4 Produk Kecantikan BeautyXtra by EHL Mesti Cuba

5:58 AM

Hello there, 

Bukan senang nak cantik tapi mudah je nak cantik. Macam familiar je ayat ni kan. Well siapa tak suka sesuatu indehh (indah) termasuklah rupa paras. Lagi bagus cantik luar, cantik dalaman. Oh ya BBL nak share dengan anda tentang EMPAT produk popular kalangan wanita.

1️⃣  sMTS Solube MTS - Enjoy Benefits of Microneedling with NO PAIN

Pernah dengar rawatan microneedling? sangat popular di barat dan korea iaitu guna stroller dengan jarum-jarum halus untuk cucuk bahagian kulit muka. Biasanya kat klinik kecantikan, mereka akan cucuk kulit sekitar wajah dengan jarum untuk menolong muka generate kulit baru. Sebenarnya setiap orang ada natural beauty colagen, namun ia perlukan ejen untuk boost kulit muka. Sebab tu pakar-pakar kecantikan sMTS berusaha menghasilkan produk membantu 'ejen semulajadi muka' menjaga kesihatan wajah. Maka terhasil sMTS dengan kaedah kurang sakit tetapi lebih berkesan dan mudah. 


Cara nak guna sangat mudah dan praktikal untuk buat rawatan ni kat rumah sendiri. 

1 - Selepas cuci muka, picit sMTS Oil Spicule Essence pada wajah
2 - Urut secara perlahan 20-30 saat untuk make sure meresap dalam kulit. Rasa macam skrub muka gitu.
3 - Lepas tu apply mask lebih kurang 15-20 minit. Mask ni akan menolong micro-needle tu masuk dalam
4 - Dah selesai tepuk-tepuk manja bahagian muka. Jangan cuci muka pulak sebab cecair mask baik untuk melembapkan wajah dari kulit kering. 


 - sebelum -

- selepas -

Ha tengok blogger Zharif yang pertama kali pakai face mask kat muka. Katanya kulit muka lebih fresh lepas guna sMTS ni. Kalu lelaki pakai boleh instant glowing apatah lagi wanita di luar sana mencuba produk sMTS yang sangat popular kat Korea Selatan ni. Antara testimoni yang berjaya dengan rawatan kulit muka sMTS. 

Sebagai permulaan boleh cuba sMTS Crystal Mask Pack Kit dengan 5 set. Seminggu boleh pakai 2 atau 3 kali bergantung keperluan anda. 

🔹 Harga sMTS Crystal Mask Pack Kit RM 350


2️⃣ Dr June Rose Water

Sesuai bagi memberi kesegaran pada wajah bila-bila masa di mana jua dengan semburan air tulen rose. Pertama kali jumpa dr June memang tak sangka umur beliau lebih dari wajah muda. Bila tanya tentang petua, rahsianya cukup simple. Sembur rose water setiap hari. 

BBL sempat cuba ros spray ni. Rasa cukup fresh lepas kena semburan macam kabus kat muka. Btw boleh spray direct bahagian mata dan tak akan pedih, so tak payah risau kena tutup dua belah mata time spray. Bau ros sebenar cukup kuat dan melekat pada pori-pori muka. Nice betul macam pakai perfume. Lagi satu, semua jenis kulit boleh guna ros spray kerana tak mengandungi bahan kimia, pewangi tambahan dan terbukti selamat oleh ujian makmal. 


Mist spray sangat senang dibawa ke mana-mana. Size yang kecil memang muat masuk dalam handbag atau poket. Malah boleh dicaj dengan kabel USB sama seperti smartphone korang. Sesuai sebagai hadiah untuk orang tersayang. 

Ada banyak kebaikan air bunga ros, antaranya :
 mengekalkan keseimbangan pH kulit dan mengawal minyak berlebihan
anti-radang yang membantu mengurangkan kemerahan kulit disebabkan iritasi, menghilangkan jerawat dan ekzema. Juga ejen pembersih dan pembantu yang hebat dalam mengeluarkan minyak serta kotoran terkumpul dalam liang roma tersumbat
 membantu menghidrat, mengekalkan dan melembapkan kulit 
 disebabkan oleh ciri-ciri antibakteria, air ros juga membantu menyembuh kesan jerawat, jeragat dan parut
 menguatkan sel-sel kulit dan tisu kulit
 membantu mendapat tidur lebih baik

Satu set mengandungi nano mist spray, kabel pengecas USB, dua botol rose essece (100 ml & 50ml)

🔹 Harga Dr June Rose Water RM 480 


3️⃣ PACK-age Teen Skin Care (mask that care)

Ha produk favorite BBL sebab mask ni sangat comel. Dua kali seminggu memang kena rest muka dengan mask muka. Setakat hari ni memang tak boleh move on kalu pakai mask PACK-age consolation mask series ada tulisan macam kata-kata semangat gituh. 

Selalu saya pakai jenis bawah ni yang ada tiga variasi iaitu
1. I Love Myself - makeup boosting mask
2. Sweet Dream - deep sleeping mask
3. Don't Worry - healing mask


Semua ni sesuai untuk melembapkan kulit muka serta membantu wajah lebih cerah berseri. Ching! 

Satu lagi jenis mask Pack-age tawarkan ialah Everyday Bouncy facial mask. Yang ni dengan khasiat madu baik untuk mencerahkan kulit muka serta mengelakkan kulit kusam. Packaging dia comel dengan kartun bear. 


Tak cukup tu saje, anda boleh manjakan kaki dengan Monthly New Feet socks pack. Kalu terasa kulit kaki agak kasar, kering atau mengelupas. Elok sarungkan dengan feet sock ni. Pakai selama 30 minit macam tu. Dalam masa beberapa hari korang akan perasan kulit kaki akan mengelupas bukan sebab side effect tapi untuk 'kelahiran' kulit kaki baharu. Nanti bila dah hilang semua kulit kaki lama, kaki akan terasa lebih lembut. Pakai 3 bulan sekali pun okay. 


Untuk hilangkan blackhead hidung, cubalah pakai Melt Me Sofltly Blackhead Nose Strip yang baik mengawal bintik hitam pada hidung. Selain tu ia mengandungi extract herba yang bagus membaik pulih sebum sekitar hidung anda. 

Harga PACK-age
🔹 Float Mask Bundle (8 x mask, 1 x foot socks pack, 8 x blackhead nose strip) RM 110
🔹 Everyday Bouncy Facial Mask (10 pc/ box) RM 100
🔹 Melt Me Softly Nose Strip (20 pc/ box) RM 60
🔹 Monthly New Feet Foot Pack (5 pc/ box) RM 100
🔹 Consolation Mask Bundle (10 pc/ box) RM 95
🔹 I Love Myself - makeup boosting mask (10 pc/ box) RM 100
🔹 Sweet Dream - deep sleeping mask (10 pc/ box) RM 100
🔹 Don't Worry - healing mask (10 pc/ box) RM 100

4️⃣ FVF Tea

Dalaman pun nak kena cantik sihat juga kan. Sebab itu lah anda kena minum FVF Tea yang baik untuk kesihatan usus. Campuran formulasi optimum probiotik, prebiotik, sinbiotik, enzim buah-buahan dan serat diestari yang memberi manfaat kepada sistem pencernaan kita. FVF Tea boleh menjadi sumber makanan yang sangat baik untuk sistem pencernaan dengan bakteria baik bagi memperbaiki usus akibat penuaan, cara makan tidak teratur dan dan tekanan seharian. 


Malah FVF Tea dengan formula yang sihat mampu meningkatkan kesihatan sistem pencernaan, mengurangkan penyakit dan menguatkan sistem imun.

6 kebaikan meminum FVF Tea 
meningkatkan fungsi hati
menurunkan kolesterol
mengawal berat badan
melegakan senak perut dan refluks asid
mencegah kanser
sesuai untuk mereka yang ada
 diabetes
 tekanan darah tinggi
 lipid urik tinggi
 penyakit jantung
 aterosklerosis

Cadangan pengambilan satu sachet setiap hari sebelum sarapan pagi atau tidur. 


🔹 Harga FVF Tea Colon Management RM 160

Berminat nak dapatkan produk tersenarai kat atas boleh call Mr.Marcus 019-2563342 atau follow Instagram @beauty.xtra

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Bagus perkongsian penjagaan muka mcm ni. Sedikit sbyk kita tahu ada produk2 yg bagus dan tips yg sesuai ntk penjagaan yg betul

    ReplyDelete
  2. Skarang banyak dah produk kecantikan yang best2. Yang first tu macam unik je nak try.

    ReplyDelete
  3. Betul2, bagus perkongsian macam ni. Baru tau beautyxtra ni banyak dah keluarkan produk macam macam.

    ReplyDelete
  4. Artikel yang sangat menarik, buat yang ingin mulai investasi lihat juga nih, Kiat Investasi Reksa Dana

    ReplyDelete