Promosi Emirates Airlines Sempena MATTA Hujung Minggu Ini
10:16 PM
Rakyat Malaysia bakal ditawarkan dengan tambang
istimewa ke pelbagai destinasi dalam seluruh rangkaian global Emirates yang
luas semasa Pameran Persatuan
Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair), yang akan
berlangsung dari 8hb – 10hb September 2017.
Tambang istimewa ini, yang meliputi destinasi
popular di Eropah, Afrika dan Timur Tengah, ditawarkan bersempena dengan
penyertaan Emirates sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi MATTA Fair tahun ini. Tempahan
mesti dibuat antara 30hb Ogos 2017 dan 17hb September 2017, dan sah untuk
perjalanan sehingga 30hb Jun 2018.
Tambang Kelas Ekonomi termasuk semua ditawarkan
pada harga serendah RM2,629 ke London, RM2,449 ke Paris, RM3,419 ke Barcelona, RM2,259 ke Istanbul, RM2,879 ke Rome, RM2,559 ke Kaherah, dan RM3,789 ke Dubai.
Tambang Kelas Perniagaan termasuk semua pula bermula dari RM10,979 ke London, RM12,959 ke Paris, RM15,039 ke Barcelona, RM10,139 ke Istanbul, RM13,099 ke Amsterdam, RM11,659 ke Kaherah, dan RM12,969 ke Dubai.
“Sempena ulang tahun ke-9 perkhidmatan Airbus
A380 Emirates, kami menawarkan tambang istimewa untuk membantu rakyat Malaysia
merancang percutian hujung tahun dan 2018 yang membolehkan mereka menikmati perkhidmatan
dalam rangkaian global kami yang luas. Sebagai pilihan popular penumpang, A380 Emirates
telah menerbangkan 80 juta penumpang ke destinasi mereka sejak 2008 menerusi
pangkalan kami di Dubai. Ini adalah bukti kukuh yang menunjukkan produk dan
perkhidmatan kami yang hebat dan menjadikan kami terkenal di peringkat global.
Oleh itu, kami dengan sukacitanya bergabung dengan MATTA Fair sekali lagi
sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi dan menawarkan destinasi pelancongan yang
menarik serta produk dan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada pelanggan
setia dan pelanggan baharu kami di Malaysia,” kata Andrew Bunn, Pengurus,
Singapura, Malaysia dan Brunei, syarikat penerbangan Emirates.
Dubai adalah sebuah kota kosmopolitan kaya
dengan tradisi dan budaya yang menawarkan banyak daya tarikan dan aktiviti yang
menyeronokkan. Bandar raya yang benar-benar global ini meriah dengan pelbagai
acara sukan, kesenian dan muzik. Antara lain, pelawat boleh mengunjungi Burj
Khalifa dan Masjid Jumeirah yang tersergam indah; membeli-belah di Dubai Mall, dan
membawa keluarga mereka ke Wild Wadi Waterpark.
Mantan Presiden MATTA yang terakhir, Datuk
Hamzah Rahmat, yang juga ahli jawatankuasa pemantau MATTA Fair September 2017, berkata,
“Kami gembira menerima Emirates sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi bagi MATTA
Fair sekali lagi pada September ini. Sepanjang beberapa tahun yang lepas, kami
telah melihat beribu-ribu pengunjung MATTA Fair menunjukkan minat kepada Emirates.
Kami berharap orang ramai dapat meluangkan masa untuk mengunjungi pameran kami
dan melihat tawaran terkini sambil kami mengakhiri tahun ini dengan rancangan
perlancongan baharu.”
Sepanjang pameran MATTA berlangsung, peserta berpeluang
untuk memenangi tiket penerbangan ke Dubai, sebagai sebahagian daripada acara
peraduan untuk pembeli yang dianjurkan oleh MATTA dan rakan-rakan syarikat
penerbangannya. Hadiah lain termasuk tiket penerbangan ke destinasi seperti London,
Amsterdam, Paris, Prague, Venice dan Zagreb.
Pelancong dari Malaysia juga boleh memilih untuk
terbang ke destinasi unik dengan pesawat dua tingkat A380 kebanggaan Emirates, termasuk
Nice di Perancis, Madrid, dan Moscow. Mulai 29 Oktober ini, Emirates akan
terbang dua kali sehari ke Moscow dengan A380. Perkhidmatan Emirates ke Eropah
dan negara sekitar disambungkan menerusi pangkalan ultra modennya di Dubai. Bagi
mereka yang ingin mengalami keunikan dan keindahan budaya, Dubai adalah
destinasi pilhan yang menawarkan kemeriahan dan keseronokan sepanjang tahun
yang membuat pelawat ingin kembali lagi.
Sebagai pengendali A380 yang terbesar di dunia, Emirates
memiliki 96 pesawat dua tingkat dalam perkhidmatannya dan 47 buah lagi masih
dalam tempahan. Angkatan pesawat berbadan lebar A380 Emirates sangat popular di
kalangan pengembara kerana keselesaan dan ciri-ciri dalam pesawat yang tiada
tandingan dalam industri. Sebagai syarikat penerbangan pertama dan satu-satunya
di dunia yang mempunyai angkatan semua pesawat Airbus A380 dan Boeing 777 untuk
penerbangan penumpangnya, Emirates menawarkan bukan sahaja perkhidmatan moden
dan cekap, malahan juga kelesaan yang tiada tandingan kepada penumpang.
Dalam
pesawat Emirates, pelanggan boleh berhibur dengan ice, sistem hiburan
penerbangan Emirates yang memenangi anugerah, dan menggunakan Wi-Fi dalam
pesawat terpilih. Penumpang Kelas Perniagaan boleh bersantai dan menikmati kanape
dan minuman premium di ruang istirahat Onboard
Lounge yang popular. Seperti dalam semua penerbangan Emirates, penumpang
mendapat ruang bagasi yang luas sehingga 35kg bagi Kelas Ekonomi dan 40kg untuk
Kelas Perniagaan.
Emirates
juga telah meluaskan perkhidmatan Wi-Fi dalam penerbangan yang popular dengan
kadar yang menarik untuk semua penumpang. Semua ahli Skywards Platinum dan Emas
Emirates kini boleh menggunakan perkhidmatan Wi-Fi tidak terhad percuma semasa
dalam penerbangan Emirates, tanpa mengira kelas perjalanan mereka. Selain itu, penumpang
Kelas Ekonomi dan bukan ahli Skywards kini boleh menggunakan 20MB data percuma
dalam 2 jam pertama log masuk, dua kali ganda berbanding 10MB percuma yang
ditawarkan sebelum ini.
Tiket akan dijual melalui ejen penerbangan dan
pelancongan Emirates sepanjang pameran tiga hari yang berlangsung di Pusat
Dagangan Dunia Putra. Semasa MATTA Fair yang akan datang, maskot Fly With Me dan
Kakitangan Kabin Emirates sekali lagi akan mengalu-alukan kedatangan pelawat
dengan ramah mesra. Pelawat boleh berjumpa dengan Lewis the Lion dan berpeluang untuk memenangi hadiah daripada Emirates.
Emirates, yang terlibat dalam beberapa acara
sukan dan kebudayaan yang terkenal di dunia, antaranya golf, baru-baru ini
telah memperbaharui Perjanjian Pelancongan Eropah untuk empat tahun sehingga 2021.
Perjanjian baharu ini termasuk menjadikan Emirates Rakan Rasmi Piala Ryder 2018. Piala Ryder Edisi ke-48, dijadualkan berlangsung di Le
Golf National di Perancis pada September 2018, akan mengetengahkan barisan 24 pemain
golf terbaik dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Untuk
membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi ejen Emirates yang
turut serta atau kunjungi
laman web www.emirates.com/my*,
laman Facebook Emirates https://www.facebook.com/Emirates/
laman web MATTA www.mattafair.com.my.
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
banyak promosi kalau ada matta fair
ReplyDelete