Hanya Menu Asli Makanan Kampung Di Kuala Lumpur International Hotel

1:04 AM

Assalamualaikum & hi semua,

Rasanya sekarang dah susah nak jumpa hotel sekitar KL yang sediakan makanan pure masakan tradisional melayu. Lagi susah kalu makanan warisan negeri semenanjung. Bila dapat makan tengahari atau malam lauk ‘orang lama’ mesti terasa throwback zaman hidup kat kampong.

Apa kata BBL syorkan satu hotel area Kampung Baru iaitu Kuala Lumpur International Hotel (KLIH).

Lokasi Strategik

Kuala Lumpur International Hotel ni terletak dalam Kampung Baru serta berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) Cuma 0.4km sahaja. Selain tu anda boleh walk in ke Stesen Monorail Chow Kit yang ambil masa 6 minit je. Parking basement pun ada untuk park kereta anda.



Menu Masakan Melayu Asli



Istimewa tentang Kuala Lumpur International Hotel ini mestilah menu utama makan tengahari atau makan malam yang menyajikan masakan melayu. Kalu nak tahu, setiap menu melayu adalah hasil dari air tangan chef yang 29 tahun bekerja bersama Kuala Lumpur International Hotel. Jarang dengar sorang chef setia dengan satu hotel sama lebih dari jangkaan kita.

Satu lagi fakta menarik ialah tiada staff hotel dari kalangan luar Malaysia, means semua pekerja hotel samaada tukang masak, penyambut tetamu hinggalah pengemas bilik jugak rakyat tempatan. BBL sempat bertanya staff kenapa mereka bekerj bersama Kuala Lumpur International Hotel? Rupanya sebab rasa selesa & semangat berpasukan staff KLIH saling membantu sesama mereka.

Dari pengalaman BBL merasai sendiri menu makan malam KLIH sangat puas hati terutama rendang tok & udang masak lemak.


 *Kerabu Taugeh - sedap

*Rendang Tok


*Udang Masak Lemak

Promosi Istimewa Buffet Makan Malam Melayu

Bermula bulan Oktober hingga 31 Disember 2016 pihak Kuala Lumpur International Hotel hangat mengadakan promosi istimewa menu masakan melayu pada harga RM29 (Normal Price RM59) untuk seorang. Wow sangat murah dengan harga semurah itu korang dapat makan hotel dengan sepuas hati.

Setiap malam, menu utama akan di tukar ganti bagi memberi kelainan pada tetamu. Selain itu, pelbagai rojak serta ulam-ulaman akan disediakan bersama buffet.


Buffet Berbuka Puasa KLIH

Pada ramadhan lalu untuk menu berbuka puasa, pihak Kuala Lumpur International Hotel menyediakan 30 jenis kerabu & 15 jenis sambal yang ditukar setiap hari sepanjang 30 hari berpuasa. Kalu kerabu sahaja ada 30 jenis, mesti bermacam jenis menu utama berbuka puasa kan. Okay tahun depan anda boleh cuba berbuka puasa masakan melayu tradisional di Kuala Lumpur International Hotel.


Pakej Khas MAHA 2016

Sempena MAHA (Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism Show) 2016, pihak Kuala Lumpur International Hotel menawarkan pakej 4 hari / 3 malam HANYA RM 474.00 BERSIH sebilik bermula 4 – 12 Disember 2016 sahaja. Jadi jangan lupa tempah sekarang bilik anda.

Pakej adalah termasuk:
. Bilik standard (Double / twin sharing)
. 1 sarapan pagi di Coffee House
. 1 Makan Malam di Coffee House
. 1 sesi karaoke
. WIFI PERCUMA
. 1 tempat letak kereta PERCUMA

Nak lagi info lanjut, jangan segan silu hubungi Kuala Lumpur International Hotel

Kuala Lumpur International Hotel
78, Lorong Haji Husseein Dua Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur

Telefon
03-2697 8833 / 016-921 8833

Facebook

BBL ~ terkenang zaman kecik atuk masak
(ρ)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL