Harga Tiket Masuk Menara Alor Setar Kedah
10:49 AM
Orang utara habaq kalu datang ke Alor Setar tapi tak naik Menara Alor Staq memang tak sah. Rasanya ini kali ke tiga BBL jejak kaki ke ibu negeri Kedah tapi sampai ke sudah tak jejak menara ikonik nie. Dah alang-alang ke sini bersama team #TravelogueMalaysia kami sampai juga akhinya ke mercu tanda kebanggan rakyat Kedah.
Harga Tiket Menara Alor Star
Bercakap soal harga tiket masuk ke menara ini boleh dikatakan cukup berpatutan bagi pemegang MyKad khususnya. Termasuk juga jika para cikgu ingin melakukan lawatan bersama pelajar ke Menara Alor Setar sebagai salah satu lokasi patut di singgahi.
Tiket dah beli..jom kita naik lif. Btw lift menara ni transparent kaca so boleh nampak view dari bawah ke atas. Kat atas dek peninjau menara ada kafe untuk anda beli some kudapan sambil enjoy pemandangan. Kebetulan saya datang waktu malam jadi agak colorfull dengan limpahan lampu neon dan pokok bercahaya.
Oh lupa nak bagitahu dek tinjau ni bukan berkaca tau. Terbuka open air cuma berpagar dengan geriji untuk tujuan keselamatan para pengunjung. Jadi korang boleh merasai angin sempoi-sempoi bahasa sambil tengok keindahan bandaraya. Ruang peninjau ni berbentuk bulan macam donat so kena pusing keliling untuk tengok keseluruhan bandar Alor Setar.
Penat tawaf kita rehat kejap sambil tengok aktiviti orang awam di bawah. Nice buat timelapse dari atas sini. Jika nasib anda baik, boleh nampak hampir keselurahan kawasan sekitar termasuk kapal di lautan.
Fasiliti Best Di Menara Alor Star
Jika anda anggap menara ini hanya boleh tengok pemandangan bandaraya saja, nampaknya korang silap. Ada beberapa fasiliti lain pihak pengurusan tawarkan kepada para pengunjung seperti
🌟 Megaview Banquet Hall
Aras menempatkan MEGAVIEW BANQUET HALL dengan ketinggian 100 meter. Boleh buat sebarang majlis keraian termasuk makan malam, reunion, majlis kahwin atau sebagainya.
🌟 Restoren Berputar
Juga terdapat restoren yang menyajikan pemandangan 360 panorama indah pusat bandar. Cukup perfect untuk anda melihat sunset di ufuk langit sambil menikmati juadah menyelerakan bersama keluarga, rakan atau orang tersayang. Elok jugak buat surprise birthday atau candle light dinner.
🌟 Dataran Menara
Sesuai untuk sebarang majlis rasmi atau pertunjukkan dan persembahan kepada pengunjung. Tak silap kalu hari biasa ada banyak gerai dan food truck yang jual makanan serta barangan cenderahati. Live band pun ada sekali.
🌟 Podium / amphitheatre
Panggung terbuka yang menawarkan pentas mini untuk persembahan serta pertunjukkan.
BBL dah naik menara KL versi utara ini. Anda bila lagi?
Menara Alor Setar
Lot 99, Lebuhraya Darul Aman
05100 Alor Setar Kedah Darul Aman
No telefon : 04-720 2901 / 2902
Facebook : Facebook.com/pg/menaraalorsetaroffcial
0 Budak Suka Minum Bandung Laici