Promosi Berbuka Puasa Ombak Kitchen Serius Berbaloi

12:58 AM


Assalamualaikum korang...

Ramadhan tiba..
Ramadhan tiba..
Tiba tiba Ramadhan..

Ha tak sangka kejap je masa berlalu dah Ramadhan. Oh BBL nak ucapkan selamat berpuasa kepada anda semua. Sebut pasal iftar ni, saya nak share la tempat best nak berbuka puasa menu seafood + arab. Ha why not cuba mix 2 sajian sekali gus kan.


Hari ke 2 puasa tahun ni, BBL berbuka di Ombak Kitchen Bangsar. Yelah paling dekat dengan office & senang nak access dari pusat bandar KL. Bawa si Xulhilmi sekali sebab tahu dia memang suka makan seafood fresh. Restoren cawangan Bangsar ni agak besar & boleh memuatkan hampir 50 orang pelanggan dalam satu masa. Incase korang plan nak sambut birthday, anniversarry atau meraikan hari istimewa kat Ombak Kitchen pun boleh. 


Pakai Tangan Jer..cara paling sempoi nak menikmati menu Ombak Kitchen terutama seafood cajun tu. Memang mengoda iman tengok staff Ombak Kitchen hidang makanan seafood cajun panas-panas berasap atas meja makan kitaorang. Ni siapa nak tolong azan Magrib? hehe

BBL pesan set Najwa sebab cuba makan Baked Oyster. Biasa makan tiram mentah je dengan perahan lemon. Set ni perfect untuk makan 4-5 orang macam tu. Antara menu bakal anda nikmati sewaktu berbuka 


- Lamb Shawarma - 


- Baked Oyster - 


- Beef Meatball - 


- Chicken Satay - 

Paling ditunggu-tunggu mesti lah seafood! Jangan risau, anda boleh menikmati dengan nasi putih panas. Pencuci mulut seperti kurma, kuih muih, kek serta buah-buahan turut tersedia untuk santapan selepas berbuka. Pilihan air Teh Tarik, Orange Juice, Sirap Bandung, Ice Lemon Tea pun ada. Pilih je mana suka..


3 Pilihan Set Menu "Jom Berbuka Cajun Style"

Istimewa tahun 2021 ni, Ombak Kicthen menawarkan 3 seleksi juadah ifthar yang boleh anda nikmati sepanjang bulan Ramadan ini. Buka setakat dining in di restoren, para pelanggan boleh order take away berbuka di rumah atau pejabat. 


Set berbuka Shiffa RM199++ untuk 2-3 orang


Set berbuka Najwa RM399++ untuk 4-5 orang


Set berbuka Alisha RM599++ untuk 6-7 orang

Rasa nak tambah hidangan lain, boleh add-on sajian seafood bawah. Ada pilihan Alaskan King Crab serta Canadian Red Loabster. Fuh tetiba terliur bila teringat balik..


Dah boleh planning iftar ramai-ramai dengan kawan-kawan atau ahli family dalam whatsapp group. Nak mudah, booking meja anda melalui whatsapp Ombak Kitchen cawangan berikut. Tak lah kalut tetiba full house dengan customer lain.

Cawangan Ombak Kitchen

Ombak Kitchen Bangsar
12, Lorong Ara Kiri 2,
Lucky Garden 59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
Whatsapp reservation : wasap.my/60102405946 

Ombak Kitchen Bukit Jelutong
No.5.G.01, D’Vida Business Centre,
Jalan Bazar, U8/101, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Whatsapp reservation : wasap.my/60102205946

Waktu operasi
3 - 6 petang > Delivery / Take-away
6 - 9 malam > Berbuka di restoren

Okay perut BBL dah kenyang, sempat lagi repeat datang berbuka di Ombak Kitchen sebelum raya nanti. Jom!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici