Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge

6:43 AM


Assalamualaikum semua,

BBL sebagai anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama di Asia ada di Kuala Terengganu. Kini negeri Terengganu ada satu lagi ikon baharu selain Pasar Payang, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Masjid Terapung & juga keindahan alam semulajadi. 

Sebelum tu kita dengar dulu lagu "Pakat Maghi Ganu" se dua tiga, ngeri tranu memang comel ni


Ha tak lama lagi kan musim cuti sekolah, apa kata bawa family, anak-anak & buat rombongan lawatan sambil belajar ke negeri Terengganu yang kaya warisan semulajadi ni. Semestinya wajib singgah Terengganu Draw Bridge ni.

Kini menara tinjau Draw Bridge telah dibuka untuk lawatan orang awam termasuk pelancong. Boleh tengok permandangan bandaraya persisir pantai Kuala Terengganu dari atas menara jambatan angkat ni. Nak datang siang pun boleh, malam pun boleh. 


Apa boleh buat atas menara ni?
- Boleh tengok pemandangan bandar Kuala Terengganu
- Ada lantai cermin boleh nampak bahagian bawah terus ke platform
- Bergambar!
- Ada pameran seni lukis 


Harga Tiket Masuk Menara Terengganu Draw Bridge
PROMOSI RM 5.00 - dewasa & kanak-kanak

Waktu Operasi
Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi - 10 malam
(Hari Jumaat tutup sewaktu solat Jumaat sahaja - 12.30 - 2.30 petang)

No Telefon : 09-622 2438

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici