Doa Untuk MH370

8:50 AM




Masuk hari ini sudah 4 hari pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari
pengawasan radar & menjadi misteri tentang kehilangannya.
Bagi BBL berita kehilangan kapal terbang MAS sangat mendebarkan di sebabkan
abang saudara BBL turut bekerja sebagai pramugara MAS.


Bila tengok berita tentang kejadian ini, terus whatsapp abang saudara BBL,
yelah siapa tak risau orang terdekat terlibat dalam tragedi ini.
Syukur alhamdulillah beliau tidak terlibat dalam penerbangan tersebut cuma
sekarang berada di Manila selepas selesai bekerja dalam penerbangan ke Manila dari KLIA.
Harap-harap penerbangan beliau pulang ke Malaysia pada 13hb ini di lindungi Allah.


Sehingga kini pesawat MH370 masih menjadi misteri lantaran hanya signal terakhir
selepas 2 jam berlepas dari KLIA menjadi klu operasi menyelamat.
Bagi blogger, carian untuk berita kehilangan MH370 mencacak tinggi menyebabkan
berlaku pelbagai spekulasi tentang insiden ini termasuklah
penemuan terkini oleh tentera Vietnam seperti tumpahan minyak & serpihan kapal,
namun ia bukan milik pesawat malang MH370.
Nasihat BBL, seeloknya janganlah terburu update entri tanpa merujuk pihak berwajib.

BBL masih berharap agar hari esok ada berita baik untuk meredakan perasaan
ahli keluarga 227 penumpang & 12 anak kapal. 
Memang kalu BBL berada di tempat ahli keluarga mesti meresahkan hati
memikirkan nasib kesemua warga pesawat MH370

Ini sahaja pertolongan BBL mampu hulurkan selain doa selepas solat.
Semoga dengan banner Doa Untuk MH370 dapat mengingatkan kita
sentiasa mendoakan keselamatan MH370.

Amin.

BBL ~ doa untuk MH370
[>.<]

HANGAT! Mungkin telefon ini akan korang beli selepas tengok warnanya
HANGAT! Comel sticker ini
HANGAT! Rahsia gigi putih berseri terbongkar


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

7 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. ...MAAF tak sempat nak terjah semua entry..rindu nak blogwalking..
    jom singgah blog syira ..doakan untuk MH370 :)
    # Puisi- MH370 Pulanglah ! #

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan oleh -allah. ya BBL.. amin.. :)

    ReplyDelete
  3. Semoga bertemu kembali dengan sanak saudara mereka.

    ZH Blogger

    ReplyDelete