SMI Cars Sdn Bhd Offer Diskaun 50% Harga Kereta Di Showroom Terbaru!

11:31 PM


Assalamualaikum korang..

Nak share berita best tentang kereta. Kepada anda yang sedang mencari kereta baru datang la ke showroom SMI Cars terbaharu di Lot 308 Jalan Ampang. Semalam 18 Julai 2020, BBL sempat merasai kemeriahan pembukaan rasmi pusat pameran SMI Cars Sdn Bhd atau dulunya Superbike Motortrade International Sdn Bhd. Siap ada show dari Dato' Jamal Abdillah lagi tau.


Diterajui pengurusan dengan pengalaman lebih 30 tahun tak hairan la SMI Cars mampu offer pelbagai barisan kenderaan mewah khususnya buat rakyat Malaysia terutama mereka yang tinggal di ibu kota. Antara model menarik mata BBL mestilah Lamborghini, Maserati, Ford Mustang, Audi, Lexus, Mercedes, BMW, Mini Cooper, Range Rover serta koleksi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Velfire, Toyota Alphard & Toyota Estima. 

 siapa peminat Lamborghini?

 kereta idaman sang jejaka - Mustang

 Toyota Alphard

Mini Cooper


Kalu tanya saya, kereta mana favorite off course la Ford Mustang & Mercedes GLC 250. Design jentera ni memang sexy selain ciri-ciri kemasan ekslusif pada bahagian dalam. Memang bergaya habis kalu drive kat tengah jalan waktu petang. 

Bukan kereta je ada, seleksi motorsikal berkuasa tinggi seperti BMW, Harley-Davidson, Honda yang dijual pada harga promosi sempena pembukaan pusat pameran baru. Siapa geng konvoi motorsikal mesti tahu brand-brand BBL mention kat atas kan.


Ruang pameran yang betul-betul depan Starbucks Drive Thru Jalan Ampang ni direka oleh sorang bakal arkitek umur 19 tahun tau. Impressive dengan hasil design beliau..ada bakat besar boleh pergi jauh dalam industri. Show SMI Cars terbaru mempamer hampir 150 variasi kereta untuk tatapan para pengunjung. Harga pun siap ada promosi tawaran Merdeka dan potongan 50% potongan cukai buat pelanggan SMI Cars. 


Walaupun dalam keadaan 'normal baharu', majlis perasmian tetap berlangsung meriah dengan kehadiran peminat-peminat automotif serta persembahan artis tempatan popular termasuk Dato' Jamal Abdillah & Nicog. Malah para pembeli boleh melihat sendiri kereta bakal dibeli dengan teliti serta test-drive kenderaan tersebut. Jangan risau pihak SMI Cars sangat menitik berat soal kesihatan sebab setiap bahagian luar & dalam kereta akan disanitasi setiap kali selepas dipandu uji. 

Sesuai dengan insentif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek (PENJANA) bagi membantu industri automotif iaitu potongan cukai jualan 50% amat di sambut baik oleh SMI Cars untuk merancak kembali jualan automotif. 

nampaknya Ford Mustang ni dah ada pemilik baru..


BBL sangat kagum dengan barisan SMI Cars walaupun masih muda tetapi tetap komited menawarkan perkhidmatan terbaik khusus pelanggan-pelanggan. Menurut pengarah SMI Cars, Dato' SM Zulkifli berkata "kami amat teruja dengan perusahaan ini dan tidak sabar untuk berkhidmat kepada para pembeli. Mungkin ada yang mengatakan kami masih muda tetapi di SMI Cars. kami menerima pembaharuan dengan sepenuh hati, sebab itu kami berbangga dengan Irene Deanna sebagai salah seorang pengurus syarikat ini. SMI Cars percaya mereka mempunyai masa depan cerah dengan kehadiran orang muda dalam pengurusan atasan syarikat kerana ianya dapat menggalakkan inovasi dan pemikiran maju kehadapan. Inilah keunikkan SMI Cars kerana kami menghargai kepimpinan belia dan yakin golongan ini berperanan penting dalam industri pada masa akan datang". 


Menurut pengarah muda SMI Cars, Irene Deanna sangat bersemangat untuk terus kekal dinamik dengan matlamat menawarkan kepada pelanggan-pelanggan sedia ada & bakal pembeli dengan tawaran menarik serta pilihan luar biasa khusus buat generasi muda sekarang. 


Harapan BBL dengan penurunan kos memiliki kerenderaan import boleh merancakkan ekonomi negara kita. Ha kepada anda yang tengah mencari kereta idaman hati, datang la ke showroom SMI Cars terbaharu ni. Rebut peluang tawaran Merdeka ini sementara stok masih ada.


Detail maklumat lanjut boleh klik platform social SMI Cars

You Might Also Like

9 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Bestnya ada promosi 50% harga kereta. Dah dekat sangat haaaa. Nanti nak pi tengok.

    ReplyDelete
  2. Betul tu salah satu cara untuk boost ekonomj kita kan. banyak tu diskaun 50% tapi untuk akak masih juga belum mampu untuk memilikinya. insha allah mana tahu kan

    ReplyDelete
  3. Nice promotion by SMI CARS SDN BHD. Nak beli kereta and motor mewah sure buy from SMI CARS SDN BHD

    ReplyDelete
  4. Memang gila tengok kereta kereta mewah yang dipamerkan di situ. Terasa dan dan tu gak nak beli tapi emmmm....faham je la hihi

    ReplyDelete
  5. Fuhh semua kereta mewah. Rasa kerdilnya kalau berada di sana. Lambat lagi lah kot.

    ReplyDelete
  6. Cntik gila keretanya semua. Dapat bergambar pun dh best.. Hehehe.. Banyakla 50persen diskaun.. Boleh la siapa nak beli.. Masa ni la boleh beli

    ReplyDelete
  7. Time ni siapa yang memang nak guna dan beli kereta sesuai sangatlaaa kann, potongan 50% tu mana nak dapat.. kalau kira-kira, harga on teh road jauh murah tau dah tolak semua..

    ReplyDelete
  8. wah... 50% !! thats a lot... wish them more business coming in and successful!!

    ReplyDelete
  9. Wow banyak kereta mewah ni, bagus untuk siapa yang nak upgrade kereta sekarang.

    ReplyDelete