Cara Nak Dapatkan Sponser Van Air Milo Nestle

4:20 AM

Assalamualaikum & hai semua..

Tengah planning nak organize hari sukan ke tu? Ha alang-alang tu boleh cuba dapatkan sponser air  Milo dari Nestle event korang. Boleh la peserta, organizer dan tetamu minum air milo percuma yang sedap tu. Nestle membuka tawaran tajaan untuk sebarang program  menggunakan letterhead kerajaan, agensi kerajaan, NGO, sekolah, university, kolej, kelab, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat beserta dokumen sokongan. 


Syaratnya mudah saja..

1. Hantar surat permohonan tajaan air milo Nestle - 8 minggu sebelum tarikh kejadian ke

Encik Sulaiman Bin Mohd Yunos
Nestle Products Sdn Bhd
No. 41, Jalan Angklung 33/20,
Shah Alam Industrial Park, Section 33,
40460 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-5131 8910/ 03-5121 3244 
Fax: 03-5121 2243
(En. Sulaiman Bin Mohd Yunos / Cik Azizah Jamal)

2. Masukkan sekali maklumat tentang aturcara majlis/program (seperti hari sukan, pertandingan sukan, larian, atau apa saja aktiviti melibatkan sukan), tarikh, masa, tempat dan anggaran para peserta akan terlibat. Untuk hari keluarga BBL tak pasti dorang boleh sponser atau tidak. 

3. Dah pos atau fax tunggu sahaja surat maklum balas tentang permohonan anda. Jika diluluskan, dapat la satu van milo untuk korang minum nanti. 


So far dah dua kali BBL request sponser air milo iaitu untuk tournament futsal dan sambutan hari kesedaran penyakit berjangkit melibatkan UiTM bersama Pejabat Kesihatan Selangor. Korang cuba je request sponsorship dahulu, biasanya kalu ada kekosongan pihak Nestle akan cuba untuk menyediakan air milo bersama van untuk program tersebut.  

Selamat minum air milo free ye..

*sumber gambar : Facebook MILO Malaysia 

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Terima Kasih banyak-banyak BBL untuk share maklumat ini!!! semoga dapat lulus

    ReplyDelete
  2. sudi tak share kertas kerja, surat untuk buat permohonan... BBL da 2 kali kan buat... pleassse share dgn sy... boleh email tak (haini02@gmail.com)

    ReplyDelete