Dapatkan Vivo V29 5G Terbaharu Dengan Harga Bermula RM1,899

9:41 AM


Assalamualaikum semua,

Hari ini Vivo Malaysia secara rasmi melancarkan sebuah lagi peranti terkini iaitu V29 5G pada harga cukup berpatutan untuk pengguna tempatan, amnya peminat setia jenama Vivo.


Model ini mendapat sentuhan kemaskini dengan ciri-ciri fotografi potret waktu malam lebih baik. Terutama bagi korang yang suka snap gambar ootd sebelah malam. Bagi BBL fungsi menarik V29 5G seperti ciri Aura Light 2.0 yang boleh memancarkan cahaya hingga 36% lebih terang, selain Smart Colour Temperature Adjustment yang boleh melaras cahaya secara automatik mengikut keadaan cahaya sekitar anda. 


Manakala badan peranti V29 5G menggunakan binaan melengkung sepenuhnya. Size skrin sangat besar 6.78 inci AMOLED 1.5K dengan kadar segar 120Hz. Sangat selesa pegang bagi korang yang suka menonton siri drama atau bermain game dengan telefon V29 ini. Turut dikuasakan oleh cip Snapdragon 778G, memori 12GB & internal storage pilihan 512GB atau 256GB


Bercakap soal fotografi, usah risau kerana sistem kamera 50MP Sony IMX766V (utama) IOS + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (monokrom). Paling awsome kamera hadapan untuk swafoto 50MP AF untuk korang selfie sepuas hati. Kapasiti bateri 4,600mAh dengan sistem pengecasan berwayar 80W. Tidak ketinggalan peranti V29 menyokong NFC yang menjadi keperluan ketika ini. 


Nak tahu berapa harga? Vivo V29 5G dijual pada harga cukup mesra poket iaitu RM1,899 (12GB/256GB) & RM2,099 (12GB/512GB) dengan dua pilihan warna - Starry Purple & Noble Black.


Buat masa terhad, korang boleh buat pra-tempah bermula 21 September  2023 & bakal menerima hadiah percuma bernilai hingga RM995 termasuk fon telinga nirwayar berharga RM259 melalui Shopee, Lazada atau kedai rasmi Vivo berdekatan rumah.

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici