Selamat Hari Lahir Tun Mahathir!

4:37 PM



Assalamualaikum & hello there,

Hari ini genap 89 tahun usia mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Tak sangka Tun masih gagah berdiri & sering berjalan-jalan sekitar KL bersama anaknya. BBL pernah baca beberapa blogger terserempak Tun di Bukit Bintang & di Masjid Negara sebab Tun selalu solat Jumaat di situ. Teringin nak jumpa Tun tapi belum ada rezeki lagi. 

Paling menarik, pada 12 Julai adalah hari lahir bagi isteri Tun, Tun Dr Siti Hasmah. Kan #sweetkurma boleh raikan hari jadi bersama. Soal biodata Tun & Tun Siti, korang boleh Google sendiri cuma entri ini mengingatkan hari istimewa tokoh BBL paling kagum abad ini. Terima kasih Tun untuk idea kehadapan membawa Malaysia ke tahap ohsem ini. 

Untuk meraikan hari bertuah ini, admin Page FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad iaitu @adammukhriz7 mintak kita semua upload satu post ucapan ala-ala contoh bawah ni! Yang havocnya semua ucapan & gambar korang akan diprint out & dicompilekan menjadi sebuah buku. Buku ni pulak akan dihadiahkan kepada Tun M sempena hari jadinya! So apa lagi! Post lah ucapan korang sekreatif mungkin kat FB, Twitter or IG berserta hashtag #HBTunMahathir89 #HBTunMahathir89 #HBTunMahathir89 #HBTunMahathir89 


 Gambar curik dari instagram.com/faizdickievp

Hari ini header BBL bertema hari jadi Tun M sebelum kembali kepada mood Ramadan esok. korang sayang Tun Mahathir tak? Okay BBL nak jerit kuat-kuat, saya sayang Tun Mahathir!!! sambil tarik nafas dalam-dalam.

BBL ~  Allah panjangkan usia Tun M & Tun Siti 
ヘ(^_^ヘ)


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici