Yeay Akhirnya Dapat Pre Order iPhone 13 Pro Max!

3:18 AM

 

Assalamualaikum kawan-kawan..

Lega hari ni akhirnya dapat pre order iPhone 13 Pro Max kat Machine tengahari tadi. Sumpah excited sangat sebaba masa tarikh pre order tarikh 1 Oktober 2021 memang tak sempat nak add to cart terus sold out. Panas macam pisang goreng mak cik kiah iPhone 13 kali ni terutama flashgip 13, pro & pro max. 

Based time period waiting kat website Apple.com.my, next delivery iPhone mungkin dapat sekitar bulan November nanti. Bapak ah lama giler nak tunggu next batch. Dalam hati fikir hurm nampak gaya 8 Oktober nanti kena beratur awal pagi depan Machine. 


Boleh jadi slot iPhone untuk 1st batch order memang limit tapi based pool tweet @XavierNaxa yang result hampir 2 ribu orang berjaya buat pre order tarikh 1 Oktober tu. No wonder la sampai website Machine & Switch hang teruk sebab trafik ramai. Tarikh 1 Oct tu BBL amik keputusan nak tunggu dulu, esok pagi bila buka website Machine memang dah not available untuk pre order kecuali iPhone 13 Mini. So saja la gatal tangan submit email untuk Machine email bagi notification 2nd batch pre order. 


Tup tup pagi tadi dapat email dari Machine yang dorang dah buka slot pre order 3rd batch. Ambik engkau dah slot ke tiga order weh. Collection iPhone seminggu dari 22 Oct. Tu la terus kalut terus buka Macbook buat pre order. Untuk delivery ke rumah amik masa lama sikit & delivery 3rd batch bermula 22 Oct. Sine area rumah memang dekat few branch Machine, so BBL pilih option untuk self pick up kat Machine yang area rumah. 

Untuk pre order, ada 3 pilihan - full payment, deposit RM300 & deposit RM300 under Maxis line. Saya decide untuk pre order RM300 dulu, balance harga iPhone bayar waktu ambil device kat kedai. 

BBL pilih warna terbaru iaitu Sierra Blue dengan kapisiti storage 128GB. Sama macam iPhone 7 Plus yang tengah pakai sekarang. Mula-mula fikir juga nak ambil 256GB tapi bila fikir sekarang ni cuma guna 50GB je dari 128GB tu. Harap cukup la. Yang penting kena tengok kapasiti memory korang guna, contohnya telefon sekarang dah guna hampir 100GB tu.. elok sangat upgrage iPhone storage memory lagi besar. Nak lagi best amik je 1TB tu.. boleh la pakai 2-3 tahun pun belum tentu penuh. Yelah, kalu penuh memory dengan screenshoot je. Betul tak?

Bayar Pre Order iPhone 13 Guna Online Banking

Yes, Machine ada offer few cara untuk membayar deposit pre order sama ada kad kredit, kad debit, online banking & GrabPay. BBL pilih bayar guna online banking je. Lebih mudah. Sama jugak kalu walk in ke Machine/Switch/SenHeng boleh bayar deposit iPhone cash, kad debit atau kad kredit. 

Untuk customer yang full payment bagi option Delivery & Self Pickup

Untuk customer bayar deposit RM300 option Delivery & Self Pickup

Based pengalaman pembeli iPhone pre order dengan Machine, kadang2 just estimate tarikh tu. Contoh kita pilih tarikh 22 Oct, boleh jadi Machine akan email/call untuk self collect lebih awal dari tarikh kita pilih.  Harap-harap boleh dapat sebelum 22 Oktober. Amin. Dah boleh tidur lena sebab dah secure iPhone warna & storage BBL nak. Lagi-lagi benda tengah hot selling, kan pergi beratur 8 Oktober ni warna Sierra Blue size 128GB dah sold out. Terpaksa tunggu ntah bila dorang restock. Cuma bezanya BBL lambat sikit je ambil telefon.. lambat lagi beza 2 minggu je.. okay pujuk diri la nie..


Sekarang just sit back, relax & tunggu next email dari Machine untuk waktu collection. Yelah sekarang kena patuh SOP, rasanya still ikut SOP limited customer yang boleh masuk kedai Machine nanti.

Apa-apa BBL akan update dalam next entri okay. Stay tune tau..

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. BBL, dh dpt ke phone?

    sya dh book 3/10. tapi still x dpt lagi :(

    ReplyDelete