Terima Kasih Biskut Raya Bite Cookies

1:34 AM

HANGAT! - Sampul duit raya dari Watsons
HANGAT! - Rembat cepat barang IKEA untuk Syawal ini
HANGAT! - Setiap sabun Lifebouy amat bermakna buat mereka


Penat & gembira!
Pada Ramadan kali ini BBL ada menjual biskut raya home-made oleh mak BBL.
Alhamdulilah permintaan kali ini di luar jangkaan kami. Nasib baik sempat siapkan
semua tempahan. Kalu tak, isi kacang jelah dalam balang biskut raya.



Dengan jenama Bite Cookies House by Marou Apple Hijau memang
membawa tuah kepada BBL untuk promote kepada kawan-kawan & lecture.
Mungkin tahun depan BBL akan cuba jual secara online.
Insyallah tahun hadapan.

Tahun ini cukup hanya 9 jenis biskut. Itu pun tak larat nak uli tepung.
Rugi tak sempat ambil gambar proses buat biskut.


Hari ni hari terakhir penghantaran biskut raya kepada pembeli.
Rata-rata pembeli dari kalangan kawan-kawan terdekat, lecture & kawan tempat kerja ayah
Antara biskut di atas, yang paling BBL suka buat mestilah
biskut Marble & Bunga Sakura.

Paling tak tahan dugaan puasa sewaktu biskut siap masak, fuh aroma Butter Cup
seharum bau biskut. Rasa macam biskut tu meronta-ronta cakap
"makanlah saya! makanlah saya! tolong makan"
Tapi bila waktu berbuka, BBL makan biskut dulu sebab nak sangat makan
biskut hasil air tangan BBL duk uli, gaul dengan godek kat dapur.

Dan ini sahaja gambar sempat BBL snap.
Selamat tinggal biskut-biskut. Jumpa lagi pagi syawal nanti.
Tetiba rasa sedih biskut BBL kena makan.
Eh, komen biskut BBL elok-elok. Biskut ini di buat dengan penuh kasih sayang.





BBL ~ SOLD OUT
[-.-]$$


HANGAT! - Hulurkan tangan ringankan beban bersama Lifebouy
HANGAT! - Rembat cepat barang IKEA untuk Syawal ini
HANGAT! - Sampul duit raya dari Watsons


Ai tak kan baca sorang je kot..kongsi la dengan kawan-kawan di...

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici