Takutnya Bila Dapat Surat Amaran Dari 8Share Malaysia
1:45 AM
Assalamualaikum & hello there,
Cerita ini dah tersimpan 2 minggu dalam file draf tapi hari ini baru siap taip & publish
Awal bulan September lalu BBL ada request cash out amount RM50 dari akaun 8Share Malaysia. Ini pun kes gatal tangan tak boleh tengok duit banyak. Step cash out macam biasa lah, tekan button cash out & submit berapa ringget nak keluarkan. 2 minit lepas tu dapat email dari Yuna mengenai notification cash out tersebut. Kemudian kena tunggu seminggu 2 lagi sebab dorang proses cash out pada minggu ke 2 dan minggu ke 4 sahaja setiap bulan.
Tut-tut 2 minggu lepas tu dapat email "cash out request unsuccessful" tapi buat muka tak terkejut. Pastu terfikir kejap sebab apa kena reject, rupanya nama sebenar silap. Cepat-cepat repair nama betul & double check no akaun bank. Hari tu jugak BBL request sekali lagi amount RM51 - seringgit untuk processes fee.
12 Oktober dapat lagi email "cash out request unsseccessful" dari Yuna 8share. Waktu tu memang cuak habis. Termenung kejap kenapa boleh 2x rejected. Recheck email rupanya sebab FRAUD - penipuan. Tergelak dalam hati oh akhirnya 8Share dah detect spam punya pasal la.
Tak puas hati punya pasal, BBL terus hantar email tanya sebab kenapa tak boleh cash out kepada Yuna 8share. Email tu macam ini la.
Esoknya Yuna 8Share replay email tu. Dia ada tanya cara BBL share link kempen dalam blog. Dengan jujurnya terus hantar screenshot link 8share dalam blog. Dapatlah email kenapa tak boleh cash out.
#klik untuk besarkan
Resultnya amount akaun 8Share di reset kepada RM0.00 - itu nasib baik tak terus jadi suspended akaun. Tapi dah seminggu amount tak berubah jadi kosong pun. Even ada orang klik kempen BBL, terus bertambah 20sen ke amount RM90 tu. Pening jugak.
So, kepada blogger yang ada akaun 8Share & aktif sharing kempen terbaru, ini BBL nak bagi nasihat sikit sebelum terjadi seperti kess BBL atau lebih teruk korang akan di block for ever ever dari 8Share Malaysia.
- Jangan trick orang lain untuk klik iklan kempen. Elakkan guna perkataan seperti "Klik link ini", "tolong saya klik" atau apa jua perkataan rayuan untuk suruh orang klik. Jangan memandai tukar gambar lain yang tak ada kena mengena dengan kempen macam letak gambar awek seksi atau gambar makanan untuk kempen sabun basuh.
- Elakkan memasukkan lebih dari satu link kempen dalam satu status update / tweet. Kalau boleh asingkan antara kempen A dan Kempen B.
- Di larang sama sekali share link iklan dalam group facebook, fan page, forum atau job site.
- Ingat jangan PM kawan dalam fb untuk klik iklan korang tu.
So far, amount dalam akaun 8Share tak berubah. Boleh tak nak request cash out sekali lagi?
Baca jugak entri 8Share ini
BBL ~ kena berhati-hati la
┐( ̄ー ̄)┌
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
24 Budak Suka Minum Bandung Laici
Bahaya juga kan.. baru tau
ReplyDeletelepas ini kena berhati-hati ya
Deletegroup facebook pun x boleh? alaa, mcm dahhh terrrrr je.. haha
ReplyDeletekalu dah buat tu, jangan buat lagi next time
Deletenasib baik tak pernah buat lagi..
ReplyDeletethank you for the sharing..
ha jangan buat tau
Deletelama dah x share dekat says nie. hahaha. yuna asyik email tanya bila nak share lagi lols.
ReplyDeleterasa macam dah malas nak share kempen 8share
Deleteskrg dah makin nonsense la 8share...malas pulak nak layan..hahaha..harap BBL dapat la kekal dengan mereka.. :D
ReplyDeleteyeah baik cik Sally
Deleteish! terima kasih atas perkongsian ni. bahaya sungguh. Kalaulah jumlah dia banyak, erks.
ReplyDeleteTake noted tau
Deletengade - ngade la 8share ni . esh
ReplyDeleteSabor jelah
DeleteAmboi yuna makin menganas ni. Haha
ReplyDeletejaga-jaga tau
Deletetakut jugak ni,, farra selalu publish dkt fb link iklan 8share,,, tp xtau lah salah ke ta.. risaunya
ReplyDeleterasanya selagi nak push friends klik link tak salah
DeleteOwh.. ada syarat gak ye.. setakat nie just suruh orang baca je..
ReplyDeleteyup ada syarat jugak
DeleteKalau kita create halaman then share kat situ boleh x???
DeleteSalam..nak tanye boleh?..sy baru je sign up 8share..
ReplyDeletemcm mane u guys share special tu?
Sy terus je klik kt google share..betul ke?
And sy copy link y diberi..tp sy paste and post mcm tu je dekat wall fb sy...betul ke mcm tu?
#sayebudakbarubelajar #mohontunjukajartuanguru
So kalau dah terbuat ni takpe ke ? Sebab dia minta ic and no account bank ?
ReplyDeletekenangan yang tak ku lupa di zaman 8 share sekarang jadi 8coin Saya dapat hadiah TV samsung 32 inch TV di pos terus ke kelantan
ReplyDelete