Resepi Mudah Perkasam Laptop Acer

11:23 PM

Assalamualaikum & hello there,

IKAN PEKASAM
  • Pekasam adalah makanan tradisional turun temurun yang pada awalnya dihasilkan secara sampingan daripada lebihan ikan hasil tangkapan dari sungai,tali air dan sawah padi.
  • Pekasam juga adalah makanan peraman tradisional  yang terkenal dari utara Semenanjung.
  • Biasanya pekasam dihasilkan dari ikan air tawar jenis sepat,talapia,lampam,puyu,loma haruan dan lain-lain.Begitupun,ikan sepat paling digemari kerana rasanya yang enak dan aroma yang mengamit selera apabila dimasak dengan pelbagai cara dan resepi  masyarakat setempat.
  • Analisis yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan  dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI) membuktikan yang ikan pekasam mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kandungan garam lebih rendah berbanding hasil ikan awet lain.
  • mengikut kaedah tradisional,tempoh perapan mengambil masa agak lama iaitu sekitar empat hingga lapan minggu.Penyelidikan moden menemui satu kaedah ikan baru untuk menghasilkan ikan pekasam  yang boleh diperap sekitar satu hingga dua minggu.

Sekarang musim panas elok jugak kalu masak perkasam sebagai menu makan tengahari. Hari ini BBL nak share 1 resepi paling mudah blogger boleh buat tutup mata je iaitu perkasam laptop.


Caranya :
  1. Basahkan laptop kesayangan (tak kisah jenama apa pun, brand Apple paling sodap)
  2. Masukkan ke dalam tong / bekas besar berisi beras
  3. Biarkan 2 3 hari (jangan usik)
  4. Pergi ATM machine, keluarkan duit & cari kedai komputer
  5. Pilih laptop yang berkenan di hati & beli.
  6. Tada..anda dah ada laptop baru. Wink wink
Macam mana? Mudahkan.. 

*Loptop BBL masuk air. Jangan di tanya kenapa blog ini tidak di update berhari-hari.

BBL ~ adoi..bencana alam betul
[T,T]

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

18 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. HAHAHAHAHAHA ! Tabahlah BBL laptop masuk air pulaaaa.

    ReplyDelete
  2. Hahaha...bila baca yg no.1 tu nampak cam pelik. Npe perlu basahkan laptop....hahaha..terkono den.

    ReplyDelete
  3. Hoiii laaa...dah kenapa teruk sangat BBL oiii....kesiannya!

    ReplyDelete
  4. Lorr...ingatkan apalah tadi.
    Camne leh kena air, kucing tumpahkan air ke?

    ReplyDelete
  5. hahaha.. baca tajuk pun dah rasa pelik.. tapi betol la kan.. dalam pekasam kan kena letak beras kisah.. hehehe

    ReplyDelete
  6. kadang kadang kita kena redho...hmm..kesian kesian

    ReplyDelete