Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Thursday, November 26, 2015

Cara Redeem MovieMoney TGV Movie Club


Assalamualaikum & hello there,

Apa itu MovieMoney?

MovieMoney adalah satu bentuk pulangan nilai ganjaran  kepada anda apabila membuat pembelian tiket, makan atau minum di mana-mana Pawagam TGV. Korang akan mendapat MovieMoney hingga 10% daripada jumlah pembelian dalam resit. Setiap RM 10.00 belanja dapat balik RM 1.00.

Contohnya

Belanja RM 10.00 = MovieMoney 1.00 akan dikumpul

Belanja  RM20.50  = MovieMoney 2.05 akan dikumpul

Cara nak kumpul MovieMoney

Senang sahaja, setiap kali nak beli tiket atau beli popcorn jangan lupa tunjukkan kad keahlian anda apabila membuat pembelian daripada Pawagam TGV. Untuk pembelian dalam talian, korang perlu log masuk dengan log MovieClub anda untuk mengumpul MovieMoney.

Perhatian, korang tidak akan mendapat MovieMoney daripada yuran keahlian, yuran pembaharuan (renew kad), yuran pemprosesan dalam talian (booking fees), & yuran penggantian kad serta lain-lain atau pihak ketiga promosi seperti baucar Groupon.

Cara Nak Redeem MovieMoney TGV Movie Club

Macam BBL terang kat atas tadi, jika jumlah terkumpul MovieMoney korang adalah 20.00 so kiranya dalam kad TGV Movie Club ada RM 20.00 & awak boleh guna point tersebut untuk membeli tiket wayang atau sebarang minuman & popcorn. 

Sekarang ini BBL ada 21.23 MovieMoney, apa boleh buat dengan point tu?


BBL ada pilihan sama ada nak beli tiket wayang atau beli saja set combo Mockingjay Part 2 yang berharga RM 19.90. Baki point tersebut akan bertambah seterusnya selepas korang membeli tiket movie atau sebarang makannan di Candy Bar.


Sama jugak untuk pilihan penebusan MovieMoney membeli tiket wayang. Cuma bagitahu staff kaunter pembelian tiket yang korang nak redeem menggunakan MovieMoney. Tapi make sure jumlah point adalah sama jumlah harga tiket kerana jika kurang memang tak boleh nak redeem. Contoh harga tiket RM 17.00 & sekurangnya MovieMoney korang adalah 17.00 atau lebih. 

Semoga korang boleh redeem MovieMoney sebelum tarikh expired. Kan tak memasal menyesal tak sudah. Oh jangan lupa check out entri ini jugak - Dah Sign Up TGV MovieClub

BBL ~ tengok wayang jom!
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Wednesday, November 25, 2015

Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Temuduga?

Assalamualaikum & hello there,

Kadang-kadang nervous punya pasal boleh menyebabkan kita tertinggal barang penting sebelum sesi interview. Pernah tak buat check list khas untuk temuduga? Mesti tak pernah kan. Ini ada beberapa tips berguna untuk korang mahu menghadiri apa jua temuduga. Take noted tips ini ya. Oh selamat berjaya jugak dari BBL. 


Sumber : maukerja.my  - MauKerja , portal jawatan kosong terkini nombor satu di Malaysia, Singapore and Indonesia!

BBL ~ beli seluar slack baru lagi 
(っ˘̩╭╮˘̩)っ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, November 24, 2015

Soalan-Soalan Biasa Temuduga Tanya

Assalamualaikum & hello there,


Setiap kali dapat panggilan interview atau temuduga kerja mesti terasa berdebar-debar. Nak jawab apa, nak tanya soalan apa, nak study apa & cepat je tangan berpeluh. Mesti korang pernah alamikan. Learn from the past asalah satu langkah bijak tetapi sebelum tu kita kena perlu bersedia sesungguh hati agar mendapat pekerjaan yang di pohon. Oh BBL dah nervous nak attend interview Isnin ini. Wish me luck okay! 


Sumber : maukerja.my  - MauKerja , portal jawatan kosong terkini nombor satu di Malaysia, Singapore and Indonesia!
BBL ~ beli seluar slack baru lagi 
(っ˘̩╭╮˘̩)っ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, November 23, 2015

Jom Jalan-Jalan : Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Terengganu


Assalamualaikum & hello there,

Hari Isnin datang lagi!

Lemau kena siapkan banyak task atau duty hari ini. Jangan kusut kepala kerana BBL nak bawa korang ke alam natural di Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, Terengganu.Very the natural kawasan Chemerong. Okay lets go!

Air Terjun Tertinggi di Asia Tenggara

Dari jauh korang dah boleh tengok Air Terjun Chemerong sepanjang jalan menuju Hutan Lipur Chemerong. Air terjun ini setinggi 305 meter bagai memanggil suruh cepat-cepat drive. Kawasan rekeasi ini dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja & ditutup pada musim tengkujuh. Jika korang berminat untuk aktiviti berkhemah, pendakian, bermalam atau jungle tracking, boleh mendaftarkan diri di Pejabat Renjer Hutan Chemerong. Setiap pelawat akan dikenakan bayaran RM2.00 untuk dewasa & RM1.00 bagi kanak-kanak. Wang terkumpul akan digunakan bagi menjaga kebersihan & menyediakan kemudahan lain. 


Yeay dah sampai ke Hutan Lipur Chemerong. Jangan lupa snap gambar dulu kerana confirm korang akan penat bila dah puas berendam dalam air nanti. Percayalah cakap BBL. Berbaloi bila penat drive dari jauh akhirnya dapat jejak kaki kat sini. Macam biasa, check-in dulu footage dalam Instagram!

Kemudahan Asas

Banyak kemudahan disediakn untuk kegunaan para pengunjung termasuk tandas, bilik persalinan baju, pondok rehat, surau, menara pandang, taman permainan kanak-kanak, dewan serba guna dan denai ke Gunung Berembun. 

Masa untuk mandi!

Ada banyak kawasan mandi-manda. Jika anda datang berkumpulan besar, seeloknya mandi kawasan air terjun bawah kerana kawasan sekitar agak landai untuk sesi berkelah atau BBQ. Namun tiada masalah untuk korang memilih tempat lain tapi kena melalui denai disediakan untuk ke kawasan lebih cantik & mempunyai tadahan air lebih selesa. 
BBL mandi di kawasan agak jauh dari tumpuan orang ramai kerana mesti melalui laluan denai menuju puncak air Terjun Chemerong. Itu pun dah penat berjalan akhirnya kami sepakat untuk berehat & menikmati sejuknya air Chemerong di persimpangan Sungai Y. Jangan terkejut atas bukit atas sungai tau. Ini kerana air terjun mengalir & menyebabkan laluan berpecah kepada dua lalu menjadi nama sungai.


Paling seronok kawasan ini air agak cetek & berbatu. Sangat sesuai untuk aktiviti terapi diri dari masalah. Berendam dalam air sambil mendengar lagu - nasib baik telefon waterproof. Tak sangka dalam Terengganu ada tempat menarik seperti Chemerong. Satu khazanah sanagt semulajadi.


Kat check point ini jalan terus ke puncak air Terjun Chemerong tapi BBL bukan nak hiking mount. Cukup sekadar selfie sahaja. Ada rezeki boleh berkhemah atas puncak sana. Sebelum ini, TheVocket pernah keluarkan artikel mengenai kejernihan Sungai Bangan & Air Terjun Langsir (singkatan CBL) - rujuk entri ini.

Hutan Lipur Chemerong sangat kaya dengan pokok herba & hidupan fauna lain. Sepanjang denai ada saja pokok hutan yang dilindungi spesisnya termasuk Cengal, Merbau, Meranti, Seraya & pelbagai lagi. Oh, jika korang nak tahu Hutan Chemerong terdapat pokok Cengal terbesar & tertua di dunia. Jika ditebang, 27 buah lori diperlukan untuk mengangkut kayunya. Can you imaging how bigger the size of this tree. Lagi pun usianya tak tua mana - 1,300 tahun je. 


Lokasi Hutan Lipur Chemerong

Terletak di Hutan simpanan Pasir Raja dalam Daerah Dungun. Ia merangkumi kawasan seluas 292 hektar Hulu Dungun. Jika dari Bandar Dungun / UiTM Dungun memakan masa 1 jam 7 minit melalui Jalan Bukit Besi sejauh 67.5 km. Dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) cuma 30km & 100km dari Bandar Kuala Terengganu menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur II exit Bukit Besi.




Jadi, spot this point jika berkesempatan datang melawat Terengganu terutama di daerah Dungun. Tak rugi rasanya selepas meluangkan masa berada di hutan teristimewa Terengganu ini. So what next?

BBL ~ very the natural
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Online Drama Akulah Balqis Episode 3 / 4 / 5 / 6


Drama Akulah Balqis Episode PENUH <

LIKE fan page Akulah Balqis untuk perkembangan terkini
mengenai drama Akulah Balqis


Tonton Online Drama Akulah Balqis Episode 6

26 November 2015

Mungkin korang berminat - Peluang menang vouncher RM250 dari Zalora!

LINK EPISODE 6

kredit to moviesinfobsyokv2.net
-----------------------------------------------

Tonton Online Drama Akulah Balqis Episode 5

25 November 2015

Mungkin korang berminat - Peluang menang vouncher RM250 dari Zalora!



kredit to moviesinfobsyokv2.net
-----------------------------------------------

Tonton Online Drama Akulah Balqis Episode 4

24 November 2015

Mungkin korang berminat - Peluang menang vouncher RM250 dari Zalora!



kredit to moviesinfobsyokv2.net
-----------------------------------------------

Tonton Online Drama Akulah Balqis Episode 3

23 November 2015

Mungkin korang berminat - Peluang menang vouncher RM250 dari Zalora!


kredit to moviesinfobsyokv2.net
-----------------------------------------------

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Saturday, November 21, 2015

Senarai Movie Tahun 2016

Assalamualaikum & hello there,

Sebulan lagi tahun 2016 bakal menjelma & pada 17 Disember 2015 menyaksikan movie blockbuster paling ditunggu iaitu Star Wars : The Force Awekens bakal mendarat di semua pawagan utama seluruh dunia. BBL pun tak sabar nak tonton dalam 3D nanti. Jangan lupa menyaksikan pertempuran paling epik di pawagan IMAX Maybank TGV untuk lebih kuasa pengembaran Star Wars.

Tahun baru mestilah penuh kejutan dengan movie bakal ditayangkan sepanjang tahun 2016 nanti kan. Berikut adalah senarai movie antarabangsa akan menemui penonton bermula Januari 2016 nanti. *Jadual tarikh tanyangan mungkin berubah




Tajuk : The 5th Wave
Tarikh Tayangan : 14 Januari 2016 

Genre Filem: Sains Fiksyen

Trailer The 5th Wave



---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk :13 Hours: The Secret Soldiers of Benghaz
Tarikh Tayangan : 21 Januari 2016 

Genre Filem : Aksi / Ngeri / Drama

Trailer 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghaz



---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Deadpool
Tarikh Tayangan : 4 Febuari 2016 
Genre Filem: Sains Fiksyen / Aksi / Fantasi 

Trailer Deadpool

 

---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : The Monkey King 2 (Kantonis)
Tarikh Tayangan : 4 Febuari 2016 

Genre Filem: Aksi / Pengembaraan

Trailer The Monkey King 2 

---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : London Has Fallen
Tarikh Tayangan : 3 Mac 2016 
Genre Filem : Sains Fiksyen

Trailer  London Has Fallen


---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Zoolander 2
Tarikh Tayangan : 3 Mac 2016 
Genre Filem: Komedi

Trailer  Zoolander 2


---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Zootopia
Tarikh Tayangan : 3 Mac 2016 
Genre Filem: Aksi/ Animasi / Komedi

Trailer  Zootopia


---------------------------------------------------------------------------------



Tajuk : Kunfu Panda 3
Tarikh Tayangan : 10 Mac 2016 
Genre Filem: Pengembaraan / Komedi / Animasi

Trailer Kunfu Panda 3



---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Sister
Tarikh Tayangan : 17 Mac 2016 
Genre Filem: Komedi

Trailer  Sister


---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : The Divergant Series: Allegiant
Tarikh Tayangan : 17 Mac 2016 
Genre Filem:  Seram / Ngeri

Trailer  The Divergant Series: Allegiant



---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Batman V Superman: Dawn of Justice 
Tarikh Tayangan : 24 Mac 2016 
Genre Filem: Aksi / Superhero

Trailer  Batman V Superman: Dawn of Justice 


---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : The Huntsman: Winter's War
Tarikh Tayangan : 7 April 2016 
Genre Filem: Fantasi / Pengembaraan

Trailer The Huntsman: Winter's War 



---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Caption America: The Civil War
Tarikh Tayangan : 5 Mei 2016 
Genre Filem: Aksi / Pengembaraan / Superhero


*Trailler official belum keluar lagi

---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : The Angy Birds Movie
Tarikh Tayangan : 12 Mei  2016 
Genre Filem: Animasi

Trailer The Angy Birds Movie


---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Alice in Wonderland Through The Looking Glass
Tarikh Tayangan : 26 Mei 2016 
Genre Filem : Fantasi / Pengembaraan

Trailer Alice in Wonderland Through The Looking Glass

---------------------------------------------------------------------------------

Tajuk : Xmen: Apocalyspe
Tarikh Tayangan : 26 Mei 2016 
Genre Filem: Aksi / Pengembaraan

Trailer Xmen: Apocalyspe 

---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Finding Dory
Tarikh Tayangan : 16 Jun 2016 
Genre Filem: Animasi / Komedi / Pengembaraan

Trailer Finding Dory


---------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Warcraft
Tarikh Tayangan : 9 Jun 2016 
Genre Filem: Aksi/ Fantasi / Pengembaraan

Trailer Warcraft


---------------------------------------------------------------------------------

Yang lain BBL akan update kemudian ya. Rasanya tak sabar nak melangkah ke tahun 2016 untuk #MovieReview lagi gempak. Stay tune guys!

Sumber :tgv.com.my 

BBL ~ Ada lagi 2 3 movie kena tonton
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, November 19, 2015

#MovieReview : Hunger Games :Mockingjay Part 2 Game Over


Assalamualaikum & hello there,

Nampaknya hujung tahun 2015 sangat meriah dengan movie yang sangat dinantikan oleh peminat blockbuster movie. The Maze Runner pun dah masuk Part 2, itu pun tergantung. Bulan November paling ditunggu kerana Hunger Games Part 2 akan menemui peminat setia Katniss Everdeen selepas Part 1 pada November tahun lepas. Fuh setahun nak tunggu ending Hunger Games. BBL sendiri dah follow up setiap franchise Hunger Games bermula Hunger Games pertama hingga terbaru Mockingjay Part 2. Jika korang nak refresh balik memori apa berlaku dalam Mockingjay Part 1 boleh refer entri ini - #MoveieReview The Hunger Games: Monkingjay Part 1


Trailer Hunger Games :Mockingjay Part 2



Sinopsis Hunger Games :Mockingjay Part 2

Movie berdurasi 2 jam 17 minit bersambung dengan skeuel episode Katniss bertemu kembali Peeta selepas operasi menyelamat Peete, Johanna & Finnick dari Capitol. Harapan ikon Mockingjay untuk mendakap Peete bertukar menjadi mimpi ngeri kerana Peete secara tiba-tiba mencekik leher Katniss menyebabkan dia hampir kehilangan nyawa.


Kejadian itu bertambah misteri bagi Katniss kerana Peete begitu membenci dirinya - mungkin psikologi Presiden Snow menyebabkan Peeta bertukar menjadi marah apabila ternampak muka Katniss. Berang dengan apa terjadi pasa Peeta akhirnya Katniss nekad mahu membunuh Presiden Snow bagi menamatkan semua permainan Hunger Games.

Boggs, Gale, Pollux, Castor, Finnick, Cressida & berapa krew lain sepakat mahu menyertai Katniss dalam misi membunuh Presiden Snow atas alasan arahan dari  President Alma Coin tetapi sebenarnya cuma helah Katniss mahu membalas dendam atas nama 'jenayah Hunger Games'. Bukan tugas mudah untuk Katniss mengatur strategi menyatukan seluruh District bagi mengusai Penam kerana Capitol sekali lagi mengistiharkan 'Hunger Games' kepada pasukan pemberontak yang mana mereka harus melepasi halangan termasuk diburu oleh Peacemaker, periuk api di kawasan Capitol & serangan mutan bawah tanah untuk ke pusat Capitol.

Akhirnya Katniss berjaya memasuki District Capitol & bertemu sendiri Presiden Snow tetapi berlaku sedikit konflik tentang persengketaan antara Presiden Snow & Katniss adalah rancangan President Alma Coin demi merampas tahta President Penam. Klimaks movie ini Presiden Snow berjaya di tangkap & akan dihukum bunuh atas kesalahan membunuh penduduk District lain. Semasa mesyuarat President Alma Coin bersama Katniss, Peeta, Flickerman, Beetee mengundi proposal mengadakan Hunger Games khas untuk penduduk Capitol sebagai balas dendam & mahu mereka merasai keperitan berada dalam game tersebut. Katniss menyokong cadangan President Alma Coin tetapi dia mahu menjatuhkan hukuman bunuh dengan anak panahnya.


Sewaktu proses menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Presiden Snow, President Alma Coin telah melaungkan kata-kata semangan kepada Katniss tentang kejayaaan menjatuhkan Presiden Snow & mahu Katniss membuat keputusan tepat sebelum memanah Presiden Snow. Akan tetapi President Alma Coin silap kerana Katniss sebenarnya menyasarkan anak panah kepada President Alma Coin menyebabkan dia mati terkena panahan Katniss & seluruh penduduk District lain menyerbu Presiden Snow & membunuhnya sebagai membalas dendam apa yang Presiden Snow telah lakukan terhadap kampung halaman mereka.


Penghujung cerita akhirnya Komander Paylor di pilih sebagai Presiden Panem baru. Manakala Haymicth membawa Katniss pulang kembali ke rumah asalnya. Satu kejutan telah berlaku semasa Katniss baru pulang dari memburu itik liar apabila Peeta sedang menaman pokok Primrose di depan rumah Katniss. Bertambah romantik lagi Peete bertanya kembali sama ada Katniss benar-benar menyintainya atau tidak.

End of story Katniss & Peeta berkahwin maka lahirnya dua orang anak comel menjadi saksi cinta abadi Peeta kepada Mockingjay.


- Tamat -

Komen BBL

1. Penamat yang tidak disangka-sangka - Katniss & Peeta berkahwin

Well rasa macam sambungan drama bila starting Mockingjay Part 2. Setahun BBL tunggu apa kesudahan Hunger Games & ternyata happy ending ever after sangat tengok Katniss mendukung bayi sambil memerhati Peeta bermain dengan anak sulung.  Agak sweet tetapi sekali imbas muka Peeta ada iras suami Che Ta - Zain Zaidin. Maybe

2. Pening kepala la

Agak pening kepala apabila scene Presiden Snow bertemu dengan Katniss dalam rumah hijau milik kerajaan Capitol. Presiden Snow mengataikan semua keganasan berlaku di Capitol adalah rancangan jahat President Alma Coin yang mahu membolot jawatan sebagai Presiden Panem. Tapi dalam masa sama BBL ada perasan, The Games Maker - Plutarch bercakap bersama President Alma Coin mengenai planning games tersebut.


3. Jalan cerita mendatar di hujung

Permulaan movie sangat best bila Katniss mahu ke Capitol demi membalas dendam pada Presiden Snow - tambah lagi adegan menakutkan & mendebarkan semasa memasuki Capitol. Siap terjerit orang seat depan. Tak menyesal tengok sambungan Part 2 ni. 


4. Konflik cinta tiga segi

Dalam Mockingjay Part 2 Katniss berdepan konflik percintaan apabila orang tersayang Peeta, telah berubah personaliti & menganggap Katniss Everdeen sebagai musuh. Selain kekasih lamanya, Gale masih menaruh harapan kepada Mockingjay untuk kembali seperti dalam Hunger Games pertama.



Bintang BBL



Oh jika korang menonton Hunger Games di pawagan TGV Cinemas jangan lupa dapatkan edisi terhad tumbler Hunger Games :Mockingjay Part 2 dengan harga RM 19.90 + pop corn.


Rasanya korang kena tengok sendiri penutup Mockingjay ini walaupun tak berpuas hati sangat tetapi overall terungkai misteri Hunger Games. Paling win akhirnya Presiden Snow mati. Tu lah jadi sangat jahat.



BBL ~ Next is Star Wars
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...