Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, November 26, 2016

Blog BBL Kini Sudah 3.8 Juta Page View

Assalamualaikum & hello the internet users,

Perasan tak header baru kat atas tu. Ye kini page view blog BBL sudah melebihi 3.8 juta atau dalam angka lebih kurang 3 800 000 juta sejak tahun 2011 hingga penghujung 2016. Rasanya boleh archive 4 juta awal Januari 2017 memandangkan setiap bulan jumlah page view 250k ke atas.


Apa pun terima kasih kepada anda yang masih baca blog BBL walupun dah sendu update entri terbaru, kepada anda googler yang search keyword & terjumpa blog BBL ini. Semoga story blog bermanfaat kepada anda. Cewah ala menang oscar pulak dah.

Rasa awal Febuari lepas BBL dah capai target 2 juta page view. Rujuk entri ini sampai dah lepas 3 juta pun masih guna header 2 juta view tu. Maaf lah dah tak lama join giveaway sebab busy bila dah start kerja ni. Balik rumah rasa nak tidur.. tidur.. & tidur je..


BBL ~ terima kasih google
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Friday, November 25, 2016

Saya Dah Tukar Kad ATM Maybank Visa payWave Baru. Anda Sudah?


Assalamualaikum & hello there,

Awal bulan 7 tempoh hari kecoh kononnya bermula bulan Ogos tahun ni semua penukaran kad ATM lama ke kad ATM dengan feature MyDebit VISA payWave akan dikenakan caj RM12 sampaikan penuh semua jenis bank orang que nak tukar kad atm. 

Epik lega apabila Bank Negara Malaysia umumkan tarikh terakhir penukaran kad atm sedia ada (jenis lama) ke kad atm MyDebit dilanjutkan hingga 31 Disember 2016 atau perlu membayar caj RM12 untuk tukar. Actually dah lama nak tukar sejak kejadiaan bencana alam orang serbu bank berjemaah ala zombie tu tapi asyik busy duduk rumah kan. Itu tak sempat nak tukar.

Nak di jadikan cerita nya, minggu ini lepas setel clients kat Shah Alam BBL terus balik office untuk submit report. Nasib baik banyak famous bank seperti Maybank, Public Bank, CIMB Bank & Bank Rakyat bawah office je. Apa lagi terus panjang kaki singgah Maybank dulu sambil text bos cakap sangkut dalam jem. Hahaha jangan tiru tau.

Well sekarang ni bank Maybank dah maju setapak siap offer free wifi untuk korang check in update Facebook. Password wifi ada kat kertas number giliran. Maybank memang faham betul customer jenis berjimat kuota internet ni.

*free wifi di Maybank


Proses tukar kad atm tak lama, kejap cuma kalu que panjang. Itu memang lama sikit. Bila number anda di panggil, serah kad atm lama & kad ic sekali untuk baca cap jari.

*kad debit atm Maybank lama


Then pengawai bank akan mintak korang masukkan no pin untuk kad atm baru ni. Terpulang nak key-in no pin atm sedia ada atau tukar yang baru je. 

So bermula Januari 2017 ini korang tak perlu lagi sign resit kalu bayar guna debit kad sebeb dengan kad atm MyDebit VISA payWave, maybe korang kena masukkan no pin atau just tap je kad atm pada mesin payment. Cuba praktise kat McDonalds, bayar aiskrim sundea dengan kad atm. Kerlas...

*Tada...kad baru Maybank


Paling best kad atm baru ini sangat exclusive ala kad kredit gitu. Kad ni actually untuk pemegang akaun Maybank Platinum tapi sekarang ni semua replacement dapat kad ini. Super shining warna silver & ikon ceri masih kekal seperti kad sebelum ni. Alah nanti cucuk atm 17 kali terus hilang shining tu. Betul tak?

Pada hari ini Maybank mengadakan promosi penukaran kad atm ke MyDebit VISA payWave & anda berpeluang date bersama Lisa Surihani di Maybank cawangan KLCC. Fuh dah terlepas free meal..


Tapi tak pelah, janji korang pi tukar kad atm cepat sebelum bank jadi kelam kabut bulan Disember ini. Masih ada baki 3 kad atm belum tukar lagi, kad atm Bank Islam, BSN & RHB Bank. Nanti BBL update lagi ya.

*Update terkini dari Maybank



BBL ~ selamat menonton sekali lagi
(=^・^=)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, November 21, 2016

Felling Travel Korea Selatan Waktu KStreet Carnival Di Klang Parade


Assalamualaikum & hello there,

Hujung minggu lepas rasanya paling heaven dapat pergi event Korean based bertempat di Klang Parade. Nak terbang ke Korea Selatan memang tak lepas visa & tiket flight. Namun bukan penghalang kami bersama beratus pengunjung lain merasaikan kemeriahan KStreet Carnival ni. Meh baca lagi pengalaman BBL berada di sana.

1. Korean Bazaar 

Mee Ramen & rakyat Malaysia memang tak boleh dipisahkan. Bermacam produk seperti snek, buahan like buah berangan & buah pear, mee segera - bermacam jenis flavour ada, kalogen hinggalah barang kering yang di import khas dari Korea Selatan oleh Buyeo-Gun. Sangat sesuai dengan slogan Always Fresh For You.


*Nuttela grean tea

Turut menjadi perhatian mestilah live demo masakan oleh staff lengkap pakai baju traditional Korea. Sweet habis baju warna pink sambil kacau masakan dalam periuk. Boleh tahan sedap jugak makanan orang Korea ya.


2. Korean Arts & Craft Booth

Booth lain pun ada jugak sekitar main court Klang Parade. Meh road tour dengan BBL kejap.

*Korea Bingsu
Kat Malaysia kita ada ais kepal atau ABC, di Korea dorang ada Bingsu. Cara makan pun sama je. Gaul sampai sekata & seronok dapat makan Bingsu time panas tengahari atau petang. Korang boleh pilih pelbagai jenis topping atau periasa untuk Bingsu tu.


*Sabun, produk penjagaan diri, barang kemas buatan tangan orang Korea
Anda pun boleh memiliki hasil kraf orang Korea atau bagi hadiah pun boleh. Bau sabun pun sedap & best baut skrup badan time mandi.


 *Cotton Candy
OMG ini paling tak boleh lupa. BBL selau tengok YouTube cara orang Korea buat cotton candy ni. Totally amazing dengan bentuk karakter kartun + berwarna warni bukan warna pink sahaja. Oh sayang nak makan.


*Kpop Merchandise 
Peminat setia Kpop band memang suka habis bila tengok merchandise band kegemaran masing-masing kan. Ada poster, button, mug, tshirt & pelbagai khas dari Korea.


3. K-Strom Dance Cover Competition

Tarikan utama KStreet Carnival ini semestinya dance cover competition peringkat negeri Selangor. Dengan penyertaan lebih 15 kumpulan membuatkan kami para penonton bagai menonton live show artis Korea. Well anda sendiri tahu lagu PSY- Gangnam Style pun boleh buat kaki tak senang duduk, apatah lagi BBL berdiri depan pentas. Teruja habis tengok performance mereka lengkap prop ala korea lagi. Hujung cerita 3 kumpulan terpilih mewakili Selangor ke peringat Grand Final. 


 4. Baju traditional Korea

Sewaktu tonton drama Oohlala Spouses BBL selalu berangan nak pakai baju tradisi orang Korea seperti dopo, gwanbok atau hakchangui bersama gat atas kepala. Kebetulan KStreet Carnival juga menyediakan prop baju tersebut. Wah sukanya dalam hati walaupun baju agak besar atau mungkin kena pakai size besar?


5. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Pada hari kedua karnival telah berlangsung pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Boleh tahan ramai peserta join. 


Petang tu BBL pulang ke KL dengan hati berbunga sebab seronok betul. Si kawan pun cakap best sangat event walaupun travel jauh sikit. Kalu korang nak tahu, setiap bulan ada saja event di anjurkan oleh pihak Klang Parade untuk menarik pengunjung datang membeli belah sambil mengeratkan hubungan keluarga serta kawan-kawan. Untuk update event akan datang boleh rujuk link ini - Klang Parade Facebook Page

BBL ~ BBL ke Korea kejap
(/ロ゜)/アタシハダアレ?

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Thursday, November 17, 2016

Kadar Tambang MRT Laluan Sg Buloh - Semantan

Assalamualaikum & hello there,

Bermula 16 Disember 2016 ini bertambah lagi satu pilihan pengangkutan awam iaitu Mass Rapid Transit (MRT) Malaysia bermula dari Stesen Sg Buloh hingga ke Semantan manakala fasa 2, Semantan ke Kajang dijangka beroperasi bermula Julai 2017.


Bagi korang yang tinggal atau bekerja sekitar kawasan Damansara mestilah teruja nak cuba MRT baru ni kan. Untuk permulaan hanya melibatkan 12 stesen sahaja iaitu


Berikut adalah kadar tambang korang kena bayar. Buat masa sekarang MRT cuma boleh menggunakan token (beli kat machine) & Touch n Go sahaja. Masih belum intergrade dengan kad MyRapid. Mungkin seawal tahun depan RapidKL akan start apply kad MyRapid untuk menggunakan MRT seperti LRT Kelana Jaya line, Ampang Line & KL Monorel.


17 Disember 2016 ini BBL akan turun Damansara untuk try out pengalaman naik MRT Sg Buloh ke Semantan. Fuh dah lama tak pergi Ikea Damansara.

BBL ~ tak sabarnya nak naik MRT
(^_^;)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Seronoknya Fiesta Magica Carnival Di IJM Land Seremban

Assalamualaikum & hello there,

Baru-baru ni IJM Land mengadakan Fiesta Magica Carnival di pejabat jualan UJM Land Berhad. Gigih naik kereta dari KL ke Seremban untuk join fiesta ni. 

Ada banyak aktivi best sepanjang fiesta bertema "Fiesta Magica, A Journey Through Fairy Tales and Happy Trails. Paling menarik perhatian para pengunjung semestinya pertandingan 'costplay'. Teruja melihat setiap para peserta tampil bergaya unik mengikut karakter kegemaran ramai seperti Maleficent, Goku, Cinderalla & banyak lagi. 


Tak cukup dengan itu, aktiviti ala fun fair jugak menarik perhatian kami. Dah sah dapat bermacam hadiah termasuk lucky draw barangan elektrik & iPhone 7 tau.


Tak sah kalu pulang dengan tangan kosong, pihak IJM Land menyediakan photobooth untuk merakam gambar kenangan bertema kostum. Sempat jugak pose ala Harry Potter, baru betul dengan tema Fiesta Magica kan.


Sekitar perkarangan karvival juga dihias dengan prop magical termasuklah kereta kuda Cinderalla, hiasan cendawan & bunga ala Alice Wonderland, 'Tunnel Love' dengan ribuan LED serta penampilan karekter kanak-kanak di pintu utama pejabat jualan IJM Land. Belah malam lagi cantik berwarna warni kan.


Pejabat jualan IJM Land turut menawarkan pengalaman melihat projek perumahan terkini IJM Land termasuk diskaun menarik kepada pembeli baru. Ini peluang baik mendapatkan rumah idaman pada harga istimewa terutama kalangan pembeli rumah pertama.


Pastinya pengalaman magica fiesta ini istimewa khusunya penduduk Seremban 2 bagi merapatkan hubungan keluargaan dalam kalangan mereka. Tempoh hari BBL pulang ke rumah dengan senyuman manis sebab dapat snap gambar cantik. Untuk maklumat lanjut, boleh layari -  seremban2.ijmland.com  


BBL ~ Beli rumah
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, November 14, 2016

Karnival K-Street Di Klang Parade Pada 18-20 November Hujung Minggu Ini


Assalamualaikum,


Annyeong K-Pop fans!

Apa perkara menarik hujung minggu korang boleh buat selain habiskan masa berangan atas katil lepas tengok drama Korea. Then acah-acah nak terbang ke Korea Selatan. Eh kenapa tak datang ke karnival K-Street bertempat Klang Parade bermula 18 hingga 20 November ini.


Ada banyak aktiviti menarik sepanjang tiga hari karnival berlangsung bermula jam 11 pagi hingga 11 malam tau. Dah boleh book mark kalendar ni.

17-20 November - Shin Sun Mi Korean Market

Oh ni fan korean mesti tak boleh move on bila datang korean market. Confirm ada banyak makanan, air &  produk korea sedang menunggu anda. Wah syok lah!



19 Nov:
10:00am - Pertandingan mewarna K-Street
1:00pm - Pertandingan K-Storm K-Pop Dance Cover 
5:00pm - Sesi Children K-Pop Dance Along 

Boleh bawa anak anda bersama kerana ada contest mewarna di samping boleh menyaksikan telatah K-Pop dance kanak-kanak. Mesti comel dorang joget lagu PPAP! Atau pun ajak mereka belajar mainan traditional masyarakat Korea.


20 Nov:
11:00am - Sesi Children K-Pop Dance Along 
1:00pm Pertandingan K-Storm K-Pop Dance Cover 
5:00pm - Sesi Children K-Pop Dance Along

Aktiviti best sepanjang hari pada 19 & 20 November 

- Contest Snap & Win dengan berpakaian traditional Korea
- Demo seni & kraf tangan bertema Korea

OMG dah lama BBL teringin nak pakai baju traditional korea seperti chima, dangui, jeogori & jeaonbok bagi perempuan manakala lelaki mestilah pakai dopo, gwanbok atau hakchangui bersama gat atas kepala macam drama Jang Ok Jung. Tambah lagi memang ada bawa kawan yang kaki drama korea ni. Lagi excited habis.


So, rugi kalu lepaskan peluang berseronok di karnival korea ini. Maklumat lanjut rujuk facebook.com/eventk-fair

BBL juga akan datang pada hari Ahad ini, siapa nak carpool dari KTM Klang boleh rojer di kotak komen bawah ya!

BBL ~ Ayuh "terbang ke Korea" di Klang Parade
(/◕ヮ◕)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...