Apa Dalam #LazadaSupri5eBox 5th Birthday?

8:16 AM

Assalamualaikum & hello the internet users!


Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi…
Selamat hari jadi Lazada ke 5
Selamat hari jadi…

Yeay tak sangka portal online shopping favourite rakyat Malaysia, www.lazada.com.my akan celebrate ulangtahun ke 5 tahun ini. Tahniah Lazada kekal menjadi no 1 website untuk warga internet membeli barang. Kini lebih berjuta produk pelbagai pilihan dengan promosi gempak setiap masa. Betul tak.

Biasanya bila birthday, kita akan berikan hadiah sebagai tanda hargai peristiwa special setahun sekali ni tapi Lazada nak bagi hadiah istimewa kepada anda semua sempena ulangtahun mereka. Itu kena baca sampai habis entri ini.

Tempoh hari Lazada ada hantar Supri5e Box kepada BBL. Wah teruja pulak dapat hadiah dari Lazada Malaysia. Boleh tahan besar size kotak sampai berdebar-debar rasa hati.

Okay jangan buang masa kita terus unboxing kotak misteri ni!


Oh my Lazada! Ada tujuh barang semua dalam kotak. Eh dah macam hantaran kahwin la. Betul-betul special hadiah dalam Supri5e Box ni. Apa yang ada dalam kotak ini ialah-

 > Aula Gaming Mouse Keyboard and Mouse Pad Combo


Tak sangka Lazada jadi Santa Claus boleh baca isi hati pembeli setia. BBL dah lama teringin nak tukar keyboard gaming. Baru seronok nak main game Dota. Dari review buyer Lazada tentang Aula Gaming Keyboard, rata-rata mereka beri 4 dan 5 bintang selepas menggunakan sewaktu main game. Kepada kaki gamers, rasanya anda boleh pertimbangkan untuk memiliki keyboard ini dengan features elegant, minimalist style dan mempunyai size Pam besar untuk keselesaan bermain game.

Paling menarik mestilah fungsi nyalaan 6 jenis lampu dari bawah kekunci abjab yang sangat menarik. Semestinya setiap kekunci sangat lembut untuk aktiviti gaming atau menyiapkan assignment subjek. Gaming mouse juga smooth dan compat siap ada lampu LED bertukar warna dan mouse pad bersize besar disertakan dalam kombo ini. Satu nilai yang cukup berbaloi untuk set lengkap gaming controller.


*Gaming Keyboard dalam mood gelap


*Gaming mouse dan mouse pad yang besar gedabak

Anda boleh beli set combo keyboard ini pada harga RM 199.00 RM 129.00  melalui LINK INI

Armaggeddon The Ultimate Gaming Mouse


Ini pun wish list peminat setia gamer. Salah satu barang dalam Surpri5e Box ialah gaming mouse jenama Armaggeddon bersize 4: Medium sesuai dengan tapak tangan BBL ni. Betul ngam la. Mouse gaming rasanya edisi 2017 NRO-5 Starship III dengan 9-butang tetikus optic + 2-way click scroll. Paling latest mouse untuk kepuasan bermain game kegemaran BBL yang menyokong pelbagai resolusi dari 500-50 000CPI. Lagi satu wayar mouse sepanjang 1.8 m bersulam benang dan beratnya Cuma 4 gram. High recommended untuk sesi game FPS, MOBA, RTS, SPORTS, COMBAT dan ACTION.



*Pandangan sisi Armaggeddon gaming mouse


Boleh dapatkan mouse ini pada harga RM 199.00 RM 129.00 melalui LINK INI

Speaker AquArina by Sonicgear


Sudah menjadi kebiasan blogger sambil online mesti dengar lagu. Baru happy surfing namanya. Apa pun Lazada pandai betul reward BBL dengan speaker luar kotak ni. Paling menarik semestinya features pancutan air bersama nyalaan lampu LED. Ala symfoni lake depan KLCC tu dalam bilik anda. Well, Sonicgear sangat famous dengan bunyi bass berkualiti tinggi dan ciri baru ini membuatkan anda terleka.

Cuba lihat sendiri fungsi istimewa pada AquArina dalam video bawah.


Sesuai untuk peminat muzik yang ingin tampil lain berbanding speaker biasa jenama lain dalam pasaran. Boleh beli satu cuma RM 99.00 RM 79.00 melalui LINK INI


SAMSUNG V-Nand SSD 850 Evo


Soal storage kadang kala boleh merusingkan kepala bila dah makin bertambah banyak gambar, lagu, video, movie atau file berkaitan kerja dan pelajaran. Terima kasih Lazada hadiah Samsung SSD dengan size storage 250GB ini. Tak perlu lagi risau nak download movie, transfer lagu atau simpan beratus gambar kenangan dengan SSD.

Cuma perlu sambungkan pada laptop dan kemudian transfer gambar seperti biasa. Satu gadjet tambahan yang perlu ada jika anda memerlukan memori tambahan. Boleh beli melalui LINK INI 


TP-LINK – Expand Wi-fi Network


Lazada memang pandai memberi hadiah kepada BBL. Paling tidak sangka semestinya TP-LINK – Expand Wi-fi Network. Kebetulan coverage wifi dalam rumah agak lemah. Yelah main router kat ruang tamu, bila dalam bilik asyik terputus signal wifi. Apa yang menarik tentang extand port ini Cuma perlu plug in sahaja kemudian on suiz. Nikmati sokongan liputan wifi hingga 300Mbps dalam kawasan rumah atau pejabat. TP-Link ini membolehkan lebih banyak computer, tablet, smartphone atau game consoles mendapatkan sambungan wifi yang stabil.

Expander wifi ini mempunyai 2 tahun warranti dari TP-Link dan disokong dengan applikasi TP-Link. Boleh download dalam App Store atau Google Play. Dapatkan melalui LINK INI pada harga RM 125.00 RM 85.00
.
Photobook Malaysia voucher


Zaman sekarang semua benda simpan online je. Jika era 2000an, setiap gambar yang di ambil dengan filem kena hantar ke kedai foto untuk cuci kemudian baru dapat tengok hasil gambar. Sekurangnya ada hard copy untuk simpanan masa mendatang. Betul tidak? Kini dengan Photobook, BBL boleh abadikan semua gambar kenagan manis atau peristiwa bersejarah dalam family seperti birthday party, konvo diploma, gambar family sewaktu hari raya dalam bentuk buku gambar.

Terpulang kepada citarasa sendiri untuk personalized buku tersebut. Yang bestnya boleh bukukan semua gambar hingga 40 pages. Ini baru-baru seronok! Boleh tempah melalui LINK INI

Lazada Notebook Bottle


Wah ada special merchandise Lazada! Sebelum ni BBL pernah ada botol air ni tapi hilang tertinggal dalam LRT. Sedihnya betul sebab waktu tengah trend minum air dalam note bottle. Eh, mestilah kena follow trend semasa okay. Hahaha


Sekarang dah ada penganti A6 Notebook bootle dari Lazada kesayangan. Anda juga boleh miliki satu bottle air ini yang sangat menjimatkan ruang beg dan size sangat compact dari LINK INI

Lazada Birthday Sticker


Tak sangka ada sticker mascot Lazada dan pop up sticker untuk contest meraikan ulangtahun Lazada ke 5. Ada juga sticker logo Lazada, applikasi dan #Lazada5thBirthday. Boleh tampal kat helmet atau casing belakang telefon.

Lazada nak kongsi keriangan ulangtahun bersama anda dengan big surprise sempena #LazadaBirtdaySale #Lazada5thbirthday bermula 22 hingga 24 Mac ini. Jangan lepaskan peluang penjimatan super ohsome istimewa.

Pastikan anda stay tune dengan laman social Lazada untuk surprise special dan pelbagai hadiah giveaway.

Instagram: instagram.com/lazada_my     

Sila bookmark kalendar anda untuk Lazada 5th Birhday Surpri5e di laman bawah




BBL ~ Ayuh buat wishlist
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. So far Supri5e box marou yang paling gempak.hehe

    ReplyDelete
  2. nape korang semua dapat lazada birthday box neyy T_T
    uwaa nak jugakk..

    via: http://lalarahim.blogspot.my/

    ReplyDelete