5 Sebab Kenapa Villa Rouhi Retreats Sesuai Anda Menginap Di Langkawi

7:47 AM


Assalamulaikum & hello-helo..

Haip tengah planning nak datang travel ke Pulau Langkawi ke tu? Nie mesti tengah survey rumah atau homestay yang boleh muat 8 - 10 orang kan.. ha elok sangat la sebab saya nak share pengalaman staycation kat Rouhi Retreats, Ayer Hangat Langkawi

Rouhi Retreats merupakan boutique villa persendirian. Mudah nak acces dari Jalan Ulu Melaka serta selamat kerana ia kawasan berpagar. Lokasinya tidak jauh dari pantai popular di Langkawi, iaitu Tanjung Rhu yang terkenal dengan pemandangan indah matahari terbenam. Pemilik Rouhi Retreats adalah seorang arkitek dengan banyak pengalaman dalam industri pembinaan. No wonder la cantik konsep villa Rouhi Retreats ni. 

1. Hidden gems tanpa ramai pengunjung

Oh ya, kalu korang tetiba berkerut dahi nak google Ayer Hangat belah mana pulak ni. Meh BBL bagitau siap-siap. Ayer Hangat ni mukim belah utara Langkawi. Kawasan ni sangat privasi since tak ramai tourist dan berdekatan kampung-kampung penduduk Pulau Langkawi. Sangat sesuai bagi mereka termasuk diri BBL yang tak nak bersesak sangat kat hotel. Well..satu trend pasca pandemik Covid-19, orang lebih prefer datang bercuti tempat kurang tumpuan, lebih privasi & destinasi baru termasuk la di Langkawi sendiri. 

Mostly tetamu sini dari kalangan pelancong asing. Yelah sekarang ramai je orang muda dari negara maju dah jadi digital nomad, asalkan ada internet boleh kerja dari mana-mana tempat kan. 

Dari Villa Rouhi Retreats cuma ambil masa ke destinasi seperti

⭐️ 20 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

⭐️ 26 minit ke Jeti Feri Kuah

⭐️ 28 minit ke Pantai Chenang

⭐️ 23 minit ke Langkawi Cable Car

⭐️ 12 minit ke Langkawi Wildlife Park

⭐️ 10 minit ke Pantai Tanjung Rhu

⭐️ 3 minit ke Pantai Pasir Hitam

2. Villa besar boleh muat 7-8 orang

Satu benda jadi problem bila datang bersama family atau kawan-kawan mesti nak duduk sekali satu tempat kan? Kat Rouhi Retreats tak payah risau sebab satu rumah boleh muat lebih 6 orang dewasa. Bagi mereka yang ada anak pun boleh menginap kerana satu rumah ada 1/2 bilik tidur berasingan. Semua bilik ni boleh acces melalui pintu sliding door. 

- bahagian hadapan boleh parking kereta/van

Setiap villa complete kemudahan seperti ruang santai, meja makan, dapur, peti sejuk & bilik air luas untuk setiap pengunjung berehat. Incase plan nak buat BBQ pun boleh, belakang rumah ada tempat bakar BBQ. Boleh je prepare bahan-bahan mentah kat dapur & bakar ramai-ramai waktu malam. 


3. Friendly staycation berkumpulan

Kemudahan lain Rouhi Retreats sediakan termasuk

 Kolam renang (dewasa & kanak-kanak)

  Dewan serbaguna

  Ruang outdoor

Bukan setakat tempat berehat je, andai kata para tetamu cadang nak guna dewan serbaguna untuk sebarang aktiviti berkumpulan seperti majlis perkahwinan, majlis hari lahir atau sebarang aktiviti dengan kapasiti 30-40 orang pun boleh. Masa hari pertama kami sampai ada majlis minum petang. Fuh seronok dapat mingle around minum teh tarik & kuih muih. Even malam tu ada majlis reception perkahwinan, memang cantik ruang outdoor dengan lampu sekeliling kawasan tu. 

- ruang terbuka sebelah dewan. Kami high tea kat sini bawah redup pokok besar

- dewan serbaguna untuk sebarang keraian atau aktiviti

Ruang outdoor boleh jadikan lokasi aktiviti team building sebagai contoh sukaneka, berkhemah, picnic atau nak pacak glamping sambil tengok bintang waktu malam. Kalu cuaca langit cerah & tak mendung memang boleh nampak banyak bintang bertaburan. Tambah lagi kawasan villa agak terpencil, kurang pencemaran cahaya memang sesuai siapa nak tenung bulan bintang. 

Dari view BBL kan, Rouhi Retreats memang lokasi best nak berehat. Sekelilingan kawasan villa banyak pokok besar seolah-olah kita berada kat rumah sendiri dengan suasana kampung vibes. Home sweet home temanya. Oh lupa nak bagitau, ada anak sungai belakang villa BBL stay ni. Ala tak dalam pun, boleh la rendam kaki sambil main air. Ada tempat duduk persis wakaf kalu sesiapa nak berehat kejap. 

- ni kami breafast beside the pool

- nak berenang waktu malam pun boleh

4. Tempat makan murah-murah

Macam saya bagitau atas tadi, sebab lokasi Rouhi Retreats di kawasan kampung maka banyak kedai makan & warung kampung dengan pelbagai jenis makanan tempatan. Paling penting harga murah amat & sedap sekali. Nak tahu tak, depan pintu masuk Rouhi Retreats  ada warung jual nasi lemak. Cuba teka berapa harga nasi lemak? Seringgit je. Bukan nasi lemak kosong biasa ada telur rebus je. Nasi lemak dengan aneka lauk seperti ayam, daging. Sedap tu sampai blogger Dboy setiap pagi mesti pergi breakfast situ. Warung nasi lemak seringgit buka sampai malam. 

- hidangan minum petang & breakfast semua dari warung sekitar Rouhi Retreats

- malam last kami decide pakai baju kelawar sedondon pergi tapau nasi lemak seringgit hahaha

Nak tahu berapa banyak nasi lemak pemilik warung masak setiap hari? 15 kg nasi ye. Memang tak rugi datang menginap kat Rouhi Retreats ni. Sepanjang Jalan Ulu Melaka ni ada lagi beberapa kedai makan lain. Best betul sini penuh makanan sedap-sedap. 

5. Harga berpatutan

Sebut soal harga bila duduk berami-ramai atau datang dengan family memang cukup berbaloi. Sekarang ni Rouhi Retreats ada pakej lengkap aktiviti, mudah just follow the flow je.  


- kami dah datang sini.. anda bila lagi?

Nak booking boleh terus direct contact nombor bawah. Better cepat book sebab bila musim cuti sekolah atau public holiday memang cepat sold out.

Rouhi Retreats Langkawi
No Telefon : 013-4323268
Email : rouhivillas@gmail.com
Alamat : Lot 69, Jalan Ulu Melaka, Mukim Ayer Hangat, 07000 Langkawi Kedah

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici