Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Monday, September 12, 2016

Nikmati Kopi Café Style Dengan Nescafe Gold Barista Coffee Machine

Assalamualaikum & hello there,

Tiada hari yang paling indah bila bangun dari katil dengan kicauan burung di selang seli silau sinar matahari pagi mula menerpa pinggir bucu katil dari alunan kain langsir baldu oh tiba-tiba aroma bau kopi fresh di brew seakan menari-nari melalui rona hidung, terlintas kesegaran menghirup secawan coffe Latte dari dapur rumah sendiri.

Kini itu bukan lagi mimpi tidur kerana anda kini boleh menikmati coffee sendiri di rumah. Bukan terhad hanya satu jenis coffe tapi lima variasi coffee sama ada Latte, Espresso, Americano, Lungo atau Cappuccino dari Nescafe Gold Barista Coffee Machine. Bagaikan mempunyai personal barista di ruang dapur anda. Tak perlu lagi keluar ke coffee house semata-mata untuk menikmati secangkir cawan coffee kegemaran anda.

Nikmati variasi coffee dengan satu sentuhan

Nescafe Gold Barista Coffee Machine sangat istimewa kerana dengan hanya satu machine korang dapat menghasilkan lima jenis coffee. Juga sesuai untuk majlis bersama family, setiap ahli keluarga mesti ada coffee kegemaran masing-masing. Mungkin bapa anda peminat setia Espresso atau adik perempuan lebih menawan selfie bersama secawan Cappuccino.


Reka Bentuk Premium & Ekslusif

Warna merah & hitam pada Nescafe Gold Barista Coffee Machine sangat elegan & tampak mewah. Tiada butang fizikal cuma panel sentuh LED pada paparan utama. 

*Pandangan sisi machine

*Butang panel sentuhan

*Tangki air pada hahagian deck belakang

Cara Guna Nescafe Gold Barista Coffee Machine 

Nampak macam susah je tapi sebenarnya senang je nak menyediakan kopi dengan Nescafe Gold Barista Coffee Machine. Petik jari satu dua tiga dah siap boleh guna & minum.

Langkah Pertama: Isi dahulu NESCAFE GOLD Barista Style* ke dalam coffee box dan air mineral dalam tangki air pada bahagian belakang machine. 

*isikan Nescafe Gold Blend ke dalam coffee box

*Guna air mineral sahaja tahu, jangan guna air mentah dari paip rumah

Actually selain Nescafe Gold Blend korang boleh guna Nescafe Gold Barista Style – Instence atau Nescafe Gold Blend – Decaffeinated. Sangat surprise bila dengan satu jenis coffee & satu machine sahaja anda boleh menikmati 5 jenis coffee. Hebat betul machine Nescafe Gold Barista Coffee kan.


BBL just guna Nescafe Gold Blend je sebab sejak mak terbeli Nescafe Gold Blend terus melekat guna coffe gold. Mak kata rasanya lebih kaw compare nescafe sebelum ini. Of course lepas ni senyum mak lagi lebar bila boleh enjoy Cappuccino waktu breakfast roti bakar dengan telur separuh masak. Mesti lagi ceria pagi bila perut kenyang.

*DI SYORKAN hanya menggunakan NESCAFE GOLD Barista Style SAHAJA. Tidak sesuai untuk Nescafe lain atau milo. Nanti rosak machine.


Pada paparan menu ada ikon untuk buat setiap coffee. Just tunggu tekan je. Senang betul. Even korang boleh customize personal taste. Boleh rujuk buku manual tau. 


Langkah Dua: Untuk Espresso, Lungo atau Americano, letakkan cawan dan tekan butang.


Langkah Tiga: Manakala minuman Cappucino atau Latte, isikan susu segar / full-cream atau creamer kegemaran anda terlebih dahulu sebelum menekan butang.

*Latte - 60ml
*Cappuccino - 50ml
Jangan risau kerana cup sukatan susu disertakan bersama.


*Latte in making guys


*Tada dah siap Latte!


Langkah Empat: Nikmati perfect cup of delicious coffee anda!


Inside the Box

Setiap kotak Nescafe Gold Barista Coffee Machine disertakan bersama buku manual cara penyediaan coffee & cara membersihkan machine, cup penyukat susu & corong memasukkan coffe ke dalam coffee box.


Buku manual penggunaan barista machine


Harga Nescafe Gold Barista Coffee Machine 

Anda boleh beli Nescafe Gold Barista Coffee Machine secara online melalui Lazada Malaysia bermula 14 September 2016

Promosi Jualan Terhad Lazada

RM 239 untuk Nescafe Gold Barista Coffee Machine + 1 Nescafe Gold Blend 200gm Jar + 1 Nescafe Gold Blend Refill Pack untuk setiap pembelian


Boleh beli terus melalui link Lazada ini


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Empat Sebab Anda Perlu Miliki Nescafe Gold Barista Coffee Machine

Sebab 1: Ucapkan selamat tinggal coffee house

Tak perlu lagi susah payah mencari parking atau habiskan petrol untuk drive-thru sedangkan anda mampu menikmati secawan coffee kegemaran dari rumah sendiri. Tak usah berebut waktu pagi dengan pelanggan lain, enjoy kopi di dapur dengan sarapan.

Sebab 2: Satu sentuh keluar lima jenis

Dengan hanya satu sentuhan manja, barista machine boleh menghasilkan lima varisi kopi atau lebih mengikut citarasa anda. Jimat bukan?


Sebab 3: Tiada lagi capsul coffee

Kenapa perlu beli banyak jenis kopi untuk minum coffee kegemaran & berkongsi dengan teman dengan hanya dari satu jenis kopi sahaja. Bagaikan machine magic sedang tersembunyi di pantry dapur.


Sebab 4: Rekaan elegan & mewah

Tampil dengan dua pilihan warna iaitu hitam merah atau hitam pastinya membuatkan barista machine gah di sudut dapur takala rakan atau sedara mara datang ke rumah. Mesti kena puji nanti :)

Dengan Nescafe Gold Barista Coffee Machine anda kini boleh menjadi barista & membuat coffee kegemaran sediri atau untuk orang tersayang sama ada waktu pagi atau malam. 


Its ur turn to purchase Nescafe Gold Barista Coffee Machine!

BBL ~ mai secawan
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Sunday, September 11, 2016

Ultraman Kini Kembali Ke Resort World Genting!


Assalamualaikum & hello there,

Tahun ini peminat setia Ultraman berjumpa atau selfie bersama superhero kegemaran bermula 9 - 18 September 2016 di Pavilion Kuala Lumpur semasa sesi road show. Aktor Ultraman akan berada di jantung pusat bandar KL untuk mempromosi Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan bertempat di Resort World Genting bermula 5 November 2016 hingga 2 Januari 2017. 

'The Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan' di uruskan oleh Tsuburaya Productions Japan & kesemua show adalah customized dengan jalan cerita baru istimewa buat peminat Malaysia & Resort World Genting. Pastinya anda atau si cilik bakal teruja dengan persembahan pertarungan Ultraman dengan raksasa demi menyelamatkan bumi.


Eh korang tak perlu tunggu 5 November ini kerana Ultraman Zero, Ultraman X & Ultraman Leo akan berada di Pavilion KL pada 9 - 18 September, jam 10 pagi hingga 10 malam. Bawa kamera & anak anda bersama ke Tokyo Street di Tingkat 6 Pavilion KL untuk sesi berjumpa peminat sepanjang hari. 

Jangan lupa beli terus tiket The Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan dengan diskaun 15% lebih murah & dapatkan pelbagai merchandise Ultraman kesayangan anda.

The Live Show

The Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan bakal menampilkan 10 superhero Ultraman bertarung dengan enam dark warrios & raksasa lain dari Planet Baltan. Semestinya mission utama Ultraman: Menyelamat bumi dari tangan makhluk asing.


Tidak setakat menyaksikan mereka bertarung, para peminat berpeluang selfie atau wefie bersama karekter Ultraman di Genting International Showroom sebelum menyaksikan aksi menyelamatkan bumi oleh Ultraman. Live performance ini akan berlangsung dua kali sehari - pada 4 petang & 8 malam.

Ultraman bakal menentang empat dark warrios seperti Chaos Ultraman Calamity, Dark Lops Zero, Kaiser Darkness, Dark Zagi & Evil Tiga. 

Harga Tiket The Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan

Dapatkan tiket anda pada harga RM 108 (VIP), RM 88 (PS1) & RM 68 (PS2). Boleh beli secara online di SINI 

Oh anda juga boleh memilih pakej tiket termasuk penginapan (dapatkan sekarang hingga 2 Januari 2017). Pakej berharga RM 169 - bilik tidur di First World Hotel (XYZ deluxe room) termasuk dua keping tiket

Untuk pakej family berharga RM 278 - bilik tidur di XYZ triple room & empat keping tiket The Ultraman Live in Genting 2016 - Revenge of Baltan.


Untuk maklumat lanjut, boleh call terus 03-27181118 atau terus je ke www.rwgenting.com

BBL akan berada di RW Genting untuk menyaksiakan pertarungan Utraman untuk menyelamat KL dari serangan raksasa. Wah bestnya!


BBL ~ Minat dengan Ultraman Zero
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Oh Saya Sertai InvolveAsiaxNescafe Affiliate Workshop

Assalamualaikum & hello there,

Baru-baru ini BBL ada menyertai satu affiliate workshop yang di anjurkan oleh InvolveAsia bertempat di Lorem Ipsum Bangsar. Event kali turut disertai oleh 50 blogger pelbagai grence. 


Workshop affiliate InvolveAsia bertujuan memberi pendedahkan lebih terperinci kepada blogger terutama mereka yang sudah mendaftar sebagai team affiliate InvolveAsia. Oh tak lupa BBL dah register sejak awal tahun lagi cuma tak berapa aktif share kempen dorang. 

Sesi sharing petang tersebut menjadi lebih teruja apabila InvolveAsia bergabung bersama Nescafe dalam segmen pengenalan Nescafe Gold Barista Coffee machine terbaru. Demo menggunakan machine tersebut juga antara acara workshop hari itu.


Berita gembira bila Nescafe umumkan door gift berupa Nescafe Gold Barista Coffee machine untuk setiap blogger. Terus senyum sampai ke pipi bila dapat hadiah coffe machine. Tak payah susah kacau kopi setiap pagi lepas ni.

Input utama workshop tersebut mestilah sesi pengenalan program affiliate dibawah InvolveAsia, cara kempen running out, tips utilize sepenuhnya setiap link & banner serta peluang menjana side income & komisen melalui setiap kempen. Well, ada banyak cara anda sebagai blogger boleh kutip duit dari blog selain entri berbayar, review atau sewa iklan. 

Antara blogger yang turut hadir pada program worshop kali pertama anjuran InvolveAsia pada tahun 2016. Ala tak nampak muka BBL dalam gambar nie.


Tak lupa tips dari team InvolveAsia terutama keyword search engine yang BBL rasa satu trick yang penting untuk jadikan entri berapa di page pertama carian Google. Rasa teruja nak SEO dalam entri lepas ni walaupun masih terkebil dengan SEO tu. Nasib baik tak pening kepala.


Di hujung acara workshop masing-masing laju je pergi beratur untuk mengambil buah tangan dari Nescafe selaku partner rasmi workshop affiliate InvolveAsia x NESCAFE. Yahoo kami dapat coffee machine setiap seorang. Besar betul doorgift kali ini, rasanya mau beratus harga coffee machine. 

*muka senyum melebar macam highway 4 lorong dapat coffee machine

Eh, tahu tak kami adalah antara rakyat Malaysia pertama memiliki Nescafe Gold Barista Coffee machine kerana Nescafe belum secara rasmi menjual machine ini untuk pasaran tempatan. Elok buat tayang kat sedara mara nanti.

Ini muka bila Nescafe Gold Barista Coffee machine di tangan masing-masing. Berseri dapat hadiah besar seorang satu. Datang belengga balik nak patah tangan sebelah.


BBL akan buat review Nescafe Gold Barista Coffee machine nanti. Jangan lupa baca tau.


Jumpa lagi dalm next entri ya

BBL ~ terima kasih InvolveAsia x Nescafe
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Honor 8 Sapphire Biru Sangat Menawan Hati

Assalamualaikum & hello there,

Baru-baru ini BBL berkesempatan menyertai majlis pelancaran Honor 8 untuk pasaran Malaysia.Oh entah kenapa warna Sapphire Biru Honor 8 terbaru sangat menarik. Flashgip Honor 2016 ini menampilkan ciri trend smartphone terkini seperti 3D Fingerprint, fast charger & kamera berkembar.


Beauty in Your Own Way
Lebih Menawan

Peranti Honor 8 dilengkasi skrin 5.2'' IPS LCD 1080P dengan RAM sebesar 4 Gigabyte serta storan 32 Gigabyte. Boleh menyokong kad MikroSD hingga 256 Gigabyte. Slot kad MikroSD ini berkongsi dengan slot SIM bersaiz nano.


Reka Bentuk Premium Kaca

Telefon Honor 8 gabungan kerangka sisi aluminium logam & kemasan badan kaca 2.5D pada bahagian belakang. Menggunakan Aurora Glass yang menghasilkan pantulan cahaya apabila anda menghalakan cahaya pada permukaan belakang panel. Satu keistimewaan bagai memegang batu kristal di tangan.



Kamera Dual-Lensa

Turut hadir dengan inovatif kamera dual-lens 12 megapixel F/2.2. Kamera sensor pertama berwarna manakala sensor kedua untuk monokrom membolehkan pengguna snap gambar dalam apa jua keadaan. Tidak lupa kamera depan 8 megapixel sesuai bagi pengemar selfie.


Cantik Serta Berkuasa

Berkuasa pemproses HiSiliconKirin 950 dengan CPU 8-Core hingga 2.3HGz memberikan prestasi lancar walaupun untuk applikasi paling mencabar & melancarkan proses multi-tasking. Tampil dengan bateri 3000mAh dengan jangka hayat bateri bertahan selama 1.77 hari. Usah risau kerana Honor 8 menyokong fast-charging cuma mengambil tempoh 30 minit untuk 47% isian semula bateri. 


Pilihan Warna Baru

Mungkin anda akan sukar membuat pilihan kerana Honor 8 tampil dengan warna Sapphire Blue, Sunrise Gold, Pearl White & Midnight Black. Untuk Pearl White & Midnight Black dengan standard varian 4GB RAM & ruang storan 32GB pada harga RM 1, 699 manakala premium  Sapphire Blue & Sunrise Gold varian 4GB RAM & ruang storan 64GB pada harga RM 1, 899


Cara Pembelian Honor 8 

Boleh dibeli bermula pada 8 September 2016 secara online melalui Vmall.com atau Lazada Malaysia. Eh bukan online shoppers? Jangan risau kerana anda masih boleh terus di kedai retail rasmi Honor 8 di DirectD ( berhampiran Federal Highway & outlet SS15 ) serta SengHeng Malaysia*

####
*Store SenHeng Terpilih  : IOI City Mall (Putrajaya) Alamanda Shopping Mall (Putrajaya) Leisure Mall (Cheras) Aeon Seremban 2 (Seremban) Sunway Carnival (Ipoh) Ipoh Parade (Ipoh) Sutera Mall (Skudai) Aeon Kota Bharu (Kota Bharu) Cityone Magemall (Kuching) Karamunsing Complex (Kota Kinabalu) 

Untuk lebih informasi, boleh terus ke www.hihonor.com/my
Online store, VMall Malaysia www.vmall.my
Lazada Malaysia www.lazada.com.my/ 

or 
follow 
Facebook: honor Malaysia (www.facebook.com/HuaweiHonorMY
Youtube: honor Malaysia (www.youtube.com/honormalaysia
Twitter: honor (@HonorMalaysia)
 Instagram: honormalaysia 
WeChat: @HonorMY 


*wefie 8 orang untuk menang contest punya pasal

BBL ~ Geram je tengok
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Sunday, September 4, 2016

Guna MOLPay CASH Untuk Bayar / Beli Barang Dalam Hermo

Assalamualaikum & hello there,

Zaman sekarang boleh kira jari siapa yang tak pernah shopping online. Sekurangnya mesti pernah ada pengalaman beli barang tak kisah dalam portal atau lama sosial. Dari barang sekecil memory card sampai lah sebesar peti sejuk. Even sekarang dah boleh beli kereta baru secara online tau. 

Biasanya orang guna cara berikut nak buat pembayaran

1. Kad kredit / kad debit
2. Transfer duit dari akaun bank
3. Cash On Delivery (COD)
4. Guna point kad membership

tapi jarang sekali kita dengar orang bayar dengan MOLPay CASH. Maybe kaki game biasa guna. Well meh BBL terang pasal MOLPay CASH yang senang, cepat dan mudah


Apa itu MOLPay Cash 

MOLPay Cash ni bukan cara baru bayar barangan, walhall dah wujud lama. Dengan MOLPay Cash korang boleh beli barang & bayar cash tanpa perlu beratur tranfer / bank in duit di CDM bank. Juga sesuai untuk bayar harga barang yang ada sen-sen kat hujung macam RM45.50. 

Cara MOLPay Cash berfungsi




Cara ini sangat sesuai untuk anda yang tak berapa suka beratur untuk bank in duit di CDM bank terutama kaum perempuan atau mereka yang tiada akaun internet banking. 

Tempat Bayar MOLPay Cash

Oh anda boleh pilih sama ada nak bayar di
  • 7Eleven
  • Stesen Petronas
Bagi kaum perempuan mesti sekarang kecoh pasal portal Hermo.my - laman shopping barang kosmetik & penjagaan diri. Dulu nak beli lipstik atau eye brow kena pergi beuty shop namun kini semua boleh beli secara online! Pilih je & semua barang anda order dihantar ke pintu rumah. 

Banyak jenama kosmetik& skincare dari Korea boleh anda beli di sini. Tak perlu terbang ke Korea dah :)


Well, BBL nak ajar korang shopping dalam Hermo & bayar dengan MOLPay CASH yang mudah ini. 

Langkah 1 : Beli barang kosmetik dalam Hermo website, pastu proceed to checkout dan PILIH MOLPay CASH sebagai cara pembayaran
Langkah 2 : Snap gambar transaction details (Transaction ID, verification code, jumlah bayaran)
Langkah 3 : Naik kereta & pergi ke 7-Eleven terdekat
Langkah 4 : Beritahu cashier nak buat MOLPay CASH
Langkah 5 : Tunjukkan / berikan detail Transaction ID dan Verification Code
Langkah 6 : Bayar Jumlah tersebut & cashier akan berikan resit MOL-MOLPay dan resit 7-Eleven ( 2 resit) bukti pembayaran
Langkah 7 : Seat back & tunggu barang kosmetik anda sampai depan rumah


Ingat tau snap info MOLPay sebelum pergi bayar di store 7-Eleven. Nanti ber huhuhu bila kat kaunter 7E.



Kenapa MOLPay CASH sangat mudah

  • Satu cara mudah bagi anda yang tiada akaun banking online
  • Nak bayar MOLPay Cash pun senang di mana-mana store 7-Eleven berdekatan
  • Tak perlu lagi risau tersalah no akaun bank seller
  • Boleh bayar MOLPay Cash 24jam tak kisah pukul 4 pagi atau 12 tengahari
  • Tiada lagi masalah perlu bayar lebih amount untuk jumlah sen seperti RM38.90


Apa lagi jom shopping barang kosmetik sekarang jugak

Check out more information MOLPay CASH : www.molpay.com

BBL ~ Beli pencuci muka, shampoo kini online je
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...