Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Sunday, October 30, 2016

Peraturan & Tips Movember

Assalamualaikum & hello there,


Bulan November dah dekat dan ia juga masa untuk menyambut Movember! Sama seperti kempen kesedaran kanser payudara atau bulan “merah jambu” untuk wanita, Movember adalah salah satu cara lelaki menyokong program kesedaran kanser prostat bermula dari 1 November dengan “membela” misai . Jadi, anda sudah bersedia untuk melompat dan show off misai yang menarik? Jom terus membaca pelbagai cara, tips dan petua khas untuk anda!


Peraturan Movember
  1.  Anda MESTI bermula dengan muka yang bersih. Cukur semua misai hingga licin, tiada rasa kesat kesan cukur, pastikan tiada satu misai tertinggal. Oh rasa seperti anak teruna zaman sekolah.
  2. Tiada janggut, goatees atau palsu (ya, mungkin boleh beli di kedai). Kekalkan komited untuk misai untuk sendiri.
  3. Biar misai tumbuh dengan sendiri & kemaskan elok-elok. Jangan bagi serabai. Itu sahaja syarat mudah & peraturan terakhir

Petua & Tips Movember:
  1. Guna pisau cukur baru yang bersih dan berkilat untuk mengelakkan misai tunggul dan tumbuh ke dalam. Tiada yang lebih buruk daripada berkembang daripada bermisai atas permukaan kulit beralun.
  2. Sapu shaving oil atau cream shave sebelum bercukur. Ini untuk penjagaan selepas bercukur. Anda inginkan permukaan kulit misai lembab & tidak kemerahan kan.
  3. Setelah Stache berkembang, anda perlu trim. Tiada siapa yang suka misai serabai. Trim mengikut panjang, bentuk dan gaya di ingini.
  4. Styling Stache adalah perkara lain. Jika anda malas, ditch styling dah okay. Namum jika anda mementinkan penampilan bergaya, gunakan styling wax.
  5. Oh jangan lupa bagitahu kawan, housemate atau boss tentang Movember. Pastikan mereka bersama start cukur misai pada 1 November ini dan enjoy saat anak stache tumbuh hari demi hari.
Sekarang anda sudah tahu apa itu Movember dan bagaimana untuk menyertainya. Sebelum bulan November tiba, apa kata kunjungi mens grooming online untuk bersiapa sedia!

BBL ~ Ayuh Adams!
(^_^)/~

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Wednesday, October 26, 2016

Harga Coklat Di Pulau Langkawi 2016

Assalamualaikum & hello there,


Tak sah kalu datang bercuti ke Pulau Langkawi tak shopping coklat kan. Well mungkin korang tengah survey berapa bajet untuk beli coklat ni. Kan banyak sikit duit, tetiba terus pitam tengok harga coklat murah amat sangat seperti Kinder Joy, Kinder Bueno, Cadbury coklat hinggalah coklat antarabangsa lain.

Berikut gambar harga coklat di Langkawi buat masa sekarang. Biasanya harga lebih kurang je dengan kedai lain, cuma beza seringit dua atau promosi je.


*Pepero RM 21.90 - RM 29.90


*coklat Daim RM 9.40 (200gram)


*Ferrero Rocher RM 15.90 - RM 26.90 (bergantung pada berapa biji)


*Kinder Bueno (bergantung pada jenis packaging)

Oh jangan lupa baca etri ini Tempat Popular & Wajib Pergi Di Langkawi manalah tahu boleh terjah lepas puas borong coklat. Rasa BBL pernah taip entri harga coklat di Kompleks Haji Ismail. Boleh jadi untuk anda buat rujukan harga coklat tu. Rujuk entri ini Jom Jalan-Jalan Pulau Langkawi : Kompleks Haji Ismail Group Level 1

Gambar coklat di ambil dengan iPhone 7 Plus. Itu nanti BBL review ye.

BBL ~ rindu Pantai Beras Hitam
(^o^)丿

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, October 24, 2016

Tempat Popular & Wajib Pergi Di Langkawi


Assalamualaikum & hello there,

Bercadang nak ke bercuti ke Langkawi tak lama lagi? atau tengah mencari tempat menarik dalam Pulau Langkawi? BBL ada list port popular di kalangan pelancong & semestinya mesti ada dalam list untuk korang terjah apabila jejak kaki di Pulau Mahsuri nanti.

Tempat Wajib Pergi #JanganPernahMiss

1. Galeria Perdana
2. Kota Mahsuri
3. Laman Padi
4. Kompleks Kraf Langkawi
5. Mardi Agro Farm
6. Taman Buaya
7. Island Hopping
8. Cable Car Sky
9. Bird Paradise
10. Underwater World
11. Muzium 3D
12. Payar Island
13. Monumen Helang
14. Telaga 7
15. Beras Bakar
16. Sunset Tanjung Rhu


Teringin nak merasai makanan murah di Langkawi mesti singgah pasar malam

Isnin - Sebelah Masjid Ulu Melaka
Selasa - Simpang Tiga Jalan Kedawang
Rabu - Sungai Pekan Kuah
Khamis - Kampung Temoyong, Pantai Cenang
Jumaat - Roundabout Air Hangat ke Hotel Tanjung Rhu
Sabtu - Sungai Pekan Kuah
Ahad - Tempat letak kereta Padang Beras Terbakar, Padang Matsirat


Anda suka pantai, teringin nak mandi mana? Berikut pantai popular dalam Langkawi

1. Pantai Cenang
2. Pantai Tengah
3. Pantai Kok
4. Teluk Yu
5. Pantai Tanjung Rhu
6. Pantai Pasir Hitam
7. Pantai Pasir Tengkorak
8. Teluk Datai
9. Teluk Burau


Nak lagi adventure & raw natural? Jom mandi air terjun!

1. Air terjun Telaga Tujuh
2. Air terjun Temurun
3. Air terjun Durian Perangin
4. Air terjun Langkawi Geopark
5. Dayang Bunting Marble Geoforest Park
6. Kilim Karst Geoforest Park
7. Machincang Cambrian Geoforest

Oh dah terasa lapar, ini TEMPAT WAJIB singgah bila berada di Langkawi

LAKSA
- Tepi airport
- Jalan Penarak
- Jeti (kerusi hijau)
- Beras Terbakar (berhadapan sekolah)
- Pantai Kok
- Taman dalam depan bangunan LADA


Kedai makan terbaik di Pantai Cenang
- Burger yang dijual di lori
- Restoren Haji Ramli
- Selera Lubuk Buaya (dekat dengan Aseana)
- Restoren Sambal Tumbuk
- Restoren Hall in the Wall
- Restoren Mangga 2
- Boutique Cafe (western food, agak mahal)
- Restoren Janggus
- Restoren Haji Jelani
- Restoren Seashell Laman Padi

Kedai makan terbaik di Pantai Tengah
- Restoren Mangga depan Holiday Villa Padang Maksirat/airport
- Jom Ikan Bakar
- Gulai Kawah
- Restoren D Pulau
- Restoren Petani

Kedai makan terbaik di Kuah
- Wan Thai
- Restoren Bamboo
- Fish Farm Restaurant
- EE Burger
- Stall belakang EE Burger
- Wonderland Seafood
- Kedai makan Nelayan Ulu Melaka / Makam Mahsuri
- Restoren Siti Fatimah, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan Air Mata
- HBL Coner, Nasi Dagang Pak Malau, Jalan Makan Mahsuri, Kg Mawar


Low Budget, silalah ke BACKPACKER place
- Gecko Guest House
- Daddy Guest House
- Chenang Logde
- Typsy Gypsy Guest House
- Amzar Hotel
- AB Motel
- Island Time Motel
- Dawira Motel
- My Hotel Langkawi
- T Star Cottage

Jangan lupa survey harga coklat di Langkawi, nanti boleh budget berapa ringgit untuk shopping coklat - Harga Coklat Di Pulau Langkawi 2016

Selamat bercuti guys!

BBL ~ cuti-cuti Malaysia
(^_^)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Friday, October 21, 2016

Ringkasan Bajet 2017

Assalamualaikum & hai semua,

Teruja dengan pembentangan bajet poket negara untuk tahun hadapan sampai tak sabar nak habiskan sisa lagi dua bulan tahun 2016 ATAU anda malas nak amik port siaran langsung bajet 2017 yang panjang lebar tapi tergerak hati nak tahu apa benefit bakal rakyat Malaysia terima bermula Januari 2017.


Meh BBL rumusan apa inti paling penting kita patut tahu tentang Bajet 2017.

1. Peruntukan Bajet 2017



2. Perbelanjaan Mengurus Bajet 2017


3. Perbelanjaan Pembangunan


4. Penjawat Awam


5. Progam Rakyat Centric


6. Projek Mesra Rakyat 


7. MyBeautiful New Home


8. Peluang Pendapatan Rakyat


9. Peruntukan Subsidi



10. Bantuan Rakyat 1Malaysia



11. Tahun Kemahiran Teknikal & Vokasional


12. Pembelian Rumah Pertama



13. Pelepasan Cukai Gaya Hidup


14. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)


15. Pembangunan Sukan


16. Kesihatan Rakyat & Kualiti Penjagaan Kesihatan 



17. Meningkatkan Pengeluaran Bahan Makanan


18. Pemandu Teksi


19. Merancang Eksport 



20. Sektor Pelancongan


21. Digital Connectivity


22. Program Tabika & Taksa


23. Peningkatan Kualiti Pendidikan Sekolah Rendah & Menengah


24. Persekolahan Anak-Anak


25. Institusi Pengajian Tinggi


26. PTPTN


27. Melindungi Kumpulan Mudah Terjejas


28. Pemerkasaan Bumiputera


29. Insentif ATM


30. Memelihara Keharmonian Masyarakat



31. Mengarusperdana Peranan Wanita


32. Insentif JAKIM



Harap-harap kerajaan tak ubah bajet 2017 ni nanti ye macam tahun ni.



Sumber : najibrazak.com  & twitter Kementerian Komunikasi & Multimedia

BBL ~ Selamat datang BR1M 2017
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...