Umobile & Ketchup Ajak Makan Makan Raya

10:10 PM

Assalamualaikum & hello there!

Syukran betul dapat invatation makan-makan dalam bulan Syawal ni. Tempoh hari BBL ada sertai kempen 'Makan-Makan Raya' yang dianjurkan oleh U Mobile kerjasama dengan geng Ketchup. Kebetulan event di cafe favorite BBL kalau mengidam makan Bingsu. Jom check out guys! 

CAFFE BENE, SUNWAY PIRAMID

CaffeeBene sangat famous dengan menu waffle & gelato. Actually CaffeeBene membuka café yang pertama di Korea pada April 2008. Ciri unik café korea telah digabungkan dengan aliran citarasa & lifestyle kafe Eropah. Lagi satu, nama CaffeeBene diinspirasi dari perkataan Itali iaitu, ‘Caffee’ bermaksud kafé manakala ‘bene’ bermaksud baik. Lalu jika di translated bermaksud ‘café yang baik’ atau ‘Good Café’.


 CARAMEL CINNAMON BREAD : RM16.95

 HONEY GARLIC & CHESE BREAD : RM18.00


TIRAMISU WAFFLE : RM15.90

Ini lah BINGSU yang famous kat Korea tu korang, datanglah sini kalau nak try,  BINGSU ni dia macam ala ala Ais kacang kalau kat Malaysia . Sedap sedap . lepas makan dapat pulak pekena BINGSU ni .


Caffe Bene juga terkenal dengan gelato. Rasa coklat yang sangat sedap. Ada rasa sedikit pahit ibarat makan dark chocolate. Kepada peminat coklat, wajib cuba.


Nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web Caffe Bene tau


YOSHINOYA & HANAMARU , AEON MALL SHAH ALAM

Yoshinoya Hanamaru menyediakan beberapa makanan Jepun seperti Udon dan yang lazat dan sihat. Bahan-bahan yang digunakan pula merupakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan terbaik. Walau bagaimanapun, masakan Jepun ini di'Malaysia'kan sedikit untuk menepati citarasa kita.



Nak tahu lebih tentang restoran ni boleh layari laman web mereka  okay  


Haa, Wait korang ! Kempen ini bersempena U Mobile ingin menghargai pelanggan supaya mereka dapat menikmati keistimewaan di 6 F&B yang beri kerjasama iaitu Caffe Bene, Fish & Co, Yoshinoya Hanamaru, Sangkaya, dan Sweet Hut dengan menggunakan aplikasi MyUMobile. 


Kempen bermula daripada 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016. Apa yang perlu anda lakukan adalah bayar bil atau Topup dengan menggunakan aplikasi MyUMobile dan nanti boleh tebus tawaran hebat serta berpeluang untuk memenangi percutian 3 Hari 2 Malam di Penang. Menarik kan?

BBL ~ terima kasih Umobile & Ketchup
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici