Sedap Betul Iftar Menu Seafood Segar @ Just Seafood, Sunway Giza
9:50 PMAssalamualaikum & hai semua!
Lama betul BBL tak update entri. Sibuk sikit kerja office berlambak sejak dah tak work from home, kena masuk office macam biasa.. sob sob
Nak story hujung minggu lepas BBL pergi makan seafood kat Just Seafood Kota Damansara. Tu pun sebab craving nak makan kerang & ketam FRESH. Nak drive pergi Kuala Selangor macam jauh pulak. Nasib baik Just Seafood Sunway Giza sebelah MRT Surian je. Senang sikit dari rumah kat Bukit Jalil pergi sana naik MRT je
BBL sampai Just Seafood jam 3.30 petang, biasanya time macam ni tak ramai customer. Boleh la makan hidupan laut tanpa segan guna dua belah tangan. Eh kat rumah biasa buat kan.. ke ada orang kopek kulit ketam guna garfu? serius?
Just Seafood dah beroperasi sejak 7 tahun lepas, among the favoruite hot spot bagi mereka yang nak enjoy hidangan seafood segar. Dengan pilhan citarasa menu yang kena tekak rakyat tempatan, no wonder la sini selalu full house dengan customer dari pelbagai bangsa. Kini PERTAMA kali di Malaysia, Just Seafood bawa Baby Lobster diimport dari Amerika Syarikat dengan gaya Louisiana Cajun khas buat pengemar makanan laut. Teringat scene Mr.Bean makan baby lobster waktu dia 1st time makan kat hotel. Hahaha kelakar!
Kebetulan pakej promosi Ramadhan 2021 baru je start. Harga pun reasonable & nampak portion banyak untuk makan 3-4 orang. Dari apa saya baca dalam Facebook Just Seafood, ada 4 jenis sos popular - the original cajun, signature curry, golden salted egg & butter cream milk.
Nak tahu rasa sos macam mana?
The Original Cajun - Menu terlaris NO 1. Campuran rempah Louisiana, Amerika Syarikat dengan citarasa tempatan. Not bad ramai customer suka!
Butter Cream Milk - Boleh cuba & rasa enak. Hanya menggunakan mentega asli
Golden Salted Egg - Di masak dengan telur kuning masin, hasilnya rasa enak tak terperi. BBL recomanded sangat try
Signature Curry - Special bagi korang yang suka rasa pedas rempah. Baru kena dengan selera kan!
Menu mesti TRY off course Nelayan Platter - resepi original dari nelayan Bali Indonesia. Portion cukup wow dengan ketam, udang, sotong, kerang, lala & kepah dikukus. Paling special semestinya sos tradisional yang selalu nelayan sana guna untuk masak makanan laut tu. Kena tuang atas seafood tadi & gaul sendiri. Ummppphh...menyelerakan hati
Bukan tu je, peminat seafood mesti tak senang duduk tengok lobster, oyster & ketam besar amat. BBL dah cuba makan, rasa isi seafood manis, juicy & fresh. Puas hati dapat makan bila tengah craving. Asyik tengok mukbang memang asyik terliur je. Mostly makanan laut ni di bawa khas dari negara luar seperti ketam nipah (dari indonesia), ketam bunga (dari Sabah), tiram hidup (dari Washinton USA), kerang (dari Thailand & Thailand), baby gurita (dari Jepun) serta udang & sotong diterbangkan segar dari Sabah.
BBL letak sekali price list untuk anda refer
1. Baby Lobster
RM80 untuk 1/2kg (12 pcs)
RM150 untuk 1 kg (24 pcs)
*kalu boleh order sos Cajun Asli / pedas Super Panas
2. Ketam Nipah
350g L saiz RM40
450g XL saiz RM55
550g saiz XL RM75
650g-790g saiz 3XL RM100
800g- 1kg saiz saiz 4XL RM140
3. Ketam Bunga (ditangkap pagi & diterbangkan ke KL hari sama, bukan beku tau)
1/2 kg RM40
1 kg RM75
4. Tiram hidup
1 pcs RM18
Beli 4 pcs PERCUMA 1 pcs
Actually ni first time BBL makan tiram fresh. Sos tiram biasa la sebab letak dalam mee goreng. Rasa agak kelat & pelik tapi sedap. Tips nak makan, perah lemon banyak-banyak & telan cepat. Jangan kunyah atau kemang. Memandangkan tiram super fresh, tak hanyir & not bad la rasa tu
Istimewa Ramadhan tahun 2021, Just Seafood perkenalkan pakej Ramadhan Feast dari semurah RM129++ je untuk 2 orang makan. Siap ada Baby Loabster okay. Boleh planning iftar dengan kawan-kawan atau family kan.
Lokasi Just Seafood
2, Jalan PJU 5/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
(landmark Dataran Sunway, Sunway Giza, sebelah MRT Surian)
No telefon : 012-229 0855
Jangan lupa follow & like Facebook, Instagram Just Seafood untuk update promosi terkini
Facebook : facebook.com/JustSeafoodMY
Instagram : instagram.com/justseafood_kd
0 Budak Suka Minum Bandung Laici