah habis jangan sedih. Jom pakat ziarah rumah kawan atau jiran sebelah tu. Kalu free boleh pergi masjid tengok orang korban lembu atau unta..

Semoga selamat semua dari kena kerja lembu naik minyak. Chow


BBL ~ malam raya pakat main bunga api
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...