Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Wednesday, December 28, 2016

Cara Menjadi Ahli IKEA Family

Assalamualaikum & hello there,

Meatball & IKEA terpisah tiada, percaya atau tidak hampir kebanyakkan pengunjung datang ke Ikea semata demi meatball selain pulang dengan buah tangan karipap. Jika anda pengunjung setia Ikea setiap bulan, dah register jadi IKEA FAMILY belum?


Jika belum, elok buat kad Ikea Family satu sebab boleh collect point setiap kali anda shopping atau makan di Ikea Cheras atau Damansara & Ikea Johor (coming soon). Kalu ke Ikea Singapore memang tak di terima..


- Cara Register Kad Ikea Family - 

Ada dua cara actually

1. Melalui laman web Ikea Familyhttp://family.ikea.com.my/membership
 - Isi maklumat anda seperti tarikh lahir (untuk triple point bulan kelahiran anda) & email untuk notis ikea family sale / alamat rumah untuk penghantaran katalog ikea setiap awal tahun

- Anda kena pergi Ikea untuk print kad Ikea Family sementara

2. Daftar di kios komputer Ikea
- Isi maklumat anda seperti tarikh lahir (untuk triple point bulan kelahiran anda) & email untuk notis ikea family sale / alamat rumah untuk penghantaran katalog ikea setiap awal tahun
- Terus dapat Kad Ikea Family sementara macam gambar bawah


- Cara Nak Jadi Ahli IKEA FAMILY Permanent -

Spend RM200 dalam masa setahun bermula tarikh korang print kad ikea sementara tu. Kemudian tunggu pihak Ikea hantar kad permanent ke rumah. Macam BBL ni baru je dapat tengok kad ikea sebab guna alamat rumah di kampung. Padahal dah nak lunyai kad temporary ni. 

- Kelebihan Jadi Ahli Ikea Family - 

- Keahlian PERCUMA seumur hidup
- Jimat dengan harga ahli untuk produk terpilih
- Dapat Mata Bonus & voucher gedung
- Dapatkan 3x Mata Bonus 
- Nikmati 2 kopi/teh setiap kunjungan
- Jimat hingga 30% untuk hidangan & acara FAMILY di restoren
- Nikmati tawaran bulanan ke atas produk Kedai Khas Makanan Sweden
- Jemputan ke acara hali
- Dapatkan inspirasi dan maklumat terkini dengan surat berita Ikea 3 kali setahun


Biasanya setiap 2 bulan Ikea akan buat promo barang untuk ahli. Jangan risau sebab newsletter akan dihantar melalui email atau boleh rujuk website ikea family. Certain barang favorite anda akan menjadi lebih murah atau mungkin barang promosi lebih berbaloi untuk korang beli. 

Selepas cukup spend RM200 dalam masa setahun di Ikea, tunggu jelah kad Ikea Family Permanent akan di hantar ke rumah anda. Kad dah lama sampai kat rumah tapi tak guna lagi.


Ni promosi untuk krismas 2016
*GOTTGORA lantern tu murah amat kot, hari tu beli harga RM79  untuk display 
raya puasa tempoh hari promo RM49 je.. nagis..


Ni promo produk baru/habiskan stok


Ni promo Kedai Khas Sweden & restoren Ikea
*Kalau kat Ikea Cheras Kedai Khas Sweden terletak di area kaunter pembayaran 
sebelah kiosk karipap


Jumaat lepas ada Ikea special buffet kat restoren. Boleh makan sampai gathering dengan family atau kawan. Dalam bahasa tganu, makang saing..hehe Dengan kad Ikea Family murah sikit.


Kalu anda sering ke Ikea Damasara & acap kali singgah beli barang di IPC Ikano, jangan lupa tunjuk Kad Ikea Family untuk diskaun. Akan datang MyTown sebelah Ikea Cheras. Bila shopping dalam MyTown, bawa sekali kad Ikea Family & tunjuk tuk diskaun. Tak tunjuk, harga biasa le...


Bila dah kumpul banyak point, boleh redeem untuk beli barang Ikea atau makan meatball di restoren Ikea. Pergi makan meatball, tunjuk kad Ikea..beli karipap pun tunjuk kad Ikea..lama-lama jadi banyak boleh tebus baucer. 


Kini BBL dah ada kad Ikea Family permanent. Baru cantik nak selit dalam dompet. Yang syoknya, nama penuh kita tertera pada kad ahli ala kad kredit gitu. 


BBL ~ bulan Febuari 2017, MyTown Cheras akan buka
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Cara Guna/Naik GrabCar

Assalamualaikum & hello there,

BBL tinggal di KL & selalu guna GrabCar untuk ke satu tempat lain contohnya pergi One City Subang dari rumah di Puchong. Naik teksi mahal la. 


Sebab tu BBL suka naik GrabCar..
1. Boleh cuba naik bermacam kereta dari sekecil Produa Axia, Alza, Exora, Nissan Almera, Honda CRV, Totoya Vios hinggalah Mini Cooper Clubman - kereta Grab paling rare
2. Dapat sembang dengan bermacam driver Grab Melayu, Cina & India - lelaki handsome & akak cantik melecun pun ada
3. Feeling ada private driver datang pick up la...

Cara Guna/Naik GrabCar

Pertama : Install applikasi GrabCar dalam smartphone anda

Boleh download melalui LINK INI dan anda akan mendapat kod promo FREE RIDE bernilai RM10. Boleh terus guna terus..cuma masukkan number telefon anda dan tekan 'Join' kemudian install dari Google Play / Apps Store.


Kedua : Tempah ride pertama!


Masukkan lokasi PICK-UP & pilih destinasi mana untuk DROP-OFF. Contoh kat atas, hari tu BBL guna Grab untuk pergi Sunway Piramid dari Tesco Puchong - tambang hanya RM8 naik GrabCar Economy.


GrabCar akan located korang based on current location GPS, so akan appear lokasi terdekat untuk driver Grab datang pickup. Tips BBL, sila guna lokasi senang driver nak pickup macam restoran popular dari letak nama kedai Makan Pak Cik Senanh..nanti susah driver nak pusing cari kedai tu..


Kat slide sebelah 'Star' ada check point 'public transport'. Korang boleh guna check point ni sebagai lokasi Pick-Up atau Drop-Off.


Yang ni check point shopping malll terdekat dengan korang, boleh guna jugak untuk lokasi driver Grab Pick-Up atau Drop-Off anda.


Terasa lapar atau destinasi anda berhampiran dengan restoren makanan pun boleh jadi Pick-Up atau Drop-Off Grab. Tak payah taip, pilih je mana terdekat untuk pergi.


Nanti bila dah acap kali guna GrabCar, boleh terus bookmark 'Star' favorite Pick-Up atau Drop-Off point. Senang nak guna nanti tak payah scroll sampai bawah cari.


Meanwhile anda boleh check 'History' guna Grab & jadikan trip tersebut sebagai Favorite terus. Tak perlu lagi masukkan tempat Pick-Up atau Drop-Off, pilih 'Favorite' & pilih tip mana nak guna.


Kalu ada kod promo, jangan lupa masukkan dalam kotak 'Promo' boleh dapat diskaun. Selalu check 'Notification' atau email untuk kod promo terkini. GrabCar memang suka bagi kod promo kepada rider. Tu BBL pilih Grab dari teksi.

Dah ready, tekan butoon 'Book' & tunggu driver datang ke lokasi anda.


Pilihan GrabCar

Actually ada banyak jenis GrabCar cuma beza negara je. Kat Malaysia ada 7 pilihan Grab tapi yang biasa orang guna ialah GrabCar Economy & GrabCar Premium. Terbaru ada choice of GrabCar - 6 seater (maybe MPV macam Proton Exora) untuk korang berangkut beramai-ramai pergi Ikea atau KLIA2. 


Beza GrabCar Ecomony & GrabCar Premium

Nama pun dah berbeza, sah-sah harga pun lain dik oi.. GrabCar Economy guna kereta sedan atau compact biasa macam Perodua Axia, Proton Saga, Myvi, Nissan Almera, Honda Jazz, Totota Vios termasuklah Mini Cooper Clubman - untung kalu boleh naik sekali lagi.


GrabCar Permium ni harga double dari  GrabCar Ecomony, kalu dari POINT A - POINT B guna  GrabCar Ecomony ialah RM5, naik  GrabCar  Permium jadi RM10. Lebih kurang macam tu sebab kereta  Permium  seperti Honda Accord, Toyota Cammry, Audi, Mercedes hinggalah..tu tak tahu sebab tak pernah naik. Noob...


Terbaru kat Melaka ada GrabBeca, ha sebelum ni kena tahan beca depan Mahkota Parade kan. Sekarang ni boleh booking GrabBeca dari telefon korang. Tunggulah pak cik beca kayuh datang. Hebat sampai ada GrabBeca kan..comming soon ada GrabPerahu kat Terengganu hahaha

Coverage Services CrabCar

Setakat tahun 2016 ini, GrabCar hanya ada di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kuching & Kota Kinabalu.


Mungkin tahun 2017 ini GrabCar akan berkembang di Pulau Langkawi, Ipoh dan Kuantan.

Tips naik GrabCar

1. Kalu anda berseorang, seeloknya duduk kat depan walaupun kita anggap macam teksi. Lebih manis sebab kita tumpang kereta orang berbayar kan.
2. Sembang je dengan driver Grab, mostly dorang friendly
3. Bayar macam biasa jika payment anda dengan cash atau debit card
4. Jangan lupa bagi rate bintang services anda rasa berbaloi untuk ride tersebut. 

Oh btw GrabCar beroperasi 24 sehari, 7 hari seminggu & 365 hari setahun. Nasib korang la ada driver terdekat, ada la.. rate tambang pun tetap sama tak kira pukul 2 pagi, 4 pagi atau 3 petang atau 10 malam. 

Tetap fixed kecuali rate akan berubah naik sewaktu peak hour orang pergi kerja jam 8 pagi - 9 pagi dan waktu orang balik kerja jam 5 petang - 8 malam. Kalau area KL memang rate lain sebab tu region busy. Rate peak hour di KL tak sama rate peak hour di Shah Alam..

Itu sahaja, selamat naik GrabCar ya

Install applikasi GrabCar melalui LINK INI & dapat kod PROMO RM10 OFF

BBL ~ alhamdulilah setakat ni selamat lagi naik GrabCar
(゜o゜)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, December 27, 2016

Dapat Duit Balik Setiap Kali Shopping Online Dengan ShopBack

Assalamualaikum & hello there,

Harga murah + free voucher punca utama kenapa BBL suka beli barang secara online. Itu belum kira korang yang pantang tengok signal SALE code promo portal online. Sebut je port favorite cuci mata macam Lazada, Zalora, 11Street, Nile.com, Qoo10, Hermo, Groupon  hinggalah flight tiket Air Asia.

Percaya atau tak, paling tidak anda pernah beli barang sekali dalam website kat atas. Perasan tak sebenarnya korang sudah terjebak dengan virus suka shopping bila tengok officemate atau roomate show off dengan parcel dari abang Pos Laju. Setakat tudung 2 helai tak main la, ini parcel sebesar meja mau tak jeles kan. 


Bila kira balik jumlah BBL spend beli barang online, boleh tahan banyak jugak la. Tapi tahu tak sebenarnya korang boleh dapat balik duit setiap kali shopping online? Ala..macam kad credit kan ada cashback bila swape amount tertentu tu. Sekarang ni, beli barang online boleh dapat cash back!


Yes, sila la daftar akaun dengan ShopBack.com sebab jangan bazir duit korang sepenuhnya kepada portal online. Dapat RM10 balik dah kira okay untuk makan lunch kan. Alahai ruginya tak daftar shopback dari dulu. Dah la mak BBL selalu beli barang kering dapur dalam lazada termasuk pampers.

Apa beza beli barang kat portal shopping online compare melalui ShopBack?


Baik lah, simple je jawapannya


beli kat website shopping online = dapat barang


beli kat website melalui ShopBack = dapat barang + DAPAT CASHBACK

So, mana korang nak pilih?


-------------------------------------------------------------------------------
Senang citer, contohnya.

Sebelum ni kalu nak beli baju dalam Zalora, korang buka terus website Zalora kan. Pastu pilih baju berkenan & bayar. Esok lusa abang posmen hantar depan pintu office.

Sekarang ni, kalu nak beli baju dalam Zalora, korang buka dulu website ShopBack, pilih ZALORA, akan keluar link terus ke website, shopping macam biasa pilih baju berkenan & bayar. Esok lusa abang posmen hantar depan pintu office. Kemudian tunggu ShopBack generate cashback atas pembelian korang tadi.

-------------------------------------------------------------------------------

Tak rumit pun cuma setiap kali korang nak beli barang online, buka dulu website ShopBack & shopping seperti biasa.

CashBack hingga 25.0% dari total pembelian korang


Bayangkan cashback duit anda boleh dapat balik, walaupun sikit. Kira okay dari terus bayar macam tu je.

Ada 9 selection portal online korang boleh claim balik duit


Beli makanan pun boleh dapat duit balik


Elektronik 


Fesyen & Baju


dan 62 online shop lain lagi.. pening


Barang Dapur


Kesihatan & kecantikan


 dan 63 online shop yang lain

Peralatan rumah


Peralatan Sukan & Aktiviti Luar


Travel & Percutian


Dah terasa sayang duit anda bayar sebelum ini, oh belum terlambat untuk register sekarang & dapatkan setiap sen korang spend beli barang online tu.


Ops, berita baik selepas register anda akan terima bonus cashback RM5 selepas membuat pembelian pertama melalui shopback.com. 

Selain tu, make sure korang look out voucher diskaun yang ada. Boleh jimat lagi tu.


Satu lagi, pembayaran duit cashback tu akan di transfer terus ke akaun bank anda. Senang bukan. 


Still lagi tak faham boleh tonton video bawah

 


Sedikit info pasal ShopBack mungkin menarik anda register cepat-cepat

- Lebih RM 4 juta telah di transfer kepada Malaysian shopper
- Berjaya memberi penjimatan lebih RM 9K kepada setiap ahli melalui voucher diskaun

Tips BBL, 

- Jangan ingat beli barang je boleh dapat cashback even beli topup pun boleh dapat cashback. Dari engkau topup guna maybank2u tak dapat apa2, baik beli topup melalui link shopback.

Contoh beli topup RM5, dapat  cashback 30 sen. Kalau RM10 dapat cashback 60sen. Kalau RM30 dapat RM1.80. Habis beli topup sekali setahun ke...tidak kan.. 

Kalu kaki shopping online,  untunglah lebih sikit beli hand bag, baju jubah kasut baru online, banyak ler cashback.

Alang-alang nak shopping online biar kena gaya...hehehe

BBL ~ jimat zaman GST 
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, December 26, 2016

Keunikkan Menu Arab Di Taiba Restoren Cyberjaya

Assalamualaikum & hello there,

Dah lama tak makan nasi arab. Nak terbang ke negara Arab sana susah tak cukup cuti, nasib baik Taiba Restoren offer menu masakan orang arab. Boleh feeling travel ke padang pasir pekena nasi arab masyur tu.

Bagi anda yang tinggal atau akan ke Putrajaya/Cyberjaya, BBL nak commanded satu kedai nasi arab yang berbaloi untuk korang enjoy makan bersama family atau makan sendiri. Oh makan seorang memang tak sesuai sebab nasi depa banyak, elok datang berdua. 


Restoren Taiba offer banyak menu untuk anda nikmati. Jangan risau kerana confirm sedap & kenyang. Antara menu yang ada:


Taiba Salad RM 13.00


Mixed Apperizers RM 15.00


Chicken Kebab RM 9.90


Hanith Chicken RM 14.50
Shish Tawook RM 9.90
Mandi Chicken RM 9.90 
Kabsa Lamb RM 16.90
Mova Fish RM 30.00


Promosi Terkini 

Family Set RM 135 RM 99.90 (5-9 orang)

- Mandi Lamb        - Hanith Chiken
- Kabsa Lamb         - Mixed appetizers
- Mandi Chicken    - Fresh orange (satu jug)
- Kabsa Chicken


Ada cerita lagi menarik, Ayahanda Rani Kulup kipidap dongibap turut hadir merasa makanan timur tengah Taiba Restoren. Katanya, makanan kat sini dah cukup kenyang sampai dia nak repeat makan sekali lagi 40 minit kemudian. Kemain tau, hero Malaysia pun dah merasa makan Mandi Chicken. Anda bila lagi ye?


Ayahanda Rani Kulup dah kenyang makan tadi. Tu dia duk senyum sampai ke pipi. Taiba Restoren ada rahsia tersendiri compare kedai lain kerana beras di gunakan di import khas dari Turki selain chef adalah orang Timur Tengah. Betul-betul air tangan Turki ni.


Lokasi Taiba Restoren


Cawangan Cyberjaya
No 7G, Cottage Walk Off, Jalan Persiaran, APEC
63000 Cyberjaya
(land mark - dekat Nandos/KFC Cyberjaya)
Tel : 03-8322 6310

Cawangan Putrajaya
No 18, Jalan Diplomatik 3/1, 
Presint 15, 62050 Putajaya
Tel : 03-8893 6635 


BBL ~ sekali sekala pekena nasi arab
(^_^)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...