Cara Saya Shopping Barang Dapur Tanpa Keluar Dari Rumah Dengan Honestbee!

7:08 PM

Assalamualaikum & hello there,

Ping..ping..ping…

Mak terus bergegas ke bawah pokok saga depan taman perumahan sambil pimpin saya. Setiap kali lepas basuh baju jam 9 pagi biasanya mak akan tunggu van “pasar bergerak” pak cik Din datang ke kawasan perumahan kami. Memang seronok tengok satu van penuh dengan barang basah seperti buah, sayur, ikan, udang, sotong, ulaman yang masih segar hinggalah rempah ratus dan jajan mainan budak. Itu pengalaman mak-mak kita beli barang dapur era 90an tanpa perlu tunggu pergi ke pasar setiap pagi. Mesti pernah alami jugak kan? Kalau yang hebat sikit, datang dengan lori mini – confirm penuh mak cik jiran rumah keliling satu lori mini tu. Tak boleh nak celah langsung tengok sesungut sotong hehe.

Lepas tu dah maju sikit pergi beli barang dapur kat pasaraya besar. Suasana macam pasar cuma lebih bersih dan teratur. Bab nak beratur timbang barang tu leceh sikit, tambah lagi waktu weekend. Sabar jelah bila orang depan nak timbang satu troli barang padahal kita nak timbang peha ayam 4 ketul je pun. Kan….

Sebenarnya BBL sendiri suka beli barang dapur kat pasar sebab ada banyak pilihan barang segar. Cuma leceh kena keluar awal pukul 7.00 pagi atau terpaksa parking jauh sebab parking space limited. Sama jugak pasaraya besar, time hujung minggu confirm parking penuh sampai kena pusing 2 3 kali semata dengan harapan ada customer dah habis shooping. Bila barang nak beli semua dah masuk dalam troli, kena beratur macam bayar tol kat kaunter pembayaran. Itu pun satu hal leceh nak kena hadap. Oh masalah betul bila mood rajin nak masak sendiri kat rumah.

Sekarang dah cara lagi mudah beli barang keperluan dapur tanpa keluar dari rumah. Eh, mesti suruh husband atau anak pergi beli kan? Mak tunggu kat rumah sambil tengok movie korea. Hahaha pun bukan la. Come on la zaman millennium 2017 semua benda boleh dapat hujung jari kan.

Yes, Honestbee.com ada untuk anda – platform mudah shopping keperluan dapur

28 Januari 2017 lepas BBL attend Honestbee Media Launch Ceremony di Restaurant The Bee Publika, Solaris Dutamas Kuala Lumpur. Kami para media dan vvip diberi taklimat pengenalan dari Honestbee’s founder. Bukan hanya barang dapur je, kek dan pastry juga team Honestbee boleh hantarkan.


Antara store yang korang boleh pilih item fresh termasuk Ben's Independent Grocer, Wondermilk, Shojikiya, GNC Live Well, La Juiceria, Cookie Box, FarEastFlora.com dan banyak lagi akan datang. Sebut sahaja bahan mentah, jus buah, bunga segar atau produk baking.



Cara Applikasi Honestbee Berfungsi

1)       Download dulu applikasi Honestbee di App Store/Google Play Store atau website 
2)      Lepas download, pilih item atau barang dapur yang anda ingin dan order
3)      Automatik team Honestbee akan menerima pesanan dari korang dan mereka hanya pilih bahan mentah segar untuk anda
4)      Jangan bimbang hanya produk yang berkualiti dan fresh sahaja akan dipilih (macam beli untuk diri sendiri)
5)      Team delivery Honestbee akan terus hantar barangan dapur yang dipesan tadi terus kepada alamat rumah anda
6)      Barang tersebut akan sampai dalam masa 1 jam je atau kurang dari sejam
7)      Anda juga boleh memilih waktu delivery seperti waktu korang pulang dari kerja




Alahai senang amat sangat guna applikasi Honestbee. Lepas bangun tidur sambil golek atas katil boleh tekan tekan order barang dapur dan tunggu team delivery Honestbee hantar barang segar tadi depan rumah. Tak payah bersiap make up bagai, bazir minyak petrol dan duit parking semata nak pergi pasar.

Semasa event tu, BBL cuba terus order barang dalam Honestbee. Beli coklat cadburry, candy dan granola snack. Dalam 45 minit macam tu barang order tadi dah sampai betul-betul ke Restaurant The Bee.


Tada abang Honestbee hantar kat tempat launching Honestbee.com. Cayalah


Tada...stok untuk tengok movie kartun.

Istimewa untuk readers BBL, nah voucher RM30 PERCUMA untuk anda shopping dalam Honestbee! Tepuk tangan sikit..

CODE : BEE30


Sila guna sebelum 31 Mei 2017 tau.

Kini tiada lagi alasan malas masak sendiri kat rumah tu. Hujung minggu tak payah lagi rushing pergi pasaraya semata untuk penuhkan stok keperluan dapur dan juga peti ais kesayangan anda tu. 


Untuk maklumat lanjut sila layari

Laman Web | Facebook | Instagram

BBL ~ Done beli sotong dan ketam
 ヽ(^。^)ノ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici