Jom Brunch Date Di Mandarin Palace, Hotel Federal KL

4:53 AM

Selamat datang tenghari! Waktu paling sempurna untuk mengisi perut anda. Biasanya menu nasi berlauk mungkin menjadi pilihan namun sekali sekala apa kata tukar selera lunch dengan masakan cina untuk hujung minggu. 


Selangkah ke restoren Mandarin Place, Hotel Federal Kuala Lumur bagaikan berada di tanah besar China. Bercirikan seni binan klasik budaya destinasi diraja China, setiap dinding bermotifkan mural naga, phoenix, burung, haiwan, bunga lotus, tuhan, kanak-kanak serta karekter budaya tata hidup masyarakat cina berwarna emas simbolik kekayaan. Ruang makan mampu memuatkan hingga 200 orang tetamu dalam satu masa ini mempunyai tarikan tersendiri pada main hall dengan empat tiang ukiran naga mengelilinginya. 


Dengan 60 variasi menu dari Cantonis hingga ke Hunanese dan Szechuan untuk ala carte pasti menguji mood diet anda. Bermula sajian dim sum, ayam atau itik panggang hingga pencuci mulut amat menyelerakan. Private dining rooms juga tersedia dan keluasan restoren yang besar sesuai untuk apa jenis acara keraian keluarga atau koperat seperti majlis perkahwinan, makan malam syarikat, pelancaran produk, pertandingan nyanyian dan sebagainya.


Mandarin Palace secara rasmi mula beroperasi pada tarikh 28 Ogos 1957 sempena bulan kemerdekaan Tanah Melayu. Tersenarai antara Restoren Paling Cantik di Malaysia dalam majalah Flavours sisipan Mei-Jun eidisi Malaysia memberi satu afmostfera unik ketika menjamu selera. Jangan terkejut Mandarin Palace pernah mejadi lokasi pengambaran filem blocbuster The Seventh Dawn arahan pengarah Lewis Gilbert yang dibintangi pelakon William Holden, Capucine, Susannah York, Micheal Goodliffe dan Tetsura Tamba pada tahun 1964. 


Promo weekend brunch tersedia pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10.30 pagi  - 2.30 petang. Harga serendah RM78 (dewasa) dan RM39 (kanak-kanak/warga emas)Mandarin Palace terletak di level 2 Hotel Federal Kuala Lumpur mengalukan kedatangan anda bersama keluarga, sahabat atau rakan sekerja menjamu selera di sini. Untuk tempahan boleh hubungi 03-21489166 ext 2202 atau 03-21488744. 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici