P1 ToGo MiFi - Percuma 1 Bulan Internet!

11:11 PM

Assalamualaikum & hello there,


Budaya Belia dan Urbanisasi Pemacu Pelan Internet Tanpa Had

8 April, Petaling Jaya – Packet One Networks Sdn Bhd (P1) hari ini mengumumkan promosi terbaru Kempen P1 ToGo, yang menawarkan langganan percuma satu (1) bulan bagi mereka yang melanggan di atas talian. Kempen P1 ToGo ini diadakan bertujuan untuk membolehkan para pelanggan terutamanya warga belia yang berusia dari 20 – 34 tahun, untuk terus berhubung dengan mudah dan tanpa risau tentang penggunaan data yang terhad. Segmen pelanggan ini mewakili 36% para pengguna tegar Internet, yang secara majoriti terdiri daripada warga kota.

Terkini, didapati trend untuk menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak semakin meningkat di kalangan pengguna, terutamanya golongan warga belia. Di samping itu, pembelian kandungan definisi tinggi (HD) dan penggunaan peranti skrin besar secara meluas telah dikenal pasti sebagai punca utama kehabisan had data pengguna sebelum tempoh bil berakhir. Menyedari trend tersebut, Kempen P1 ToGo telah menawarkan lebih nilai kepada pengguna dengan memberikan data tanpa had dengan kelajuan sehingga 1Mbps, pada harga RM115.53 sebulan.

“Kami sangat teruja melihat trend aktiviti digital yang semakin meningkat di kalangan pengguna dari semua peringkat umur, terutamanya generasi milenium," kata Lai Shu Wei, Ketua Pegawai Pemasaran P1. “Dengan penglibatan tinggi di kalangan pengguna di rangkaian sosial serta atas talian, keperluan untuk berhubung pada setiap masa, di mana sahaja, melalui pelbagai peranti, adalah tinggi. Di P1, kami bersedia untuk memenuhi keperluan ini untuk membolehkan pelanggan menggunakan Internet secara maksimum.”

“Ramai golongan belia berhijrah ke kawasan bandar untuk peluang kerjaya yang lebih baik. Majoriti daripada mereka memiliki pelbagai peranti dan bergantung sepenuhnya kepada Internet untuk mencari pekerjaan serta berhubung dengan keluarga," tambah Shu Wei. “Modem MX230 yang ditawarkan dalam pakej P1ToGo ini dapat membantu memenuhi keperluan tersebut dengan keupayaan menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak, sama ada ketika berada di dalam atau di luar bangunan, pada bila-bila masa. Dengan modem MiFi ini, pengguna dapat menyambung dan berkongsi pelbagai peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, serta tablet, ke Internet; di mana-mana sahaja mereka berada,” kata Shu Wei. “Dan berita baik ialah, pengguna yang melanggan di sepanjang tempoh kempen ini akan diberikan langganan secara percuma untuk bulan pertama sekiranya mereka membuat langganan pakej di atas talian!”

Tempoh kempen bermula dari 6 April sehingga 13 Mei 2015. Maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di http://www.p1.com.my/mifi/

Setiap hari mesti kita buka telefon atau tablet untuk surfing internet kan. Masalah kelajuan internet slow & kadang-kadang terputus line buat hati rasa sakit. Itu belum lagi waktu nak update apps. Mau berasap panas tangan nak tunggu 1 app update. Tambah lagi blogger seperti BBL. Mesti nak line internet stabil & berkelajuan tinggi untuk update entri terbaru atau submit draft kepada client. 


Yeay dengan adanya plan terbaru P1 ni rasa macam lega pulak. Hanya RM 115.54 sebulan (termasuk GST) dengan kelajuan 1 Mbps rasanya tak jadi masalah nak bayar. Nak jimat boleh share dengan housemate rumah. Paling penting unlimited quota ya. Itu paling nak sangat. Baru tenang hati nak tonton running man secara online. Hahaha


Setiap pendaftaran, korang akan mendapat MiFi moden secara PERCUMA & 1 bulan Internet PERCUMA. 


Nikmati kebebaskan untuk berinternet tanpa limit dengan semua jenis gadjet korang ada seperti telefon, tablet atau laptop. Tiada lagi beban wifi. Dengan pendaftaran secara ONLINE, korang akan mendapat 1 BULAN PERCUMA internet berkelajuan tinggi.

Cara pembelian :

Online 
Pilih plan sama ada RM 168.54 / RM 115.54 / RM 62.54
◕ Isi nama penuh, no telefon & email
◕ Nanti pihak P1 akan call korang untuk tujuan melengkapkan pembelian

Senang bukan? Promosi ini akan tamat pada 13 Mei 2015. Cepat rembat sebelum rasa rugi datang.


BBL ~ baru seronok nak surfing internet laju
[^_^]ノ彡

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah,percuma 1 bulan internet.menarik ini :-)

    ReplyDelete
  2. BBL bekerjasama dengan p1 pulak ke? hehehe.. pakai broadband Yes4G je kita. skrg harga dah naik sebab GST.. hampeh tol.. huh

    ReplyDelete