Promosi Ikea Raya 2015 - Terus Rasa Nak Raya

11:13 PM


Assalamualaikum & hello there,

Dalam banyak-banyak kedai perabot, kedai mana customer boleh baring tidur atas katil feeling macam rumah sendiri?

Jawapan : Ikea Malaysia

Ya, hanya kat Ikea je orang tak segan nak selfie dalam showroom dengan hastag #rumahbaru. Kalau kedai perabot lain mau segan malu-malu kucing parsi nak bergambar kan. Hahaha



Sempena Syawal bakal tiba, Ikea Malaysia memperkenalkan variasi koleksi Doftrik Ramadhan untuk dekorasi raya nanti. Promosi waktu terhad ini kini tersedia di semua department Ikea. Sarung sofa, lampu siling, langsir, tray sehingga permaidani berinspirasi corak geometri islam & unsur cerita 1001 malam pastinya ruang tamu & rumah korang lebih unik dengan produk Ikea. 

Hari ini BBL sempat terjah Ikea nak cari beberapa barang. Rasa nak je ruang tamu macam showroom Ikea. Nice color biru ocean dengan bersepah bantal. Rasa nak duduk rumah je raya nanti.



BBL sangat berkenan dengan Donftrik Lantern. Boleh digunakan sebagai hiasan atau gantung kat siling. Tak payah guna minyak tanah cuma letak lilin je. Lagi cantik gantung 5 6 biji atas siling depan rumah. 

Doftrik Lantern In/Outdoor - RM 39.90


Islam sangat terkenal dengan seni geometrik, so corak Doftrik sangat matching dengan mood raya Aidil Fitri tahun ini. Sama jugak corak permaidani, sarung sofa & alas katil. Wah terasa duduk kat Istanbul!


Nak cari katil baru untuk lebaran ini? Jangan risau kerana Ikea sekarang tengah buat promosi katil bujang, quen & sofa katil. Terjah saja Bedroom department, nak baring atas katil pun boleh.

Rangka Katil Leirvik Putih - RM 399


Rusing jugak bila makin dekat raya terasa almari baju dah padat pulak. Maklumlah almari baju 2 pintu saja. Itu pun nak sumbat lagi baju raya tahun ni. Dah macam tauhu sumbat si almari tu. Di Ikea, almari 3 pintu cuma harga RM299. Ruang loker sangat luas nak simpan barang.

Almari Dombas - RM299


Nak karbinet baru untuk tv korang? Silalah beli karbinet ini. Sangat hipster rak gentian aluminum sebagai perabot raya nanti. Warna pun aum! & paling penting tak berat mana pun. BBL nak warna biru tu.

Karbinet Hittorp - RM239


Karbinet Ikea PS - RM 249


Bila dah masuk Ikea, tak sah kalu balik tangan kosong. Selalu BBL akan beli Bastis walaupun pengolek habuk kat rumah tak habis pakai lagi. Hahaha


Oh sempat lagi kawan beli lampu sisi table. 2 tahun lepas BBL pernah beli lampu lantai. Balik rumah dah siap pasang tercari mana mentol LED tapi tak jumpa dalam kotak. Rupanya mentol dijual secara berasingan. Nak beli lampu kenalah beli sekali mentol tu. Jangan jadi macam BBL beli lampu sahaja tanpa mentol.


Jadi hujung minggu ini luangkan masa ke Ikea membeli perabot & dekorasi lebaran nanti. Ops jangan lupa datang awal jika tak bersesak que beratur. Alhamdulilah merasa jugak makan meatball Ramadhan walaupun terpaksa tunggu lama.


Untuk senarai penuh produk Doftrik boleh rujuk link ini -

BBL ~ alhamdulilah lega
(ɔ˘з˘)ɔ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

20 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Woww, awat jauh sangat.. Klu dekat confirm ajak hubby gi ikea hari2..")

    ReplyDelete
  2. dapnya meatball ... T_T

    meatball jugak yg aku nampak ye.. wakaka . perut ceruk2 nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi beratur panjang2 boleh makan meatball. lega perut..

      Delete
  3. Tengah tunggu rumah siappppp. Lepas tu terus nak ukur rumah dan beli barang dekat ikea yey!

    Anyway, jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete
  4. minggu dpn p IKEA nk beli lah lantern tu ...lawa


    kolin zainal

    ReplyDelete
  5. cantik deco IKEA ni..baru lagi eh? sebab pergi haritu xde lago deco camni

    ReplyDelete
  6. minat jugak barang ikea tp bila tengok regenye.. lahai seram pulak rasa.. hehe. pernah beli meja kopi masa saless kt ikea, tp air tumpah, rosak abis kayu dia.. sedih. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kheeeennn.. sbb tu mak tak suka brg ikea ni. dgn sesak orgnya.. bratur bagai.. rimas mak.. mak kalau pegi ikea makan meatball jew.. nk bli prabot mak g kedai yg murah2 jew..

      Delete
    2. @Mak Jemah
      amboi.. buat sendiri sudah meatball tu. dh bnyk org duk share pasai reseipi meatball. dah tak payah bratoq p mkn kt ikea dh. hehe..
      kalau sy beli prabot slalu kt courts je mak.. dekat ngan rumah. tak payah nk g jauh2. pilihan pon bnyk. harga pon boleh tahan murah. tambah2 pulak time promosi. haha. jenuh suami nk mlayan sy duk belek brg kt courts..

      Delete
  7. itu le. meriah nau nampak. duk ralit sgt bersembang ni mesti jenis beli barang online ni. order je. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. chill la.. mak nak share pengalaman mak je.sekadar berkongsi. huhuhu. tp mmg. mak seyju dgn @Cikgu Jamila. kt courts kalau time promosi mmg brg jual murah nau2.. lg2 yg ambik flexicredit. diskaun smpai separuh harga uols. mak pernah ambik sofa pakai flexicredit.

      Delete
    2. senang je2.. bawak ic g courts kata nk buat flexicredit. lepas tu dah boleh beli brg dah.huhu.. tp make sure uols sblm sign agreement buat la term nk bayar mcm mana brapa lama. make sure uols bayar on time. baru takde mslh d kemudian hari

      Delete
    3. macam amik loan perabot kedai biasa jelah. berminat jugak nak angkat dslr kat courts

      Delete