Kenapa Saya Nak Beli iPhone 7 Plus

9:17 PM


Hai semua,

Rasanya ramai iPhone users dah beli iPhone 7 atau 7 Plus terbaru 2016. Siapa yang masih berangan atau tengah berkira nak pecahkan tabung, kita sama geng. Macam biasa Apple launching dua size telefon, iPhone biasa & iPhone Plus (khas bagi mereka yang suka telefon skrin besar).

Well rasanya korang boleh abaikan entri ini jika dah azam beli iPhone 7 sebab BBL nak citer sebab kenapa anda mesti beli iPhone 7 Plus compare iPhone 6s Plus atau iPhone 6 Plus. 

Perbezaan size & berat iPhone 7 dan iPhone 7 Plus


Sebab 1 : Dual camera

Weh siapa tak teruja bila Tim Cook introduce iPhone 7 Plus lebih special dengan dual camera. Gabungan lens wide-angle & lens telephoto serius gambar jadi lawa habis. Well semua tahu gambar dengan iPhone sangat cantik DAN bila dual lens lagi la awesome!


Contoh picture taken by iPhone 7 Plus. Kamera 12MP depan & 7MP selfie kamera, complete optical image stabilisation - tiada lagi masalah gambar shaking. 


Selain tu BBL rasa tak tenang dengan gambar low-light dari iPhone 7 Plus. Sumpah cantik. Paling leceh bila pergi event dalam keadaan low light, nak guna flash memang tak la kan. Alasan ni memang boleh terima sebab korang rasa nak beli je 7 Plus. 



Optimal zoom pada iPhone 7 Plus boleh tahan hebat. Elok buat skodeng anak teruna kondo sebelah tingkat 16, mungkin boleh nampak jerawat dia. Hahah okay lawak hambar


Sebab 2 : Warna baru - Black & Jet Black

Hitam itu menawan bak orang lama cakap. Special untuk lelaki maskulin atau acah-acah sado mungkin warna Jet Black sesuai dengan citarasa anda. Dengan cerita kesan cap jari mudah melekat pada belakang iPhone warna Jet Black, mungkin sebab warna tu lebih shining compare warna Black looks like stone. Oh bagi BBL mestilah pilih warna Rose Gold. Hahaha


Sebab 3 : Tiada lagi memory 16GB

Rest in Peace iPhone 16GB sebelum ni. Dengan iOS10 pun dah makan banyak space, boleh rakam video 4K confirm korang sendiri tamak storage. Kini iPhone ditawarkan dengan ruang memori bermula 32GB hingga 256GB. Selfie lah sepuas hati sampai habis bateri. Terpulang lah nak beli size berapa GB sebab beza cuma RM500 je. 


*iPhone Jet Black cuma ditawarkan dalam storage 128GB & 256GB SAHAJA

Sebab 4 : Kalis air serta debu

Akhirnya iPhone 7 kalis air! So kalu setakat berlari dalam hujan sambil tweet tak jadi masalah sangat cuma jangan pergi basuh baju dengan iPhone 7 dalam poket sudah la. Itu mencari nahas namanya. Terima kasih engineer Apple.


Sebab 5 : Home button yang manja

Sekali lagi iPhone 7 ada kelainan kerana tiada lagi butang Home fizikal cuma bentuk bulat masih ada. Lepas ni, untuk Slide To Home atau finger print korang hanya perlu sentuh pada bulatan Home & akan ada vibrate manja gitu. Fungsi ini sama pada MacBook, entah bagaimana rasa Home ni.


Sebab 6 : Welcome AirPods!

Tak tahu nak cakap berita baik atau berita buruk. Mungkin someone cakap new reformation sebab port charger berkongsi port audio jack. Actually design AirPods sangat awesome tapi masalahnya bila wireless ni engkau sendiri boleh tahu kan tertiba jatuh dalam longkang, hilang sebelah. Oh ya kalau hilang anda boleh beli AirPods spare. Harganya cuma RM600 lengkap port charge. CUMA RM600....


Anggaran harga AirPods $159.00 x RM 4.21 = RM 669.39 (tidak termasuk GST)

*Kadar tukaran Ringgit Malaysia pada 16 Oct 2016 

Sebab 7 : Harga iPhone 7 Plus

Pong pang tentang feature iPhone 7 Plus, elok bersedia dengan dompet anda. Sila charge biasa penuh sebelum pergi beli. Cadangan BBL ni, alang-alang korang nak beli cash iphone selain order online melalui Apple.com.my TOLONG beli di kedai authorized Apple seperti Machine, Switch, atau dengan telco Malaysia. Jangan main beli je kat kedai biasa, mau dapat iphone clone habis merana badan. Nak beli berapa GB eh?


Bila dah beli make sure ini yang ada dalam kotak iPhone 7, kalau ada yang lain tu, confirm korang dah kena tipu. Beware ya.


Satu lagi, ini bentuk font kotak iPhone 7, depan kotak gambar belakang iPhone 7 mengikut warna & kamera 7 atau 7 plus. Sekali lagi kalau luar kotak dah lain. Sila hadam sendiri & biarkan sel otak mula berhubung.


BBL ~ nak jugak 
(ーー゛)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

6 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Memang best la kalau dapat IP7 nie.huhuhu

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. lagi seronok kalu menang contest iph7

    ReplyDelete
  3. nak jgk tapi belum masanya lagi.kihkih.

    ReplyDelete
  4. Good tips. I will be sharing this with all of my friends! I like this post because it is informative and helpful to all readers. I would like to revisit this post. If you planning buy the customizable cell phone or Latest Cell Phone Accessories Wholesalethen please visit WholeCellUSA and get some discount we offer as in iPhone 7 Accessories Wholesale and other all type mobile phones accessories.

    ReplyDelete
  5. DIBACA BERITA MENARIK DAN TERUPDATE LAINNYA :

    http://newsoperaqq.blogspot.com/2017/06/mulai-berani-bermain-api-anies-kembali.html

    ReplyDelete
  6. Pretty awesome iPhone case that you showed up here.https://www.amz.one/p/phonecases

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL