Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, January 30, 2016

Permohonan GoogleAdSense Ditolak

Assalamualaikum & hello there,

Awal Januari lalu BBL ada hantar permohonan untuk mengiklan GoogleAdSense dalam blog. Ini semua kes terpengaruh entri income GoogleAdSense yang naik disebabkan nilai tukaran Ringgit Malaysia jatuh sekarang ini. Siapa tak nak income dalam bentuk USD kan. Step register cukup mudah.

1) Hantar permohonan

2) Letakkan iklan GoogleAdSense dalam blog
3) Pihak Google akan review blog anda
4) Status permohonan diterima / ditolak


Cara daftar GoogleAdSense

1. Pada bahagian "Dasboard" blog, pilih option "Earning" 



2. Pilih button "Sign Up For Adsense"


3. Jika nak Bahasa Melayu, boleh tukar kat "Change Language". Kemudian tekan button "Create account"


4. Awak isi semua maklumat yang diperlukan sampai habis ye


5. Bila semua dah complete. Klik button "SEND". Akan keluar arahan seperti dibawah:

Your AdSense account is awaiting approval

Team AdSense akan buat review terhadap blog korang dahulu. Email kelulusan akan dihantar jika korang melepasi tapisan pertama. Step seterusnya, kena letak kod HTML iklan AdSense dalam blog.


6. Lepas letak kod HTML tersebut korang kena tunggu lagi untuk tapisan kedua supaya link tersebut keluar iklan. Buat sementara waktu ini, kod HTML tu akan kosong sahaja tanpa keluar iklan. Jika letak bahagian atas, mesti akan perasan ada gap kosong untuk iklan GoogleAdSense. Bila dah terima email kelulusan AdSense baru kotak tersebut akan ada terpampang iklan.


Dalam kes ini, permohonan GoogleAdSense BBL ditolak atas sebab tidak memenuhi kriteria ditetapkan. Agak sedih di situ tapi itu bukan maksudnya blog BBL selama-lamanya di reject cuma kena check balik content entri blog.


Satu tips untuk korang, make sure entri korang asli bukan copy paste dari blog atau laman web lain. Selain tu, kalu blog penuh link donwload atau spam pun tak boleh jugak nak apply GoogleAdSense ni. Agak cerewet tapi berbaloi jika lulus permohonan AdSense tu.

Disebabkan tak lepas nak pasang iklan cik Google, BBL kena workhard lagi la.

BBL ~ guna pakai lagi iklan cik Nuffnang
(っ ºДº)っ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, January 28, 2016

Cara Mudah Hilangkan Jerawat [ FIGHT! ]


Assalamualaikum & hello there,

Siapa tak terkejut bangun pagi tengok cermin dalam bilik air perasan ada jerawat atau cik jer tumbuh pada pipi atau bawah dagu? Bertambah stress bila cik jer besar je kat muka tu. Bagi kaum hawa mungkin boleh cover cik jer dengan sapu foundation banyak-banyak tapi orang lelaki macam mana? Tak kan nak tampal plaster?

Ada banyak jenis produk menghilangkan jerawat cuma mungkin merbahaya sebab bercampur dengan bahan kimia. Silap hari bulan makin banyak cik jer tumbuh. Kan naya. Kekadang BBL suka 'fight' cik jer dengan petua mudah di bawah:

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

3. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras.
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.
Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. 

7. Hilangkan Jerawat Dengan Limau Nipis Dan Minyak Masak.
Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa.

8. Hilangkan Jerawat Dengan Daun Teh.
Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat.
9. Hilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa.
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

10. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Tapi kan, korang kena ada sifat rajin nak buat home-made treatment petua di atas. BBL sendiri kadang-kadang malas nak prepare bahan-bahan walaupun semua ada di rumah. Kan best ada produk boleh setel cik jerawat dengan cepat. Jika korang ada masalah jerawat & nak jerawat sembuh dengan cepat kenapa tidak cuba REFINITY Acne Hydrogel?



REFINITY Acne Hydrogel 

REFINITY Acne Hydrogel diformulasi oleh Ahli Farmasi Malaysia dari herba asli terbaik iaitu Salix Alba Extract yang sangat efektif merawat jerawat dan parut jerawat. Berkesan!


Kenapa mesti mencuba REFINITY Acne Hydrogel ?

1. Pantas Bertindak - Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin berseri sepantas 24jam.

2. Mudah Digunakan - Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak

3. Sesuai Untuk Kulit Sensetif - Tidak seperti produk lain di pasaran, REFINITY Acne Hydrogel diasaskan dari herba asli dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka termasuk kulit sensetif

4. Pengiktifan - Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkensanannya. 

5. 98% Pengguna Berpuas HatiHampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.

- Ini mungkin soalan korang tertanya-tanya kan - 

REFINITY Acne Hydrogel sesuai untuk siapa?
Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada semua peringkat umur yang mempunyai masalah kulit sensitif, jerawat yang baru tumbuh, jerawat lama, jerawat batu, jerawat pasir dan bekas jerawat. REFINITY Acne Hydrogel juga boleh digunakan pada wanita mengandung atau menyusukan anak kerana bahan aktif yang terkandung hanyalah bahan semulajadi yang tidak memudaratkan. Ia juga membantu memudarkan kesan parut jerawat lama dengan menghasilkan sel-sel kulit baru yang sihat.

Berapa lama dapat tengok hasilnya?
Kesan awal seperti pengecutan jerawat dapat dilihat dalam masa 24 jam. Kesan ketara pula dapat dilihat seawall 24 jam sehingga 1 minggu bergantung kepada individu.

1 botol REFINITY Acne Hydrogel boleh tahan berapa lama?
Setiap botol mengandungi 15ml dan boleh digunakan sehingga 30 hari dengan penggunaan konsisten pagi dan malam.

Adakah  REFINITY Acne Hydrogel  selamat digunakan oleh ibu mengandung dan ibu sedang menyusukan bayi?
Ya, REFINITY Acne Hydrogel tidak membahayakan kandungan dan tidak menjejaskan pengeluaran serta kandungan susu ibu.

 Berapa harga sebotol REFINITY Acne Hydrogel ?
Harga sebotol REFINITY Acne Hydrogel cuma RM70.00 (HARGA ASAL RM90.00) sahaja. Berbaloi untuk menghilangkan jerawat 

Cara Penggunaan Acne Hydrogel 
Bersihkan muka dan keringkan. Kemudian, sapukan sedikit  REFINITY Acne Hydrogel pada kawasan jerawat. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan.





Sekarang ini giliran korang menghilangkan jerawat pada muka!

 BBL ~ ucapkan selamat tinggal jerawat
ଘ(੭*ˊᵕˋ)੭* ̀ˋ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, January 25, 2016

Tonton Online Drama Cinta Si Wedding Planners Episode 15 / 16 / 17 / 18


Drama  Cinta Si Wedding Planner Episode PENUH <

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners Episode 18

28 Januari 2016

Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners Episode 17

27 Januari 2016


Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners Episode 16

26 Januari 2016

Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners Episode 15

25 Januari 2016




Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Sunday, January 24, 2016

Lagu Potret Oleh Akim & The Majistret Juara AJL 30

Assalamualaikum & hello there,

A photo posted by Afiq Hakim Ahmad / Akim Ahmad (@akimahmad) on

Tahniah Akim & The Majistret berjaya merangkul trofi Anugeral Juara Lagu 30  (AJL30) semalam di Stadium Melawati Shah Alam dengan lagu 'Potret' walupun tahun lepas gagal mara ke peringkat akhir Anugeral Juara Lagu ke 29.


Tahniah sekali lagi buat Akim & The Majistret kerana menjadi persembahan terbaik di pentas AJL30. Rasanya ini terbukti Akim & ahli kumpulan The Majistret sangat fokus membuktikan mereka mampu ke peringkat akhir AJL dengan membawa lagu keramat 'Potret'.


 

Lagu 'Assalamualaikum' nyanyian Faizal Tahir pula menjadi tempat ke dua. Lagu ciptaan  oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong & Audi Mok ini membawa pulang hadiah wang tunai RM 35 000 beserta trofi



Paling mengejutkan apabila lagu 'NamaMu' oleh kumpulan band Caliph Buskers diangkat sebagai tempat ke tiga membuktikan walupan kurang kelainan upaya tetapi meraka mampu menghasilkan persembahan vokal serta mampu membawa lagu ciptaan Adry Abdul Halim dengan hati iklhas & memukau juri AJL30. Jika tahun lepas mereka cuma menjadi 'penyanyi gantian' band Mojo dengan lagu 'Romancinta'. 




Tahun ini Dayang masih lagi memegang tahta 'Vokal Terbaik' menerusi lagu 'Tak Pernah Menyerah' yang memukau penonton dengan vokalnya. 



Apa-apa pun persembahan semua peserta AJL30 semalam amat terbaik sehingga menjadi trending di laman Twitter. Hastag #Stacy jugak menjadi popular selepas tamat pentas AJL30.



BBL ~ kita tengok streaming je
(っ˘̩╭╮˘̩)っ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Friday, January 22, 2016

Keunikkan Only Mee Putrajaya

Assalamualaikum & hello there,
Khas buat pencinta mee untuk apa jua menu makanan, BBL syorkan korang datang ke OnlyMee Putrajaya. Memang tak rugi datang makan kat sini. 


OnlyMee 100% Fresh Mee Every Day

Di restoren ini jangan risau kandungan mee korang bercampur dengan bahan kimia lain atau bahan pengawet kerana mee di sini hanyalah campuran tepung gandum, air suling & sedikit garam. In fact ada demostasi pembuatan mee oleh pekerja OnlyMee yang pakar.



Ada enam jenis mee berlainan dihasilkan oleh mesin ini iaitu Spaghetti Mee, Ramen Mee, Pan Mee, & Mee Sua. Manakala dua jenis mee adalah Laksa Mee & Mee Kuning yang telah sedia ada.



Antara menu mesti cuba bila datang ke sini ialah Penang Asam Laksa, Penang Prawn Mee, Ipoh Curry Laksa & Mee Rebus. Selain tu, terdapat menu mee antrabangsa seperti Ginseng Duck Mee, Japanese Sabo Udon, Itali Spaghetti Bolognese & Thai Green Curry Mee.



Selain tu, ada banyak menu lain yang sedap termasuk pau Durian, ABC, Chocolate Blend, Dim Sum, Steamboat & pelbagai makanan pilihan rakyat Malaysia. Tips untuk korang, jangan lupa mencuba 4 in 1 listing - 4 jenis mee dalam bekas kecil - Pawn Mee Penang, Kari Laksa Ipoh, Kari Hijau Thai & Asam Laksa Penang pada harga RM12 satu set.



Restoren OnlyMee ini terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya so sambil makan ditiup angin tasik tu. Lokasi OnlyMee dalam kawasan Marina Putrajaya dan berhampiran dengan Pullman Putrajaya. Sesuai sebagai vanue majlis keraian hari lahir, jamuan keluarga atau koprat. 



Peta Lokasi OnlyMee Putrajaya



Maklumat lanjut calling je

OnlyMee Putrajaya
No 1, Marina Putrajaya, Jalan P5/5, 
Precinct 5, 62000 Putarajaya

Telefon : 03-8881 1068


Entri ini dibawa khas oleh Eat.Travel.Write Putrajaya oleh GayaTravel magazine dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.

BBL ~ yummy!
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, January 19, 2016

Tonton Online Drama Cinta Si Wedding Planners Episode 11 / 12 / 13 / 14


Drama  Cinta Si Wedding Planner Episode PENUH <

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners Episode 14

21 Januari 2016



LINK EPISODE 14
Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners Episode 13

20 Januari 2016




Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners Episode 12

19 Januari 2016


Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners Episode 11

18 Januari 2016




-----------------------------------------------------------------------------------

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Saturday, January 16, 2016

Pengalaman Cit Chat Dengan WhatsApp Web

Assalamualaikum & hello there,


Apa tu WhatsApp Web? 

Korang mesti pernah alami problem nak sembang WhatsApp tapi bateri low. Powerbank pulak bateri dah kong. Nak atau tidak, terpaksa chatting sambil charge fon dengan wayar panjang berjela kan. Kini tak perlu dah kerana dengan WhatsApp Web korang boleh chat ke dua-dua - smartphone & komputer. Mesej yang korang terima & hantar di synced antara telefon & komputer. So mesej yang korang taip pada komputer akan tetap ada pada WhatsApp dalam telefon.

Satu lagi, WhatsApp Web bukan maksudnya korang kena ada/ perlu buat akaun baru. Ia guna akaun sama je, tak kira WhatsApp dalam telefon atau WhatsApp Web. 

Cara Nak Guna WhatsApp Web?

Pertama: Akaun WhatApp mestilah aftif (connect dengan data/wifi) - tengah online la
Kedua : Internet mestilah stabil untuk telefon & komputer - kan putus connection pulak
Ketiga: Mesti menggunakan latest version Chrome, Firefox, Opera atau Safari sebagai browser pada komputer - setengah browser lama tak support WhatsApp Web

Jom Mulakan WhatsApp Web

1. Buka laman web.whatsapp.com pada komputer tu

2. Buka WhatsApp pada telefon korang
  • On Android: in the Chats screen > Menu > WhatsApp Web.
  • On Nokia S60 and Windows Phone: go to Menu > WhatsApp Web.
  • On iPhone: go to Settings > WhatsApp Web.
  • On BlackBerry: go to Chats > Menu > WhatsApp Web.
  • On BlackBerry 10: Swipe down from top of the screen > WhatsApp Web.
  • On Nokia S40: Swipe up from bottom of screen > WhatsApp Web.
3. Scan kod QR pada skrin komputer dengan telefon tu

Dah boleh chatting WhatsApp guna komputer. Jangan jadi seperti BBL taip dalam WhatsApp telefon banyak guna shortfon bila guna komputer taip full word. Dah terbiasa kan taip entri guna ayat bangku. 

Nota: Untuk elak charge internet berlebihan/ kouta data cepat habis, seeloknya korang connect dengan Wi-Fi bila guna WhatsApp Web. 

Guna WhatsApp Web Boleh Send Gambar, Videos &  Mesej Suara Tak?

Dengan WhatsApp Web anda masih boleh menghantar / menerima gambar, videos & mesej suara macam WhatsApp dalam telefon cuma gambar dari komputer sahaja bukan synced dalam telefon. 

Untuk Hantar Gambar atau Video

Untuk Hantar Gambar atau Video

  1. Klik Attachment ikon   pada bahagian atas chat.
  2. Pilih gambar sama ada nak ambil gambar baru atau hantar gambar atau video dari komputer anda:
    • Klik pada ikon Gallery   untuk pilih gambar atau video dari komputer. Anda boleh menghantar hingga 10 gambar atau video dalam satu masa.
    • Klik pada ikon Camera    untuk menggunakan webcam komputer bagi mengambil gambar. 
  3. Klik pada ikon Send    untuk menghantar gambar atau video yang dipilih tadi.
  4. Alternative, korang boleh drag & masukkan gambar atau video terus ke ruang menaip mesej. Senang sikit.
Note: Limit size 16MB untuk setiap video yang ingin dihantar.

Untuk Menghantar Voice Message

  1. Klik ikon Microphone   sebelah ruang taip mesej untuk mula merakam suara.
  2. Cakap menggunakan komputer microphone.
  3. Apabila selesai merakam suara, klik pada ikon Check    untuk menghantar to Voice Message.
Semasa merakam Voice Message, klik pada ikon Cancel    setiap kali mahu merakam suara baru.

Untuk Menyimpan (Save) Gambar atau Video Dalam Komputer Anda

  1. Klik pada gambar atau video yang nak simpan tu.
  2. Klik pada ikon Download   di bahagian atas sebelah kanan. 

Pengalaman BBL Guna WhatsApp Web

1. Sangat best sebab BBL boleh cas telefon sampai bateri penuh tanpa risau terputus cit chat WhatsApp. Tapi offcourse kena pastikan telefon connect dengan Wi-Fi. Normally BBL akan letak mood flight bila nak cas bateri supaya cepat bateri full.

2. Interface WhatsApp Web pun menarik & senang nak handle. Since gerakkan tangan guna mouse so lagi senang nak chat dengan ramai orang dalam satu masa. No hang okay!

3. Walaupun dalam versi web, masih lagi boleh dengar voice mesej, tengok video & gambar yang kawan send dalam WhatsApp tanpa perlu buka telefon. 


Jadi, korang dah biasa guna WhatsApp atau baru tahu kewujudan benda alah ni? 

BBL ~ semua online cepat
[^.^]/*

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Friday, January 15, 2016

Pertama Kali Minum Starbucks

Assalamualaikum & hello there,

Wey like seriusly pertama kali?

Ye betul la. Buat apa nak tipu.

Jangan la gelak BBL baru 1st time minum Starbucks. Dah lama nak pi order cuma kan jadi macam rusa masuk kampung. Normally BBL suka minum kopi di Coffee Bean, Secret Recepi & cafe lain. Cuma baru 3 hari lepas dapat minum Starbucks di Teluk Cempedak, Kuantan. BBL cuba try minum baverage baru dari Starbucks iaitu Chestnut White Chocolate Truffle. Dalam gambar nampak sedap mengiurkan anak tekak so terus je order. 


Nasib baik hari tu customers tak ramai sangat jadi BBL sorang je masuk cafe untuk order. Barista macam biasa akan tanya apa nak order, terus laju-laju sebut Chestnut White Chocolate Truffle dengan lancar penuh berjaya. Kalu tersasul kan malu kan. Si barista pulak suggest amik cup tall, tulis nama sikit & tanya nak tambah whip cream. Total RM20 segelas air. 

Tada ni cup BBL. 


Tak cukup dengan tu, BBL pekana air McCafe di McDonalds. Heaven habis duit kat TC sampai tak ingat nak makan. Kat McCafe pun pertama kali minum, lagi pun biasanya drive-thru. Bila dining in, McD tu tak ada sediakan McCafe. Kali ini kita cuba dulu minum Ice Chocolate cuma RM8.00 lebih. 


BBL ~ sedap lagi Pirate Coffee kan
(⁎❛ᴗ❛⁎)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...