Hello Digi, Selamat Tinggal Unifi Mobile

8:21 PM


Assalamulaikum..

Hari ni BBL dah bertukar ke telco Digi selepas hampir 2 tahun pakai Unifi Mobile aka Webe. Walaupun tukar line baru, number telefon tetap maintain. Oh ya sebelum ni saya pakai Hotlink dari tahun 2007 lagi. Tak silap sampai tahun 2017 - lebih kurang 11 tahun setia dengan Maxis/Hotlink ni. 

Teringat lagi masa beli no 017 ni waktu umur 16 tahun. Time ni first time nak pakai telefon bimbit. Tahu tak kenapa pilih Hotlink? Ha.. masa era 2000 an line Maxis/Hotlink kira gempak untuk budak muda remaja ni. Lebih kurang kena jiwa baru nak up gitu. Tak silap kawan ada suggest pakai Celcom sebab coverage kat Terengganu no problem. Sama macam Hotlink juga.. boleh tahan lama juga pakai Hotlink sampai nak bertukar Unifi Mobile rasa berat hati, sebab kuota Maxis cepat habis walaupun speed internet sangat laju & stable.


Unifi Mobile ni BBL antara pengguna terawal. Harga postpaid cuma RM89 - unlimited data & call ke semua rangkaian. Puas hati juga sebab tak payah risau kuota data habis ke apa.. syok teruk layan YouTube sampai lebam. Disebabkan saya pakai Streamyx so dapat la privilege special ni sebelum dibuka ke public awal tahun 2018 kot. Dah lupa.. hahaha

Kenapa bertukar ke Digi?
First - Rasa membazir sebab pertengahan tahun 2018 BBL pindah ke rumah baru. Si housemate pulak pasang wifi Unifi. Balik rumah memang terus connect wifi. Kat luar je baru guna data internet

Second - Tak fully utilise data & call. Yes waktu bekerja dah connect wifi office. Guna data sendiri time dalam lrt, ada event & tempat tak ada wifi laju (kedai makan, cafe & mekdi). Rasa membazir sangat bayar mahal-mahal tapi pakai ciput je

Third - Bill komitment internet hampir RM300 sebulan. Oh yes, kena bayar bil Unifi Mobile, wifi Unifi rumah (share-share kan) & streamyx kat kampung. Rasa terbeban sangat duit banyak habis untuk benda tak perlu.

Amboi panjang cerita eh. Untuk rekod, BBL ada 2 number telefon. 1 untuk personal, 1 khas kerja sahaja. Sebab dah terbiasa guna line Digi untuk kerja, rasa jatuh hati pulak dengan offer Digi serta liputan. Yes, duduk kat kolumpur ni memang tak jadi problem sangat, even balik kampung sah-sah dah connect wifi streamyx je hahaha

Cara nak bertukar ke telco Digi tapj maintain number sedia ada
Mula-mula kena pergi Digi centre, bagitau staff nak tukar line Digi & nak maintain no sedia ada. Just bagi kad pengenalan & no korang. Bayaran RM10 dikena untuk simkad Digi baru. Lepas tu tunggu 24 jam untuk proses terminate dari telco lama ke Digi.  

Kemudian tunggu la sampai dapat SMS mengatakan proses pertukaran berjaya. Bila telco sedia ada dah tunjuk isyarat 'NO SIGNAL', boleh la masukkan simkad Digi. Eh jangan lupa download app Digi untuk monitor segala data, sms & masa berbual.

Ha gitu lah ceritanya.. harap maintain la line Digi untuk bebera tahun mendatang. Cukup la sampai sini BBL bebel.. nanti kita story lagi ye

You Might Also Like

8 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Waa haii fellow digi users hehe. Qeela dah lama guna digi jugak actually, daripada Prepaid sampaila now dh postpaid. Tapi kat rumah guna unifi juga. Mmg suka & dh stick dgn digi je hehe.

    ReplyDelete
  2. Rasanya ikot kawasan bro, kekadang coverage setiap kawasan ada pro dan con setiap telco ini. Macam Naim stil setia dengan Hotlink dan Celcom. haha.. Kalau hujan ini, biasa macam astro gak haha

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing! I thought of changing plans ~ can consider this place.

    ReplyDelete
  4. Ha ah ada dengar iklan unifi dah tak percuma internet, sy pon pilih digi prepaid dah..

    ReplyDelete
  5. Saya pun pengguna Digi. Dah setia selama beberapa tahun juga. Yg jadi masalahnya kalau pergi ke luar bandar. Susah sgt nak dapat line. Digi best guna kat bandar je. Nak luar bandar, Celcom.

    ReplyDelete
  6. saya pon dah terminat unifi mobile beberapa bulan yg lepas. btw x pernah lagi guna service digi. ramai jugak kawan2 kata bagus.

    ReplyDelete
  7. Hai BBL, nk tnya.. Kalau kita nk tukar drpd unifi mobile kpd telco lain..btul ke kita prlu settelkn current bill and lebihkn sekurang-kurangya rm2 drpd jumlah bil? Ke byr bil mcm biasa, then pergi ke centre telco yg kita nk tukar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, settelkan current bil. kalu boleh terminate sebelum masuk bil baru contoh sebelum hujung bulab. just call centre bagitau nak terminate pun boleh.

      Delete