iPhone 5 : Apa Yang Baru?

12:03 AM

Lega sudah hati semua apple fan apabila hampir kesemua rumors
tentang iPhone 5 hampir tepat. Sekitar jam 3.00 pagi waktu Malaysia tadi
berlangsung acara pelancaran iPhone 5 termasuk iPod nano, iPod touch & iOS6.



Jadi apa yang baru tentang iPhone 5 selain dari nama iPhone 5?
Memang dah bosan asyik S je kat hujungnya kan. 

1. Semua design baru

Design iPhone terbaru lebih nipis, ringan, panjang & menawan.


2. Berat

Berat iPhone 5 turut di kurangkan 20% berbanding iPhone 4S
selain  1.5% lebih nipis, hanya 7.6 mm berbanding 9.4 mm iPhone 4S.


3. Saiz paparan rentina

Kali ini iPhone 5 muncul dengan saiz paparan rentina sebesar 4 inci
dengan saiz ketinggian di tambah tetapi masih boleh di gunakan dengan sebelah tangan
Resolusi skrin  4 inci ini 1136x640 sama tajam dengan iPhone 4S.


4. Cip A6

Didatangkan dengan cip pemprosesan A6 yang 2 kali lebih lajuberbanding cip A5.
Paling best grafik jauh lebih baik, saiz lebih kecil & menjimatkan bateri.



5. LTE 4G

Menyokong LTE 4G sehingga 100Mbps tetapi belum sesuai digunakan 
di Malaysia walaupun strukturnya sudah ada & Maxis mempunyai 2 500 kawasan 
menyokong LTE tapi di harapkan Maxis melancarkan LTE dengan secepat yang munkin.



6. Kamera 8 megapiksel

Masih mengekalkan piksel pada iPhone 4S tetapi ada beberapa penambahbaikan
seperti kualiti gambar lebih baik ketika kurang cahaya, kualiti warna jauh lebih baik
dari iPhone 4S & terbaru iSight Camera



7.  Port Charge Baru

Untuk kali ini Apple memperkenalkan port charger baru lebih kecil 
berbanding port kebiasaan produk Apple.
Mungkin sebab port sebelum ini dah kena tiru oleh Samsung untuk port Galaxy Tab.





8. Earpod

Paling menarik ialah earphone Apple yang mendapat sentuhan futureristik,
di beri nama Earpod.




9. Harga iPhone 5

Buat masa sekarang korang boleh menempah iPhone 5 secara online di Apple.com
ataupun boleh naik kereta pergi store Apple Singapura nanti.

Macam biasalah, bila ada keluaran terbaru dari Apple maka
harga produk lama akan turun termasuklah iPhone 4S & iPhone 4

Apple Store Malaysia


Apple store Singapura


Ini iklan rasmi untuk iPhone 5 terbaru


apa-apa pun BBL tetap merasaikan kehilangan original ikon Apple,
Steve Jobs



BBL ~ rasa kehilangan Steve Jobs
[^.^]""







suka entri ini? apa kata  kongsi dengan kawan-kawan di..

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL