MINI Coopers Edisi John Coopers Works Kini Di Malaysia

12:06 AM


Hai semua, kenalkan buah hati BBL terbaru - MINI Coopers siri baharu 2018. Cewah caption berangan betul. Ha gurau sahaja sebab entri hari ini saya nak kongsi buah tangan dari MINI Coopers Malaysia.

Design MINI Coopers Lebih Segar
Kepada peminat kereta comel MINI pastinya reka bentuk terbaharu membuatkan korang jatuh hati saat pertama kali melihatnya. Dengan tawaran MINI 3 pintu, 5 pintu dan edisi John Coopers Works dengan sentuhan moden, berteknologi tinggi, warna funky dan kemasan dalaman confirm ada saja mata terpaku tika memandu menyusuri jalan sesuai dengan hashtag #ExploreMoreCorners dengan MINI terbaru ini. 

 MINI 3 Pintu

MINI 5 Pintu

MINI John Coopers Works

Ciri terbaru pada MINI generasi 4 ini hadir dengan enjin dan transmisi terkini dari BMW Group yang berstandard Euro 6c mutakhir untuk pengalaman pemanduan yang lebih ohsome di samping penggunaan kadar minyak lebih rendah. Malah tambahan elemen emotif dan reka bentuk signatur bagi kenderaan ini seperti Projeksi Logo MINI (MINI Logo Projection), Lampu Hadapan LED dan Lampu Belakang Union Jack dengan Pencahayaan Waktu Siang (Day Time Running Lights) serta elemen logo baharu pada badan kenderaan ini untuk membezakan kereta tersebut daripada variasi kenderaan seumpamanya yang terdahulu.


MINI 3 Pintu

 MINI 5 Pintu

John Coopers Works lebih garang

Sebut tentang costume touch, setiap pelanggan boleh create own interior mengikut kehendak masing-masing seperti warna dalaman, rekaan logo, kemasan dan lain-lain MINI  dengan Yours Customised Services boleh direka suai dan dipesan melalui www.yours-customised.mini di hujung jari je.


MINI 3 Pintu Terbaharu tampil dengan tujuh warna – Merah (Chili Red), Putih (Pepper White), Oren (Solaris Orange), Perak (White Silver), Biru (Starlight Blue), Kelabu (Thunder Grey) dan Hijau (British Racing Green) dipadankan dengan Bumbung Hitam. Alternatifnya, Merah (Chili Red) juga boleh dipadankan dengan Bumbung Putih

Manakala MINI John Cooper Works tampil dengan empat warna: Hijau (Rebel Green), Hitam (Midnight Black) dan Putih (Pepper White) dengan Bumbung Merah, serta Merah (Chili Red) dengan Bumbung Hitam.


Harga MINI Coopers Terbaharu
Berkenan dengan MINI baharu ni? Ada beberapa option antaranya pembiayaan dari BMW Group Financial Services Malaysia. Program tersebut merangkumi MINI Full Circle Financing, MINI Straight Line Financing dan MINI Balloon Financing. Dengan MINI Balloon Financing, pelan ansuran bulanan bagi kereta MINI 3 Pintu Terbaharu bermula dari RM 2,595.00 sebulan, MINI 5 Pintu Terbaharu pula bermula dari RM 2,710.00 sebulan, dan MINI John Cooper Works Terbaharu bermula dari RM 3,247.00 sebulan. Boleh cuba submit dokumen dan pandu pulang MINI ke rumah.

Model-model kenderaan MINI Terbaharu boleh didapati melalui pengedar sah MINI di seluruh negara bermula dari 14 Julai 2018.

Harga jualan runcit yang disyorkan (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tanpa insurans) bagi MINI Terbaharu dengan Waranti Perbatuan tanpa Had 4 Tahun MINI serta Servis Berjadual Percuma ialah:

MINI Cooper S 3 Pintu Terbaharu                                     RM 226,888.00
MINI Cooper S 5 Pintu Terbaharu                                     RM 236,888.00
MINI John Cooper Works Hatch Terbaharu                 RM 283,888.00

Maklumat lanjut mengenai MINI Terbaharu boleh didapati di www.mini.my.

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici