Ramadhan Sekarang Vs Dahulu

1:54 AM



Fuh dah nak habis bulan Syaaban & nak masuk bulan Ramadhan.
Syukur kepada Allah S.W.T. kerana masih diberi peluang untuk 
bertemu lagi bulan Ramadhan.

Bermula hari sabtu ini, 21 Julai 2012 sluruh umat Islam Malaysia akan
mula berpuasa selama sebulan sebelum menyambut Syawal nan mulia.
Banyak kenangan BBL berpuasa waktu kecil, bermacam perasaan ada
letih, penat & lapar mesti terasa di siang hari. 
Bila teringat kembali, mesti rindu sangat-sangat.
Bila berpuasa memang rasa penat sangat tapi bila dah berbuka
rasa nak berpuasa lagi esoknya.
Biasanya waktu berbuka BBL hanya minum air banyak-banyak sebab dahaga!
Kadang-kadang makan nasi cipuk je, air je minum banyak.

Waktu zaman kecil dulu, biasanya sebelah petang BBL bermain layang-layang,
congkak, polis sentri, sorok-sorok sementara tunggu masuk waktu magrib.
Memang seronok tapi balik rumah tercungap-cungap.
Tapi zaman sekarang, kanak-kanak termasuk remaja lebih suka
duduk dalam rumah, tengok tv, online atau main game dalam tab.
Agaknya macam mana dorang nak gambarkan suasana berpuasa zaman kecil.
"bila bulan puasa, saya duduk rumah main game Cut The Rote"
macam tu agaknya. 

Sebelah malam lagi seronok sebab boleh pasang pelita, tanglung & lampu kelip-kelip.
Yang penting BBL & adik-adik suka bawa tanglung pusing satu kampung.
Yelah kan hantu & syaitan kena rantai, jadi tak takut sangat nak jalan waktu malam.

Soal main mercun jangan ditanya, mercun bola, gasing, papan, roket, bunga api
& seangkatan dengannya semua kami main. 
Cuma sejak setahun dua ni, BBL jarang main mercun sebab tak tahu nak beli kat mana.
Setakat bunga api tu boleh lah.

Paling BBL rindu mestilah ikut ayah pergi solat terawih kat masjid.
Suara iman solat terawih sangat menusuk hati & BBL pernah menitis air mata
kyusuk solat terawih. Mungkin itu hadiah untuk bulan ramadhan.
Memang seronok lepas habis solat terawih boleh makan kuih & buah.
Tapi BBL rasa pak iman solat terawih zaman kecik dah pindah kot
sebab suara pak iman bulan ramadhan tahun lepas dah lain.

ha, bagaimana dengan pengalaman korang?
mesti lagi seronok dikenangan kan?



Salam Ramadhan 1433 Hijrah/2012 Masihi
dari

BBL & 
Krew Budakbandunglaici.blogspot.com


BBL ~ puasa, jangan puasa setengah hari
[-_-]""










suka artikel ini? apa kata kongsi dengan kawan-kawan di..

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici