Garam SASA Garam No 1 Di Timur Tengah Kini Di Malaysia

7:44 AM

Assalamualaikum semua..

Selepas lebih 50 tahun menguasai 80 peratus pasaran di Timur Tengah   SASA Garam Laut Merah (Garam SASA) yang menjadi  pilihan nombor satu pengguna di sana kini berada di pasaran tempatan. Garam SASA adalah garam halal berkualiti tinggi di dunia. Dikeluarkan oleh Saudi Automatic Salt Refinery,  Jeddah, Arab Saudi.

Perniagaan itu diasaskan oleh Bin Afif pada 1960 diproses secara tradisional dan dimodenkan secara berperingkat sehingga berjaya mendapat pengiktirafan Pensijilan ISO 22000, Food Safety dan Halal. Kilang pengeluaran Garam SASA adalah kilang garam terbesar di Arab Saudi dengan keluasan keseluruhan kilang pemprosesan dan kolam tadahan solar seluas 5 juta meter persegi (500 Hektar).

Pada Ogos 2020, Red Sea Industries Sdn Bhd yang berpejabat di Negeri Sembilan ditubuhkan bagi mengimpot, mengedar dan memasarkan Garam SASA di Asia Tenggara bermula dengan Malaysia. Garam SASA mula dipasarkan di  negara ini pada Jun 2021 selepas  mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengarah Urusannya, Syafirol Hafiz Arsad berkata, sebaik saja Garam SASA menjengah pasaran tempatan, negara dilanda wabak Covid-19 menyebabkan urusan pemasaran turut terganggu.

“Selepas kerajaan tidak lagi mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan pada penghujung tahun lalu, syarikat terus merancang pelbagai strategi perniagaan dan pemasaran Garam SASA,” katanya.

Hafiz berkata, sumber garam ini adalah daripada Laut Merah iaitu laut terpanas dan kedua termasin di dunia. “Air lautnya mengandungi kemasinan yang tinggi dan kandungan mineral semula jadi menghasilkan garam berkualiti tinggi dengan 99.7 peratus ketulenan dan 0 peratus kekotoran logam berat menjadikan ia adalah bahan masakan terbaik sebagai kegunaaan harian.

“Kolam tadahan solar terbesar SASA yang terletak di persisiran pantai Laut Merah menggunakan kaedah penyejatan semula jadi untuk penghabluran  sebelum diproses secara automatik dan dibungkus oleh robot tanpa sentuhan manusia.

“Maka tidak hairanlah  garam ini turut menjadi pilihan nombor satu pemilik restoran dan chef profesional di Negara Timur Tengah yang mementingkan kualiti bahan masakan,” katanya.

Hafiz berkata, kepada mereka yang pernah datang ke Arab Saudi sama ada untuk bekerja, belajar, mengerjakan haji atau umrah, memang tidak asing dengan garam ini. Ada yang beli untuk dibawa balik ke Malaysia.

“Tidak sukar mencari Garam SASA di sana kerana ia terdapat di semua pasar raya dengan harga murah,” katanya.

Garam SASA sedia didatangkan dalam pembungkusan botol 700g yang mesra pengguna dengan dua pilihan lubang tuangan bagi memudahkan kerja memasak.

Kata Hafiz, Garam SASA sudah berada di lebih 2,000 rangkaian kedai serbaneka 99 Speedmart di seluruh negara, Halal Mart,  Lesong Mart dan bakal memasuki ke pasar raya besar  AEON, Segi Fresh dan Mydin.

“Kami akan terus meluaskan pasaran di semua kedai termasuk kedai runcit dan gedung perniagaan untuk kemudahan pengguna. Garam SASA adalah garam botol yang dijual pada harga paling rendah,” katanya.

Garam SASA sudahpun dieksport ke Benua Afrika dan Timur Tengah.

Azadan Jurucakap Garam SASA

Sejajar usaha Red Sea Industries Sdn Bhd untuk memperkenalkan produk halal, bersih dan selamat, syarikat melantik Azadan Abdul Aziz daripada kumpulan nasyid Rabbani sebagai Jurucakap  dan Rakan Sinergi.

Kata Hafiz, Azadan yang lebih 25 tahun dalam industri hiburan tanah air serta berimejkan Islamik diyakini mampu memberi impak positif kepada pengguna.

“Produk atau makanan halal bukan khusus untuk umat Islam sahaja tetapi kepada semua pengguna termasuk yang bukan beragama Islam kerana ‘halal’ juga bermaksud menjaga kebersihan makanan, selamat dan boleh dimakan,” katanya.

Baru-baru ini, Garam SASA menaja pembikinan klip video single terbaru Rabbani berjudul Husnul Khotimah. Rakaman dilakukan di Masjid Sendayan, Negeri Sembilan.


Maklumat Syarikat

Tel / Msg :   +6 012 441 8281

Email :  wecare.redsea@gmail.com

Website :   www.redseaindustries.com

Social Media:    FB - Wecare Redsea (profile) & MySaudi Shoppe (page)

                       :    IG - wecareredsea

E-Commerce:    Shopee & Lazada (MySaudi Shoppe)

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici