Operasi X The Movie, Filem Aksi Terbaik Tahun 2018

6:35 AM


Assalamulaikum & hai korang,

Dah tengok trailer Operasi X the Movie yang tengah hit kat YouTube sekarang? Setakat 31 Okt dah lebih 100 ribu view tau. Boleh tahan ramai yang tengok trailer movie aksi terbaharu arahan Sandosh Kesavan terbitan Dream Pictures Production. Apa kata tengok dulu trailer Operasi X the Movie.


Menampilkan barisan pelakon otai dan hebat seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela, Hairul Azreen, Hefny Saad, Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra, Nasir Bilal Khan, Rahhim Omar, Gbob, Azzahra Ahmad, Zaidi Omar serta beberapa lagi pelakon lain. Paling best mestilah penampilan Datuk Yusof Haslam, BBL sendiri peminat setia rancangan Gerak Gerak Khas. Dah lama tak tengok Datuk Yusof Haslam berlakon dan pastinya comeback beliau dalam Operasi X satu kemunculan paling dinanti oleh peminatnya. Excited nak tengok movie Operasi X the movie dah membuak-buak.

Sinopsis Operasi X the Movie
ASP Redzuan (Dato Aaron Aziz), seorang anggota polis yang telah meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman (Hairi Safwan),  di hadapan matanya sendiri. ASP Redzuan memilih untuk meninggalkan dunia tersebut dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pada keindahan pulau yang didiaminya. Dan di situ jugalah dia bertemu dengan kekasih hatinya, Cikgu Ayu. Sehinggalah pada suatu hari, ASP Redzuan dikunjungi oleh Dato' Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana mengesyaki sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. 



Kehadiran Dato' Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. Dengan barisan ahli operasi dengan kepakaran masing-masing; Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan, Redzuan dipertanggungjawabkan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah untuk mengetuai operasi menumpaskan Geng Belut yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa di rantau ini. Operasi X telah menumpaskan "Raja Seludup Antarabangsa" dengan kepakaran dan kepintaran Polis DiRaja Malaysia. Kalu nak tahu apa kesudahan operasi X yang ASP Redzuan handle kenalah tonton sendiri bermula 1 November 2018 di pawagan berdekatan.

BBL sendiri tak sabar nak tengok Dato Awie berlakon jadi gangster, biasa Awie dapat watak humble & kelakar je. Confirm serius habis bila Awie pegang watak sebagai Belut. Dari sedutan trailer pun dah padat dengan aksi tembak menembak, kejar mengejar, letupan selain penuh dengan elemen kejutan gangster. Dah macam level international gituh Pastinya rakaman dari pelbagai sudut menarik perhatian BBL seperti drone. Baru teruja nak tengok sampai habis lakonan setiap aktor lagend.


Operasi X the Movie mula ditayangkan bermula hari ini, 1 November 2018 seluruh negara. Jom kita kasi filem Operasi X pecah rekod panggung seperti movie aksi lain. So far BBL tengok kat website TGV hampir semua slot showtime Operasi X hari pertama dah full book. Nasib baik dah beli tiket siap-siap time advance sales awal minggu ini.

Oh ya, boleh tahan best lagu “Lari” OST Operasi X the movie nyanyian Dato Awie berduet dengan McFaz. Boleh dengar kat YouTube, Spotify atau jadikan sebagai caller ringtone korang.


Apa kata weekend ini & cuti public holiday minggu depan pakat datang beramai-ramai ajak member, housemate, classmate atau officemate tonton movie Operasi X together. Baru syok tengok ramai-ramai dengan member kan. Yang pasti movie Operasi X bukan sahaja berkisar tentang aksi semata tetapi padat dengan mesej cinta, keluarga, persahabatan dan paling utama soal tentang menghabiskan sebuah perjuangan.

Follow laman sosial rasmi Operasi X & hastag #OperasiXTheMovie #OperasiX bila korang upload gambar tiket movie okay. Dah la..nak bersiap tengok movie kat KLCC ni. 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici