Kekal Cantik Berseri Bersama Safi Di Bulan Ramadan

6:11 AM


Assalamualaikum & hello there,

Memang tidak dinafikan sekarang kita berpuasa dalam keadaan cuaca tidak menentu. Pagi panas kejap tengahari dah hujan lebat. Waktu sahur pun dah kurang minum air kosong & ini menyebabkan badan mudah lesu tapi jangan abaikan kebersihan wajah untuk kekal berseri bulan puasa ni.


Sempena kemuliaan Ramadan, Safi mengimarahkan kesyukuran bulan penuh baraqah ini dengan menganjurkan majlis berbuka puasa & solat terawih bertempat di Royale Chulan, Mutiara Damasara baru-baru ini. BBL berkesempatan join majlis ini bersama blogger lain. 

Kali ini Safi menampilkan kelainan majlis dengan sesi takzirah Safi bersama Iman Muda Asyraf bertajuk "Halal Toyyiban". Ini kali pertama BBL jumpa live Iman Muda Asyraf. Tetiba rasa syahdu bila beliau menyentuh topik "ikhlas dalam memberi", mengingatkan kepada hadirin pentingnya berkongsi rezeki, ilmu yang diperolehi sesama insan. Bagi seorang blogger, yes memang niat BBL taip entri untuk berkongsi ilmu & pengalaman. Sekurangnya ilmu tu tersebar kan walaupun hanya infomasi.


Seterusnya sesi biacara Srikandi SAFI  bersama dua wanita SAFI yang menjadi inspirasi setiap wanita, Nora Danish - Duta SAFI RANIA GOLD & Hanis - Duta SAFI BALQIS berkongsi pendapat perihal penampilan, keyakinan serta keindahan bulan Ramadan. Ini kali pertama BBL jumpa Hanis. Fuh tinggi sangat macam model, tak aspect Hanis tinggi macam tu walaupun dalam cover magazine nampak tinggi. Paling penting dia sangat cantik. 


"Sebagai seorang ibu, kesibukan kerjaya sebagai seorang anak seni saya ketepikan pada bulan ramadan & menjadikan ia sebagai masa terbaik untuk saya meluangkan masa bersama anak dalam mendidik beliau rukun islam ke tiga iaitu puasa. Mendidik anak-anak berpuasa di zaman moden ini berbeza sedikit, jika dia dapat bertahan  separuh hari, saya akan menambah masa bermain dengan iPad beliau serta dapat duit poket", perihal Nora berkongsi cara mendidik anak berpuasa.

"Bagi Hanis pula, Ramadan kali ini berbeza buat saya, kalu dulu soal berpuasa & berbuka semua ibu aturkan kini giliran saya mengalas tanggungjawab sebagai isteri dalam menguruskan hal-hal yang sama. Dulu bangun sahur pun ibu yang kejut, sekarang semua diuruskan sendiri & ibu sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya", ujur Hanis Zalikha duta SAFI BALQIS.


Kedua-dua duta SAFI ini turut berkongsi bersama para tetamu tips-tips kecantikan & penampilan penuh keyakinan. "Pada pendapat Hanis, kunci keyakinan diri sorang wanita itu adalah yakin dengan keunikan personaliti & kebolehan mereka yang tersendiri. 

Tips dari Hanis Zalikha

Bagi individu yang mempunyai jenis kulit muka biasa, gunakan Krim Pelembab Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY. Krim ini sangat membantu mencerah dengan efectif & memastikan kulit sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan & keselesaan agar kulit terasa lembut, halus & bermaya sepanjang hari walaupun berpuasa

Bagi individu yang mempunyai jenis kulit berminyak, Hanis sangat syorkan menggunakan Pelembab Muka Hydragel SAFI WHITE TRILOGY. Uniknya produk ini ia berasaskan air dengan tekstur gel yang sesuai untuk kulit berminyak. Formulas yang bertekstur ringan ini meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Kandungan asid hialuronik di dalamnya mengekalkan kelembapan & kesegaran pada kulit". Ini tips istimewa dari Hanis Zalikha yang mengunakan produk SAFI sejak bergelar blogger dulu. 

Tips dari Nora Danish

Kunci keyakinan diri Nora Danish & rahsia raut wajah cerah remaja semestinya Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD. Serum No.1 di Malaysia ini efektif dalam mengembalikan keremajaan kulit. Ia mengandungi 50x lebih BIO NANO EMAS untuk meningkatkn penghasilan kolagen dengan lebih efektif. Selain daripada itu, ia mengandungi molekul lebih kecil & efektif untuk menyerap jauh ke dalam kulit agar memperbaiki & meningkatkan keanjalan wajah. Gunakan ia selepas mengguna penyegar & sebelum memakai kirm pelembap", ujar Nora lagi.

Produk kegemaran saya yang kedua ini amat membantu dalam mengekalkan kelembapan & kesegaran kulit terutama di dalam bulan Ramadan ini ialah Losyen Minuman Wajah SAFI RANIA GOLD mengunci kelembapan & meremajakan kulit serta mengekalkan kelembapan wajah. Bio Hialuronik di dalam produk ini mengunci lembapan dengan optimun sehingga 24 jam. Ia umpama meminum sehingga 8 gelas air kosong", Nora berkongsi Rahsia kulit kelihatan lembap & bermaya.


Selepas azan berkumandang kami solat Magrib terlebih dahulu sebelum menjamu selera berbuka puasa. Beruntung badan dapat menjadi makmun solat Magrib di imankan oleh Iman Muda Asyraf bersama pelajar taffiz Nur Fattah. 

Sambil makan, Hafiz Hamidun berdzikrullah bersama hadirin. Fuh sedap betul lagu dia. Padanlah cd dia selalu sold out kat kedai. Tak sempat nak ambil gambar dengan Hafiz. 


Yeay minggu ni dapat lagi selfie dengan Nora Danish. Minggu lepas dah selfie. Hahaha


Sempat jugak bergambar dengan 2 3 blogger. Oh baju BBL serba pink sampai orang tegur  tanya nak pergi majlis kenduri kawin. Bukan apa, mood raya tu penting. Hahaha


Jangan lupa dapatkan produk SAFI di kedai berdekatan untuk tampil berseri di hari lebaran nanti. Baru seronok nak melaran selfie kan. 




Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman 


BBL ~ selfie lagi!
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

8 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah meriahnya..

    Saya ada buat segmen. Jom join http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-by-ms-kejupenyet.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah sangat bila blogger berkumpul bersama anak taffiz

      Delete
  2. tak boleh join event nie . terpaksa tolak sebab ada lagi komitmen lain.. huhuhu... enjoy ye korang..

    ReplyDelete
  3. wahh seronoknya join event dan berbuka bersama retis & blogger²

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...majlis yang berkah!

    Harap-harap lepas ni SAFI invite untuk majlis hari raya pulak...hihihi...lupa nak mintak gambar daripada BBL!

    ReplyDelete