Terbeli Samsung Galaxy S Advance

6:25 AM

Assalamualaikum semua pembaca BBL!
BBL baru balik jalan-jalan. Niat di hati saja nak exercise kaki
sambil cuci-cuci mata window shopping tapi
dah tersimpang 4 dari niat asal keluar tadi.
Bila dah berjalan dengan si dia yang tak habis-habis ajak teman makan aiskrim, 
BBL singgah Machinces teman si dia beli chasing iPhone.
Sempat jugak BBL "bermain" dengan iPad HD.
Kamera iPad HD sangat awesome kerana ia menggunakan
lens yang sama pada iPhone 4s. Tapi BBL terpaksa tahan diri
dari terbeli iPad HD sebab ada lagi keperluaan lain nak beli.
Kemudian singgah Samsung Store sambil cuci mata dengan
 Samsung Galaxy Tab 2 10.1 & 7.0 yang terbaru.
Bila dah bosan main tab je, BBL melompat ke ruangan telefon.
Rambang mata bila tengok Samsung Galaxy S3 tapi telan air liur
bila tengok harga sesuai slogannya,
 design for human a.k.a design for money. 
Sedang asyik bermain S3, BBL terpandang S2.
Kemudiaan cubalah bermain dengan S2, memang terbaik.
Kamera 8 megapixel, skrin 4.3 inci & andriod 2.3 (Gingerbread)
Di tambah dengan hasutan si penjual, memang cair la BBL.
Sayangnya S2 dah habis stok tapi jurujual mencadangkan Galaxy S Advance.
Bila compare dengan S2 memang lebih kurang sahaja cuma 
skrin hanya 4 inci berbanding S2, 4.3 inci.
Hasilnya, ku bawa pulang si Galaxy S Advance ke rumah.


Oh lupa nak cakap, nak tahu kenapa BBL beli Samsung Galaxy S Advance?
Sebab boleh Instagram!
Bila dah sampai rumah terus kunci bilik, buka telefon & turn on wifi.
Buat masa sekarang BBL belum explore fungsi yang ada.
Jangan risau kerana entri penuh review Samsung Galaxy S Advance
akan menyusul nanti.

Spesifikasi Samsung Galaxy S Advance

4.0 saiz skrin Super Amoled dengan 800x480 pixel resolusi
kamera 5MP & inter-face kamera 1.3MP
1GHZ dual-core processor dengan 768MB RAM
8GB/16GB  internal Storage
MicroSD Card Slot sehingga 32GB
paling seronok Andriod 2.3 Gingerbread
rakam video dalam HD & main semula



Apa pun terima kasih kepada Sony Xperia X8 yang telah kembali ke sarangnya.
18 Oktober ini genaplah setahun BBL bersama X8.
Jangan risau kerana BBL lebih selesa menyimpan telefon dari di jual 
kepada orang lain atau kedai kerana ia menggunakan duit 
hasil blog, churpchurp Says.my


#kredit gambar di ambil dengan Instagram


BBL ~ baru masuk kelas dah ada assignment
[^.^]


Jom Buat Duit Sambil Online Facebook, Twitter & Blog. Percuma & Mudah






suka entri ini? apa kata  kongsi dengan kawan-kawan di..

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici